|
Masa minum petang tadi kat Mamak Shaaz, Subang Perdana, terjumpa pakcik guard Encik Azman ni. Dia minum kat meja sebelah, dia datang kemudian, masa saya dah habis minum. Walau dia tak kenal saya, dia pandang saya dia senyum. Saya datang tegur dia, mulut beliau tak lekang dari sebut nama Allah. Tutur kata lembut tapi tegas. Murah senyuman.
Pakcik Azman cerita pasal kes tu dari A-Z. Rasanya tak perlu saya cerita semula, sebab semua dah tahu kisahnya yang tersebar di internet. Berpeluang juga saya dengar dari mulut dia sendiri. Pada usia hampir 60 tahun, beliau masih menyewa rumah di Kg Melayu Subang, terserlah kehidupannya yang susah, tak seperti orang lain seusianya yang memiliki rumah sendiri. Saya support Pakcik Azman..!!
p/s: sesiapa yang nak beri bantuan kepada beliau, atau beri bantuan kewangan untuk bayar lawyer (wanita itu dah bawa kes ke mahkamah, pakcik ni perlu lawyer untuk bela diri), atau mana2 lawyer yang nak bagi bantuan guaman percuma, boleh bank-in dalam akaun yang tertera di bawah.
UPDATE (9:26PM): Alhamdulillah ada seorang hamba Allah yang nak jadi peguam bela secara percuma kepada pakcik ni..!!
UPDATE (11:20PM): Ada dua orang lawyer sudi jadi lawyer pemerhati yang akan duduk dalam mahkamah nanti di kerusi awam.
# kami akan sokong pakcik! Insy'Allah, orang2 yg teraniya akan dibela
# terima kasih pada lawyer2 yg sudi membantu, walaupun bukan dari segi kewangan, tp dari segi sokongan, tenaga dan masa chaiyokk!!
Last edited by NurulAJ on 26-9-2013 10:10 AM
|
|