CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shahgti

Merged: All about LONDON

 Close [Copy link]
Post time 15-1-2009 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by monik at 14-1-2009 09:54 AM
pagi tadi dgr berita kata Britain nak kuatkuasa kan visa ke london..... braper pulak kena bayar and harap2 jangan la susah sgt nak approved....harap2 x jadik la kuatkuasa


Malaysia optimis Britain kaji syarat visa

PUTRAJAYA 13 Jan. - Hanya tinggal dua minggu lagi sebelum kerajaan Britain merancang menguatkuasakan syarat visa ke atas rakyat Malaysia yang akan memasuki negara itu, namun Kementerian Luar optimis masih ada ruang untuk London mempertimbangkan semula peraturan tersebut.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, beliau yang hari ini bermesyuarat dengan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke sini, C. Bowde mengenai isu itu akan mengutus surat kepada rakan sejawatnya, David Miliband supaya Britain mengkaji kembali rancangan menguatkuasakan peraturan itu.
''Saya telah menjelaskan kepada Bowde betapa Kuala Lumpur telah membaiki sistem keselamatan berkaitan dokumen perjalanan rakyatnya dan Malaysia juga sedang membaiki khidmat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui urusan Imigresen dan penentuan perjalanan.
''Dalam aspek ini, Wisma Putra akan meminta Kerajaan Britain menangguhkan keputusan syarat visa itu sehingga apa yang kita perbaiki ini, diteliti dalam menepati standard piawaian Britain.
''Esok dalam mesyuarat Kabinet, saya akan kemukakan supaya menteri yang bertanggungjawab (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Seri Syed Hamid Albar meneliti beberapa masalah berkaitan isu ini," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
United Kingdom telah memberikan tempoh enam bulan iaitu sehingga Disember tahun lalu untuk menyelesaikan masalah rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh di negara itu.
Berikutan itu, Syed Hamid meminta lebih 30,000 rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh di UK agar segera pulang ke tanah air sebelum kerajaan negara itu mengambil tindakan terhadap mereka.
Kegagalan untuk menyelesaikan masalah ini mungkin mendorong UK mengenakan syarat visa kepada rakyat Malaysia yang ingin melawat negara tersebut pada masa depan.
Untuk menggalakkan rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh di UK pulang ke negara asal, UK memberikan insentif tiket penerbangan sehala percuma sehingga akhir tahun lalu.
Dilaporkan kira-kira 271,000 rakyat Malaysia memasuki Britain setiap tahun, yang pada peringkat awal bertujuan untuk lawatan tetapi kemudian mengambil keputusan bekerja di negara itu sehingga melebihi had tempoh ditetapkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2009 02:56 PM | Show all posts
ala.......kena apply visa la plak..... leceh la cam nih....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 03:08 PM | Show all posts
kenapa la susah sgt nk ikut undang2 :@ :@  bikin suma org susah ajer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by monik at 15-1-2009 02:56 PM
ala.......kena apply visa la plak..... leceh la cam nih....


monik....pi skali ngan nenek eh? kemana destinasi yg akan di jelajahi ? leh share...tqqq
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 03:30 PM | Show all posts

Reply #2062 monik's post

haa? mana perenggan yang kena aplai visa tu monik?
tak nampak pon

huwa huwa huwa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by amsterdam at 15-1-2009 03:10 PM


monik....pi skali ngan nenek eh? kemana destinasi yg akan di jelajahi ? leh share...tqqq


amsterdam.

tak. nenek pi bulan 5
monik pi bulan 3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2009 03:36 PM | Show all posts

Balas #2067 nenektua\ catat

kau jangan lupa update coz aku gi bulan 7
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 04:07 PM | Show all posts

Reply #2065 nenektua's post

tu nek..kat atas yg kak aziefa post tuh, katanya lagi 2 minggu nak kuatkuasa...tp br rancang la....monik doakan rancangan diorg tuh x berjaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2009 04:12 PM | Show all posts

Reply #2064 amsterdam's post

amsterdam, monik pegi bulan 3, tp monik cuma pegi london and paris jer....psl x cuti lama....nenek, dia buat europe tour sekali. monik just plan nak ke london, york and paris..kalo sempat disney paris....kalo sempat la....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 04:21 PM | Show all posts

Reply #2067 mitai's post

hahahah mitai...
okeh nanti aku update

aku pass kat ko plak...

tapi kita tunggu monik lepas dulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 04:27 PM | Show all posts

Reply #2070 nenektua's post

aku risau nih.....dah la aku antara org yg awal naik AA ke london...berdebar2 pun ye jugak..tambah2 dgr kata nak kena apply visa plak..lagi lah...risau...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 04:42 PM | Show all posts

Reply #2071 monik's post

monik rilek rilek.

bawak bertenang.
berdoa la semoga yang pi uk tak sampai 3 bulan tu tak payah visa

kita tunggu 2 minggu lagi oke
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 05:29 PM | Show all posts

Reply #2072 nenektua's post

harap2 dia x kuatkuasa la lagi kan nek.....harap2 lambat la lagi....tapi kan bila jadik cam nih kan, mesti nanti bila masuk london, immig dia check strictly psl takut lagi ramai plak duk lebih masa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 06:39 PM | Show all posts
seronok nya monik nak jalan2   take it easy ye monik, jgn pressure yourself nak cover banyak tempat sampai letih badan. yang penting quality, bukan quantity
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 07:05 PM | Show all posts
Originally posted by nenektua at 15-1-2009 03:32 PM


amsterdam.

tak. nenek pi bulan 5
monik pi bulan 3


nek,

amst gi ujung bln 5....nek?

plan london - amsterdam - brussel - paris - liverpool - manchester - london ...ingat nk pi swiss tp tak sempat la...yg ni pon tight jugak rasanya...mungkin nk kurang kan 1 tempat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by monik at 15-1-2009 04:12 PM
amsterdam, monik pegi bulan 3, tp monik cuma pegi london and paris jer....psl x cuti lama....nenek, dia buat europe tour sekali. monik just plan nak ke london, york and paris..kalo sempat disney  ...



oooo gitu...monik gi dulu la...nanti balik update kami yg bakal nyusul.....monik stay mana kat london n paris?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2009 08:11 PM | Show all posts
Originally posted by amsterdam at 15-1-2009 07:05 PM


nek,

amst gi ujung bln 5....nek?

plan london - amsterdam - brussel - paris - liverpool - manchester - london ...ingat nk pi swiss tp tak sempat la...yg ni pon tight jugak rasanya...mung ...



pi hujung bulan 5?
adakah nanti kita akan berselisih di atas kapal? hehehe

nenek pi 13-26 mei.

plannya : London-Paris-Amsterdam-Swiss.

Kalau sempat akan ke liverpool dan manchester.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by nenektua at 15-1-2009 08:11 PM



pi hujung bulan 5?
adakah nanti kita akan berselisih di atas kapal? hehehe

nenek pi 13-26 mei.

plannya : London-Paris-Amsterdam-Swiss.

Kalau sempat akan ke liverpool dan manchester.



ooooo nek pi dulu....mine 30 may to 13 June via changi...sbb nk merasa naik A380 punya pasal....nek from paris to amsterdam nek naik apa eh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 08:42 PM | Show all posts

Reply #2078 amsterdam's post

amstedam.

nenek punya jadual agak huru hara sket. kekekek...

nenek sampai london tu tido semalam. pehtu esok pagi gerak ke paris.
bermalam di paris.
pehtu balik london.
huha huha kat london
then naik flait ke amsterdam.

tu la haritu sebenarnya tak plan nak ke amsterdam pon.
pehtu tengok easyjet buat sale.
so kira ok la. terus beli tiket murah2

[ Last edited by  nenektua at 15-1-2009 08:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 09:05 PM | Show all posts

Reply #2074 kicaptamin575's post

yep betul tu kicap...monik takut jugak nak pegi byk tempat nanti takut tak tekejar pastu nyesal plak....cuma priority is london and paris. the rest if possible to cover, monik cover..if not monik just enjoying myself in london and paris.

tapikan ikut hati kan, nak pegi sana la, nak pegi sini la....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058742 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list