“Keluarga saya dihimpit pelbagai masalah, terutamanya berkaitan kewangan (perlu ke nk highlight masalah kewangan famili?, abis tu ko masuk industri seni sbb duit la? bukan sbb passion?). Jadi, saya sedar kehidupan ini tidak mudah. Saya simpan angan-angan untuk menjadi penyanyi dan menyertai uji bakat AF2014 demi mencari duit membantu keluarga. Alhamdulillah rezeki saya di sini,” ceritanya.
Menyelak kembali halaman awal pembabitan dalam dunia muzik, jelas Nuha, dia pernah disisihkan teman-teman zaman persekolahan kerana pencapaian akademik yang cemerlang. Sikap itu menghiris perasaannya dan tanpa diduga, muzik menjadi teman terbaik ketika tiada sesiapa di sisi.
“Saya memang gila glamor sejak tingkatan satu dan sentiasa mahu menjadi pelajar popular di sekolah. Jadi, saya menyertai setiap pertandingan. Menyanyi, berpidato, syarahan, taranum, marhaban, nasyid dan koir. Semuanya saya sertai! Malangnya saya disisihkan kerana menjadi pelajar terbaik dalam akademik sehingga merasakan diri terlalu sunyi dan akhirnya berkongsi masalah menerusi muzik.
Sejarah berulang
Impian awal Nuha untuk menjadi peguam syariah bagaimanapun berkecai apabila dia dimasukkan ke hospital akibat demam panas ketika peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Fokusnya terjejas teruk.