Ingin berkongsi ilmu:
Berikut adalah soal jawab yg dipetik drp blog Ustaz Abdul Rahman bin Hamzah http://almakki.com.my/
Soalan: Assalamualaikum Ustz, Saya ada sedikit kemuskilan mengenai jawapan DIKENAKAN DAM terhadap soalan pertama dlm tajuk BAWALAH MABRUR PULANG.Jemaah tersebut bukannya memotong kuku sendiri TETAPI kuku anaknya. Adakah beliau dikenakan dam...mohon penjelasan
AlMakki: Dam mengerat kuku semasa dalam keadaan ihram, Jika sengaja : berdosa +bayar dam Jika tak sengaja : tidak berdosa + bayar dam kerana dam kerana itlaf iaitu merosakkan kuku. Kita potong orang punya pun sama
Soalan: Asslam Ustz, menurut jwpn ustz iaitu "Kita potong orang punya pun sama". Adakah ini bermaksud, setelah selesai mengerjakan tawaf & saei tetapi sebelum menggunting rambut utk tahlul umrah....Kita TIDAK BOLEH mengunting rambut orang lain...Minta pengesahan Ustz
AlMakki: Maksud kita potong kuku atau rambut org punya pun sama IALAH kita memotong itu SEBELUM kita sendiri SELESAI saie 7 pusingan. Kalau kita sudah complete 7, tidak mengapa kita memotong rambut orang punya walaupun kita sendiri belum di potong atau belum bertahlul |