CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

[Copy link]
 Author| Post time 22-5-2014 11:30 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 22-5-2014 10:24 PM
Sekarang nih tiap2 kampung kan ade kampung wifi...laju jugak...
tp sape yg dekat ngn tiang wifi t ...

sedih kan..actually rumah ipo kat kampung tu tak dak tenet...nak kena gi cc..hehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 07:36 AM | Show all posts
Terima kasih Ipo....enjoy your holiday.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 01:13 PM | Show all posts
Tq ipo.....


Selamat bercoti...akan ku tunggu kepulanganmu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 01:14 PM | Show all posts
Ipo posted on 21-5-2014 07:15 PM
Senah berani kan?..hempuk kepala karim tuh

dah lah berani, gedik2 manja pulak tu...tu yg spesel sal minah senah ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah rindu kat Kudin....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:53 AM | Show all posts
dah makin saspen ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2014 12:07 PM | Show all posts
bangg kudinnnnn

oooo bang kudinnnnn..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 01:20 PM | Show all posts
Sendiri Selamanya dh tamat... Cite ni bila plk nak menyusul... TT... Balik dr cuti nanti jgn lupa sambung ya... Selamat beristirehat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 10:09 PM | Show all posts
rindu dgn kudin...rindu dgn senah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:11 PM | Show all posts
lamanya TT bercuti... tak sabr nak tau kisah kudin ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 03:41 PM | Show all posts
Hi Ipo....cuti lagi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 02:28 PM | Show all posts
lamanya takde sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 03:22 PM | Show all posts
lamanya ipo bercuti...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni jd silent reader je.. ni dh x tahan menunggu.. nak seru nama Ipo gak... Ipo.. mne ipo ni.. rindu kt senna ni.. nk tau citer senna..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 11:15 AM | Show all posts
Ipo....janganlah buat kami semua mcm ni...pleaseeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 11:50 AM | Show all posts
mana tuan rumah ni...nak n3 lag...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 03:12 PM | Show all posts
aaaa best gila citer ni... dari tadi tak buat kerja ni.. adehhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2014 11:38 PM | Show all posts
I'm back!

maaf yer..baru boleh jenguk bod ni...

ok, sambung kisah seterusnya..


KUDIN menunggu Johan di sebuah restoran yang terletak agak jauh dari jalan besar. Dari tadi, dia begitu payah mencari restoran yang dijanjikan Johan. Sesekali Kudin pandang jarum jam di pergelangan tangannya. Dia mula menopang dagu sambil memerhati sekitar restoran dan ke arah luar restoran. Dia mula mengukir senyum. Johan dilihat sudah menapak ke arahnya.

"Kau ni janji mat jenin ke apa?" Kudin sengih. Johan dilihat sudah melabuhkan punggung di kerusi.

Johan tidak menjawab. Dia hanya melemparkan senyuman kelat. Baginya ini bukan masa untuk bergurau. Anum dan Senah sudah seminggu hilang tanpa khabar berita. Mana mungkin dia boleh tersenyum. Kalau dulu, dia tidak kisah tentang gadis yang diperdaya untuk dijual kepada sindiket tapi kali ini dia sudah merasa terperangkap dengan tindakannya sendiri. Kedua gadis itu adalah rakan sekampungnya. Mereka perlu diselamatkan dari menjadi mangsa Tokey Chong!

"Kau ni kenapa?" Kudin mula serius. Muka Johan sudah ketat.

"Aku perlukan bantuan kau. Kau mesti tolong aku. Aku dah buntu ni." Johan menundukkan wajah. Dia masih tidak berani dan teragak-agak menceritakan segala apa yang telah berlaku.

"Kau ada masalah ke?"

"Ya. Masalah besar!" Johan sudah berpeluh. Dia pandang Kudin yang memandang tepat ke arahnya dengan muka berkerut.

"Ok...sebelum kau cerita lebih lanjut, kita pesan minuman dulu." Kudin mengangkat tangan memanggil pelayana restoran. Minuman dipesan. Matanya beralih kembali pada Johan yang sudah berpeluh.

Johan pula masih tidak tahu bagaimana untuk memulakan ceritanya. Dari malam tadi, dia berfikir dan berfikir. Pagi tadi pun dia masih berfikir sampai nak pecah otak! Kali ini dia perlu ambil risiko. Bongkar semuanya! Kalau tidak, dia akan mati katak!!

"Hmm...lain macam je kau ni?" Kudin mula menegur sikap Johan.

"Kau masih ingat Anum?" Soalan pertama Johan ditujukan pada Kudin. Dia tahu sejak dulu Kudin memang menaruh hati pada Anum, anak Pak Sahak yang sopan santun.

"Ya kenapa?" Kudin semakin berkerut kening.

"Anum sebenarnya diculik untuk dijual kepada sindiket haram di Jepun." Johan terpaksa juga bongkar cerita sebenar misteri kehilangan Anum.

Kudin sengih. Dia merasakan kata-kata Johan tadi memang tidak masuk akal. Mana mungkin gadis baik seperti Anum menjadi mangsa sindiket haram itu. Wajah Johan diperhatikan seketika. Hanya ada riak serius. Benar-benar serius.

"Kau jangan nak buat cerita Jo. Aku tahu la Anum tu dah hilang hampir empat bulan lalu tapi aku tak percaya cerita kau ni. Mungkin Anum ikut kawan dia ke? Atau...mungkin juga dia pergi mana-mana. Saja nak mencari ketenangan. Jadi dia tidak beritahu ayah dia." Kudin menelah sendiri. Dari dulu dia tahu siapa Anum walaupun sampai sekarang dia masih belum berjumpa dengan gadis itu.

"Look! I'm serious ok!! Anum dan Senah diculik dan bila-bila masa akan dijual kepada sindiket haram!" Johan sudah geram. Kudin dilihat seperti memperlekehkan kata-katanya tadi.

"Senah?? Kau tahu dia di mana sekarang?" Kudin mula membuntang. Chad sudah beritahunya tentang kehilangan Senah dan sekarang Ana Dahlia juga sudi membantunya mencari Senah dengan bantuan kawan polis Ana Dahlia sendiri.

"Kalau aku tahu, tak ada la aku jumpa kau sekarang ni!" Johan mengetap bibir.

"Tapi..macam mana kau tahu Senah dan Anum hilang? Dan macam mana kau tahu mereka akan dijual kepada sindiket haram?" Kudin pula merasa keliru dan bingung.

Johan melepaskan keluhan seketika. Dia kemudian menarik nafas perlahan. Dia sudah bersedia jika Kudin bertindak di luar dugaan dengan apa yang bakal dijawabnya nanti. Dia pandang Kudin yang masih tidak beralih matanya itu.

"Kudin..aku yang bersalah dalam hal ni. Aku yang mengheret Senah dan Anum dalam dunia aku tanpa aku sedari." Johan menutur perlahan. Sesekali dia jeling Kudin, mencari riak lelaki itu.

"Maksud kau?" Kudin masih tidak faham.

"Hampir lima tahun aku dalam dunia sindiket ni. Bermula di US, aku terjebak dalam sindiket penjualan perempuan ke seluruh dunia. Aku bukan sengaja tapi terpaksa. Aku terhutang budi dengan ketua kumpulan sindiket tu. Dia telah selamatkan aku dari dibunuh oleh sekumpulan penjahat yang menyerang aku secara tiba-tiba." Terpaksa juga Johan bertersu terang dan bongkar kisah pahitnya dulu.

"Jadi selama ni kau terlibat dengan kerja gila ni??" Terbeliak Kudin mendengar pengakuan Johan.

Johan mengangguk lemah.

"Jadi sekarang ni apa yang kau cuba katakan tadi, kau dah culik Anum  dan Senah? Macam tu??" Kudin mengetap bibir.

"Aku hanya menyuruh orang aku mencari gadis-gadis kampung dan aku tak tahu Senah dan Anum menjadi mangsa." Johan tunduk. Dia tahu Kudin tidak akan membiarkan saja semua itu menerjah telinga, menjadi halwa telinga. Dia tahu, Kudin akan bertindak nanti.

"Siapa orang suruhan kau??"

"Karim..." Ringkas Johan menjawab.

Kudin bingkas bangun. Dia meraup muka. Matanya beralih pada Johan yang masih tunduk. Dia pandang pula sekitar restoran. Hanya ada beberapa orang pelanggan saja.

"Habis tu mana Senah dan Anum sekarang?" Kudin cuba mengawal perasaan marahnya. Terbayang wajah Pak Sahak yang begitu mengharapkan Anum kembali ke pangkuannya. Senah pula, datang ke KL tanpa beritahu apa-apa pada ayahnya, Said.

"Tu yang menjadi masalah. Mereka lari dari rumah, tempat mereka dikurung. Jenuh aku cari." Johan mendongak.

Duubb!!!

Johan terjatuh ke lantai. Tumbukan padu dari Kudin tadi tepat mengenai bibirnya. Darah bersembur memercik ke lantai. Perlahan dia cuba bangun. Darah yang masih mengalir dari bibirnya disapu perlahan. Dia sudah dapat mengagak tindakan Kudin.

"Maafkan aku.." Hanya itu yang mampu Johan katakan. Memang salahnya.

Duubb!!!

Sekali lagi tumbukan padu singgah ke tubuh Johan. Kali ini pada perut pula. Terduduk sekali lagi Johan di atas lantai restoran. Pelanggan lain hanya melihat drama aksi sebabak mereka. Tidak berani campur tangan.

"Kau tahu tak, pak Sahak suruh aku cari Anum! Sekarang ni, Senah pula hilang!!" Jerit Kudin. Dia tidak hiraukan orang sekeliling. Dia pandang seorang pelayan restoran yang datang cuba menenangkan keadaan.

"Tak apa..kami gaduh sikit je." Kudin menyuruh pelayan restoran itu beredar.

Johan masih terjelepuk di atas lantai. Memang dia sudah masak dengan perangai Kudin. Sejak di kampung lagi, Kudin akan bertindak seperti itu.

"Apa kau nak buat sekarang? Kau pasti Senah dan Anum tu selamat??" Kudin bercekak pinggang.

Johan bangun perlahan. Dia menggosok-gosok perutnya yang terasa senak akibat tumbukan Kudin tadi. Kudin masih tercegat di situ.

"Aku yakin mereka selamat. Bos aku masih menunggu jawapan dari aku. Sekarang ni, jalan terbaik, aku nak bekerjasama dengan pihak polis. Selepas Anum dan Senah ditemui semula, aku akan menyerah diri." Johan tunduk. Darah masih mengalir dari bibirnya yang sudah mula bengkak.

Kudin sudah merah mukanya. Geramnya masih ada. Sungguh dia tidak sangka, selama ini Johan terlibat dengan kerja gila seperti itu! Johan yang dikenali dulu sudah jauh berubah. Dulu, Johan seorang yang baik dan suka ke masjid. Entah di mana silapnya sehingga Johan jauh tersasar sekarang ini.

"Satu lagi yang kau perlu tahu..ia ada kaitan dengan Chad.." Johan pandang Kudin yang masih bercekak pinggang, tepat memandang ke arahnya.

"Kenapa dengan Chad?" Kudin merenung tajam Johan yang sudah berubah riak.

"Aku pun tak sangka..rupanya selama ni dia.." Belum habis Johan berkata, Chad muncul di situ.

"Sorry Kudin. Aku lambat sikit. Eh! Kau ni kenapa Jo?" Chad mendekati Johan yang sudah berdarah bibirnya.

"Tak..tak ada apa.." Johan duduk semula di kerusi.

Chad dan Kudin turut melabuhkan punggung di situ. Kudin dan Johan diam seketika. Chad pula memandang Kudin dan Johan silih berganti. Masing-masing diam.

"Korang bergaduh ke apa?" Chad akhirnya bertanya setelah diam seketika. Muka Johan sudah berubah riak.

"Sikit je. Salah faham. Kau dari mana? Muncul macam ribut!" Johan mengalih topik perbualan.

"Tadi Kudin ajak aku ke sini. Katanya ada hal penting nak beritahu." Chad pandang Kudin kemudian beralih pada Johan.

"Ya. Kebetulan Jo ada sekali, aku nak beritahu kau, Senah dan Anum hilang! Sudah seminggu!" Kudin pandang Chad dan kemudian menjeling Johan yang sudah tunduk. Apa yang cuba dikatakan oleh Johan tadi masih menjadi tanda tanya.

"Anum pun hilang??" Chad terkejut.

Johan memandang Chad dengan senyuman sinis. Pandai kau berlakon!

"Ya. Senah dan Anum sudah hilang. Kita kena cari sampai dapat sebelum mereka berdua menjadi mangsa bunuh oleh orang upahan yang tak berhati perut!" Johan sengaja berkata begitu. Chad dipandang tajam. Segala apa yang dilihat di rumah yang ditunjukkan oleh jelmaan gadis kebaya merah dulu masih segar terbayang di ruang mata.

"Apa maksud kau?" Chad menelan liur. Pandangan tajam Johan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Sebelum tu, kau kenal Hanim?" Johan sudah tidak sabar mengorek rahsia Chad.

"Hanim? Eh, apa kau cakap ni Jo? Siapa Hanim??" Chad senyum sengih. Namun jelas dia cuba menyorokkan riaknya yang sudah menggelabah.

"Tak sangka kau Chad. Selama ini aku ingat kau ni seorang yang baik tapi kau lebih teruk dari aku." Johan menyindir dengan sinis.

"Woi! Kau cakap baik sikit! Apa maksud kau??" Chad bingkas bangun.

"Tenang. Duduk dulu. Jo, cuba kau beritahu aku dengan jelas. Apa yang kau nak cerita sebenarnya?" Kudin cuba meleraikan keadaan yang semakin tegang.

"Tak guna cakap kat sini." Johan meludah.

"Kalau kau tuduh aku yang melarikan Anum dan Senah, kau silap Jo! Ok, pasal Senah tu aku mengaku. Aku hanya nak tolong Senah cari kerja di KL ni tapi aku pun tak sangka Karim tu menipu Senah. Aku pasti, Karim terlibat dengan kehilangan Senah. Pasal Anum aku tak tahu!"Nada Chad sudah tinggi.

"Memang la Karim terlibat tapi dia tidak apa-apa kan mereka tu. Sejahat-jahat dia pun, dia bukan syaitan bertopengkan manusia!" Johan mengetap bibir. Chad dipandang tajam.

"Jadi, kau tuduh aku ni syaitan??" Chad genggam kolar baju Johan.

"Boleh tak korang jangan bertekak??" Kudin bingkas bangun sekali lagi. Chad dilihat sudah lepaskan kolar baju Johan.

"Aku nak balik! Jumpa nanti!" Johan turut bangun. Dia jeling Chad. Padanya Chad sudah melampau! Kudin perlu tahu siapa Chad sebenarnya!

Kudin hanya menggeleng melihat Johan sudah berlalu pergi. Chad pula masih tidak beralih matanya memandang Johan.

"Chad, kau kenal Hanim?" Kudin pandang Chad. Hanim adalah pekerjanya yang hilang dan dibunuh dengan kejam. Dia perlu tahu apa kaitan Chad dengan Hanim. Hal Johan pula dia akan tanya kemudian.

"Aku tak kenal perempuan tu! Apa kau ingat aku yang bunuh dia??" Chad bercekak pinggang.

Kudin membuntang. Jelas, Chad menyebut perkataan bunuh sedangkan dia tidak sebut pun perkataan itu tadi.  Dari mana Chad tahu gadis itu telah dibunuh?? Lama dia memerhati riak Chad. Segala yang dikatakan oleh Johan tadi mula bermain di benaknya. Bermakna, Johan tidak berbohong.

"Ah! Gila semua ni!" Chad pula beredar dari situ.

Kudin hanya melihat Chad yang sudah beredar dari situ. Kali ini dia pasti Chad dan Johan ada kaitan dengan kematian Hanim. Telefon bimbitnya dicapai dari poket seluar. Dia mula menghubungi Ana Dahlia.



Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:26 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 12:25 AM | Show all posts
ANA DAHLIA mendengar penuh khusyuk. Talian diputuskan. Panggilan dari Kudin tadi begitu diharapkan. Maklumat yang diberi Kudin benar-benar membantunya dalam menyelesaikan kes sindiket penjualan perempuan termasuk kes kehilangan Senah. Dia buka fail. Segala maklumat yang diterima tadi dicatat di situ. Semalam, Detektif Jailani sudah berpesan padanya tentang hal itu. Lelaki itu akan membantunya menyelesaikan kes itu kerana ia melibatkan jenayah berat. Tokey Chong yang mengetuai sindiket itu sudah pun dikenal pasti. Kini mereka hanya menunggu masa untuk bertindak. Dengan maklumat tambahan dari Kudin tadi, akan memudahkan kerja polis. Kudin sudah berjanji akan membantu mencari maklumat tentang kehilangan Senah dan Anum.

"Kesian Anum dan Senah.." Ana Dahlia mula merasa simpati dengan kehilangan kedua gadis yang tidak berdosa itu. Fail itu dibelek lagi. Segala butir maklumat dicatat selengkap mungkin.

Dia kemudian menghantar fail itu ke bilik Detektif Razif. Detektif Jailani turut berada di bilik itu. Mereka bertiga mula berbincang tentang operasi dan strategi menumpaskan kumpulan sindiket haram itu. Setelah mencapai kata sepakat, mereka mula mengumpul pegawai polis yang akan bersama dalam misi itu.

"Tuan! Ini ada maklumat terbaru mengenai sindiket itu terutama kes penjualan gadis ke luar negara." Ana Dahlia menghulurkan fail yang dibawa tadi.

"Hmm...kenapa tak masukkan dalam discussion tadi?" Detektif Razif capai fail yang dihulur Ana Dahlia.

"Tadi, tuan hanya panggil saya untuk berbincang strategi saja." Ana Dahlia menelan liur. Dia tahu, Detektif razif seorang yang sangat tegas dan tidak suka melengahkan dan membiarkan maklumat tidak dikemaskini.

"Awak ni.." Detektif Razif senyum. Matanya melirik melihat Ana Dahlia yang sudah tunduk.

Detektif Jailani turut senyum. Dia faham orang baru seperti Ana Dahlia mudah kalut dan tidak teratur kerjanya.

"Ok..saya nak awak bekerjasama dengan Detektif Jailani dalam operasi ni." Fail tadi dihulur pula kepada Detektif Jailani.

Detektif Jailani melihat seketika maklumat yang agak lengkap yang tercatat di dalam fail itu. Matanya tertancap pada satu nama. Dia membaca semua maklumat itu berkali-kali. Senah hilang???

"Awak pasti ini Senah binti Said dari kampung Pinang Patah?" Pantas Detektif Jailani mendongak dan memandang Ana Dahlia.

"Ya tuan!" Ana Dahlia mengiakan pertanyaan Detektif Jailani.

"Ya Allah..." Detektif Jailani meraup muka. Riaknya mula berubah.

"Kenapa tuan?" Ana Dahlia pula bingung melihat reaksi Detektif Jailani yang tiba-tiba berubah riak.

"Dia sekampung dengan saya." Detektif Jailani melepaskan keluhan seketika.

"Apa? Sekampung? Jadi, tuan kenal Senah?" Ana Dahlia pula terkejut. Dia pandang Detektif Razif yang turut terkejut.

"Ya.." Detektif Jailani menjawab lemah.

Dari dulu dia suka pada gadis itu dan perkara itu tidak pernah diluahkan. Dia tahu tentu orang kampung akan mengata nanti. Senah tidak seperti gadis lain yang sopan dan kontrol ayu seperti Anum. Jauh berbeza dengan Anum dan juga rakan sejawatnya, Ana Dahlia. Entah kenapa dia terpikat dengan sikap Senah yang mudah mesra dan membuatnya tidak pernah kering gusi. Senah ada sifatnya tersendiri walaupun dia tahu Senah dari dulu suka pada Kudin. Kudin pula tidak pernah layan karenah Senah.

Ana Dahlia terdiam. Dari riak Detektif muda itu dia dapat merasa ada sesuatu yang bermain di benak lelaki itu. Mungkinkah Detektif Jailani suka pada Senah?

"Jadi tuan kenal juga Kudin, Johan dan Chad?" Ana Dahlia sekali lagi menelan liur. Tajam melihat Detektif Jailani yang masih tunduk. Ada riak sugul di wajah lelaki itu.

"Ya. Mereka satu sekolah dengan saya dulu. Selepas tamat SPM, kami bawa haluan masing-masing. Sudah lama saya tidak jumpa dengan mereka kerana kekangan kerja." Detektif Jailani berterus terang.

Sekali lagi Ana Dahlia terdiam. Terkedu mendengar kata-kata Detektif Jailani. Terasa dunia begitu kecil. Dia pandang Detektif Jailani yang masih menatap maklumat itu.

"Masa awak siasat kes kehilangan Hanim dan Suzy dulu, saya sudah merasa ia melibatkan Kudin tetapi Chad dan Johan saya tidak pasti. Macam mana awak kenal Chad dan Johan?" Detektif Jailani pandang Ana Dahlia yang sudah terdiam di depannya.

"Tadi..Kudin ada menghubungi saya. Nampaknya kes ni makin rumit. Chad dan Johan kemungkinan besar terlibat secara langsung dalam hal ni. Itu maklumat terbaru yang saya terima dari Kudin, tuan!" Ana Dahlia mula membongkar rahsia.

"Hmm.." Detektif Jailani angguk.

"Awak ada contact number Kudin?" Tanya Detektif Jailani lagi. Dia perlu berjumpa dengan Kudin segera.

"Ada." Ana Dahlia hulur sekeping kertas yang sudah ditulis nombor telefon Kudin.

Detektif Jailani capai dan masukkan ke dalam poket baju.

"Kita kena cepat bertindak. Jangan sampai Anum dan Senah ni jatuh ke tangan Tokey Chong! Sindiket ni sudah lama bertapak di Malaysia ni. Sudah ramai gadis menjadi mangsa mereka." Detektif Razif mula mencelah. Dia juga seperti boleh membaca riak Detektif Jailani. Senah seperti gadis istimewa pada lelaki itu.

"Ya. Mereka perlu diselamatkan dengan segera." Sekali lagi Detektif Jailani membelek dan menatap gambar Senah di dalam fail itu. Sungguh tak sangka Senah dan Anum menjadi mangsa sindiket haram itu.

Mereka bertiga mula bersurai. Ana Dahlia pula kembali ke biliknya. Dia bersandar di kerusi. Mata menghala ke siling. Perbincangan di bilik Detektif Razif tadi sedikti terganggu dengan kehadiran Detektif Jailani. Selalunya dia dan Detektif Razif sahaja yang berbincang soal operasi dan strategi.

"Hmm...macam ada sesuatu dia dengan Senah." Ana Dahlia masih berfikir. Entah kenapa tiba-tiba dia merasa cemburu.


JAILANI lama terdiam di dalam kereta. Fail yang dilihat tadi begitu menggugat perasaannya. Gadis yang dicintai dalam diam itu kini dalam bahaya. Kepalanya disandarkan di kerusi kereta. Lama dia berfikir tentang Senah. Terasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Senah sejak dulu tergila-gilakan Kudin.

"Apa yang Kudin ada dan aku tak ada? Rupa? Wang?" Jailani mengeluh seketika. Kini dirinya semakin tercabar bila Kudin sudah mengambilalih syarikat arwah ayahnya  dan sudah tentu Senah semakin suka dan cinta pada Kudin.

"Ah, buat apa aku nak fikir sangat. Sekarang ni kena cari di mana Senah dan Anum. Cerita selepas itu, kemudian pun tak apa. Jodoh tiada siapa yang tahu." Jailani menyedapakn hati sendiri. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan balai. Esok dia perlu berjumpa Kudin.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:27 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 01:20 AM | Show all posts
BAB 19


PERLAHAN Jailani menapak ke pejabat Kudin. Dia mendongak seketika melihat bangunan pejabat TM Holdings yang tersergam indah. Senyuman manis mula meniti di bibir. Siapa sangka Kudin kini sudah menjadi pemilik TM Holdings. Kudin yang dikenali dulu sebagai anak tanpa ayah dan ibu. Alih-alih sudah menjadi tuan pengarah sebuah syarikat besar. itulah namanya tuah! Dan apa yang dirasai kini, Senah pasti lebih mengejar Kudin.

Langkahnya diatur perlahan menuju ke pejabat Kudin. Seorang gadis manis bertudung menegurnya dan menyuruhnya menunggu di sofa tetamu. Jailani melabuhkan punggung di situ sambil mata melihat sekitar ruang pejabat Kudin yang ternyata amat selesa dan luas. Itulah pertama kali dia menjejakkan kaki ke situ. Dulu masa bercuti di kampung, dia sengaja tidak beritahu Kudin tentang kerjanya di KL. Tak sangka kes yang sedang disiasat Ana Dahlia ada kaitan dengan Kudin.

"Encik Jailani dari mana tadi?" Sofea, pembantu baru yang menggantikan Hetty mula bertanya sekali lagi.

"Oh, saya kawan lama Encik Kudin. Panggil saja Jai." Jailani melemparkan senyuman sekali lagi.

Sofea turut senyum. Dia mula interkom Kudin. Seketika kemudian, dia menyuruh Jailani ke bilik Kudin.



PINTU diketuk perlahan. Sebaik terdengar suara menyuruhnya masuk, tombol pintu dipulas perlahan. Jailani tersenyum sebaik terpandang Kudin yang kelihatan sibuk menatap skrin komputer.

"Assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam.." Kudin mendongak. Terkejut melihat sahabat lamanya yang berdiri di muka pintu sambil tersenyum.

"Jai! Mimpi apa kau datang ni?" Kudin segera bangun dan menghampiri Jailani yang sudah mula menapak masuk dan duduk di sofa.

"Wah! Kau dah kaya sekarang ni ya!" Jailani berjabat seketika.

"Hish! Kau ni! Aku ni macam dulu jugak la. Ni, lepas kau balik kampung hari tu, kau terus senyap. Aku dah kerja di KL ni pun tak jumpa kau. Kau kerja kat mana?" Kudin sudah teruja.

"Aku kerja biasa je. Kuli macam aku ni, kenalah bekerja keras. Tak macam kau. Jadi bos!" Jailani senyum lebar. Dia melihat pula sekitar bilik Kudin.

"Aku biasa je la Jai. Sebenarnya aku lebih senang duduk kat kampung tu. Tanam padi. Tenang melihat kedamaian kampung walaupun bermacam perkara terjadi sejak akhir-akhir ni." Kudin turut senyum.

Lama mereka berbual mesra. Bermacam cerita dari zaman sekolah sehinggalah kepada alam pekerjaan. Perbualan mereka terhenti bila Sofea masuk membawa dua cawan kopi. Sofea kembali ke tempatnya semula.

"Macam mana dengan kampung kita? Ada lagi tak gadis kebaya merah tu?" Gurau Jailani. Dia meneguk kopi panas perlahan-lahan.

"Entahlah. Mak Jemah pun dah selamat dikebumikan. Mayat reput dan rangka manusia yang aku jumpa tu pun dah dikebumikan. Aku rasa tak ada lagi gangguan dari gadis kebaya merah tu. Tapi...adik aku ada beritahu aku semalam. Gadis kebaya merah itu kembali lagi. Dia kata pembunuhnya masih bebas dan dia ingin adik aku menolongnya. Pening aku." Kudin melepaskan keluhan.

"Jadi, betullah Mak Jemah tu dah lama meninggal dan dia ada membela hantu raya?" Jailani mula serius.

"Ya. Tok Imam Ngah yang beritahu aku. Tak sangka Mak Jemah tu sanggup melakukan kerja syirik tu. Apa yang masih menjadi tanda tanya, orang kampung tak tahu pun kegiatan Mak Jemah tu. Rupanya dia juga yang sihirkan arwah ayah aku. Dia gunakan patung untuk memuja dan menyihir mangsanya." Kudin menggeleng.

"Oh..memang tak sangka. Dulu masa kita budak-budak lagi, Mak Jemah tulah yang selalu beri gula-gula pada kita." Jailani mula terkenang kisah dulu.

Kudin mula ketawa. Memang lucu mengenangkan kisah zaman budak dulu.

"Sekarang ni, orang kampung mula merungut. Mereka nampak kelibat Mak Jemah di kampung tu merayau-rayau malam-malam. Dan gadis kebaya merah tu pun  masih mengganggu adik aku." Kudin sekali lagi mengeluh.

"Kuyah tinggal dengan Nek Tom ke?" Jailani mula ramah bertanya hal Kuyah yang baru diketahuinya sebagai adik kandung Kudin.

Kudin mengangguk.

"Dia yang nak tinggal di sana. Aku ada ajak dia duduk di KL ni." Kudin menjawab hambar.

"Aku dengar Senah hilang?" Jailani mula ke topik bicara yang ingin diketahuinya.

"Mana kau tahu?"

"Aku ada kawan polis. Bila dia tahu aku dari kampung Pinang Patah, dia terus beritahu aku hal tu." Jailani cuba berdalih. Kudin tidak perlu tahu siapa dirinya yang sebenar sebelum tiba waktunya.

"Oh...siapa kawan kau tu?" Kudin berkerut kening. Mungkinkah Ana Dahlia?

"Alah..kalau aku jawab pun, kau tak kenal.."Jailani sengih. Dia tahu Kudin suka dan mula menaruh hati pada Ana Dahlia.

"Ana Dahlia kan?" Teka Kudin.

Jailani terdiam. Nampaknya Kudin bijak meneka. Dia mula mengangguk.

"Dah lama berkawan?" Kudin bertanya. Ada nada cemburu. Memang dia cemburu jika Jailani terpikat dengan Ana Dahlia. Selama ini dia sudah mula jatuh hati pada gadis itu. Sejak di rumah nenek lagi. Nenek pun sudah acap kali menyuruhnya meminang gadis itu tetapi baginya tidak mungkin dia menerjah rumah Ana Dahlia untuk meminang jika cinta hanya bertepuk sebelah tangan. Dia tahu, Ana Dahlia tidak pernah suka bila menyentuh soal hati.

"Soalan kau tu..macam cemburu je? Kau ada hati ke? Satu lagi..macam mana kau kenal dia?" Jailani sengaja tidak menjawab soalan Kudin.

"Dia pernah kerja di syarikat aku tapi tak lama. Katanya dia sudah dapat kerja lain. Yalah..kat sini, dia hanya kerja kerani saja." Kudin mengeluh.

"Oh...macam tu rupanya. Hmm...aku dengar kau ajak dia ke kampung. Kau nak kenalkan dengan Nek Tom kan?" Usik Jailani. Sebenarnya dia sudah tahu penyamaran Ana Dahlia di syarikat Kudin.

"Aku berlakon je. Kau tahulah nenek aku tu..sibuk suruh aku nikah. Aku suruh la Ana tu menyamar jadi kekasih aku." Kudin sengih tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu.

"Aku rasa kau suka kat Ana tu. Kalau kau tak berani luahkan, biar aku jadi orang tengah. Macam mana?" Jailani kenyit mata.

Kudin hanya senyum. Baginya biarlah dia sendiri yang meluahkan semua itu. Tidak perlu perantara untuk semua tu. Jailani dilihat seketika. Takkan lelaki itu tidak terdetik sedikitpun untuk mencintai gadis secantik Ana Dahlia. Atau Jailani sengaja menduga hatinya.

"Aku pun tahu kau ada hati dengan Senah kan?" Kali ini giliran Kudin pula mengusik Jailani.

"Senah lebih sukakan kau. Sejak dulu lagi dia tunggu kau. Aku ni apalah sangat..." Jailani tunduk.

Kudin sekali lagi diam. Dia juga tahu Senah tidak pernah berputus asa mengejar cintanya dan Jailani juga tidak berputus asa menunggu Senah.

"Oh ya, Jo dan Chad apa khabar sekarang? Mereka kerja kat mana?" Jailani mula bertanya hal Johan dan Chad.

"Ni yang aku tengah bingung ni. Aku rasa mereka tu ada kaitan dengan kehilangan Senah dan Anum. Sekarang ni mereka saling tuduh menuduh." Kudin pandang Jailani. Dia mesti berhati-hati bila berbicara soal Johan dan Chad.

"Bergaduh? Kenapa?" Jailani berpura-pura bertanya.

"Johan dah mengaku depan aku. Sekarang ni dia cuba tuduh Chad pula." Jawab Kudin, masih berhati-hati.

"Maksud kau?"

"Kes ni masih dalam siasatan polis. Aku tak boleh dedahkan sebarangan. Kau faham bukan?" Kudin cuba mengelak dari bercerita hal Johan dan Chad.

"Aku faham.." Jailani hanya senyum.

"So, kau buat apa sekarang ni?" Sekali lagi Kudin bertanya kerja Jailani.

"Macam aku cakap tadi..aku kuli kat sebuag syarikat kecil." Jailani juga berdalih.

"Kalau kau tak keberatan, aku nak ajak kau ke satu tempat. Aku dah janji dengan Johan. Itupun kalau kau nak ikut." Kudin teringat janjinya dengan Johan semalam.

"Ke mana?"

"Adalah...dia tahu di mana Senah dan Anum berada." Kudin jeling jailani yang sudah berkerut kening.

"Hmm..ok. Aku join." Jailani setuju.

"Ok! Esok, jam dua petang kita jumpa di restoran cinta sayang." Kudin sengih.

"Hah? Restoran cinta sayang?" Jailani terkejut.

Kudin mengangguk dan hanya senyum. Restoran itulah yang menemukannya dengan Ana Dahlia buat pertama kali. Jailani mula  minta diri.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:27 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.051786 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list