CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 29-12-2014 10:50 AM | Show all posts
apa je dugaan yg mendatang nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 01:57 PM | Show all posts
dugaan apa pulak yang akan dating...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 29-12-2014 10:02 PM

Sampul yang diterimanya dibuka. Entah siapa yang meletak sampul itu dikeretanya. Rayyan tergamam melihat gambar gambar yang terkandung di dalamnya.

Syak wasangka mula bertandang. Tak mahu tersalah hukum Rayyan menghubungi Khalid.

Talian bersambung namun tidak berjawab. Rayyan mendail lagi. Masih lagi tidak berjawab.

Tidak mahu membuang masa pesanan ringkas dihantar melalui aplikasi whatsapp. Seribu satu persoalan mula menghantui minda.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 12:16 AM | Show all posts
elia201 replied at 29-12-2014 08:35 AM
Sampul yang diterimanya dibuka. Entah siapa yang meletak sampul itu dikeretanya. Rayyan tergamam mel ...

Sikitnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 12:38 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-12-2014 12:40 AM

Terdetik perasaan simpati dalam hati Viana melihat adiknya disoal seperti seorang penjenayah. Ikutkan hati mahu saja dia mempertahankan Jie dari diasak 'serangan' bertubi tubi soalan dari Tengku Safiah. Walaupun di asak bertalu talu wajah Jie tetap tenang.

Manakala Khalid cuma terpaku. Tak pernah menyangka ada orang yang mengambil gambar Jie dan dirinya pada hari dia kemalangan. Seingatnya malam itu dia mabuk kerana kecewa dengan Jie. Didorong emosi yang tidak stabil , dia bertindak memeluk gadis itu. Tidak lebih dari itu ! Walaupun pada mulanya 'syaitan' menghasut untuk dia berbuat 'lebih' dari itu namun Khalid cepat sedar dari meneruskan hasrat keji tersebut. Tak sanggup  menganiayai Jie yang pada masa itu amat dicintainya.

Mungkin ada orang yang merancang untuk mengenakan Jie dan dirinya. Tapi siapa? Khalid sendiri buntu.

Rayyan pula masih sabar menanti butir bicara yang bakal keluar dari mulut adik dan tunangnya.

Jie cuma diam. Dia tidak akan sekali kali membuka mulut. Tidak mahu rumah tangga Khalid dan kakaknya goyah seandainya dia bercerita kisah disebalik gambar itu. Lagi pula Khalid mabuk ketika itu. Cukuplah ia menjadi rahsia Khalid dan dirinya. Jie takkan sesekali mendedahkan aib orang lain.

" Mama , sebenarnya .. "Khalid menghela nafas. Berat untuk bercerita kerana melibatkan hati isteri tercinta.

"Pasal gambar tu Karl boleh explain. Tapi, percayalah Karl dan Jie tak pernah buat perbuatan terlarang macam Mama fikir."

"Berpelukan lelaki dan perempuan bukan muhrim itu bukan perbuatan terlarang?!" Tengku Safiah menyoal sinis. Karl tahu tak ?!  Apa orang luar akan fikir bila nampak gambar macam ni? Mama malu Karl. Malu ! Spontan gambar dicampak ke arah Khalid.

" Kamu Najiha, sebagai perempuan, takkan kamu sesuka hati membiarkan lelaki lain sentuh kamu?! Takkan semurah itu harga diri kamu?! Tengku Safiah beralih pula melepas geram pada Jie. Gadis itu dilihat masih lagi diam tidak menjawab."Sampai sekarang Mama tak faham apa yang Ray nakkan sangat perempuan macam ni sampai sanggup putus tunang dengan Zeeta." Hatinya puas dapat meluahkan segala yang terbuku  dalam hati. Memang dia lebih berharap Zeeta yang menjadi isteri Rayyan bukannya Jie. Tetapi bila memikirkan anaknya yang separuh mati menggilai gadis itu , Tengku Safiah terpaksa mengalah. Maka kehendak Rayyan diturutkan jua.

Rayyan berubah riak. Tak sangka Mama sanggup berkata begitu dihadapan Jie.

"Ma, Jie tak macam tu. Karl yang salah." Khalid terpaksa menceritakan hal sebenar. Tak sanggup rasa melihat Jie dianggap 'perempuan murah' oleh Mama.

" Malam tu Karl mabuk sebab kecewa sangat dengan Jie. Karl rasa cemburu dan tercabar bila tengok Jie mesra dengan Ray. Sedangkan Jie tak pernah layan Karl semesra itu.  Karl tak dapat kawal diri. Karl yang peluk Jie secara paksa bila Jie tak nak ikut kehendak Karl. Mungkin masa itulah gambar di ambil." Khalid menjeling sekilas isterinya. Risau Viana terasa hati.

Tengku Safiah tersentak mendengar kebenaran yang keluar dari mulut anaknya. Wajah Jie direnung. Rasa menyesal mula bertandang bila mengingatkan kembali kata kata yang dihambur tadi.

Rayyan pula tidak pernah menduga Khalid pernah mempunyai niat tidak elok terhadap Jie.

Namun semua itu sudah lepas dan tidak perlu dibangkit lagi. Yang penting sekarang adalah mencari gerangan penghantar gambar itu. Apa motif gambar itu dihantar pada Mama dan dirinya? Masih tiada jawapan tercerna.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 08:32 AM | Show all posts
elia201 replied at 29-12-2014 04:38 PM
Terdetik perasaan simpati dalam hati Viana melihat adiknya disoal seperti seorang penjenayah. Ikutka ...

Hampir2 aku nk mki kat sini sebab jie tutup mulut..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2014 09:53 AM | Show all posts
kesian JIE...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts

Bab 19

Edited by elia201 at 5-1-2015 10:20 PM

Tengku Safiah dihantui rasa bersalah. Entah kenapa mulutnya terlalu lancang berbicara sehingga mengungkit kembali perihal Rayyan dan Zeeta. Meskipun Jie cuma diam namun dia yakin sedikit sebanyak gadis itu pasti berkecil hati dengan kata kata yang diucapkannya pada malam itu.

Rayyan juga seperti mula menjauhkan diri. Jarang sekali melekat dirumah.

Manakala Khalid juga tidak kerap menjenguk muka.  Cuma Viana menantunya masih melayani seperti biasa. Namun layanan dirasakan tidak semesra dulu. Sekadar menjaga hati mungkin.

Deringan telefon menyentak lamunan Tengku Safiah. Langkah diatur untuk menjawab. Hatinya berdebar tiba tiba..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 05:24 PM | Show all posts
kesian kt jie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 30-12-2014 11:01 PM

Sengaja Jie ingin membuat kejutan untuk tunangnya. Kereta diparkir jauh. Dia berjalan kaki masuk ke perkarangan ICB Tower. Menyorok disatu sudut sambil menanti Rayyan. Sambil menanti Jie membuang masa membaca gosip hiburan di internet melalui Note 4.

Penat dirasakan setelah berdiri hampir 30 minit. Jam ditangan dibelek. Pukul 12 tengah hari. Setahunya waktu waktu macam ini Rayyan akan keluar makan tengah hari.

Jie mengambil keputusan untuk menanti lagi 15 minit.Andai kata bayang Rayyan masih lagi tak muncul, dia pulang saja.

Senyuman terukir di bibir tatkala melihat pujaan hati sedang berjalan keluar. Jie pantas melangkah untuk mendapatkan Rayyan.

"Hi, Encik Rayyan nak pergi mana tu?" Nak ikut boleh?" Jie cuba menyakat.

Rayyan yang sedang ligat memikir menoleh."La sayang rupanya. Ingat ada awek cun mana nak tackle I. Baru nak perasan handsome sikit. Sayang nak belanja I makan ke?"

"Ala awak, kita penganggur lah bukan CEO macam awak. Awaklah belanja kita." Bergurau sambil Jie membuat 'muka comel'.

Rayyan hanya tersenyum dengan gaya keanak anakan Jie. Lega sedikit tekanan yang dirasakan sejak menerima panggilan misteri pagi tadi .
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:16 PM | Show all posts
elia201 replied at 30-12-2014 12:58 PM
Sengaja Jie ingin membuat kejutan untuk tunangannya. Kereta diparkir jauh. Dia berjalan kaki masuk k ...

Asal sikit ni, tak puas nafsu aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 30-12-2014 09:16 PM
Asal sikit ni, tak puas nafsu aku.

Tak tau nape note tak bole type pjg2. Sorry off topic sat. Kene tukar PC edition ker? .
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 10:20 PM | Show all posts
elia201 replied at 30-12-2014 01:28 PM
Tak tau nape note tak bole type pjg2. Sorry off topic sat. Kene tukar PC edition ker? .

Awok guna Sean kingston app for Android. Or bookwriter free. Search kat google playstore. Dua software tu blh taip pnjng2..

Sorry ot mod. Ni tang penulisan gak.
Es post chapter menggunakan pc edition..hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 10:57 PM | Show all posts
Esmiria replied at 30-12-2014 10:20 PM
Awok guna Sean kingston app for Android. Or bookwriter free. Search kat google playstore. Dua soft ...

thanks for the info

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 11:23 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 31-12-2014 12:56 AM

Nampaknya Tengku Safiah termakan dengan kata katanya. Wajah wanita itu tampak sugul apabila mendengar ceritanya. Bodoh ! Segala gambar yang diedit menyokong penceritaannya.

Hanim puas. Segala rancangan yang dirancang berjalan lancar. Rancangan pertama adalah untuk memporak perandakan hubungan bakal mertua dan bakal menantu. Serasanya agak berjaya kerana Tengku Safiah sudah masuk ke perangkap.

Rancangan seterusnya membuat pasangan kekasih yang sedang asyik dilamun cinta bertelagah. Matanya sakit melihat kemesraan pasangan itu hari demi hari. Macamlah loving sangat..

Bila hari hari bertelagah rasanya cinta agung mana sekalipun akan pudar sekelip mata. Hanim tersenyum sendiri. Bila pasangan itu sudah berpatah arang, dia akan mengambil peluang untuk merampas kembali insan yang sepatutnya menjadi miliknya dari awal dulu.

Bergembiralah Rayyan dan Jie selagi kalian ada masa bersama. Hargailah setiap saat kalian bersama..
Hanim yakin rancangannya untuk memisahkan mereka akan berjaya. Dia tidak akan putus asa selagi hasrat hatinya tidak tercapai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 12:55 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 31-12-2014 04:08 PM

Tengku Safiah bergegas ke ICB Tower dengan harapan untuk menemui Rayyan. Namun hampa dirasakan apabila mendapat tahu Rayyan tiada. Kata kata yang keluar dari bibir gadis yang memperkenalkan diri sebagai Hanim membuat hatinya tidak senang. Lantaran tidak tahu untuk berbuat apa lagi Tengku Safiah mengambil keputusan untuk menanti sahaja sehingga Rayyan kembali ke pejabat.

Duduknya terasa tidak selesa. Jam hampir menunjukkan pukul 3 petang namun bayang anaknya masih tak kunjung tiba. Tengku Safiah cuba menghubungi Rayyan namun panggilannya tidak berjawab.

Rayyan yang baru kembali ke pejabat terkejut dengan kehadiran Tengku Safiah yang tak diduga. Pantas Mamanya dihampiri.

" Mama dah tunggu lama ke? Ray keluar makan dengan Jie tadi ." Tanpa dipinta Rayyan menerangkan sebab kelewatannya.

Tengku Safiah mencebik apabila mendengar nama Jie disebut. Menyampah.  "Keluar makan sampai lambat masuk office? Ray cakap dengan perempuan tu Ray ni kerja, tak boleh sesuka hati buang masa."

"Mama ini dah kenapa? Nama dia Jie, Ma, bukan perempuan itu ! Salah ke spend time dengan tunang Ray sendiri?" Rayyan tak faham kenapa  secara tiba tiba Mama 'memusuhi' Jie.

"Mama peduli apa siapa nama dia ! Kira sopan lagilah Mama panggil dia perempuan, dengan perangai dia yang teruk tu layak dipanggil betina !" Tengku Safiah mula beremosi. Kata kata Hanim bermain difikirannya.

"Mama!!" Rayyan tidak menduga kata kata sebegitu keluar dari mulut Mama. "Apa yang Jie buat sampai Mama benci sangat dengan dia?! Kalau pasal gambar tu Mama sendiri dah dengar dari mulut Karl kan yang Jie tak salah ! Apa lagi yang Mama tak puas hati?!" Tanpa sedar Rayyan meninggi suara.

Tengku Safiah terdiam. Kali pertama Rayyan meninggi suara padanya. Semua kerana perempuan itu. Jie ! Rasa benci semakin mendalam terhadap gadis itu.

"Mama tak pernah sangka anak Mama sanggup tengking Mama sebab nak pertahankan perempuan itu. Apa yang perempuan tu dah bagi Ray makan sampai Ray jadi bodoh ni ha ?! Sampai buta tak nampak semua perangai buruk dia?!" Tengku Safiah mula sebak. Air mata jatuh membasahi pipi.

" Mama cuma tak nak anak Mama diperbodohkan! Dia bukan perempuan yang baik untuk dijadikan isteri, Ray. Malah, Mama dapat tahu dia sebenarnya memang ada hubungan dengan Karl. Sampai sekarang ! Walaupun  Karl dah kahwin dengan kakak kandungnya dan dia sendiri dah bertunang dengan Ray! Bayangkan dia perempuan jenis apa sampai sanggup khianati kakak kandung sendiri. Baik ke perempuan macam tu?!" Puas rasa hati setelah semua diluahkan.

Rayyan sukar menerima kata kata Mama. Tak mungkin Karl dan Jie sanggup melakukan perkara terkutuk dibelakangnya. Walau apa pun terjadi dia kena siasat. Pasti ada orang yang merancang untuk memerangkap Karl dan Jie. Kenapa dan untuk apa, itu Rayyan tak pasti.

"Mama dapat tau semua ni dari mana?" Rayyan mula berlembut. Hati tersentuh melihat air mata Mama. Pantas tubuh Mama diraih dalam pelukan untuk memujuk.

" Ada perempuan nama Hanim call Mama. Dia kata dia staff Kencana Murni.  Mama tak tahu kenapa dia bagitahu semua pada Mama. Tapi dia ada bukti bergambar untuk mengesahkan kesahihan cerita dia." Tengku Safiah berharap hati Rayyan akan terbuka untuk menerima kenyataan siapa diri tunangnya yang sebenar.

Hanim? Rayyan rasa dia pernah mendengar nama itu. Adakah ia gadis yang sama ? Dia perlu cari tahu siapa gadis itu ! Kalau tak salah gadis itu yang pernah menabur fitnah pada Jie dulu. Jie dikatakan hidup mewah kerana menjadi perempuan simpanan VIP sedangkan Jie sendiri sememangnya berasal dari keluarga yang kaya raya.

Rayyan cuma mendiamkan hal itu kerana dia tahu itu semua fitnah semata.

Tapi nampaknya fitnah semakin berleluasa sehingga wanita bernama Hanim itu berani menyebar cerita sampai ke  Mama.

Rayyan tahu sesuatu harus dilakukan untuk menghentikan semua ini.

Wait ! Kalau staff Kencana Murni mesti seseorang yang Karl atau Jie sendiri kenal.. Rayyan mula terfikir. Pantas telefon bimbit dicapai. Satu nombor di dial. Panggilan disambungkan.

Satu rancangan tercerna dimindanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 08:16 AM | Show all posts
banyak betul dugaan JIE...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 09:38 AM | Show all posts
Edited by sellie003 at 31-12-2014 09:44 AM

Hanim ni bukan nama sebenar kan?.... ntah2 musang berbulu ayam, tak pun gunting dalam lipatan, duri dalam daging...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 12:53 PM | Show all posts
dugaan lg buat jie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 31-12-2014 06:47 PM

Seperti yang dijanjikan melalui perbualan lewat telefon Rayyan dan Jie menanti Khalid dan isteri di Souled Out untuk berbincang.

Misteri disebalik wanita bernama Hanim perlu dirungkai segera. Kalau tidak Rayyan sendiri tak tahu apa lagi cerita buruk yang bakal direka.

"Sorry bro, lambat !" Khalid terus mengambil tempat duduk dihadapan abangnya. Viana mengambil tempat disebelah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.299466 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list