|
Reply #2038 ayie77's post
kalo cut yang part kiss je aku tak kisah..tapi ini part yang penting pun nak cut jugak..kekadang boleh lari cerite dibuatnye..nyampah betul le aku ngan tv malaysia ni..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
dalam kosmo semalam..
Dilema percintaan 'gay'
Susunan YUSMAN AWANG
KASIH sayang dan perasaan cinta yang mendalam tetap wujud biar dihalang 'persamaan' jantina.
--------------------------------------------------------------------------------
DRAMA bersiri Korea Selatan yang ditayangkan di layar kaca tempatan sememangnya meraih sambutan hangat di kalangan penonton.
Winter Sonata, Full House, Princess Hour dan My Girl yang ditayangkan di layar kaca tempatan bukan sedikit penggemarnya.
Meneruskan senario itu, bermula malam ini, 8TV menampilkan drama bersiri Korea terbaru adaptasi karya penulis novel romantik, Lee Sun Mi, Coffee Prince.
Drama bersiri ini muncul sebagai sebuah kisah romantik komedi yang juga merupakan drama bersiri paling diminati di Korea sepanjang tahun 2007.
Drama romantik 23 episod ini, diterbitkan oleh penerbit terkenal Lee Yoon-Jung serta menampilkan ramai bintang yang cantik serta berbakat.
Tunjang utama Coffee Prince adalah pelakon wanita popular dan comel, Yoon Eun Hye dan aktor kacak dan berbakat, Gong Yoo.
Turut memegang watak penting ialah aktor Lee Sun Gyun dan aktres Chae Jung Ahn, selain dibantu oleh Kim Ja Ok, Choi Il Hwa, Kim Young Ok, Kim Dong Wook, Go Eun Sae, Lee Un dan ramai lagi.
GONG YOO merupakan pilihan utama melakonkan watak hero Coffee Prince, Han Kyul.
--------------------------------------------------------------------------------
Berperang dengan emosi
Yoon Eun Hye melakonkan watak seorang gadis tomboi, Go Eun Chan yang sering disalah sangka sebagai lelaki.
Terdesak kerana menjadi tunggak pendapatan keluarga selepas ayahnya meninggal, Eun Chan terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk meraih pekerja di sebuah kafe, Coffee Prince yang kesemua pekerjanya adalah lelaki.
Pengurus kafe tersebut ialah Choi Han Kyul (lakonan Gong Yoo), anak orang kaya yang sebelum ini lebih gemar hidup santai tanpa perlu bekerja keras, selain sombong serta tidak percayakan cinta.
Keluarga Han Kyul sudah lama cuba mengaturkan jodoh untuknya, namun pertemuan dengan Eun Chan telah membuahkan idea buat Han Kyul bagi mengelakkan daripada dikahwin paksa - mereka berpura-pura menjadi pasangan gay.
Namun, dalam pada menghabiskan banyak masa bersama di Coffee Prince, Han Kyul tiba-tiba mendapati timbul perasaan cinta dalam dirinya terhadap Eun Chan.
Han Kyul terpaksa berperang dengan emosi dan naluri dirinya kerana dia bukan lelaki homoseksual, sedangkan dalam masa yang sama Eun Chan pula turut jatuh cinta kepada Han Kyul tetapi terpaksa merahsiakan dia sebenarnya perempuan.
Pergolakan dan dilema yang agak jarang ditampilkan inilah intipati paling menarik ditampilkan Coffee Prince dan individu di sebaliknya ialah Lee Sun Mi yang turut bertindak sebagai penulis skrip drama bersiri ini.
Ketajaman cinta bak pedang
Menerusi satu temu bual dengan sebuah media Korea, Sun Mi menegaskan dia cuba mewujudkan sebuah kisah sedih dalam persekitaran moden dan urban masa kini.
COFFEE PRINCE mengukuhkan lagi nama Yoon Eun-Hye sebagai aktres popular.
--------------------------------------------------------------------------------
Mengakui dirinya seorang yang ketagih kepada kisah-kisah yang mengandungi elemen pengorbanan yang dituntut demi sebuah cinta agung, karya Sun Mi ini cuba menyeberangi garisan antara fantasi dan realiti, dan menyentuh isu yang pernah menjadi tabu - percintaan homoseksual.
Sejak bertugas di syarikat Shin Young Media pada 1999, dalam tempoh lapan tahun seterusnya, Sun Mi telah menghasilkan 20 buah novel cinta yang menarik minat sehingga 10,000 pembaca bagi setiap karya novelnya itu.
"Karya (novel cinta) saya umpama pedang yang tajam pada kedua-dua belah sisinya. Pembaca karya saya semakin bertambah bergantung kepada corak fiksyen romantik yang dipaparkan," jelas Sun Mi.
Tambahnya, "Tanpa elemen tersebut, pembaca akan berkurangan. Dalam percubaan untuk menerokai sesuatu yang berlainan dalam karya saya, Coffee Prince adalah sebuah novel yang saya tulis dengan minda dan perasaan saya melekat terhadap novel-novel popular Jepun - yang wujud di pertengahan antara novel-novel romantik dan literasi asli."
Namun, fiksyen romantik merupakan genre kesukaan Sun Mi dan sebab itu watak-watak utama dalam novel-novelnya seperti Choi
Han Gyul ditonjolkan sebagai refleksi dirinya (selaku penulis) yang mewakili persepsi peribadinya terhadap lelaki yang kuat dan maskulin.
Namun, apabila diadaptasi ke layar kaca, watak itu diberikan personaliti yang lebih ceria.
"Han Kyul wujud di pertengahan antara remaja lelaki dan lelaki dewasa, yang sukar diyakinkan. Dan pada minda saya hanya Gong Yoo muncul saat saya menulis skrip Coffee Prince," ujar Sun Mi.
"Dalam novel, Han Kyul digambarkan berubah sikap secara tiba-tiba, namun di layar kaca, dia melalui proses perubahan sikap secara semulajadi kepada seseorang yang berkebolehan menunjukkan ekspresi emosi dalamannya," tambahnya.
Bagi versi layar kaca, Coffee Prince diterapkan unsur-unsur dramatik dan kisah cinta tiga segi yang diiringi kisah cinta empat segi yang tidak wujud dalam versi novel.
"Mungkin ada pembaca novel Coffee Prince yang kecewa denga perubahan itu, tetapi kritikan adalah sesuatu yang saya sanggup terima dengan rela hati bagi mencipta suatu melodrama yang menarik dan menceriakan," tegasnya.
Coffee Prince ditayangkan dari hari Isnin ke Jumaat di 8TV bermula 22 Februari pada pukul 8.30 malam (juga menerusi saluran 708 di Astro. Coffee Prince juga boleh didapati dalam bentuk video cakera padat edaran PMP Entertainment (M) Sdn. Bhd.)
TENAGA kerja dan pengurusan Coffee Prince 'kesemuanya' terdiri daripada lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nyampuk at 21-2-2008 09:37 AM
yer lah...mesti kena byk compom...utk mengSAHkan...keBESTsan citer nih....
wakakaka...
ko dapat cop dari mana ni?
keterujaan ku bertambah nak layan citer ni
walopon aku tak suker hero ngan heroin nyer
cehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2042 eddysheddy's post
tak sangka plak aku promo coffee prince ni sampai kluar besar-besaran dalam kosmo smalam..tekejut aku muke YEH jadik cover depan..hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by EXLESSIA at 21-2-2008 10:41 AM
wakakaka...
ko dapat cop dari mana ni?
keterujaan ku bertambah nak layan citer ni
walopon aku tak suker hero ngan heroin nyer
cehhh
ko layan je cerite ni..mesti tak rugi punye..aku jamin..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by nyampuk at 21-2-2008 10:21 AM
sapa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2045 skuter_buruk146's post
aku pun ada baca pasal citer ni dalam kosmo semalam
jalan citer best
cuma kureng bab pelakon je
takpe... aku layan je |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by EXLESSIA at 21-2-2008 10:41 AM
wakakaka...
ko dapat cop dari mana ni?
keterujaan ku bertambah nak layan citer ni
walopon aku tak suker hero ngan heroin nyer
cehhh
cop mendanya....aku beli dvd lah...(berdasarkan...comment member aku yg memang mania abiss ngan drama korea ) |
|
|
|
|
|
|
|
leh flashback kan...scene nih....suka tgk si HK wat perangai belakang chan...
credit to soompi.com |
|
|
|
|
|
|
|
scene nih pon...lawoksss...keh3
credit to soompi.com
|
|
|
|
|
|
|
|
iklan kat paper tuh sweet laaa...
rase nak jer potong letak bwh bantal
hahahahaha
tak sabo nk dgr lagu white love story.... |
|
|
|
|
|
|
|
bila tgk gambo nih..teringat scene..chan tiup |
|
|
|
|
|
|
|
owhh... hero2 tidak mengancem... layan gak ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2058 azwa85's post
hikhikhik... ko layan dulu..jap lg ko ler rasa demam cofee prince |
|
|
|
|
|
|
| |
|