CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Adakah Sultan atau Majoriti ADUN yang berkuasa dalam perlantikan MB ?

[Copy link]
Post time 29-8-2014 12:24 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-8-2014 12:22 PM
peliknya kau dok meracau sebut nama noh omar la khir toyo la sedangkan aku cakap pasal khalid aje  ...

isu khir toyo postpone pergi court
ko ada bising tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2014 12:24 PM | Show all posts
Buang masa aku layan macai PR yang asyik dok fokus BN dan UMNO dalam segala hal yang tarak kena mengena pun  .

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:24 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-8-2014 12:22 PM
peliknya kau dok meracau sebut nama noh omar la khir toyo la sedangkan aku cakap pasal khalid aje  ...

contoh minoriti dlm selangor kalo mau lantik la, sbaris ngan khalid...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:26 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-8-2014 12:24 PM
Buang masa aku layan macai PR yang asyik dok fokus BN dan UMNO dalam segala hal yang tarak kena meng ...

macai bn umno pun sama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 12:26 PM | Show all posts
yaminz posted on 29-8-2014 12:24 PM
contoh minoriti dlm selangor kalo mau lantik la, sbaris ngan khalid...

khalid tu di paksa keluar parti , yang UMNO tu depa sendiri pilih untuk berada dalam parti depa tarak sapa paksa depa keluar pun , kat mana yang sama plak ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:28 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-8-2014 12:26 PM
khalid tu di paksa keluar parti , yang UMNO tu depa sendiri pilih untuk berada dalam parti depa ta ...

sama nyer minorit... 12 and 1 lain la kalo 30, len da cerita nyer...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 12:30 PM | Show all posts
bila tengok amcai macai umno mempertahankan khalid

mesti ada sesuatu kan?

kenapa macai menyukai musuhnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 12:32 PM | Show all posts
yaminz posted on 29-8-2014 12:28 PM
sama nyer minorit... 12 and 1  lain la kalo 30, len da cerita nyer...

Dalam bab melucutkan atau mengekalkan jawatan atau keahlian , tak sama apabila wujud elemen paksaan , kerana paksaan gitu bermaksud korupsi atau penyalahgunaan kuasa .

Last edited by blastoff on 29-8-2014 12:34 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2014 12:36 PM | Show all posts
Dah nampak jelas dah, macai PR tak ambil kira perlanggaran undang2 dan penyalahgunaan kuasa asalkan ia membawa result yang depa inginkan .     matlamat menghalalkan cara nampaknya to them . Last edited by blastoff on 29-8-2014 12:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff posted on 29-8-2014 11:39 AM
Itu laa , di sebut sehingga ada pengganti maka khalid tetap MB tanpa had tempoh ..... itu dah jela ...

Ketum tahu...lge tahu..Hadi tau..jijah tahu.

Sbb tu mereka tak boleh buat apa selagi sultan tak perkenankan jijah.

Yg tak tahu tu macai2 dia lah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:38 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-8-2014 12:36 PM
Dah nampak jelas dah, macai PR tak ambil kira perlanggaran undang2 dan penyalahgunaan kuasa asalkan  ...

Dah nampak jelas dah, macai PR tak ambil kira perlanggaran undang2 dan penyalahgunaan kuasa asalkan ia membawa result yang depa inginkan .     matlamat menghalalkan cara nampaknya to them .



hari jumaat
tulis yang bukan bukan
pakatan rakyat letakkan calon mb yang disokong 30 adun
salah unadng undang kau kata????

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff posted on 29-8-2014 11:42 AM
Dia tak tau ke bukan skadar nak lantik tapi nak lucut jawatan MB pun sultan di beri kuasa penuh ol ...

Dia tak tahu lah tu...yg cerdik2 sikit mana nak msk pertahankan kuasa majoriti melantik sesaorang mb...he he..layan jelah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Difahamkan pas sgor dah calunkan 4 nama dun pas..iskandar yg saya sebut hari tu tersenarai paling top..nama jijah dan azminaiskrim tak masuk.

Utusan hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 12:52 PM | Show all posts
ladydutch posted on 29-8-2014 12:38 PM
Dah nampak jelas dah, macai PR tak ambil kira perlanggaran undang2 dan penyalahgunaan kuasa asalka ...

refer pada post aku sebelum tu yang aku tulis ni " Dalam bab melucutkan atau mengekalkan jawatan atau keahlian , tak sama apabila wujud elemen paksaan , kerana paksaan gitu bermaksud korupsi atau penyalahgunaan kuasa . "

Ia berkenaan tindakan anwar melucutkan keahlian khalid sebagai ahli PKR dan cubaan untuk menendang khalid dari jawatan MB yang anwar guna cara kotor , keji serta tak mengikut perlembagaan langsung .

Apabila macai PR dok sokong tindakan anwar malah ke hulu ke hilir dok meroyan kata majoriti yang ada kuasa lebih dari kuasa sultan untuk menentukan perlantikan MB , maka macai dan anwar sama-sama tak ikut perlembagaan dan undang2 lah . Hokay, ke kau nak kena masuk U balik untuk faham apa yang aku dok perbincangkan ni ?
Last edited by blastoff on 29-8-2014 12:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:57 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 29-8-2014 12:46 PM
Difahamkan pas sgor dah calunkan 4 nama dun pas..iskandar yg saya sebut hari tu tersenarai paling to ...

adik tolong tepek berita tu yer bang

Pas Selangor mahu calon sendiri?
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
dan FAZRINA AYU RADUIAN
[email protected]


SHAH ALAM 28 Ogos - Pendirian Pas dalam isu calon Menteri Besar semakin mengelirukan dan 'berbelit' apabila maklumat terbaharu menyatakan Pas negeri sudah mencalonkan empat nama dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan.

Ia bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali malam tadi bahawa Pas tidak akan menuntut jawatan berkenaan malah hanya mencalonkan tiga nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber dalaman Pas berkata, nama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merangkap Presiden PKR dan timbalannya, Azmin Ali juga tidak tersenarai sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat Pas negeri di sini malam tadi yang turut dihadiri Mustafa.

Empat wakil rakyat yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad; Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi; Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan.

"Senarai empat nama itu adalah mewakili suara serta kehendak kepimpinan dan ahli di peringkat akar umbi yang mahukan jawatan Menteri Besar diwakili pemimpin Pas Selangor.

"Pas Selangor mempunyai ramai tokoh berkelayakan untuk menduduki jawatan Menteri Besar. Selain itu, senarai tersebut mengambil kira keadaan politik semasa di Selangor ketika ini yang menyaksikan Pas telah banyak memberi pengorbanan dalam memastikan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas sumber itu lagi, meskipun Mustafa malam tadi menegaskan Pas hanya mencalonkan nama daripada PKR, keputusan muktamad mengenainya masih bergantung kepada perbincangan di antara jawatankuasa di peringkat Pusat.

"Bagaimanapun, cadangan calon-calon Menteri Besar itu adalah daripada Pas Selangor. Terpulang kepada pertimbangan Pusat untuk menentukan langkah seterusnya yang difikirkan sesuai," ujar sumber itu.

Sementara itu, Iskandar yang ditemui pemberita hari ini menafikan penghantaran empat nama calon Menteri Besar daripada Pas negeri termasuk nama beliau, sebaliknya tegas beliau, pihaknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan dalam perkara tersebut.

"Pas Selangor tidak akan menghantar nama calon Menteri Besar. Kita serahkan kepada Pas Pusat membuat keputusan untuk diserahkan kepada Istana sebelum 3 September ini," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.

Usaha untuk mendapat pengesahan daripada Sallehen, Ahmad Yunus dan Mohd. Haslin tidak berjaya berikutan panggilan ke telefon bimbit mereka tidak dijawab manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibalas.

Selasa lalu, PKR dan DAP menerusi kenyataan bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memutuskan akan tetap mempersembahkan nama Wan Azizah kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar.

Dalam kenyataan bersama itu, mereka mendakwa pencalonan Wan Azizah adalah selaras dengan konvensi pakatan pembangkang pada 2013 yang mengemukakan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar.

Selain nama Wan Azizah dan Azmin, ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang mewakili PKR.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140829/po_01/Pas-Selangor-mahu-calon-sendiri


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Berambus kan jeh bung nuar dan kak jijah dr negeri selangor,, tuanku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 29-8-2014 12:46 PM
Difahamkan pas sgor dah calunkan 4 nama dun pas..iskandar yg saya sebut hari tu tersenarai paling to ...

Alhamdulillah..., harap2 tak buat uturn ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 29-8-2014 12:57 PM
adik tolong tepek berita tu yer bang

Pas Selangor mahu calon sendiri?

Tak kisah la sape pun mb selangor,, calon pkr atau pas,, janji bukan kak jijah kipas
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 01:18 PM | Show all posts
Pada aku tindakan PR bagi nama Jijah sahaja sedangkan Tuanku dah minta lebih drpd satu nama dari setiap Parti di bawah PR yg x berdaftar dengan sengaja nk bagi altimatum pada Tuanku untuk terima Jijah jadi MB saolah2 tiada Adun lain yg berkelayakkan. PR Ni siapa nk bagi altimatum pada Tuanku? Biadap...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 01:20 PM | Show all posts
dess402 posted on 28-8-2014 06:18 PM
ntahh .   " untuk menilai Adun yg mendapat undi majoriti .  "

Nampak sgt  pkr ketandusan pemimpin, hanya mampu mencalonkan satu nama aje...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.078352 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list