CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
 Author| Post time 29-10-2014 05:49 PM | Show all posts

Bab 11... part 3



“Wafiq...” panggil Salbiah di hujung talian. Risau pula dengan lelaki di sana yang tiba-tiba senyap.

Wafiq Zainal, tersentak. “Saya memang nak cari awak Sal,” katanya sebaik berjaya menenangkan diri.

“Kan saya dah kata, saya yang akan call awak. Saya akan kotakan janji saya. Awak, akan saya temukan dengan Amira,”

“Bila Sal? Kalau boleh, hari ni juga.”

“Tak, bukan hari ni Fiq. Esok, esok saya akan bawa awak berjumpa dia.”

“Sal, kenapa tak hari ni? Kenapa Sal?”

“Wafiq, jangan desak saya. Esok, dah saya kata esok maka esoklah. Tak ke mana Amira tu nak lari Fiq.”

“Yalah Sal,” nadanya berbaur kecewa.

“Kalau macam tu, esok awak tunggu saya kat,”

“Saya akan jemput awak Sal. Kat mana rumah awak? Beritahu saya,” gesanya.

“Tak perlulah nak bersusah sampai macam tu Fiq,”

“Sal, saya ihklas. Saya akan jemput awak,” Wafiq Zainal menepuk dahi. Dia teringat akan sesuatu, “Sal, Safa balik dengan awak, kan?”

“Ya,”

“Tak apa, saya akan hantar dia balik hari ni.”

“Terima kasih Fiq. Saya kena pergi ni Fiq. Kita jumpa esok.”

Talian sudah terputus tanpa sempat Wafiq Zainal mengucapkan apa-apa. Tak apalah, yang penting kekusutannya akan terlerai sedikit masa lagi. Hatinya... berdebar-debar. Pertemuan pertama antara dia dan Amira setelah hampir lapan tahun berpisah membuatkan dia begitu. Tertanya-tanya sendiri, bagiamanakah keadaan Amira? Masihkah jelita seperti dulu? Ternyata, kerinduan terhadap gadis yang bertakhta di hatinya sejak sekian lama kembali membuak-buak.

Lah, telefon Safa,” katanya menepuk dahi lagi.

Dia sudah menyulam sengih sambil menggeleng perlahan. Entah ke mana, fikirannya melayang hinggakan harta orang disangka hak sendiri.. Mana tidaknya, elok saja telefon pintar milik Safa Hawani itu dipekap ke dada bidangnya. Mujurlah tuan punya telefon tidak ada. Jika tidak, entah apa agaknya yang akan difikirkan oleh Safa Hawani nanti. Wafiq Zainal melaju ke pintu bilik pejabatnya.


Last edited by wipers81 on 29-10-2014 05:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2014 06:22 PM | Show all posts

Bab 11... part 4


“Safa,”

Oh makcik!”

Gema tawa walaupun tidak terbahak-bahak sudah mampu menerbitkan rasa geram di hati Safa Hawani. Matanya dikecilkan, melihat ke arah gerangan yang membuatkan dia melatah. Dia menghembus nafas yang perlahan. Jantungnya... laju berdegup. Bertuah punya encik boss!

“Tak sangka pula saya awak ni kaki latah,” Wafiq Zainal gelak kecil pula.

“Kalau dah kena sapa macam tu, yang tak ada genetik melatah pun memang boleh kena jangkit. Nasib baik jantung saya ni guna gam berjenama tau kalau tak dah lama tertanggal.”

Sekali lagi, suasana digemakan dengan gelak tawa Wafiq Zainal. Safa Hawani, cuba bertenang walau darahnya mahu mendidih. Dari ekor mata, bukan dia tidak nampak bagaimana cebikan yang terhasil dari mulut Nazira. Mimik muka diva di pejabat itu... jelas maksudnya. ‘Apa? Encik Wafiq yang datang menegur’, gumamnya.

“Safa balik dengan siapa?” Wafiq Zainal tetap menyoal walaupun tahu jawapannya.

“Dengan Kak Sal,” jelas kerutan dikeningnya.

“Hari ni, Safa balik dengan saya,”

Hah, tapi Safa kena cakap dengan Kak Sal dulu,

“Tak apa, Sal dah bagi izin.”

Safa Hawani puas menelek wajah majikannya. Cuba mencari tanda-tanda lelaki itu berbohong namun hampa.

“Kalau tak percaya, tanya Sal sendiri,” ujarnya lantas menghulur telefon milik Safa Hawani.

“Dah Encik Wafiq cakap macam tu, tak payahlah saya nak telefon dia.”

“Habis kerja, tunggu saya kat lobi. Jangan lari pula,” pesannya. Untuk menambah rencah menyindir, di hujung bibir, satu sengihan telah disungging.
Lalu, kaki diatur meninggalkan Safa Hawani... yang pasti sedang menyeranahnya di dalam hati.  

“Meluat aku dengan dia ni. Ei, ada juga aku tunjuk jalan pergi gaung nanti,” Safa Hawani mula menyeranah.


Last edited by wipers81 on 31-10-2014 05:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yg jadi pada amira sebenarnya sis? is she still alive or dead?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 29-10-2014 07:33 PM
apa yg jadi pada amira sebenarnya sis? is she still alive or dead?

Hah... yang tu kena tunggu di bab 12
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 29-10-2014 07:52 PM
Hah... yang tu kena tunggu di bab 12

ala... esok mesti busy sbb nak settlekan report utk bulan ni... nampak gayanya mlm baru boleh baca... sodih betul
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:10 PM | Show all posts
puas merempit..bila ada update baru ye..x sbar nk tgu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2014 05:17 PM | Show all posts
wipers81 posted on 29-10-2014 05:49 PM
“Wafiq...” panggil Salbiah di hujung talian. Risau pula dengan lelaki di sana yang tiba-tiba s ...
“Kalau macam tu, esok awak tunggu saya kat,”
ayat ni memang akak sengaja gantung ea

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 01:04 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 30-10-2014 05:17 PM
ayat ni memang akak sengaja gantung ea

Ya, memang saja bagi gantung. Sebenarnya, watak lain mencelah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 02:02 PM | Show all posts
wipers81 posted on 31-10-2014 01:04 PM
Ya, memang saja bagi gantung. Sebenarnya, watak lain mencelah.

oo... okay faham

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 03:22 PM | Show all posts
Next please....

SR je selama ni tapi nak komen sikit boleh?




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 03:41 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 31-10-2014 03:22 PM
Next please....

SR je selama ni tapi nak komen sikit boleh?

Boleh je Nicki_Meow.
At least, saya tahu kat mana kekurangannya dan kelemahan saya serta kesalahan saya
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 03:56 PM | Show all posts
wipers81 posted on 31-10-2014 03:41 PM
Boleh je Nicki_Meow.
At least, saya tahu kat mana kekurangannya dan kelemahan saya serta kesalaha ...

Gema tawa walaupun tidak terbahak-bahak sudah mampu menerbitkan rasa geram di hati Safa Hawani. Matanya dikecilkan, melihat ke arah gerangan yang membuatkan dia melatah. Dia menghembus nafas yang perlahan. Jantungnya... laju berdegup. Bertuah punya encik boss!

“Tak sangka pula saya awak ni kaki latah,” dia gelak kecil pula.

Dulu-dulu, saya pernah buat macam ni (bold part). Lepas tu kena tegur sebab mendatangkan kekeliruan.

'Dia' gelak kecil pula -
Adakah ini monolog seseorang atau pernyataan?

Dan 'dia' itu merujuk pada siapa? Kalau dari pemahaman saya, yang berdialog itu Wafiq dan 'Dia' merujuk pada Wafiq, melalui Safa yang bermonolog?

Maaf, sekadar berkongsi.

Last edited by Nicki_Meow on 31-10-2014 03:57 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 04:48 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 31-10-2014 03:56 PM
Gema tawa walaupun tidak terbahak-bahak sudah mampu menerbitkan rasa geram di hati Safa Hawani. Ma ...

Hah, barulah saya nampak. Ok Nicki_Meow. Kejap nak betulkan ayat. Thanks sebab komen. Ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 12:18 PM | Show all posts
best...kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ade N3 ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2014 11:28 PM | Show all posts

Bab 12... part 1



Salbiah yang duduk di sebelahnya dikerling. Terkelu lidah Wafiq Zainal, tidak tahu apa topik yang mahu diutarakan? Sudah hampir 10 minit dia memandu, masih belum ada sebarang bicara antara mereka. Sedikit kekok Wafiq Zainal apabila hanya dia dan Salbiah berada di dalam kereta. Walaupun Amira dan Salbiah adalah kawan baik, Wafiq Zainal tidak begitu rapat dengan Salbiah. Keadaan semakin dicengkam sepi. Rontaan hati Wafiq Zainal yang mahu bertemu dengan Amira, semakin mengasak diri.

“Terima kasih Sal,” ucapnya memula kata.

“Tak payahlah nak berterima kasih dengan saya Wafiq. Saya bertanggungjawab menemukan awak berdua. Tak ada apa untuk saya sembunyikan. Amira pun, dah selamat dari gangguan,”

“Apa maksud awak Sal?”

“Nanti awak tahulah.”

Keadaan berlarutan sepi lagi. Masing-masing kembali diam. Salbiah yang menyandar di bangku penumpang memandang ke luar. Kepalanya terasa sedikit berpusing. Rasa loya yang semakin mengasak tekaknya, cuba dikawal. Menumpang kereta Wafiq Zainal sedikit memualkan tekaknya. Bukanlah kerana kereta lelaki itu kotor malah boleh dikatakan lebih bersih dari keretanya. Cuma... bau minyak wangi yang semerbak menyelubungi seluruh kereta, itu yang membuatkan dia begitu. Keretanya juga ada pewangi tapi hanya satu sedang kereta Wafiq Zainal pula ada 3 jenis pewangi. Boleh pengsan dia, menahan asakan pening.

“Awak okey ke Sal?” soal Wafiq Zainal. Dari tadi dia melihat gadis itu sekejap-sekejap memicit dahi.

“Saya okey,” tidak tergamak pula Salbiah mahu mengatakan masalahnya.

“Wafiq, awak ada gula-gula tak?” Mimik muka hairan Wafiq Zainal yang memandangnya sekilas, tidak diendah. Rasa meloya dan mual sedang menguasai diri.

“Awak tak apa-apa ke Sal? Tak sihat ke?” Bimbang pula dia melihat Salbiah begitu.

“Tak adalah. Saya cuma pening sikit aje.”

“Kalau macam tu saya buka tingkaplah.”

Last edited by wipers81 on 2-11-2014 11:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2014 11:32 PM | Show all posts

Bab 12... part 2



Salbiah serta-merta mengucapkan kesyukuran di dalam hati. Sebaik tingkap kereta Wafiq Zainal diturunkan sedikit, terasa lapang dadanya yang hampir sesak saat wajah disapa angin dari luar. Sekelip mata, peningnya mulai menyurut. Dia menarik nafas dalam dan menghembus. Benar-benar terasa ringan di kepala. Dia kembali menyandar, mahu mengucap terima kasih... tetapi untuk apa? Lalu, Salbiah mengambil keputusan, membiarkan sahaja. Hanya terus memandang jalan di luar sana.

“Wafiq, simpang kanan depan tu, awak belok sana,” arah Salbiah sebaik menyedari destinasi mereka semakin hampir.

Wafiq Zainal memandang kawasan lapang yang terbentang di depan matanya dengan satu perasaan... tidak tahu bagaimana mahu dikata? Tiba-tiba, rasa sayu datang menyapa. Matanya, memandang kawasan sekitar. Hati yang sedikit gundah, cuba ditenangkan dengan menarik dan menghembus nafas. Sekali lagi dia meliarkan mata, melihat ke sekeliling. Kawasan perkuburan yang lapang... menerbitkan rasa sebak di hatinya.

“Fiq,” panggil Salbiah setelah jelas di matanya melihat Wafiq Zainal seperti terpinga-pinga.

“Maaf Sal. Kubur tu,” Wafiq Zainal tidak mampu meneruskan kata-kata.

“Ya kubur. Kenapa Fiq?” soal Salbiah. Dia juga begitu pada mulanya. Ketika ke tanah perkuburan itu dahulu rasa gerun menghimpitnya. Namun semua itu telah biasa buatnya sekarang. Salbiah sedar, satu hari nanti ke tanah perkuburan jugalah dia akan kembali.

“Tak ada apa. Kita nak ke mana ni Sal?”

“Rumah Amira,”

“Rumah Aimra?” Dahi Wafiq Zainal semakin berlapis-lapis.

“Ikut Sal, Fiq.”

Wafiq Zainal merasakan berada di sebuah tempat asing. Bagai planet lain sedang dijelajahnya. Memasuki ‘rumah’ yang dikata milik Amira, membuatkan detak jantungnya semakin melaju. Dia dihambat rasa mengah dan penat hingga pernafasannya berbagai rentak.

“Amira,” gumam Wafiq Zainal yang sudah tergamam. Sesusuk tubuh yang menghampirinya dan Salbiah... Adakah benar itu Amira? Takkanlah Amira masih kelihatan muda? Wafiq Zainal yang hampir menguntum senyum pantas menguncupkannya kembali. Tertanya-tanya di dalam hati, mengapa Amira tidak mengenali dirinya kerana elok saja gadis itu melintasinya menuju ke arah Salbiah.

“Kak Sal. Kenapa tak beritahu nak datang hari ni?” Gadis itu pantas mendakap Salbiah.

Last edited by wipers81 on 2-11-2014 11:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 12:09 AM | Show all posts

Bab 12... part 3



“Saja Atira. Kebetulan Kak Sal ada masa lapang hari ni.”

“Atira?” Wafiq Zainal berkata sedikit berbisik.

“Siapa tu Kak Sal?” tanya Atira sebaik tersedar kehadiran seorang lelaki. Dia mengerutkan kening. Lelaki itu... seperti pernah dilihat olehnya.

“Atira, kenalkan Wafiq Zainal,”

“Wafiq?” Atira terhenti seketika. Dia memandang Wafiq Zainal sekali lagi dan kini matanya perlahan-lahan kembali membesar lalu, “Abang Wafiq? Bekas kekasih Kak Mira, kan Kak Sal?” Atira menyoal. Matanya melihat Salbiah menggangguk perlahan. Senyuman sudah mula terhias di bibirnya.

“Subhanallah. Dah lama Atira pasang niat nak jumpa dengan abang. Alhamdulillah, termakbul juga hajat Atira selama ni.”

“Atira kenal sa... er abang?” Wafiq Zainal gugup.

“Kenal sangat. Dulu, Kak Mira selalu cerita pasal abang,” mata Atira kelihatan berkaca-kaca. Sedaya upaya cuba menahan, rasa sebak yang semakin menyeruak ke kalbunya.

“Mana kakak Atira?” Wafiq Zainal menyoal. Semakin meronta-ronta hatinya mahu bertemu Amira.

“Atira, jom, kita bawa Abang Wafiq jumpa Kak Mira. Fiq, mari,” Salbiah memberi isyarat kepada Wafiq Zainal. Dia memula langkah sebaik lelaki itu mendekati.

Langkah gagah Wafiq Zainal tiba-tiba menjadi pincang. Lututnya seakan-akan longgar. Imbangan tubuh hampir hilang sebaik mendekati Amira. Serta-merta air mata lelakinya tumpah sedikitpun dia tidak berkeinginan mahu menyeka. Mujurlah ada sebuah kerusi berdekatan dan kini elok saja tubuhnya terhenyak di situ. Bukan saja langkahnya longlai malah ia merebak ke seluruh tubuh hingga tidak berdaya mahu bangun.

“Apa yang dah jadi pada Amira?” soalnya sambil menahan sebak. Bibirnya kelihatan terketar-ketar. Jangtungnya... hampir-hampir sahaja berhenti berdenyut.

“Awak kena kuat terima kenyataan ni Fiq.”

“Sal, apa yang dah jadi? Betul ke ni Amira? Kenapa Amira... kenapa Sal?” Lintang-pukang ayat yang mahu ditanya.

“Fiq, bawa bertenang,”

“Awak suruh saya bertenang lepas tengok semua ni? Amira ke tu, Sal?” oktaf suaranya bercampur-campur, tinggi dan rendah.

“Sal,” panggil Wafiq Zainal.

Last edited by wipers81 on 3-11-2014 12:13 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 12:34 AM | Show all posts

Bab 12... part 4



“Ya, memang tu Amira. Itu, Amira kita. Amira, yang pernah bertakhta di hati awak Fiq,” Salbiah menuturkannya dengan bersulamkan sebak. Tangis, yang selama ini tidak pernah berenggang dengannya apabila setiap kali bertemu Amira tetapi hari ini gugur di hadapan Wafiq Zainal.

“Kenapa tak beritahu saya Sal? Sampai hati awak diamkan perkara ni,”

“Fiq, jangan cakap macam tu. Saya,”

“Sampai hati awak Sal. Buat saya macam ni,”

“Abang Wafiq. Kak Sal tak salah dalam hal ni. Kak Mira yang minta Kak Sal rahsiakan semuanya sebelum dia jadi macam ni. Kak Sal hanya pegang amanah.”

“Dan kenapa awak pecahkan amanah tu?”

“Fiq, dalam keadaan sekarang saya kena bertindak rasional. Ikutkan hati, saya tak nak ada kena-mengena lagi dengan awak. Saya sangka takkan jumpa awak lagi. Hidup saya aman lapan tahun ni tapi semua tu dah hilang sejak awak muncul Fiq. Desakan awak nak bertemu Amira buat saya serba salah. Jangan ingat saya buat keputusan melulu. Jangan tuduh saya mungkir janji. Saya buat Solat Sunat Istikharah, minta pada Allah jawapan untuk kekusutan ni dan... ini jawapannya.”

“Sal, maaf. Tak ada niat nak sakitkan hati awak.”

“Saya tak marahkan awak Fiq. Saya faham perasaan awak. Bertemu dengan gadis pujaan setelah lama berpisah, itupun dalam keadaan macam ni... saya pun akan bertindak macam awak juga.”

“Sal, saya minta maaf. Saya tak berniat nak tuduh awak tadi,”

“Sudahlah Fiq. Saya faham. Dua tahun Fiq, dua tahun, saya tengok dia macam ni. Boleh tak awak bayangkan macam mana perasaan saya? Setiap kali jenguk Amira, saya nak lihat keajaiban namun sampai hari ni tak ada apa yang berlaku. Saya nak sangat dia bangun. Bercakap, bergurau dengan saya macam dulu,” Salbiah menangis teresak-esak.

“Apa sebenarnya yang terjadi Sal?” Wafiq Zainal menyoal.

Air mata lelakinya ternyata murah hari ini. Mengalir, mengalir dan terus mengalir. Seumur hidup, belum pernah dia menangis seteruk itu. Tambahan pula, di depan seorang wanita. Semangatnya seperti sudah terbang hingga rasa malu tidak dirasa. Sayu hati saat melihat tubuh yang kelihatan kurus, wajah yang cengkung sedang terbaring di atas katil. Menambahkan lagi sebaknya, wayar-wayar yang berselirat di tubuh Amira. Kamar itu sudah menyerupai wad di hospital...wad ICU.

Last edited by wipers81 on 3-11-2014 10:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 07:23 AM | Show all posts
wipers81 posted on 3-11-2014 12:34 AM
“Ya, memang tu Amira. Itu, Amira kita. Amira, yang pernah bertakhta di hati awak Fiq,” Salbiah ...

sedapnya bahasa wipers...

banyak tatabahasa dan lenggok ayat yang sedap dibaca..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.253088 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list