CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Zizan tinggalkan Melodi (Awal akui sukar bersama pengacara baru pg9)

[Copy link]
Post time 6-7-2014 06:34 PM | Show all posts
xberapa minat gan dieorg..both penah jd dj jemputan dkt hot time mula2 faizal xd..bingit gile.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2014 07:13 PM | Show all posts
Melodi ni rancangan lawak ke?
Sampai pengacara kena yg pandai melawak...

Errrrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
spesis2 gemok cap badak je suka zulin&sherry 2 ekoq ni.sama2 spesis.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 07:47 PM | Show all posts
jujurin dua-dua tak kenal dan tak pernah dengar
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
si zulin tu pkai suar...alamak...leh tahan ketat...bln posa ni...sopan sikit pakaian..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 10:59 PM | Show all posts
mongoose_kidz posted on 6-7-2014 06:18 PM
sherry alhadad ni ke yg jd ckgu dlm oh my english tu??
Ke org lain..

bukan sherry ni sedara mara ngn kinah ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2014 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
X best lansung 2 host baru ni. Semak rmai2. Pastu try nk buat joke, tp x mnjadi. Busann giler.... dh lm x suka 2 org ni jd host. Pernh diorg mngacara apa ntah kt tv sblm ni. X best lansung! Pagi2 kt hot fm pun pernh ada rncangan 2 org host ni. Bingit. X tau la knp media prima mcm asyik nk tonjolkn minah 2 org ni je. Sorry tu say... x ada AURA. Dr segi cara bercakap & pemndangan mata penonton nk tgk. X tertarik wlaupn cuba nk tgk. Tp....x blh ar.... rasa eiiiiii..... x best ar. Tlglah melodi. X nk host 2 org ni. Awal sorg pun x pe. 3 org sgt bingit. Lg2 2 org ni....x ada AURA k...! Last edited by carlnida on 6-7-2014 11:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 12:07 AM | Show all posts
Juling azizi dgn shery al hadap ni xbest
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 12:33 AM | Show all posts
iols xtgk lg melodi yg diaorg jd pengancara..tp si zulin ni jd pengancara sorg sorg dalam "jgn marah na" ok ja...
iols tgk yg diaorg bergabung jd pengancara majlis anugerah tu..iols ok ja, xdak la boring sgt..terpulang pada individu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
lg newbew mengacara kot. belum biasa lg, tengok nanti dah biasa ketawa besar pontianak lah mrk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 07:31 AM | Show all posts
melodi mengalami zaman keruntuhan..letak la ape skalipon..tukar jela program baru.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 07:33 AM | Show all posts
pttnya zulin dgn awal je la...
ni smpi 3 org..kecoh...sesak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 08:26 AM | Show all posts
tak la best pon dua org pengacara baru tu...rase cm semak je aku tgk melodi smlm...elok2 de mood nk tgk trus ttup sbb tgk dorang...heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 08:32 AM | Show all posts
x kenal...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 08:51 AM | Show all posts
rmi sgt...smpi 4 org smlm..sume nk bercakap..termasuk la si shiha..aku tgk shiha ni inject mulut..sbb dh terjungkit je bibir die.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 08:54 AM | Show all posts
ambik dari thread sebelah...



apa pulak kes Awal tu ye?...

@maxim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2014 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 7-7-2014 08:54 AM
ambik dari thread sebelah...



Ntah iols x tgk melodi. Awal dok wat lawak gemuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 09:03 AM | Show all posts
tak tgk dah melodi sejak ada dua makcik debab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 09:24 AM | Show all posts
melodi bukan lagi satu rancangan yang dinanti-nantikan. titik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 09:35 AM | Show all posts
Awal Ashaari Sukar Bersama Dua Pengacara Baharu 'Melodi'
[size=0.75em]Gandingan baharu program Melodi iaitu Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz.



PETALING JAYA:Pengacara Awal Ashaari mengakui agak sukar apabila bergandingan dengan dua pengacara baharu yang mengantikan Zizan Razak iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz dalam rancangan Melodi terbitan TV3.

Awal berkata, pada peringkat permulaan ini ada banyak berlaku situasi yang agak janggal antara ketiga-tiga mereka ketika bercakap tentang sesuatu topik.

"Saya akui agak sukar untuk saya serasikan diri dengan kedua-dua mereka, kadang-kadang apa yang saya cakap mereka tidak sambut begitu juga sebaliknya hingga timbul masa-masa yang saya rasa agak janggal.

"Lagi pula gandingan mereka berdua iaitu Sherry dan Zulin memang sudah kuat membuatkan saya sentiasa fikir dimana untuk mencelah," ujarnya kepada mStar Online, pada sidang media memperkenalkan pengacara baharu rancangan itu di Sri Pentas, di sini pada Ahad.

Melodi keudara secara langsung di TV3 pada setiap Ahad selama sejam bermula pukul 12.30 tengah hari.

Bagaimanapun, Awal berkata, dia perlu sedikit masa untuk mencari keserasian tersebut dan mengkaji tentang cara pengacaraan kedua-dua mereka.

Tambahnya, dia yakin gandingan tersebut merupakan percubaan yang baik dilakukan oleh pihak produksi rancangan itu.

"Ketika dengan Zizan dulu pun saya ambil masa selama setahun untuk betul-betul serasi, pada awal-awal kami digandingangkan dulu juga ada masalah yang mana apabila dia buat lawak saya tidak rasa kelakar.

"Saya lihat Sherry dan Zulin ada kekuatan mereka sendiri yang mana Sherry lebih kepada suka melayan dan Zulin suka bercakap pedas," katanya.

Sementara itu, Sherry dan Zulin berkata, pemilihan mereka dalam rancangan hiburan popular ini diibaratkan seperti mimpi menjadi kenyataan.

Kata mereka, mengendalikan rancangan ini merupakan impian setiap pengacara terutama pendatang baharu seperti mereka.

"Kami rasa ia seperti angan-angan Mat Jenin yang menjadi kenyataan. Dulu sewaktu kecil kami hanya main-main jadi pengacara Melodi sahaja dan tidak sangka ia benar-benar terjadi.

"Selain itu, sudah tentu kami rasa gementar untuk memikul tanggung jawab yang berat ini kerana pengacara sebelum ini kesemuannya hebat-hebat belaka," ujar Sherry.

Manakala bagi penerbit, Michelle Wee Abdullah, penukaran perantara merupakan salah satu strategi memastikan rancangan tersebut terus segar dan baharu.

Katanya, pemilihan Sherry dan Zulin juga adalah melihat prestasi kedua-dua bintang baharu ini yang sudah membuktikan potensi mereka untuk layak mengendalikan program hiburan ini.

"Pertukaran hos merupakan perubahan yang perlu dilakukan demi memastikan penjenamaan Melodi dan pengisian kandungannya akan terus relevan. Kekuatan rancangan ini adalah terletak kepada pengisiannya dan populariti hos hanya membantu sahaja.

Penguguran Zizan Razak Bukan Kerana Kontroversi

Dalam pada itu, Michelle juga menepis dakwaan penguguran Zizan Razak adalah disebabkan kontroversi-kontroversi yang terjadi terhadap diri pelawak tersebut.

Katanya, tempoh selama empat tahun mengacarakan rancangan itu sudah agak panjang bagi seseorang pengacara mengendalikan program yang mencecah rating 1.7 juta itu.

"Zizan sudah tamat kontrak pada Jun lalu dan ia tidak ada kena mengena dengan kontroversi yang dilaluinya malah kami gembira dengan rezeki dia yang kini menyertai pengurusan Astro.

"Sepanjang empat tahun dia mengacarakan Melodi tidak ada sebarang masalah dan telah memberikan prestasi yang sangat cemerlang, cuma tempoh empat tahun itu sudah cukup untuk pihak kami beri peluang kepada muka baru.

"Sementara kita masih mengekalkan Awal berikutan dia baru dua tahun dengan Melodidan kami masih memerlukan khidmat dia sebagai pengacara senior," ujarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.180854 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list