CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 13-10-2008 04:43 PM | Show all posts


Jemaah pertama berlepas 31 Oktober

Oleh Haika Khazi

PUTRAJAYA:
Kumpulan pertama lebih 300 jemaah haji Malaysia, dijangka berlepas ke Tanah Suci dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat Boeing 747-400 milik
Penerbangan Malaysia (MAS), pada 31 Oktober ini.

Operasi penerbangan pulang jemaah haji ke tanah air dijangka bermula pada
pertengahan Disember ini hingga 12 Januari tahun depan.

Penolong Pengurus Besar (Perkhidmatan Sewa Khas dan Haji) MAS, Kapten Nik Huzlan Nik Hussain,
berkata pihak syarikat menyediakan 108 penerbangan pergi dan balik untuk membawa 13,000 jemaah haji Malaysia
dari beberapa bandar raya di Malaysia ke Makkah atau Madinah tahun ini.

"Kita juga bakal mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya MAS akan mengadakan
penerbangan terus beroperasi dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke Jeddah dan Madinah
untuk memudahkan lebih 3,000 jemaah dari di Pantai Timur.

"Selain itu, penerbangan haji MAS juga beroperasi terus dari KLIA, Pulau Pinang, Johor Bahru,
Kuching dan Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Nik Huzlan berkata operasi penerbangan menghantar jemaah haji ke Tanah Suci berkenaan
adalah sesuatu yang unik dan istimewa bagi MAS.

Berikutan itu, MAS akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan jemaah haji dalam penerbangan
termasuk skrin televisyen peribadi, menu makanan istimewa berciri tempatan, nasyid dan bacaan ayat suci al-Quran.

"Kita juga mencetak panduan solat (jama' dan qasar) bersaiz poket untuk diedarkan kepada jemaah
di dalam pesawat bagi memudahkan mereka," katanya.

Nik Huzlan berkata, jemaah juga diingatkan supaya mematuhi peraturan syarikat penerbangan yang melarang mereka
membawa bahan cecair melebihi 100 mililiter (ml) dalam beg sandang.

"Saya ingin mengingatkan jemaah supaya tidak membawa botol atau bekas plastik berisi pelbagai jenis cecair termasuk
kicap, acar buah, budu, sambal nasi ayam, ubat gigi, air mineral, jus buah dan asam jawa,
kerana ia akan dirampas disebabkan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Barangan cecair melebihi 100ml boleh dibawa tetapi dengan syarat dimasukkan
ke dalam beg besar yang didaftar masuk lebih awal," katanya.

Baca berita ni pun dah seronoknya..
Tak lama lagi untuk Penerbangan Pertama KT 1...
Selamat Mengerjakan Haji...
Moga mendapat Haji Mabrur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2008 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 13-10-2008 04:42 PM


Azie, pak pak arab ni masa peak season dorang sombong. Harga melambung lambung bayangkan masa Kat Mina tu**la wanita dorang jual SR20 satu packet (yang normal SR5-8 je). Dorang tau ramai yang ...


Betuii dan faham sangat Kak Aily...
Buat tak layan aje kat kita...cakap dgn kita pun macam orang nak bergaduh aje..
Sabor ajelah...
Mak Mertua pun pernah kena...bila kita tak jadi beli..dia campak aje barang tu depan kita...
Dalam hati cakap...ikut suka hati kaulah labu...tempat kau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 05:09 PM | Show all posts
Rasa mcam x percaya penerbangan cepat sungguh.. toleh kebelakang rupanya hampir 3 tahun rupa tinggalkan Rumah ALLAH. Berdoa agar dijemput kesana lg secepat mungkin..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 05:12 PM | Show all posts

Reply #1973 aziefa's post

Moral dia, mungkin boleh pergi shopping dengan orang yang kerap kesana.
So, dia dah tahu serba sedikit selok - belok cara Pak Arab berurusan.

Boleh camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 13-10-2008 04:42 PM


Azie, pak pak arab ni masa peak season dorang sombong. Harga melambung lambung bayangkan masa Kat Mina tu**la wanita dorang jual SR20 satu packet (yang normal SR5-8 je). Dorang tau ramai yang ...


Betul cakap aily, kalau peak season memang dia ambil peluang betul naikkan harga.   Al Quran pun dia naikkan harga.Terutama di Makkah, Al Quran yang kecil tu kalau biasanya SR 20 hingga SR30 harganya saja ada yang naikkan harganya  hingga SR50  masa akak pergi Ramadan tahun lepas.  Sepatutnya Al Quran mereka tak perlu naikkan harga, Kallamullah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 05:22 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 13-10-2008 05:13 PM


Betul cakap aily, kalau peak season memang dia ambil peluang betul naikkan harga.   Al Quran pun dia naikkan harga.Terutama di Makkah, Al Quran yang kecil tu kalau biasanya SR 20 hingga SR30  ...

Pak arab nie ingat biz aje...pas2 depa lupa tentang ibadah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2008 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 13-10-2008 05:13 PM


Betul cakap aily, kalau peak season memang dia ambil peluang betul naikkan harga.   Al Quran pun dia naikkan harga.Terutama di Makkah, Al Quran yang kecil tu kalau biasanya SR 20 hingga SR30  ...


Memang betul Kak Ros,  mula mula sampai kat Makkah tak beli Quran lagi tanya je tapi 2 minggu lepas tu mak ai naik berganda. Kita tak naklah beli Quran pun nak tawar menawar. Dorang ni memang ambik kesempatan betul . Yang sedapnya kalau kita tak beli masa tu dorang tak panggil kita balik tapi selepas habis haji orang pun dah ramai balik baru nak melambai lambai panggil kita
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 07:30 AM | Show all posts
mak kawan akak saya akan berlepas 31 Oct ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 07:41 AM | Show all posts
Allahdulilallah, selamat berangkat dan mendapat Haji yg mabrur...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 11:02 AM | Show all posts

Reply #1979 Mas916's post

Ada kenalan yang dapat KT26, bertolak pada 7/11.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:01 PM | Show all posts
Assalamualaikum Bay.. dah dpt keputusan ke??? Bila berangkatnya?? Rasa macam saya plak nak g.. excited sangat bila dengar kengkawan nak berangkat nie....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 14-10-2008 12:01 PM
Assalamualaikum Bay.. dah dpt keputusan ke??? Bila berangkatnya?? Rasa macam saya plak nak g.. excited sangat bila dengar kengkawan nak berangkat nie....


salam.......
ada juga orang ingat kat saya ya.......
insyallah 28 Nov.. sebulan lebih lagi....
jantung saya semakin kuat degupannya........
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:28 PM | Show all posts
Syukur pd Allah, akhir yng di tunggu hampir mendapatkan hasilnye.. Skrg blehlah fitkan body bnyk solat sunat taubat/dhuha ,berdoa dan aktiviti yg lain.. agar Bay tenang dari segi fizikal dan mental ye..semoga mendpat haji mabrur..insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 14-10-2008 12:10 PM


salam.......
ada juga orang ingat kat saya ya.......
insyallah 28 Nov.. sebulan lebih lagi....
jantung saya semakin kuat degupannya........



Alhamdulillah syukur. 28 Nov penerbangan hujung hujung masuk Makkah dulu kan. Bay buat Haji apa?


Jenis-jenis Haji

Haji Tamattu' ialah berihram Umrah pada bulan-bulan Haji. Setelah selesai mengerjakan Umrah dan telahpun bertahalul, orang haji akan berniat Ihram Haji pada hari Tarwiah dan dia dikenakan menyembelih Dam.

Haji Qiran ialah berniat Umrah dan Haji secara serentak dan orang Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam.


Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.


[ Last edited by  aily at 14-10-2008 12:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:45 PM | Show all posts

Reply #1984 haziq_97's post

tq haziq..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:47 PM | Show all posts

Reply #1985 aily's post

ya.. penerbangan akhir terus ke makkah. Insyallah buat tamattuk'..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 12:52 PM | Show all posts

Reply #1987 bayangan_rindu's post

Tahniah. Dah dapat surat ke? KT berapa tu?
Syukur Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 01:38 PM | Show all posts

Balas #1983 bayangan_rindu\ catat

Alhamdullillah....syukur...akhirnya penantian kak bay berakhir...
semoga dapat melaksanakan haji dgn tenang dan diberi kesihatan yg baik sepanjang berada disana nanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:26 PM | Show all posts
Alhamdulilah bay dpt pegi...
saya plak yg berdebar....andai kata nama saya naik tahun depan....adakah saya sudah bersedia utk buat haji.....
nk buat umrah pun dalam hati bagai di palu.....inikan pulak haji.....

kadang2 saya heran......bila nk pegi melancong, hati rileks ja...hitung hari nk p,
tp bila ke tanah suci.....hanya org2 yg dh penah pegi yg mengetahui bagaimana perasaan itu......
bila saya baca buku prof kamil....apa yg dia rasa, itulah yg saya rasa masa nk p umrah dulu....

kalau nama naik tahun depan.....harap2 ada la org kg saya yg dpt jugak...bolehlah tumpang mahram.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 14-10-2008 02:26 PM
Alhamdulilah bay dpt pegi...
saya plak yg berdebar....andai kata nama saya naik tahun depan....adakah saya sudah bersedia utk buat haji.....
nk buat umrah pun dalam hati bagai di palu.....inika ...

Itulah satu anugerah Allah pd umat Islamnya..   mmg x dpt dibanding kegembiraan pabila kita di jemput menjadi tetamunya..mmg berlain sekali bila kta melancung kat tempat lain Mas x perlu gentar.. insyaallah kalau dah ready from awal should be alright. Make sure kita bersedia dari segala segi baik dari rohani dan jasmani.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.266708 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list