CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Hanya orang bodoh bincang hudud di Malaysia, kata Nazri Aziz

[Copy link]
Post time 25-3-2015 09:04 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-3-2015 08:33 AM
Bab guideline tu saya tak pernah baca plak baik dari hadi, bunyamin, nik aziz atau sesiapa saja pe ...

Dengan ketiadaan tok guru..sy rasa hudud ni kira antara senjata terakhir Pas untuk raih sokongan

Sosial,economi dah kira gagal..if kita rujuk apa yg blaku kat kelantan...


Kalau la betul dakwaan bahawa pemimpin pas sedar bahawa perlembagaan negara sedia ada tidak akan mmbenarkan hukum hudud ini dilaksanakan...ak andaikan pas ni saja nk taste power













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 09:08 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-3-2015 08:33 AM
Bab guideline tu saya tak pernah baca plak baik dari hadi, bunyamin, nik aziz atau sesiapa saja pe ...

Kalau PAS tak ada guideline kpd sesiapa pun, macam mana mereka nak melaksanakan sesuatu yg kritical spt Hudud? Nanti satu pihak kata "tangkap dan menghadap ke makhamah", lagi satu kata "tangkap dan saman", lagi satu kata "tangkap dan rejam terus". Kelam kabut jadinya.

Dua perkara saya nak tanya di sini pasal PAS dan Hudud ini.

Satu - PAS ada kumpulan ulama yg bersedia berkhidmat sbg Hakim dan pendakwaraya bila seseorang penjenayah itu diberkas ke? Ataupun PAS fikir utk tangkap dan terus rejam je dgn batu?

Dua - Apasal PAS mengambil Nigeria sbg contoh mengadakan Hudud? Apasal tak ambil Brunei sedangkan Brunei itu ada orang2 Melayu serumpun dgn orang2 Kelantan (dari kepulauan Riau), kecil dgn sumber minyak serta menpunyai Institusi Kesultanan. Nigeria itu mana ada semua benda2 ini (kecuali minyak lah). Ini sampai hari ini saya tak faham apasal Nigeria dipilih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:10 AM | Show all posts
Sephiroth replied at 25-3-2015 09:08 AM
Kalau PAS tak ada guideline kpd sesiapa pun, macam mana mereka nak melaksanakan sesuatu yg kritica ...

itu gunanya ruang perbahasan di parlimen

jika didapati masih belum bersedia sepenuhnya,

bukan bermaksud usul ditolak mentah2,

sebaliknya akan diberikan tempoh untuk kajian lanjut


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:11 AM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 25-3-2015 08:36 AM
keh keh keh

so kalau berfikir dah beriman kah?

Perbezaan antara manusia dan haiwan adalah tuhan menjadi manusia dgn kebolehan utk berfikir. Kalau tak boleh fikir, tak payah kamu mengelarkan diri kamu manusia.


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ne ulasan dr. Maza yg akak jumpa, ne masa tahun lepas punya forum.  Sangat menarik bagi akak apabila beliau mengupas tentang pemerintahan islam.

http://youtu.be/WuB9eQ9_nco
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:17 AM | Show all posts
d'zeck replied at 25-3-2015 09:10 AM
itu gunanya ruang perbahasan di parlimen

jika didapati masih belum bersedia sepenuhnya,

PAS kalau betul2 nak melaksanakan Hudud kerana Allah, sepatutnya mereka melakukan dgn cara yg teliti.

Teori dulu - siapa sediakan gambar-rajah bidang kuasa pihak2 tertentu spt Hakim, Pendakwa serta penguatkuasa (utk Polis). Kemudian guideline macam mana nak menberkas dan mendakwa seseorang. Prosedur makhamah, hak2 si penjenayah serta benda2 lain yg mungkin diutarakan nanti.

Kemudian bawa bincang sesama ulama serta orang ramai. Biar mereka berdebat dan fahami apa yg PAS nak buat. Biar mereka mengutarakan masalah apa yg mereka fikir mungkin akan keluar nanti. Biar mereka rasa selesa dgn apa yg PAS nak buat.

Barulah bentangkan sbg Rang Undang2.

Ini semua tak ada ... terus terjun tanpa tengok petapa dalamnya air ataupun ada buaya ke tak ada. Kamu tahu tak, tindakan PAS ini adalah bertentangan dgn Perlembagaan Malaysia dan dgn ini, PAS boleh dimansuhkan terus spt apa yg berlaku pada Parti Komunis Malaya dan Semangat 46 dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 replied at 25-3-2015 09:16 AM
Ne ulasan dr. Maza yg akak jumpa, ne masa tahun lepas punya forum.  Sangat menarik bagi akak apabila ...




Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:19 AM | Show all posts
Sephiroth replied at 25-3-2015 09:17 AM
PAS kalau betul2 nak melaksanakan Hudud kerana Allah, sepatutnya mereka melakukan dgn cara yg teli ...

apa jua bentuk hukuman yang disediakan
untuk apa jua bentuk kesalahan,

tidak perlu ditakuti
jika tidak bersalah,

atau tiada niat melakukan perkara
yang salah

as simple as that.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 09:20 AM | Show all posts
matahari7001 replied at 25-3-2015 09:03 AM
bising ape pulak..
uuuu i ve got a stalker now huhu
wait aa.. nnti i jawab.

Stalker apa benda ... Ini forum kecil, bukan seluas satu dunia. Pusing kiri kanan, jumpa juga orang yg sama.
Sahaja nak mengingatkan kamu yg kamu belum lagi menjawab persoalan dlm bab Hudud ... relevan ke tak itu.

PS : Ada seekor ular yg merindui kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:23 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 25-3-2015 09:04 AM
Dengan ketiadaan tok guru..sy rasa hudud ni kira antara senjata terakhir Pas untuk raih sokongan
...

hai.. shalome.. saya cume nak tanya, apa pandangan penduduk2 kristian di sabah dan sarawak tentang pelaksanaan hukum hudud ini? bukankah hudud ini untuk orang islam sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:25 AM | Show all posts
d'zeck replied at 25-3-2015 09:19 AM
apa jua bentuk hukuman yang disediakan
untuk apa jua bentuk kesalahan,

Kamu fikir semua orang dalam penjara itu pesalah ke? Kamu fikir semua orang yg bebas di luar sini semuanya alim ke? kalau dikira pencuri dlm penjara, pencuri2 dlm parti politik boleh dikatakan lebih banyak.

Sesebuah Undang2 harus cukup flexible supaya ianya mampu menangkap dan menghukum penjenayah dan pada masa yg sama, menberikan ruang kpd seseorang utk menbuktikan dirinya tidak bersalah.


Kalau seseorang itu didakwa sbg pencuri, dipotong tangan dan kemudian didapati tidak bersalah, apa hukumannya dari segi Hudud? Tangan siapa yg harus digadaikan nanti? Hakim? Si pendakwa raya? Ataupun anggota Polis yg menangkap dia?

Bab Undang2 - jangan main2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:27 AM | Show all posts
Sephiroth replied at 25-3-2015 09:25 AM
Kamu fikir semua orang dalam penjara itu pesalah ke? Kamu fikir semua orang yg bebas di luar sini  ...

belum dilaksana pasti banyak halangan
dan cabaran,

namun itu tidak bermakna konsep
atau ideanya mustahil sama sekali.


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:40 AM | Show all posts
Sephiroth replied at 25-3-2015 09:11 AM
Perbezaan antara manusia dan haiwan adalah tuhan menjadi manusia dgn kebolehan utk berfikir. Kalau ...

keh keh keh

dan akal itu pun tuhan yang kurnia...
kalau dikata tuhan yang menggerakkan segala-galanya..
adakah lu rasa lu yang berfikir..atau tuhan yang menggerakkan akal kamu untuk berfikir?
bila dikata 'sesungguhnya tiada daya dan upaya selain dari daya upaya Allah', makan bolehkah lu mengatakan lu yang berfikir?
atau lu rasa lu boleh berfikir sahaja?

maka apakah yang boleh lu fikir sebenarnya?



(mau berfikir sangat...haa..kasi fikir la..berimannya tidak juga..)

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:56 AM | Show all posts
Edited by a_gen2 at 25-3-2015 10:01 AM
hzln replied at 24-3-2015 08:34 AM
betul lah tu apa dia cakap
buat hapa bincang menda yg TAK MUNGKIN bulih dibuat (dgn komposisi islam ...

Aku dah cakap lama dah.

Nak buat hudud bukan boleh tukar satu clause akta mahkamah syariah camtu aje.  Contohnya kalau seorg tu mencuri dan dihukum potong tangan.  Dia cabar kes tu di mahkamah persekutuan sure buang kes sebab pendakwaan tu dah bertentangan dgn perlembagaan negara - sebab jenayah mencuri mesti dibicara di mahkamah sivil.  Dan apa2 pertentangan maka Undang2 Persekutuan akan mengatasi kuasa mahkamah syariah.

Kita pun tahu Gerakan dan saman kerajaan PAS.  Ini masuk kes ke mahkamah Persekutuan sure Gerakan menang punya.  Melainkan ubah perlembagaan.  Tapi Hadi kata tak perlu ubah perlembagaan.  Kebodohan apakah ini??

Ini belum masuk dlm bab2 keadilan.  Hudud tak masuk rasuah.  Org curi motor RM3,000 kena potong tangan.  Pegawai Kerajaan ambik rasuah RM100,000 dipenjara 2-3 tahun.  Mana dia keadilan???  Wpun rasuah dimasuk dlm takzir bukannya hudud, sepatutnya hukuman takzir utk rasuah juga diubah agar seimbang atau lebih berat dr kes curi motorsikal.   Maka sebab itu, untuk membuat hudud maka hukuman jenayah sivil juga perlu dirombak keseluruhannya.  Contohi China yg kenakan hukuman mati bagi perasuah2 tegar (yg nilai rasuah melebihi nilai tertentu).

Itu belum masuk bab2 pendakwaan terpilih, hakim berat sebelah etc.  Maka tidak dapat tidak, hudud hanya boleh berjaya dgn komitmen sepenuhnya Putrajaya membersihkan kerajaan mereka selain perlu mendapatkan sokongan 2/3.  Bukannya majoriti mudah saja.

Banyak lagi Hadi Awang, Nik Abduh kena perjuangkan bukan hanya bentuk hukuman sahaja.  Semua tu termasuk dlm sistem keadilan Islam.  

Nampaknya mmg dah mengena perangkap UMNO kat PAS.  Arwah Tok Guru Nik Aziz dah cakap berulang kali tapi puak2 UG ni degil tak mahu dengar.  Apa Hj Hadi dan konconya ingat Tok Guru tak tahu ke pasal ubah clause akta Mahkamah Syariah tu??  Tok Guru dah tahu lama dah dan dia tahu benda2 ni takkan kemana.  Sebab tu Tok Guru fokus utk jatuhkan BN dahulu dan sistem keadilan dipulihkan barulah bicara pasal hudud.  Percayalah, PAS kini diibaratkan yg dikejar (Hudud) tak dapat, yg dikendong (sokongan padu rakyat berbilang kaum) pun dah berciciran.  Dijangka sekurangnya separuh kerusi PAS di Selangor akan jatuh kepada BN dan akan berlaku penolakan total terhadap PAS di Johor, Perak etc.  Tapi puak2 lobai ni akan kata pula 'kita kalah pun tak apa asal puas hati'

Lantak koranglah la lobai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 25-3-2015 09:04 AM
Dengan ketiadaan tok guru..sy rasa hudud ni kira antara senjata terakhir Pas untuk raih sokongan
...

Sbb tu saya ada bertanya..cuba cabut hudud tu buat sementara..apa yg pas tinggal?.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sephiroth replied at 25-3-2015 09:08 AM
Kalau PAS tak ada guideline kpd sesiapa pun, macam mana mereka nak melaksanakan sesuatu yg kritica ...

Itu masalahnya...kita tak boleh tanya..

Kalau kita tanya..budak2 pas marah..silap2nya di PAnya kita...bernakna mereka sendiri tidak dpt info guideline tersebutm

Kita berbincang ada hujah utk dipegang..bukan semborono..guideline tu penting.

Even dulu..ni dulu lah..bila ditanya pada hadi..bagaimana hendak dijalankan potong tangan? .hadi kata bius dulu..yg ruu pas kelantan ni..tak pasti lah kena bius ke dulu...itu contoh.

Why nigeria?..ni kena tanya kat zorro, ak kuan atau bangcak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 10:08 AM | Show all posts

adam dan hawa sedap2 dlm syorga kita bertarung di dunia di sebab kan kesalahan beliau berdua..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:14 AM | Show all posts
jazaa replied at 24-3-2015 08:29 AM
Bersangka baikkk.....

Maksud dia klu tak dpt dua pertiga suara di parlimen memng tak dpt dilaksan ...

yup, realiti semasa mmg begitulah....cakap2 HUDUD hanya akan tinggal CAKAP2 semata2 selagimana PERLEMBAGAAN tidak dpt digubal menjadi selari dasar Al-Quran dan As-sunnah

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:16 AM | Show all posts
d'zeck replied at 25-3-2015 09:27 AM
belum dilaksana pasti banyak halangan
dan cabaran,

Tak ada yg mustahil. Saya tak fikir Hudud itu mustahil dilaksanakan. Tetapi sebelum dilaksanakan dgn sempurna, harus diambil kira pelbagai masalah yg boleh timbul dan cara menyelesaikannya.

Persoalan di sini adalah - langkah2 apa yg PAS buat sebelum laksanakannya? Kaji Nigeria je cukup? Mana buku Undang2 Hudud? Mana dia ahli2 Hakim Makhamah Syariah serta study case kes2 Syariah sebelumnya utk buat rujukan? Ada buat mock trial tak spt apa yg dilakukan di sekolah2 Undang2 di Malaysia? Apa yg PAS buat sebelum melaksanakan Hudud yg mereka begitu pasti akan menbantu pelaksanaan Hudud ini?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:22 AM | Show all posts
Sephiroth replied at 25-3-2015 10:16 AM
Tak ada yg mustahil. Saya tak fikir Hudud itu mustahil dilaksanakan. Tetapi sebelum dilaksanakan d ...

sebagai sebuah negara demokrasi,

tidak boleh halang cadangan
atau pandangan, termasuk usul

sama la dengan DAP, nama je kononnya
Democratic Action Party

tapi
belum apa2 dah melompat
tak tentu hala nak halang hak bersuara pihak
lain,

bukan dia
tak tahu semua orang ada hak bersuara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.540268 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list