KUALA LUMPUR: Penyampai radio Nasional FM, Dj Sonic menyifatkan aktres Nur Fazura bijak menyembunyikan perasaannya biarpun sedang berdepan kemelut rumah tangga. Dj Sonic berkata, dia ada bertemu Fazura tiga hari sebelum pelakon filem Pisau Cukur itu memfailkan perceraian. "Dia sangat okay, tidak tunjuk tanda-tanda sedang berdepan masalah rumah tangga. Sejujurnya, Fazura tak pernah ceritakan kisah rumah tangganya ketika kami keluar. "Mungkin sebab Fazura lebih suka menyebarkan aura positif. Jadi, saya terkejut bila dapat tahu Fazura memfailkan perceraian"Saya sedih kerana Fazura dan suaminya, Fattah Amin adalah orang yang baik," katanya ketika ditemui BH Online pada majlis pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Courtyard by Marriot Kuala Lumpur South, di sini, malam tadi. Dj Sonic antara 36 calon raih undian tertinggi keseluruhan setakat ini dalam kategori Penyampai Radio Popular berkata, dia tak pernah sekali pun mendengar Fazura bercerita buruk mengenai Fattah sepanjang mengenalinya. Sebaliknya, ujar Dj Sonic, Fazura sentiasa memuji Fattah sebagai bapa yang baik. "Saya sebenarnya tak nak masuk campur urusan rumah tangga Fazura dan Fattah. Keluarga mereka juga baik, jadi saya hanya doakan yang baik-baik," katanya.
Sementara itu, berkongsi dihentam teruk kerana memuat naik hantaran memuji Fazura, DJ Sonic bagaimanapun menafikan bersifat berat sebelah. "Apa yang saya tulis adalah ikhlas daripada hati. Untuk makluman, saya bukanlah datangnya dari keluarga senang. "Bila saya sampai ke Kuala Lumpur, Fazura banyak beri peluang. Jadi, saya tiada masalah nak beri wang belanja kepada keluarga di kampung disebabkan Fazura. "Dia juga pernah bantu ketika saya tiada duit," katanya. Ujarnya, hantaran dimuat naik dalam Instgram mendapat maklum balas dari Fazura yang meninggalkan emoji menangis. "Fazura hantar emoji menangis kerana dia tahu apa yang saya tulis adalah mengenai susah senang kami bersama," katanya. Menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, ABPBH 36 mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia. ABPBH 36 diinspirasikan CONBOO sebagai penaja utama.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/09/1300252/fazura-tak-pernah-cerita-keburukan-fattah-dj-sonic
|