CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eyth

Pengalaman handle Premature baby

[Copy link]
Post time 9-8-2010 12:31 PM | Show all posts
Salam...
nak update bb Masyitah...g check up khamis...
berat plg sket naik dlm sejarah...skrg only ...
mama1285 Post at 7-8-2010 15:27


salam semua,

mama,
alhmdulilah dah makin sihat masyitah ye...emm pasni mama kena usahakan supaya masyitah naik semula berat badan tu...susu apa bagi sekarang? kalu tak keberatan bagi semula susu similac neosure utk 1-2 bulan lagi..insyalah nampak perubahan...kalu doc suggest susu yang lebih bagus..apa salah mencuba....tapi percayala susu utk baby khas pramatang mmg nampak hasilnya..

pasal pemakanan betul tu, doc paed pun tak galakkan bagi makan lagi pada baby umur waktu ni...tapi as long perut & usus baby bole terima dgn baik , takde hal punya..(tapikan aritu lisya kena sembelit pasal terlebih taruk cerelac dlm susu.. huhuhu..)..now dah pandai bajet2..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2010 01:38 PM | Show all posts
Nak share info pasal important vaksin tuk anak2 kita...

Pneumokokal

Gejala selesema, batuk, demam sering diabaikan - Kempen Perangi Penyakit Pneumokokal

PENYAKIT pneumokokal (PnD) merupakan punca penyakit dan kematian utama yang kini semakin disedari di seluruh dunia. Penyakit ini menjadi punca kematian lebih sejuta bayi dan kanak-kanak setahun.

Namun, dalam satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati, 70 peratus daripada ibu bapa Malaysia mengakui bahawa mereka masih tidak sedar tentang masalah ini, kaitannya kepada penyakit berbahaya seperti pneumonia dan pencegahan yang boleh dibuat menerusi vaksin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengumumkan bahawa vaksin yang sedia ada untuk mencegah PnD, iaitu Pneumcococcal Conjugate Vaccine (PCV7), harus diberi keutamaan dalam program imunisasi kebangsaan.

Keputusan ini menyusuli cadangan Kumpulan Pakar Penasihat Strategik (SAGE), yang menyokong langkah memperkenalkan vaksin.

PnD merangkumi pelbagai penyakit yang berpunca daripada bakteria Streptococcus pneumoniae yang turut dikenali sebagai pneumokokus.

Ini termasuk beberapa penyakit serius dan invasif seperti meningitis (radang lapisan membran korda spina dan otak), bakteremia (jangkitan bakteria dalam darah), pneumonia bakteremia dan jangkitan bukan invasif seperti otitis media (radang telinga tengah) dan sinusitis akut (radang sinus).

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Dr. Zulkifli Ismail menyuarakan kebimbangannya tentang tahap kesedaran yang rendah mengenai PnD di negara ini, berbanding perhatian lebih ketara terhadap penyakit yang diberikan oleh pemimpin kesihatan global.

Sebahagian besar daripada ibu bapa Malaysia tidak sedar bahawa jangkitan pneumokokus boleh menyebabkan kerumitan seperti kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, gangguan pertuturan, palsi serebrum, kecacatan otak dan kadangkala membawa maut.
Menurutnya, hasil kajian tersebut memperlihatkan betapa kesedaran tentang PnD perlu dipertingkatkan di negara ini.

Masyarakat kesihatan global kini menggiatkan usaha memerangi penyakit serius dan membawa maut ini dan sedar bahawa kaedah paling berkesan untuk mencegah PnD ialah menerusi pemvaksinan.

Kita perlu merapat kan jurang kesedaran antara ibu bapa Malaysia dan mengajak mereka mengambil langkah proaktif untuk melindungi anak masing-masing,tambahnya.

Kempen kesedaran PnD anjuran MPA adalah kesinambungan usaha memerangi PnD pada tahun lepas. Ia dirangka khusus bagi mendidik ibu bapa tentang pelbagai aspek PnD, termasuk beban penyakit, gejala, tanda, risiko, juga pentingnya pemvaksinan untuk menentang PnD.

Kempen ini merangkumi iklan cetak di akhbar, majalah utama dan iklan radio. Di samping itu, talian terus Perangi PnD yang dilancarkan pada tahun sebelumnya akan terus memberikan perkhidmatan kepada ibu bapa dan melengkapkan mereka dengan maklumat lanjut tentang penyakit ini.

Tahun lalu, talian ini menjawab pelbagai soalan daripada ibu bapa yang mengambil berat tentang gejala-gejala PnD yang perlu mereka awasi.

Memang mudah untuk mengabaikan gejala PnD di kalangan kanak-kanak kerana gejala mungkin muncul dalam bentuk selesema, batuk dan demam,jelas Dr. Zulkifli.

Harapannya, menerusi kempen lanjutan tahun ini, ibu bapa akan menyedari gejala PnD dan berbincang dengan doktor mengenai langkah-langkah pencegahannya.

Mengulas lanjut: PnD ialah penyakit serius dan ibu bapa perlu memahami pelbagai aspeknya yang berbeza. Walaupun kami sedar bahawa pendidikan menyeluruh dan kesedaran penyakit ialah proses langkah demi langah yang mengambil masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai PnD, orang ramai boleh menghubungi talian Perangi PnD di 1800-882-339, kendalian profesional penjagaan kesihatan yang memberikan maklumat am mengenai PnD. Talian Perangi PnD dibuka dari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 01:53 PM | Show all posts
Share lagik

Pneumokokus: Kenali penyakit berbahaya ini

Jika anda bertanyakan seseorang tentang penyakit pneumokokus, anda mungkin mendapat jawapan Pneumo apa. Tidak dikenali suatu ketika dulu, penyakit pneumokokus kini mula menarik perhatian ibu bapa di Malaysia.

Ini kerana masih ramai tidak mengetahui atau memahami penyakit ini yang amat mudah berjangkit kepada kanak-kanak melalui titisan yang disebar ketika bersin atau batuk.

Kanak-kanak di bawah umur 24 bulan amat mudah terdedah dengan penyakit ini, terutama sekali bagi mereka yang berada di tempat asuhan kanak-kanak atau mereka yang rendah sistem imuniti badan.

Pakar Perunding Pediatrik dan ahli panel Positive Parenting, Dr. Mary Marret menjawab beberapa soalan penting tentang penyakit ini dan mengapa ibu bapa perlu ambil tahu mengenainya.

Adakah penyakit ini sesuatu yang baru muncul dan tidak pernah dihadapi sebelum ini? Apa perbezaan dalam rawatan pneumokokus kini?

Dr. Marret: Komuniti perubatan telah lama mengetahui tentang bakteria pneumokokus dan penyakit yang disebabkan bakteria ini, maka ia bukanlah perkara yang baru. Apa yang baru ialah sekarang sudah ada vaksin yang boleh melindungi bayi dari penyakit ini.

Sebelum ini, vaksin tersebut masih belum ada. Vaksin lebih penting sekarang kerana didapati terdapat semakin banyak rintangan (pertahanan) bakteria kepada antibiotik kini.

Apakah tanda-tanda awal kanak-kanak yang dijangkiti pneumokokus?

Dr. Marret: Penyakit pneumokokus akan menyebabkan terjadinya penyakit-penyakit berbahaya seperti radang paru-paru (pneumonia), jangkitan pada telinga tengah, jangkitan pada darah (bakteraemia) dan meningitis. Oleh itu, tanda-tanda awal bergantung kepada jenis jangkitan serta umur kanak-kanak tersebut.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami radang paru-paru (pneumonia) akan batuk dan sukar bernafas. Bagi mereka yang mendapat jangkitan telinga tengah pula mungkin mengalami demam panas, dan kadang-kadang telinganya akan bernanah.

Selalunya jangkitan pneumokokus tidak mempunyai simptom-simptom khusus, terutama sekali bagi kanak-kanak yang mendapat bakteraemia dan meningitis.

Simptom-simptom yang biasa dilihat termasuklah demam panas, keletihan, muntah-muntah dan sakit badan. Kadangkala, kanak-kanak itu juga mungkin mendapat sawan atau kekejangan otot.

Kesemua simptom yang saya nyatakan di atas adalah sama dengan penyakit yang disebabkan oleh bakteria atau virus lain.

Oleh itu, diagnosis penyakit pnemokokus boleh dicapai dengan mengenal pasti bakteria yang terdapat dalam darah, kahak atau sampel cecair yang diambil dari kanak-kanak yang dijangkiti itu.

Apa yang terjadi pada kanak-kanak yang dijangkiti penyakit pneumokokus?

Dr. Marret: Ini bergantung pada jenis jangkitan, diagnosis awal dan rawatan awal yang diberikan. Kanak-kanak sihat yang mendapat radang paru-paru (pneumonia), jangkitan telinga tengah dan juga jangkitan pada darah boleh sembuh sepenuhnya sekiranya jangkitan dikenal pasti dan dirawat pada peringkat awal lagi.

Namun, jangkitan seperti radang paru-paru (pneumonia) amat berbahaya kepada bayi yang tinggal di kawasan yang terpencil terutamanya jika tidak boleh mendapat rawatan segera.

Kes malang seperti ini banyak berlaku di kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman yang sukar mendapat bantuan perubatan dengan pantas.

Salah satu jangkitan serius yang disebabkan oleh penyakit pneumokokus ialah meningitis, atau jangkitan pada selaput yang melindungi otak.

Meningitis pnuemokokus boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada otak yang menyebabkan komplikasi seperti kecacatan mental, hilang upaya fizikal seperti palsi serembrum, sawan, dan juga masalah pendengaran.

Walaupun antibiotik digunakan sebagai rawatan, ia bukan suatu yang mudah untuk mengelakkan komplikasi sampingan, terutama sekali di kalangan bayi kecil.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Apakah reaksi ibu bapa mengenai vaksin baru untuk jangkitan pneumokokus?

Dr. Marrett: Persatuan Pediatrik Malaysia telah mula memberi maklumat melalui media tentang vaksin ini. Ia mula memberi kesedaran kepada ibu bapa yang turut memberi maklum balas kepada kami untuk memberi perlindungan kepada anak-anak mereka.

Bagaimanapun, masih ada ibu bapa yang tidak sedar tentang masalah ini atau ragu-ragu untuk membawa anak mereka mendapatkan vaksinasi disebabkan masalah kos.

Sementara kos masih menjadi isu, penting untuk anda fikirkan bahawa kebaikan yang diterima lebih bermakna dari jumlah wang yang dikeluarkan. Risiko komplikasi-komplikasi dan penderitaan yang disebabkan oleh penyakit ini adalah serius.

Perkara yang paling utama untuk ibu bapa pertimbangkan sekarang adalah pencegahan penyakit ini daripada berlaku kepada anak mereka.

Artikel pendidikan ini adalah daripada Program Positive Parenting yang diurus oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan sumbangan geran pendidikan tanpa syarat dari Wyeth Pharmaceuticals. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.mypositiveparenting.org
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 08:24 AM | Show all posts
Share lagik

Pneumokokus: Kenali penyakit berbahaya ini

Jika anda bertanyakan seseorang tentang ...
Jazlynda Post at 9-8-2010 13:53


salam...

nak kena cek balik klinik kesihatan ada ke bagi jab nih.. lagi satu rotavirus yg alys cakap dulu2 tu pun akak blom jumpa lagi kat klinik2 sini...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:01 PM | Show all posts
Salam...

Selamat berpuasa semuaaaaaa.. kejap je Aidil dh nak setahun... InsyaAllah Hari Raya pertama 10.9.2010.. Aidil genap setahun...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 03:09 PM | Show all posts
Slamat Berpuase!! Semoga dipermudahkan semuanye... yeay! Aidil dah nak stahun...sudah besaar!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-8-2010 09:01 AM | Show all posts
Salam...

Selamat berpuasa semuaaaaaa.. kejap je Aidil dh nak setahun... InsyaAllah Hari Raya pert ...
alysa79 Post at 11-8-2010 12:01


wasalam....

slamat berpuasa jugak utk ibu2 kat sni...

wahhh!! sonoknyer dah nak setahun dah... aidil dah nak jadi toddler dah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 12:15 PM | Show all posts
salam sume...apa khabar...mcm mane puasa semalam..sahur ok x..bb2 sume bangun sekali x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2010 01:02 PM | Show all posts
wasalam....

slamat berpuasa jugak utk ibu2 kat sni...

wahhh!! sonoknyer dah nak setahun da ...
eyth Post at 12-8-2010 09:01



    salammm.. kejap je kan kak.. huhuhu bila diingat kembali Alys mgadu nasib kat sini.. mcm x caya jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 01:33 PM | Show all posts
Salam...

Selamat berpuasa semuaaaaaa.. kejap je Aidil dh nak setahun... InsyaAllah Hari Raya pert ...
alysa79 Post at 11-8-2010 12:01 PM


dah nak jd todler ..dah pandai ape dah dia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 04:28 PM | Show all posts
salam sume...apa khabar...mcm mane puasa semalam..sahur ok x..bb2 sume bangun sekali x
saraieda Post at 12-8-2010 12:15



    Sara.. 1st sahur dier tido lena.. 2nd sahur lepas nyusu igt tido balik.. rupanya nak myibuk gak sbb tgok lampu dapo terang.. dh kita duk kan dier kat walker... selesa nak bsahur.. dier pon x banyak ragam..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 04:31 PM | Show all posts
dah nak jd todler ..dah pandai ape dah dia...
saraieda Post at 12-8-2010 13:33



    dier dh mula merangkak.. skang sibuk memaut + bdiri.. tp xsedar diri.. berdiri pon x stabil lg.. duk goyang skit.. kita klo nampak dier dh mula memaut + bdiri.. cepat2 kejo.. takut dier tlepas tangan then tumbang.. penah sekali tlepas huhuhu mlegat nangis..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 04:32 PM | Show all posts
ok selamat berbuka semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 11:56 PM | Show all posts
dier dh mula merangkak.. skang sibuk memaut + bdiri.. tp xsedar diri.. berdiri pon x stabi ...
alysa79 Post at 12-8-2010 16:31


cumeinyer.. cepatnyer anak2 kita ni membesar.. tak puas gendong dah menerap.. pastu dah duduk.. diri.. pastu cakap.. aduuyai.. pasni nak main ngan baby mana lak??? huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 11:57 PM | Show all posts
salam sume...apa khabar...mcm mane puasa semalam..sahur ok x..bb2 sume bangun sekali x
saraieda Post at 12-8-2010 12:15


salam ieda,

pose ker? akak pose gak tapi susu makin sikit aar.. takot jer baby tak kenyang... nak tinggal pose cam sayang plak.. aduuss!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 10:36 AM | Show all posts
Reply 2055# eyth


    Alhamdulillah puasa...tp susu ieda terus menunjukkan tanda2 nak kering dah...sedih gak tp kenangkan dah setahun lebih redho jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2010 10:37 AM | Show all posts
dier dh mula merangkak.. skang sibuk memaut + bdiri.. tp xsedar diri.. berdiri pon x stabi ...
alysa79 Post at 12-8-2010 04:31 PM



    hihhihi..bagus2 sekurang2nya dia berani mencuba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2010 10:47 AM | Show all posts
Reply  eyth


    Alhamdulillah puasa...tp susu ieda terus menunjukkan tanda2 nak kering dah...s ...
saraieda Post at 13-8-2010 10:36


omar baru 6 bulan.. jadi akak terpaksala korbankan pose akak demi dia... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 10:53 AM | Show all posts
Reply 2058# eyth


    yer la..ieda pun tahun lepas korbankan pose sbb dah xtahn  sgt2...xper eyth...ieda mmg fhm sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 03:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by kenarimerah at 13-8-2010 15:01

1/9 bersamaan 10 ramadhan...
safiyya maisara genap 1 setahun

ni gmbr 2bln lepas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.468985 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list