Post time 22-3-2014 02:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
NURMIMIE posted on 22-3-2014 02:01 PM
polis malaysia hanya ikut procedure sahaja.. dalam apa2 kemlangan apa lagi kehilangan misteri begi ...
Dah tu nape bab2 pilot tu di war2 kan sgt.., sedangkan semua dlm flight tu adalah suspeck lps tu yg dr negara lain tu x di war2 kan sgt pon... Ni bukan menghasut cuma rs mcm x adil jer... sbb pilot tu tanggung jawab dia jd dia kn mcm tu... Patutnya kalo nak war2kan war2 kan semua sekali... X de la timbul mcm2...
poyohabis posted on 22-3-2014 02:09 PM
Dah tu nape bab2 pilot tu di war2 kan sgt.., sedangkan semua dlm flight tu adalah suspeck lps tu y ...
ini bukan pasal war2 pun.. ini pasal dah pilot itu yang bertanggungjawab dalam kapal tuh.. dan semua orang termasuk press2 dalam dan luar negara yang mengfokuskan pilot tuh so dia lah yang paling menonjol..
sama macam hal imigresen semua tuh, KP mereka yang menjawab bagi pihak.., hal2 tentera jaga radar, panglima mereka yang tampil menjawab bagi pihak.. so dalam hal plane neh, pilot yang kena siasat dulu tuh orang tak pelik pon kecuali kau sahaja..
dan stop blame konon2 polis or gomen nak carik salah pilot bagai dalam hal ini.. for god sake, please stop make a statement like u always did.. boleh??
* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Bharu, Kelantan.
* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.
* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.
* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.
* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.
Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.
* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.
Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.
* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.
* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.
* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.
Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.
* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.
* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.
* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.
Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.
Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.
i tak kata i percaya kapal terbang tu kat situ ok...tp i percaya apa makcik tu habaq ikut apa dia nampak...makna kata makcik tu bukanla saja2 nak menipu nak cari publisiti...
honeybee1802 posted on 22-3-2014 02:11 PM
Mana la kita tau hobby tu something yg boleh membhykan kan? Like photography oun mana tau terambil ...
susah nak kata hobi2 yang membahayakan neh.. kalau ada 1 dalam sejuta yang menyalahgunakan pun tak boleh kita kata itu membahayakan.. macam simulator bagai neh, kalau tak timbul kes sebegini, sure tak ada perkaitan apa pun..
cuma bila satu2 isu keluar, kita memang kena kaji semua espek lah.. berkaitan ke tak.. etc.. etc..
alaaa.. macam kalau pengedar dadah yang ditangkap even kat luar pun, kalau siastan dalam rumah dia menemui barang2 YANG DIPERCAYAI adalah barang2 untuk menghasilkan dadah, so itu adalah bahan bukti.. walaupun barang2 itu seperti mixer, bahan timbangan etc yang semua tukang buat kek ada dalam rumah mereka.. namun itu tetap bahan bukti yang kuat untuk sabitkan dia kesalahan sebegitu..
apa lagi kalau dia memang ada kemahiran tentang bahan2 kimia neh kan itu adalah satu eviden yang sangat kuat..
satu masa dulu, sukan paintball bukan apa2 pun.. tapi bila marker dia semakin canggih dan disalah gunakan, so now setiap marker dalam sukan paintball kena daftar juga di pejabat polis berhampiran..