CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL:KLONG MAI ( Tajuk Asal: Kau Bukan Adamku).Terbitan November 2016 oleh Karn

[Copy link]
 Author| Post time 22-7-2014 09:46 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 22-7-2014 09:43 AM
Arissa pun nama anak I...

Tetibaa lagik....

...adeh...daniel tak nak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 09:47 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 22-7-2014 09:41 AM
Pakai enpon xdapek nk bagi der.. tunggu aku bukak pc hiks!

Betullll???????

Ko jangan tipu tawww. Bulan pose ni.....



#gilatacangs #perasantajukbertukarpundapattacangs #janganjeleskay? #modconanbaikyehyehbodeksikit



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 09:48 AM | Show all posts
Ipo posted on 22-7-2014 09:46 AM
...adeh...daniel tak nak?

Cukuplah sepasang.....




Next....

*Takut orang marah sebab OT kelaut dari tadi....
Last edited by Nicki_Meow on 22-7-2014 09:50 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 10:16 AM | Show all posts
sambung lagi..hari ni ada banyak masa maa...


MAJLIS sudah bermula. Keluarga sebelah pihak lelaki mula berbincang dengan keluarga sebelah pihak perempuan. Usai berbincang, tiba saat menyarung cincin. Jelas Dayah melihat ibu Ezaki menyarung cincin bermata berlian ke jari manis Shireen yang cantik penampilannya pada hari itu. Saat cincin disarung ke jari, Dayah hanya tunduk dan cuba dipalingkan wajahnya ke arah lain. Matanya bertembung pula dengan mata Shahrul. Dia mengalih lagi pandangannya ke arah lain. Sebak tiba-tiba.

"Dayah..kau ok ke?" Atikah sentuh bahu Dayah.

Dayah mengangguk perlahan. Dia masih tunduk.

Majlis sudah selesai. Kedua belah pihak mula bersalaman. Shireen dilihat memeluk bakal ibu mertuanya. Terpancar senyuman bahagia di wajah Shireen. Siapa yang tidak bahagia bila jejaka pujaan sudah hampir menjadi suami. Ezaki dilihat hanya tunduk saja dari tadi. Entah apa yang difikir lelaki itu. para tetamu mula dipelawa menikmati juadah yang disediakan di khemah.

Dayah cepat-cepat menarik tangan Atikah keluar dari situ sebelum tetamu lain beredar ke khemah. Laju saja Dayah melangkah sambil menarik tangan Atikah yang sudah terpinga-pinga dengan tindakannya.

"Weh! Kau ni nak lari dari siapa?"Kasut yang dipakai Atikah hampir tercabut. Bukan main laju lagi Dayah mengheretnya tadi.

"Aku nak cepat balik!" Tanpa menoleh ke arah Atikah, Dayah menonong je melangkah meninggalkan rumah Shireen.

Tiba-tiba terasa ada seseorang berdiri di depannya. Shahrul sudah tercegat di situ. Dayah menelan liur. Bila masa pulak mamat ni tercongok kat depan pintu ni?

"Takkan nak balik dah?" Shahrul melemparkan senyuman.

"Err...ya..majlis dah habis.." Tergagap-gagap Dayah menjawab.

"Tak jumpa Shireen dulu?" Shahrul bertanya lagi. Hatinya mula terdetik, bergetar.

"Err..aa..err.." Dayah menggelabah.

"Hei Nur Hidayah!"

Dayah berpaling. Shireen dilihat sudah mula menapak ke arahnya.

"Oh..jadi nama awak Nur Hidayah? Sedap nama tu.." Senyuman Shahrul semakin lebar.

Dayah menjeling saja. Atikah di sebelahnya hanya diam. Dia faham perasaan Dayah ketika ini. Hati Dayah untuk Ezaki.

"Thanks for coming!" Shireen berlagak baik. Tubuh Dayah dipeluk seketika.

Dayah hanya senyum.

"Oh ya, macam mana majlis aku ni? Hebat kan? Anyway, nanti aku kenalkan tunang aku pada kau." Sengaja Shireen melontar ayat itu pada Dayah. Dia beredar dari situ dan kemudian kembali bersama Ezaki.

Tergamam Ezaki sebaik terpandang Dayah dan Atikah di situ. Dia menelan liur. Macam mana kedua gadis itu boleh hadir di majlis pertunangannya? Matanya beralih pada Shireen yang sudah tersenyum sinis. Kini dia tahu, tentu itu kerja Shireen.

"This is my fiancee." Shireen paut lengan Ezaki dengan mesra.

Dayah pandang sekilas dan tunduk semula.

"Nur Hidayah, mari kita makan.." Shahrul pula mengajak Dayah ke khemah.

Ezaki pandang Shahrul yang segak dengan baju melayu Johor, lelaki itu yang berkelulusan dalam bidang arkitek dari Australia dan sudah pun bekerja di sebuah syarikat terkemuka di KL. Shahrul dilihat sudah tersenyum kepada Dayah dari tadi. Cemburu mula menerjah hatinya tatkala melihat Dayah disapa Shahrul.

"Jom Dayah!" Atikah menarik kasar tangan Dayah. Dari tadi dia geram dengan sikap Shireen yang terlalu nak show off tunangnya pada Dayah.

Hari itu Ezaki asyik melihat ke arah Dayah yang berbual mesra dengan Shahrul. Apa yang dibuatnya ketika ini dirasakan serba tidak kena. Shireen yang tidak mahu berenggang dengannya sejak tadi dirasakan rimas!

"Boleh tak awak jangan macam ni?" Ezaki sudah merengus.

"What's wrong with you?" Shireen mencebik.

"Nothing!" Ezaki bingkas bangun dan mula menapak ke kereta. Keretanya dipecut laju meninggalkan laman rumah Shireen.

Semua tetamu yang hadir terpinga-pinga dengan tindakan Ezaki. Shireen dilihat cuba mengejar Ezaki tadi. Datuk Azuruddin menggeleng. Anak bujangnya mula buat hal! Pergi meninggalkan majlis tanda protes!

Dayah turut tergamam. Mungkin Ezaki cemburu melihat dia berbual mesra dengan Shahrul tadi. Dia mengajak Atikah pulang. Belum sempat dia melangkah ke kereta, Shireen sudah menyentuh bahunya,

"Tunggu!"

Dayah berpaling. Riak Shireen sudah lain.

"Aku tak akan benarkan kau rampas Ezaki dari aku! Never!" Itu kata-kata yang terkeluar dari mulut Shireen. Tegas nadanya.

Dayah terdiam. Kata-kata Shireen tadi bagai tidak masuk akal. Ezaki sudahpun menjadi tunang Shireen, apa lagi yang perempuan itu tidak puas hati?? Takkan Ezaki pergi tadi, Shireen sudah menelah itu semua disebabkan olehnya?? Dayah tidak menghiraukan Shireen di situ. Dia melangkah laju ke kereta. Atikah disuruh cepat-cepat meninggalkan kawasan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:36 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 22-7-2014 08:27 AM
Po...tajuk bertukar eh?

nah munger...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 11:04 AM | Show all posts
BALIK dari majlis pertunangan Shireen tadi, Dayah terus saja berkurung dalam bilik. Dia baring di atas katil Mukanya ditutup dengan bantal. Atikah hanya geleng melihat sikap Dayah. Tadi bukan main lagi bersikap selamba seolah tidak ada apa-apa, balik ni terus saja sembam muka ke bantail.

"Dayah..sudahlah tu. Mereka dah selamat bertunang." Atikah tukar baju dan mula menyarung kemeja T dan seluar panjang.

Dayah dilihat masih di situ. Diam membisu. Atikah menapak ke bilik air. Asar sudah lama masuk waktu. Dayah dibiarkan melayan perasaan sendiri.

Dayah bangun perlahan. Bantal diletakkan di tepi. Dia menarik nafas seketika dan menghembus perlahan. Apa yang berlaku tadi, dia akan cuba lupakan. Lupa pada Ezaki. Apa yang penting sekarang ini, dia masih ada dua tahun lebih lagi untuk menjadi seorang doktor bertauliah. Segala yang berlaku mesti dilupakan dari kamus hidupnya. Tiada lagi cinta cintun selepas ini. Perlahan Dayah menapak turun dari katil dan mencapai tuala. Dia perlu mandi dan  solat.

Usai mandi dan solat, Dayah mula membelek nota kuliah dan buku rujukan. Dia sudah nekad, apa pun terjadi, dia tak akan layan semua itu. Baginya perasaannya sudah menjadi hambar. Hidup mesti diteruskan tanpa ada halangan apa-apa lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2014 11:05 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 22-7-2014 10:36 AM
nah munger...

Conannnn!!! I lap Yuuuu.....



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:32 AM | Show all posts
Ipo..sambung laaa lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2014 11:38 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:52 AM

BAB 18





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 11:45 AM | Show all posts
ok..ipo nak kuar jap.....c u next entry..

@cmf_conan
dapat jugak Nicki tacang ya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 01:37 PM | Show all posts
ala... Ipo... awat ramai sgt jejaka yg tangkap cintan dgn dayah ni... rimaslah mcm ni... mana phat ni Ipo... makin complicated hidup dayah kalau ginilah caranya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 10:32 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:52 AM

delete
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Batu cincin tu yg phat bg kt ezaki kan TT? Semakin menarik kisah dayah & phat aka khalid ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 07:08 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 23-7-2014 06:20 AM
Batu cincin tu yg phat bg kt ezaki kan TT? Semakin menarik kisah dayah & phat aka khalid ni...

ya zamzam..
batu tu kan penyeri wajah, mungkin sebab tu siapa yg melihat dayah tu jadi berkenan
gurau je..
terlelap depan pc..sampai miss sahur..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 07:26 AM | Show all posts
Ipo posted on 23-7-2014 07:08 AM
ya zamzam..
batu tu kan penyeri wajah, mungkin sebab tu siapa yg melihat dayah tu jadi berkenan:l ...

alahai kesian Ipo... tak sahurlah ni... penghujung ramadhan kali ni amat memenatkan sebenarnya Ipo... td sahur dgn air kotak je sbb tak selera nak makan... mungkin sbb terlampau letih mlm td merayap beli barang utk iftar kt rumah anak2 yatim hr ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 07:56 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:52 AM

delete
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 08:13 AM | Show all posts
sukahati je sufian nak kontrol siapa dayah kena nikah... geram plk saya Ipo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 08:24 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:53 AM

delete
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 09:02 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:53 AM

Ldelete
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat laaa.. xsabor nak tgk kebelitan kisah dayah neh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.424398 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list