|
[Tempatan]
KELATE SEMAKIN PARAH : Penduduk Manek urai terpaksa panjat bukit untuk selamat.
[Copy link]
|
|
GhostWalking posted on 26-12-2014 11:39 PM
INILAH POST TWEET PALING PUAKA TENTANG BANJIR...
http://naimnikmat.blogspot.com/2014/ ...
Ni Bella forumer ke ni...hehe ampoon |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 26-12-2014 11:39 PM
INILAH POST TWEET PALING PUAKA TENTANG BANJIR...
http://naimnikmat.blogspot.com/2014/ ...
bangang abadi |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 26-12-2014 11:40 PM
Ish....ya allah. ..betul ke ni sampai kelaparan?
tatau la kak noor..harap tak betul  |
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI posted on 26-12-2014 11:40 PM
Harap sgt komen ni tak betul......
Susah nak terima sebab mati kelaparan......
tu la harap tak betul  |
|
|
|
|
|
|
|
KumbangPolkaDot posted on 26-12-2014 11:42 PM
tatau la kak noor..harap tak betul
Itula. ...susah nak percaya. ...errr |
|
|
|
|
|
|
|
AirAsia tawar angkut barang ke Kota Bharu

AirAsia
AIRASIA melancarkan Kempen Bantuan Banjir Pantai Timur berupa perkhidmatan membawa barang dan pekerja bantuan secara percuma ke Kota Baharu dan Terengganu serta mengadakan usaha mengumpul derma bagi kerja pemulihan selepas banjir.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Kamarudin Meranun berkata setakat ini, AirAsia telah mengangkut bekalan makanan sumbangan Biro Penerangan Pemuda Umno ke Kota Bharu dan syarikat penerbangan itu berjanji untuk mengangkut barang bantuan sumbangan Mercy Malaysia.
"Doa kami mengiringi semua mereka yang terjejas oleh banjir. Kami berjanji untuk melakukan segala yang termampu bagi membantu meringankan kesengsaraan dan kesusahan yang dialami mangsa serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Agensi bantuan yang memerlukan sokongan pengangkutan udara dipelawa menghantar permohonan mereka ke [email protected] dan maklumat tentang penyerahan serta syarat kargo akan diberi selepas dibuat penilaian.
Syarikat penerbangan itu berkata, ia juga akan bekerjasama dengan Mercy Malaysia untuk melancarkan usaha mengutip derma dikenali sebagai Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur AirAsia bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan untuk aktiviti pemulihan.
Kempen itu akan dimulakan pada 31 Disember bagi tujuan mengumpul dana untuk kerja membersih dan membaiki sekolah dan hospital selepas banjir.
Sementara itu, Bank Rakyat hari ini mengumumkan bahawa pelanggannya yang terjejas oleh banjir akan diberi penangguhan pembayaran balik pembiayaan.
Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak berkata, ia termasuk penangguhan bayaran ansuran sehingga enam bulan, di samping penangguhan semua tindakan litigasi dan untuk mendapatkan kembali bayaran bagi akaun tertunggak.
"Program bantuan banjir ini berkuat kuasa serta merta dan kami harap ia akan meringankan beban kewangan yang ditanggung pelanggan dalam saat-saat sukar ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, penangguhan itu ditawarkan mengikut kes atas permintaan pelanggan yang terjejas dan maklumat mengenainya akan disiarkan melalui laman sesawang Bank Rakyat serta notis yang disiarkan di cawangan terjejas.
Maklumat lanjut tentang kemudahan itu boleh didapati dengan menghubungi pusat panggilan Bank Rakyat melalui talian 1-300-88-12265. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 26-12-2014 03:41 PM 
Ni Bella forumer ke ni...hehe ampoon
ok skang kita dah dapat tengok muka dia hahahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Air naik sampai mane dah ek?berek 12 naik air...rumah menteri besar pun naik jugak kan?hurm... |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren posted on 26-12-2014 11:47 PM 
AirAsia tawar angkut barang ke Kota Bharu
TQ AirAsia 
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketika pelbagai pihak sibuk menghulurkan sumbangan membantu mangsa banjir di Kelantan, kira-kira 100 mangsa yang menjadikan sebuah sekolah di Kuala Krai sebagai pusat perlindungan sementara, terpaksa berlapar dan bergelap tanpa sebarang bantuan sejak lebih 40 jam lepas.
Seorang mangsa banjir di Kuala Krai, Dr Azilah Mohd Ali berkata sehingga kini tidak diketahui nasib mangsa yang berlindung di bangunan Asrama Lelaki Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra (SYP) 1 itu.
"Saya mendapat tahu mangsa yang berada tingkat tiga dan empat asrama SYP 1 itu tidak menerima sebarang bantuan atau makanan sejak berpindah awal pagi Rabu lepas," kata Pakar Pergigian Kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, itu ketika dihubungi.
Menurut beliau sembilan anggota keluarganya termasuk dua adik, dua adik ipar dan lima anak saudara yang berusia antara tujuh dan 27 tahun terperangkap di bangunan sekolah berkenaan sejak tiga hari lepas.
Dr Azilah, yang sedang bercuti dan pulang ke Kelantan, kini berlindung di rumah anggota keluarga terdekat di Taman Krai Sentral yang bagaikan sebuah pulau setelah dikelilingi air banjir.
"Hubungan kami terputus disebabkan bateri telefon semakin lemah dan saya pula perlu menguruskan orang tua yang uzur," katanya yang berpindah pada 4 pagi ketika air naik secara mendadak di Jajahan Kuala Krai, Rabu lepas.
"Masalah besar kini adalah sumber air mentah untuk makan dan minum telah kehabisan dan kami terpaksa mengharapkan kepada air hujan semata-mata," katanya.
Sementara itu seorang penjawat awam yang berasal dari Kuala Krai, Soon Li Wei, 26, berkata sudah tiga hari dia tidak dapat berhubung dengan keluarganya yang menetap di Taman Guchil Jaya dan Kampung Guchil 4.
"Saya cuba menghubungi mereka beberapa kali sebelum ini tetapi tidak dapat. Sehingga kini saya langsung tidak tahu bagaimana keadaan mereka. Paling dibimbangi, nenek saya Chan Cho Chu, 80, tinggal bersendirian di rumahnya dan saya dimaklumkan rakan sekampung, rumah nenek dinaiki air sehingga paras pinggang.
"Nenek tidak ada pengalaman melalui banjir jadi saya amat risaukannya, manakala ibu bapa dan adik saya juga terputus hubungan apabila jalan di sekeliling termasuk untuk ke rumah nenek turut dinaiki air dan ditutup... kemungkinan ibu bapa saya juga sudah berpindah ke pusat pemindahan," katanya.
Seorang mahasiswa kolej swasta di Petaling Jaya, Kua Chee Hoe, 23, pula berkata beliau mendapat berita tentang kejadian banjir yang melanda rumahnya di Jalan Ah Sang, Kuala Krai melalui gambar yang tersebar di laman sosial Facebook.
"Saya cuba menghubungi keluarga saya tetapi tak dapat... apabila mendapat tahu air sudah mula naik ke tingkat dua rumah, saya segera meminta bantuan rakan-rakan melalui Facebook untuk membantu keluarga saya yang terperangkap.
"Syukur kerana tidak lama kemudian Pemuda MCA bahagian Kuala Krai membantu anggota keluarga saya keluar dari kawasan banjir dengan bot kecil mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.
Setakat 5 petang ini, sejumlah 119,624 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Kedah dan Perlis terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan lapor AstroAwani
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_kikilala posted on 26-12-2014 11:48 PM
Aduhhh kesiannya baca |
|
|
|
|
|
|
|
post paling bangang kata para penyelamat tidak berusaha utk menyelamat mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
TERKINI : EMPANGAN BANG LANG DI YALA LEPASKAN AIR HARI INI?
OLEH : Kelab Pencinta Sejarah Kelate
PPSK : INFO BANJIR
Berita ini admin tidak dapat sahkan. Mohon warga FB pakat sahkan kesahihan berita ini. Air di empangan Bendang Setar, wilayah Yala Thailand sudah dilepaskan. Bersiap sedia wahai rakyat Rantau Panjang dan Pasir Mas!
Pintu empangan di selatan telah dibuka untuk elak empangan pecah, air akan sampai ke Yala dalam masa 24 jam, Patani dalam masa 48 jam, adik kakok di Klate bersedia untuk hadapi banjir yg lebih buruk, kawe tolong translate dari website Thai..
Gambar dr Pages Voice of Pattani.
Sumber:http://pkrl.blogspot.com/2014/12 ... g-lang-di-yala.html
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_kikilala posted on 26-12-2014 11:48 PM 
enggan pindah kenapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI posted on 26-12-2014 11:41 PM 
BIMBO
Bimbo untuk yg cantik jah..
Ni DUMBO!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 26-12-2014 11:53 PM
Ketika pelbagai pihak sibuk menghulurkan sumbangan membantu mangsa banjir di Kelantan, kira-kira 100 ...
Kesiannya baca... |
|
|
|
|
|
|
| |
|