|
Reply #2027 haziq_97's post
|
|
|
|
|
|
|
cameron highland ni mmg my faveret for weekend getaway. normally duk kat lakehouse kat ringlet. the service is very good, personalised sangat n mmg payah bump into other visitors. suka jenjalan kat ladang teh, minum tea n makan scone.... nice, nice |
|
|
|
|
|
|
|
me nkgi CH sabtu ni seblom subuh..tak book hotel pun..nk redahhh jek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2032 haziq_97's post
apsal tak masuk Kg Taman Sedia...ada honestay dlm tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
tatau pun kat MARDI ada tempat menginap....
Nyamannya Cameron HighlandsOleh Syarifah Dayana Syed Bakri
[email protected]
| BAYANGAN pertama tatkala dipelawa ke Cameron Highlands adalah ladang teh yang saujana mata memandang bak gambaran dalam filem Bollywood.
Namun, saat kaki menjejak di kawasan tanah tinggi itu, hanya rasa nyaman menyelubungi diri. Dakwaan tanah tinggi itu kini tidak lagi sejuk nyata meleset. |
BAYANGAN pertama tatkala dipelawa ke Cameron Highlands adalah ladang teh yang saujana mata memandang bak gambaran dalam filem Bollywood.
Namun, saat kaki menjejak di kawasan tanah tinggi itu, hanya rasa nyaman menyelubungi diri. Dakwaan tanah tinggi itu kini tidak lagi sejuk nyata meleset.
Hari pertama, kumpulan wartawan seramai 28 orang dibawa mengunjungi Tanah Rata, satu-satunya kawasan tidak berbukit di Cameron Highlands. Sempena meraikan sambutan Pesta Flora, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang mengadakan acara menggubah bunga yang disertai penduduk tempatan.
Petang itu, kami singgah di pasar malam Cameron Highlands membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
Ironinya, peniaga pasar malam di ibu kota menjual keropok lekor, murtabak, air jagung dan nasi kerabu serta pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan termasuk strawberi.
Tidur kami malam itu digigit kedinginan dan tatkala melangkah ke dalam bilik hotel, mata melilau mencari suis penghawa dingin namun selepas seketika baru kami sedar hanya kipas angin yang ada. Suhunya sejuk hingga ke tulang.
Keesokannya, kami berpeluang berkunjung ke ladang teh milik Boh Plantations. Perjalanan selama 15 minit melalui jalan sempit memaksa kami menggunakan perkhidmatan bas sekolah.
Perjalanan itu seakan-akan membuat kami tidak sanggup membuka mata kerana laluan yang dilalui agak menyeramkan terutama bukit dan gaung di kiri dan kanan bahu jalan.
Kami turut dibawa ke kilang pemprosesan teh yang mendedahkan proses menghasilkan bahan minuman itu.
Boh Plantations memiliki empat ladang teh seluas 1,200 hektar yang menghasilkan empat juta kilogram teh setiap tahun bersamaan dengan 5.5 juta cawan sehari.
Kemudian kami dibawa ke Taman Agro Teknologi Mardi (TATM). Penerangan yang diberi Pembantu Penyelidiknya, Lokmanulhakim Basiron, membawa kami lupa seketika kesibukan Kuala lumpur. TATM terletak 1,400 meter di atas aras laut menjadikan lokasi itu sesuai untuk penanaman bunga.
TATM bukan sekadar tempat riadah tetapi memberi peluang pengunjung belajar mengenai tanaman terdapat di sana. Penyelidikan Mardi menghasilkan teknik untuk proses mengeksport bunga supaya tahan lebih lama.
Bunga kekwa, misalnya, boleh bertahan sehingga sebulan perjalanan tanpa perlu sebarang penggunaan bahan kimia.
Pengunjung yang ingin ke sana berpeluang menjejakkan kaki ke English Garden yang dilitupi hampir 30 jenis bunga.
Difahamkan, taman itu memerlukan pengawasan enam kakitangan dan tugas yang perlu dilakukan setiap hari ialah penjagaan rumput.
Namun, kebanyakan benih bunga diperoleh dari Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah kerana Malaysia masih kekurangan pakar dalam bidang itu.
Statistik yang diperoleh menunjukkan Cameron Highlands mengeksport bunga berjumlah RM200 juta ke Jepun, Thailand, Hong Kong, Taiwan dan Singapura tahun lalu.
Manakala, RM40 juta pasaran bunga tempatan datang dari Cameron Highlands.
Pengunjung juga boleh melawat taman herba dan tapak tanaman strawberi. Kata Lokmanulhakim, harga strawberi yang sedikit mahal bukan alasan utama kerana mutu yang dihasilkan lebih baik berbanding di tempat lain.
Menurutnya, strawberi adalah tumbuhan yang mudah dijaga dan mereka hanya perlu mengawasi kehadiran serangga perosak saja. Setiap pokok strawberi boleh menghasilkan bunga selepas lima bulan dan mampu bertahan sehingga 10 tahun.
Di sana turut disediakan tempat penginapan ala Inggeris iaitu English Cottage yang membolehkan pengunjung menginap dalam kawasan TATM dengan bayaran berpatutan.
Pengunjung tidak harus melepaskan peluang melawat tapak penanaman bunga yang terdiri daripada mawar, kekwa serta orkid.
Menurut Lokmanulhakim, ketika tiba musim bunga, pengunjung berpeluang memilih bunga yang dikehendaki dan memetiknya sendiri.
INFO
Turut menjadi tarikan pengunjung ialah keunikan Gunung Lumut, Taman Flora, Hutan Lipur Parit Fall yang mempunyai pelbagai spesies tumbuhan seperti orkid liar dan periuk kera.Pelancong boleh menyusuri trek yang disediakan sambil mendapat penerangan lanjut daripada pemandu pelancong.
Beberapa penempatan Orang Asli di Cameron Highlands juga boleh dilawati sambil mencuba peralatan memburu seperti sumpit yang digunakan kaum pribumi itu. Industri madu lebah juga turut menjadi antara produk sampingan yang kini semakin terkenal di kalangan pelancong tempatan.
Cameron Highlands mempunyai tiga pekan iaitu Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Jika Brinchang menempatkan ladang teh dan strawberi, Tanah Rata tertumpu kepada penanaman sayuran. Bunga ros, matahari dan orkid selain sayur seperti kobis dan tomato yang dibungkus sekali dalam satu
pek boleh dibeli pada harga RM5.
Bagi peminat bunga ros dan pelbagai pokok bunga eksotik, Pusat Ros di Brinchang menawarkan bunga ros pelbagai warna. Di sini, anda boleh mendapatkan kombinasi spesies bunga raya, orkid, periuk kera dan tumbuhan hutan.
Daripada pusat ros, anda perlu memandu beberapa kilometer ke hadapan hingga sampai ke Lembah Kaktus, yang juga di Brinchang. Taman kaktus terbesar ini menempatkan lebih 1,000 spesies kaktus di kawasan berlandskap seakan-akan padang pasir.
Melihat bekalan kaktus yang diperoleh dari Belanda dan China ini begitu unik selain harganya begitu murah, pasti membuatkan penggemar kaktus membeli pulang beberapa pokok kaktus sebagai hadiah buah tangan untuk keluarga dan rakan.
UNTUK KE SANA
Untuk sampai ke Cameron Highlands, pelancong boleh melalui jalan Gua Musang ke Kampung Raja, selain melalui Lebuhraya Utara-Selatan (Tapah).
Jika anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan itu adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.
RUJUKAN PERCUTIAN
Tourism Malaysia
Tel: 03-2615 8188 /
Faks: 03-2693 5884 / 2693 0207
Talian Pelancongan: 1-300-88-5050 |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2035 Ms_Commet\ catat
haii..putri baru joint forum ni.. ni pasa l nk pg CH this weekend.. elok book dulu,sbb putri pun baru bbrp hari lepas book sbb date x cfirm. plan sabtu,kena pg sekolah anak lak. tukar pagi ahad, sekolah anak lg.. tp nekad tengahari lepas siap program tadika dia,kitaorang terus cabut pg CH...
mula call nak book kat equatorial, dah full. call star regency, pun full... call casa De La Rosa full gak pastu call rosa passadena, tp katil double ada utuk 1 mlm je,putri nk 2 mlm.xde pilihan coz takut x dapat bilik ambil yg katil single,2 katil dlm 1 bilik. putri ber3 dgn asbent n boy 6 tahun je,so x padan nk book apartment 3 bilik...
tp lepas book, call member yg ada tinggal kt sana,dia ckp knp ambil jg katil single,banyak lg hotel lain.. janji selesa,x teruk sgt,ok la..yg penting nak spend masajalan2...
so putri call rainbow,katanya adik beradik rosa gak... nasinb dapat bilik yg katil double.bilik deluxe rm 165 je.. tp ada komen kat sini ckp bilik air x ok, betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2040 Ms_Commet\ catat
siang hari pun sejuk gak ke ms..? kul 2 gerak ,kul 6 sampai tu ikut simpang pulai ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by putriayu75 at 11-11-2008 12:39 AM
siang hari pun sejuk gak ke ms..? kul 2 gerak ,kul 6 sampai tu ikut simpang pulai ek?
ha tu dh ade org yg tlg jwb..siang sejuk gak..tp tade la smp kene pakai sweater...long sleeve would be nice..huhuh..
yerr..saye ikut smpg pulai..jln clear except dh smp bkt raja..hujan turun dgn lebatnye..so takleh speed.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2037 debunga_zazz\ catat
debunga.. nak tanya ok tak duduk kat rainbow... bilik ok tak ,bilik air ok? dgr kureng bersih? ye ke? putri dah tempah utu weekend nu,deluxe room.. ok ke? ada astro? |
|
|
|
|
|
|
| |
|