CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pjade

Sharifah Aini Kritikal? [Update: Telah Meninggal Dunia 05/07/14]

[Copy link]
Post time 5-7-2014 02:10 AM | Show all posts
http://www.astroawani.com/news/show/biduanita-negara-datuk-sharifah-aini-meninggal-dunia-39083

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2014 02:10 AM | Show all posts
Al-Fatihah

semoga rahmat tercucur
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 02:16 AM | Show all posts
Innalillahiwainna ilaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 02:16 AM | Show all posts
Innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 02:18 AM | Show all posts
Innalillah... salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 04:18 AM | Show all posts
Alfatihah... sedih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2014 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 04:26 AM | Show all posts
Al-fatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2014 04:30 AM | Show all posts
Al-fatihah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 05:34 AM | Show all posts
Al-fatihah. Moga dicucuri rahmat Ilahi. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 06:16 AM | Show all posts
Innalillah....takziah buat family Dato'
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 06:19 AM | Show all posts
Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 11:20 AM | Show all posts
takziah dan al fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnyer..ape pun takziah n al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah utk keluarga .. alfatihah untuk sharifah aini... semoga ditempatkan bersama org yg soleh ....

( skrg sy dah faham kenapa eizlan, shah rezza, hattan dan mereka yg org rasa x layak dapat dato tapi dapat title tu .... )
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea posted on 5-7-2014 04:10 PM
Takziah utk keluarga .. alfatihah untuk sharifah aini... semoga ditempatkan bersama org yg soleh ... ...

Boleh jelaskan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2014 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah..
Semoga aruah mummy tenang disana...
Al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 10:45 PM | Show all posts
al fatihah dan takziah, suka dgn lagu2 dan suara arwah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 10:48 PM | Show all posts
Al Fatihah...Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.092965 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list