CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Tanam Anak Di Lantai Dapur Rumah:HUKUMAN 24 Bulan Jer???#187

[Copy link]
Post time 13-9-2015 09:59 AM | Show all posts
susukambingbest replied at 6-6-2015 10:29 AM
tringat cite yg fizz fairus belakon.. amyza adznan jd jiran yg gila akibt pnderaan bkas suami.. adik ...

tajuknye FIRDAUS...aku dah tolong carikan...hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2015 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
merah_arjuna replied at 13-9-2015 09:59 AM
tajuknye FIRDAUS...aku dah tolong carikan...hihi

hahhah trbaikk, tq2... ingtkn apa la td hehee
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-6-2015 08:47 AM
berita TV semalam pun kata couple ni penyewa sahaja dan bayar sewa pun missed.

owner yang nak r ...

habislah rumah tu. dah tak boleh disewa dan jual
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 11:37 AM | Show all posts
susukambingbest replied at 13-9-2015 11:13 AM
hahhah trbaikk, tq2... ingtkn apa la td hehee

hihi..saja2 takde keja tlg carikan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 6-6-2015 01:59 AM
Bodohnya bapak!
Iols tak boleh hadam perempuan sanggup kena sepak teranjang dan kena tipu berkali2  ...

Kwn aku pnh ckp isteri yg jd bodoh cmnie sbb slalu sgt isap batang suami..aku tk tahu btui or tak..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 01:34 PM | Show all posts
sayang suami lebih daripada sayang anak..\

gini la jadinya..xpasal2 kena
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2015 09:43 PM | Show all posts
Edited by Mary_jane at 12-11-2015 09:44 PM

Ibu Lupus Mayat Anak Dipenjara 24 Bulan
KUALA LUMPUR: Perbuatan kejam seorang ibu yang melupuskan mayat anak lelakinya dengan cara menanam mayat itu di bawah lantai dapur rumahnya, dibalas dengan hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini.

Majistret Asyida Abd [url=mailto:Rahim@ibrahim menjatuhkan]Rahim@Ibrahim menjatuhkan[/url] hukuman itu terhadap Tan Boa Jia, 33, selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah hari ini.

Sebelum ini, Tan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah memerintahkan wanita itu yang juga suri rumah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 31 Mei lepas.

Tan yang memakai kemeja T berwarna pic dan seluar lokap ungu menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika jurubahasa mahkamah menunjukkan gambar mayat anaknya untuk pengecaman.

Dia kemudian mengangguk selepas mengecam gambar mayat anaknya itu.

Wanita itu didakwa melupuskan mayat Loo Yong Shen Evan, 9, dengan cara menanamnya dengan niat untuk melindungi suaminya Loo Chon Wen, 33, daripada pertuduhan membunuh di rumah No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong di sini pada 2 petang 29 Mac lepas.

Tan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda manakala suaminya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Kitson Foong yang mewakili Tan, memohon hukuman penjara ringan atas alasan anak guamnya sangat menyesal atas perbuatannya itu selain turut menjadi mangsa dalam kejadian itu.

"Dia mengalami penderaan fizikal dan emosi yang berpanjangan selama 10 tahun. Dia dipukul hampir setiap hari dan suaminya membuatnya percaya bahawa dia dan anak-anaknya dipukul kerana kesalahan mereka.

"Dia juga mangsa dera fizikal dan emosi. Dia kesal dan insaf (dengan perbuatan itu). Dia kesal kerana kehilangan anak keduanya dan tidak boleh memberitahu sesiapa pun kerana terlalu takut. Dia amat sedih," katanya.

Foong berkata, anak perempuan tertuduh yang berusia 10 tahun dan anak lelakinya yang berumur tujuh tahun kini dijaga abang dan ibunya di Tawau, Sabah.
Tertuduh juga berharap diberi peluang kedua untuk kembali ke pangkuan keluarganya selepas menjalani hukuman penjara itu, katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil pula memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain tertuduh merupakan ibu mangsa.

Di luar mahkamah, Foong memberitahu Tan akan menjadi saksi penting pendakwaan terhadap kes suaminya selain dia juga diwakili peguam Vivian Thien.

Pada 4 September, mahkamah itu memindahkan kes suaminya yang didakwa membunuh anak mereka pada masa dan tempat sama, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. -md




Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 10:14 PM | Show all posts
penjara 24 bulan je..
pandai tagih simpati,kata jadi mangsa dera..
padahal sayang laki, lupus mayat anak pun kerana sayang laki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2015 07:36 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 12-11-2015 01:43 PM
Ibu Lupus Mayat Anak Dipenjara 24 BulanKUALA LUMPUR: Perbuatan kejam seorang ibu yang me ...

tenkiu mary tolong hapdatekan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aman2 jer lah dok umah lps ni... Padahal bersubahat
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 07:52 AM | Show all posts
bukan dikira bersubahat sekali ke..patutnya 2 -2 kena hadap kat Mahkamah tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki ni along kan. That's y hot tempered semacam.. Yg ibu, sanggup laks tanam anak sendiri.

Mungkin jua x bersedia nak dapat anak ketika ituu.. Heartless betoi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 08:14 AM | Show all posts
apa perasaan anak anak lain agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 08:31 AM | Show all posts
24 bulan jerk.. OMG..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 08:40 AM | Show all posts
Dia kesal kerana kehilangan anak keduanya dan tidak boleh memberitahu sesiapa pun kerana terlalu takut. Dia amat sedih," katanya.



Kesian pulak kat cikki jinjang ni...mungkin hari2 kena belasah dgn laki dia....namun kakak tak boleh hadam kenapa beliyau tak berbuat sesuatu apabila anak beliyau mati dibunuh lakinya.....bukan susah nak buat laporan polis....kalau yer pun takut kat laki
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 08:42 AM | Show all posts
bellaa replied at 13-11-2015 08:06 AM
Laki ni along kan. That's y hot tempered semacam.. Yg ibu, sanggup laks tanam anak sendiri.

Mung ...

tak bersedia dpt anak apanya bell. tu anak no 2 dari 3 org anak. anak sulung dah umur 10 tahun. yang mati tu umur 9. tak tau la apa yang bapak dia buat sampai mati budak tu dikerjakan. kejam betul. harap2 jgn lepas dari hukuman la. hukum dgn setimpal timpalnya!!  yang mak tu pun ..  mmg patut lebih dr ini la mendapatnyal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 13-11-2015 08:42 AM
tak bersedia dpt anak apanya bell. tu anak no 2 dari 3 org anak. anak sulung dah umur 10 tahun. ya ...

Laaa. Ada pagi anak rupanya. Ingat anak sorang. Em. Ni mesti belakang ada suap.. Yela. X logik hukuman ringan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 08:55 AM | Show all posts
kesalahan dia cuma tanam anak bukan bunuh anak...tu yg dia kena 24 bulan je. laki dia yg kena tuduhan membunuh dan si isteri akan jadi star witness.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:35 AM | Show all posts
betina ni kena 24 bulan sebab menanam utk lupuskan mayat. yg membunuh org lain (suami dia). Suami dia kena hukuman setimpal akibat membunuh anak tu.

tak leh terima la.. klu aku memang report polis terus dah utk menuntut bela. dan sebagai ibu... malam-malam dia tak hiba ke bila terimbau kembali gelagat anak dia tu semasa dia masih hidup?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 12:26 PM | Show all posts
Bersubahat...kena hukum  lah jugak


Yg bagi arahan C4 lepas bebas kat negara omputih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.300264 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list