CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: putr@polo

[Tempatan] Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia-Sabtu, 26 April 2014

[Copy link]
Post time 26-4-2014 08:22 PM | Show all posts
Kalau berpeluang akak pun nak jadi groupie obama ini.

Menyesal akak tak register 1met itu, seharusnya dapat jumpa obama esok di cyberjaya, katanya  obama akan bagi sepatah dua kata esok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 08:26 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 26-4-2014 06:33 PM
pakai pampers....

brand Tena..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 08:28 PM | Show all posts
Changa posted on 26-4-2014 08:22 PM
Kalau berpeluang akak pun nak jadi groupie obama ini.

Menyesal akak tak register 1met itu, seharu ...

akak faham kah cakap omputih (walupun obama tu dark)?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 08:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 08:36 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 26-4-2014 08:29 PM

tu dia, KJ berjalan dengan bangganya.

I vote KJ for next PM. Undurlah Najib.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah dengan kehadiran obama ni
Akan membuka mata para pemimpin kita agar muhasabah diri sendiri
Malam2 sebelm tidur?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2014 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bobby2008 posted on 26-4-2014 08:36 PM
tu dia, KJ berjalan dengan bangganya.

I vote KJ for next PM. Undurlah Najib.

Haipppppp
Mukhriz nak letak mana?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 08:48 PM | Show all posts
video tengok sini lah.. tak jadi plak cubaan menepek

http://web.stagram.com/p/707042529737735365_178806822 Last edited by cmf_conan on 26-4-2014 08:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 08:50 PM | Show all posts
Aku nak nangis ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 08:51 PM | Show all posts
tangan KJ mcm panjang ja.. elok jadi keeper bola
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 08:55 PM | Show all posts
pulang kampung nih


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:09 PM | Show all posts
adik tiri barry



Last edited by bluemenx on 26-4-2014 09:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:10 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 26-4-2014 08:10 PM
lagu perancis ni lagi best...dari tahun 2009 lagi kita suka dgr.........

haha....best jugak ....tp maksud dia apa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:10 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 26-4-2014 08:29 PM

tinggi  kj ni ya..

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:24 PM | Show all posts
@tapibukanaku ada pic kj with obama sila cilok ke bod vip
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 09:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2014 09:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 09:46 PM | Show all posts
Agong sampaikan terima kasih Malaysia kepada Obama



obama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) berkenan mengiringi Barack Obama (kiri) selepas sambutan rasmi Presiden Amerika Syarikat itu di Dataran Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Ketika usaha mencari sebuah pesawat udara Malaysia yang hilang sedang diteruskan di selatan lautan Hindi, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan ucapan terima kasih Malaysia kepada Amerika kerana terus memberi sokongan dan kerjasama padunya dalam operasi itu.

Pada majlis jamuan negara bagi meraikan Presiden Amerika Barack Obama malam ini, baginda bertitah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 itu melibatkan penumpang dari pelbagai negara, termasuk Malaysia dan Amerika.

Seri Paduka bertitah bantuan yang dihulurkan Amerika itu menjadi bukti wujudnya hubungan rapat antara kedua-dua negara.

"Sesungguhnya, penglibatan saudara sejak peringkat awal misi mencari dan menyelamat itu dan operasi pencarian yang dilakukan ketika ini mencerminkan komitmen kukuh yang wujud antara kedua-dua negara kita," titah baginda.

Obama, presiden Amerika pertama yang berkunjung ke Malaysia sejak hampir 50 tahun lepas, melakukan lawatan negara tiga hari ke Malaysia dalam rangka penjelajahan beliau ke empat negara Asia, selepas melawat Jepun dan Korea Selatan. Destinasi terakhir beliau ialah Filipina.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac sebelum hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Mereka termasuk rakyat Amerika.

Operasi disertai pelbagai negara untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER itu di luar perairan Perth, Australia, melibatkan penggunaan kenderaan dalam air autonomi dilengkapi alat sonar milik Tentera Laut Amerika dikenali sebagai Bluefin-21.

Tuanku Abdul Halim bertitah baginda gembira melihat hubungan antara Malaysia dan Amerika semakin kukuh dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kepentingan bersama serta nilai yang dikongsi kedua-dua negara, begitu pesat berkembang.

"Beta gembira kerana kedua-dua negara kita akan membincangkan cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, keselamatan dan pertahanan, pendidikan, tenaga, sains dan teknologi serta hubungan antara rakyat dengan rakyat," titah Seri Paduka.

Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut menghadiri majlis itu, dijadual mengadakan perbincangan dan menghadiri jamuan kerja tengah hari di Putrajaya pada Ahad.

Sambil menyifatkan bahawa hubungan ekonomi antara kedua-dua negara berada dalam keadaan amat kukuh, Tuanku Abdul Halim bertitah sokongan berterusan Amerika terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia akan membantu mengemudi negara yang mempunyai 30 juta penduduk ini untuk mencapai status negara maju.

Titah baginda, Amerika dialu-alukan untuk terus berganding bahu dengan Malaysia bagi menjamin keamanan dan kestabilan di rantau ini.

"Ini boleh dicapai melalui nilai yang dikongsi bersama dan sikap saling menghormati, saling memahami dan kesederhanaan, disertai hubungan kukuh antara rakyat dengan rakyat," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah Malaysia akan terus berusaha memupuk hubungan kukuh dan berkekalan dengan Amerika sebagai asas dalam usaha mewujudkan kestabilan dan kemakmuran bagi kedua-dua negara.

Seri Paduka menyuarakan harapan agar Obama gembira dan berpuas hati dengan layanan Malaysia serta kembali ke Amerika dengan membawa kenangan manis tentang negara ini.

"Beta harap lawatan saudara ke Malaysia memberi penuh makna dan menyimpul pelbagai kenangan. Beta mendoakan agar saudara sekeluarga sentiasa sihat dan sejahtera, begitu juga bagi seluruh rakyat Amerika," titah baginda. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:46 PM | Show all posts
buat apa obama dtg mesia?
nak sain TPPA ke?
abis leeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 09:47 PM | Show all posts
Tiada beza Obama dengan pemimpin dunia lain

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
26 April 2014



Presiden Barack Obama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama

KUALA LUMPUR - Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara ini terus menjadi perbualan hangat dan dikaitkan dengan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang masih lagi dalam perbincangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyifatkan manfaat kedatangan Obama ke negara ini tiada beza dengan pemimpin dunia yang lain.

"Manfaatnya macam pemimpin-pemimpin lain juga. Baru-baru ini Presiden China... kita seronoklah orang datang. Tak ada beza," katanya kepada pemberita selepas merasmikan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' di dewan pameran Kumpulan Media Karangkraf di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Ketika dibangkitkan dakwaan kedatangan Obama dikaitkan dengan persetujuan perjanjian TPP, beliau menekankan bahawa AS perlu menghormati keputusan negara ini meskipun Malaysia sebuah negara kecil seumpama semut.

"Saya harap tak ada paksaan. Nak datang, datanglah. Kita negara kecil. Kalau orang besar datang, kita rasa kecil. Jadi, apabila kita takut dengan orang, kita tandatangan. Kitalah yang akan mengalami kerugian.

"Jadi, jangan ada paksaan. Kalau kita kata belum sampai masanya, hormatilah kita walaupun kita sebesar semut," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai tulisan terbaru dalam blog miliknya, beliau seakan menolak dakwaan bahawa artikel tersebut ditujukan buat pemerintah negara ini.

"Berkenaan penulisan saya dalam blog, tentang mereka yang berkuasa. Apabila cakap tentang pihak yang berkuasa, kita akan fikir berkenaan dengan kerajaan tapi semua orang ada kuasa termasuk pengundi... media.

"Semua orang berkuasa, yang saya desak adalah supaya semua orang yang berkuasa menggunakan kuasa itu dengan cara yang baik dan tidak menyalahgunakan kuasa," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.559921 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list