|
~~ BAB 21 ~~
Malam itu, Hani terkenang-kenang gelagat Afiq. Terasa bahagia menyinggah keluarganya. Qina juga seperti
sangat selesa dan selalu menyebut ingin keluar bersama Afiq lagi. Kehadiran Afiq benar-benar telah menyerikan hidupnya. Adakah Afiq mempunyai rasa yang sama?
Terdengar lagu 'Dan Bila Esok' dari Sofaz menandakan telefon bimbitnya berdering.
'Hairan, kenapa Afiq call ni?', ngomel nya dalam hati.
"Hello, assalamualaikum", kata Hani dengan penuh tanda tanya kerana Afiq tidak pernah menelefonnya
kecuali hanya bercakap di pejabat. Jika ada hal penting, Afiq hanya akan menghantar pesanan ringkas.
Adakah hal ini betul-betul penting?
"Waalaikummussalam", jawab Afiq.
"Eerr.. ye boss", jawab Hani pula dengan penuh debar dan tanda tanya.
"Emm, belum tidur ye?, macam mana tadi? Ok tak?", kata Afiq.
"Eeerr.. ok apa ye En. Afiq?", tanya Hani.
"Maksud saya, ok tak makan-makan tadi?", jawab Afiq yang sebenarnya memberanikan diri untuk menelefon Hani. Dia perlu memulakan langkahnya.
'Kenapalah aku ni tersasul-sasul ni, angau betul ni', fikir Afiq.
"Saya happy sangat tadi En Afiq, terima kasih bawak saya dan Qina ke tempat yang cantik tu" jawab Hani ikhlas.
"Oooh.. ok la macam tu, lain kali saya nak bawak awak jalan-jalan lagi dengan Qina lagi, boleh?" tanya Afiq.
"Boleh aje En Afiq", jawab Hani riang.
"Satu lagi, jangan panggil saya Encik ye. Dekat pejabat je panggil macam tu", kata Afiq.
"Oh, takpe ke?", tanya Hani.
"Takpe, saya tak suka kalau orang anggap saya sebagai boss di luar", luah Afiq.
"Ok.. En. Afiq, eh.. Afiq", kata Hani sambil tersenyum.
Afiq tersenyum sendiri mendengarkan Hani sudah buasa dengan panggilan Encik.
"Qina dah tidur ke?", tanya Afiq.
"Ye, sampai-sampai rumah terus nak tidur, letih katanya", jawab Hani.
Mereka berbual selama hampir setengah jam. Bermacam-macam perkara yang mereka bualkan termasuklah
rakan-rakan dan juga peristiwa semasa sekolah dahulu. Inilah bahagia yang Hani harapkan selama bertahun tidak mengecap bahagia. Hani bersyukur dengan kehadiran Afiq ketika dia sebenarnya memerlukan.
~~~
"Maya, kau nak tumpang aku kan?, aku turun dulu tau, nak beli barang sikit, aku tunggu kau kat bawah", kata Hani.
"Ok", jawab Maya dengan tergesa-gesa mengemas tempatnya kerana tidak mahu Hani menunggu lama. Maya paling pantang jika dia menunggu disebabkan itulah dia tidak mahu orang lain menunggunya.
Setelah habis membeli makanan yang dipesan Qina, Hani terus menuju ke perkarangan hadapan bangunan
tempat kerjanya itu sambil menunggu Maya.
"Hani!", terdengar suara lelaki yang amat dikenalinya.
Hani menoleh ke arah suara itu, Adam!
"Abang buat apa kat sini?", tanya Hani dengan penuh tanda tanya. Dia dapat rasakan dirinya tidak lagi hormat dengan bekas suaminya itu. Dia tidak mahu membenci sesiapa, tetapi Adam yang memaksanya
untuk mempunyai perasaan itu.
"Abang call, kenapa Hani tak angkat?", tanya Adam mendesak inginkan jawapan.
"Saya rasa tak perlu saya nak bersembang dengan abang", jawab Hani berani. Hani berani kerana dia
tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan Adam. Sebelum ini dia sangat hormat suaminya itu sehingga dia dikhianati.
"Hani dah berubah sekarang ye..", jawab Adam dengan hati yang kepanasan setelahmendengarkan jawapan itu dari Hani
Berkerut dahi Hani mendengarkan ayat itu dari Adam.
"Tak perlu abang nak cakap ayat tu pada Hani. Siapa yang berubah dulu? Siapa yang telah sakitkan hati siapa dulu? Patut ke Hani berubah?", tanya Hani bertalu-talu meluahkan perasaan.
"Kenapa abang cari Hani ni?", tanya Hani lagi.
Adam yang sudah merah padam tidak mampu berkata apa lagi. Dia sebenarnya menyesal dengan perbuatannya. Dia dapat melihat keikhlasan Hani berbanding Mila. Mila hanya mahukan wangnya. Mila bermata duitan.
"Hani.. abang nak minta maaf pasal kejadian tempoh hari. Abang tak boleh kawal rasa abang kepada
Hani, abang janji takkan buat lagi", luah Adam.
Hani hanya memandang dengan perasaan yang tidak puas hati kerana Adam masih menganggunya. Dia
belum dapat pengajarannya lagi. Kenapa Adam masih menganggunya lagi?!!
"Abang, cukup lah, saya dah cakap saya dah taknak tengok muka abang lagi", kata Hani meluahkan rasa
yang terpendam.
Adam mula ingin memegang tangan Hani,
"Eh, kau buat apa tu?", jerit Afiq. Tak semena-mena Afiq melulu ke arah mereka setelah keluar dari lif bangunan itu. Mujurlah tidak ramai yang melihat ketika itu, semua orang sibuk dengan hal masing-masing.
Adam menoleh tidak berpuas hati kerana mengenali suara itu.
"Aku nak minta maaf la, kau jangan menyibuk boleh tak?", jawab Adam.
"Eh, kau jangan nak jadi gila talak la Adam" kata Afiq dengan penuh berani. Dia sendiri tidak menyangka
yang rakan baiknya itu sanggup memperlakukan perempuan seperti kejadian tempoh hari.
Adam mula membuat isyarat ingin menumbuk Afiq. Namun, cepat-cepat Hani menghalang Adam dengan berdiri di hadapan Afiq.
"Abang, cukuplah, saya dah tak nak jumpa abang", kata Hani sambil mendepakan sedikit tangannya.
"Apa hubungan kau orang berdua ni?", tanya Adam tidak berpuas hati.
Masing-masing terdiam.
"Kitorang dah bertunang!", kata Afiq dengan penuh yakin. Dia tidak mahu Adam menganggu Hani lagi setelah yakin itulah ayat yang perlu diungkapkan.
"Dah... ber.. tu.. nang?", terjelepuk Adam mendengar ayat itu keluar dari mulut Afiq.
Dari jauh, Maya memandang hairan Adam seperti kusut.
"Hani, aku dah siap. Jom!", panggil Maya dari jauh sambil menuju ke arah mereka.
Hani cepat-cepat menuju kepada Maya dan mengajak Maya pulang. Belum sempat Maya melihat apa yang berlaku.
"Eh eh.. kenapa dengan Adam tu?", tanya Maya ingin tahu setelah jelas melihat wajah Adam yang sedang
kusut.
Hani terus menarik tangan Maya beredar dari situ. Hani hanya memberi isyarat ingin pulang kepada Afiq
dan tidak lupa membisikkan terima kasih kepada Afiq. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:03 AM
|
|