CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 5-8-2014 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa terjadi dengan cerita ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 02:03 PM | Show all posts
TT... lamanya bercuti dari update
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 07:33 PM | Show all posts
smiley @ sang arjuna @ kaka inc.......

dah lupa ke pada cik yah ngan mamat ni.....

pleaseeee...pleaseeee.... sambunggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:39 PM | Show all posts
rindu nya kat cik mamat ngan cik yah ni.. sambungla lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 09:52 AM | Show all posts
lamanya nak tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:32 AM | Show all posts
Mana kak Juna ni? Cik Yah dan Che mamat dah ke mana menghilang??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2015 01:36 PM | Show all posts
sikit hari lagi mau bertukar title novel ni jadi nek yah & tok mat
TT.....dimanakah dikau
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 04:58 PM | Show all posts
tt sambung lah cepat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2015 02:09 PM | Show all posts
tahniah smiley citer baru....... nak lagi dan lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:10 PM | Show all posts
sori semua sebab lama tak sambung sampai berkulat rumah ni
kaka juna pun dah lupa citer ni macam mana

takpelah  sambung sikit sikit ya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:27 PM | Show all posts
Bab 14

Telekung di lipat kemas sebelum di letak di rak. Azalea menunggu sahabatnya Nur Ain yang mesra di panggil Kak Ann menata rias muka. Pembantu  bos nya itu memang teliti kalau bab mekap dan berpakaian, memang sesuai lah dengan jawatan yang di pegang.

“ Jom, Lia. Nanti kedai penuh, susah nak cari tempat duduk.” Kak Ann mula bergerak.

“ Kita tapau saja lah. Panas kat luar tu” Usulnya tentu di terima oleh Kak Ann yang sejak azali takut kulit jadi gelap. Boleh di katakan dia pengguna tegar kolagen, vitamin C dan kini Qu Putih.

“ Aku nak ajak kau makan di  kafe yang baru buka dekat sini. Makanan kampungnya sedap sedap, menu western pun ada. Selesa pula tu.”

Azalea cuma menurut. Tak sampai lima minit kemudian mereka sudah berada di Kafe Mahabbah dan di sambut pelayan atau gelaran canggihnya pramusaji dengan senyuman mesra. Dekor kafe itu sederhana tapi bersih dan selesa. Deretan pelanggan yang sedang beratur untuk mengambil nasi dan lauk pauk menjadi bukti yang juadah di sini tentunya sedap.

“Ramainya orang beratur. Mesti lambat nak dapat makanan. Entah entah lauk pun habis.” Komen Azalea. Risau ni, perut dah lapar.

“ Tukang masak sini akan tambah mana mana lauk yang laku, jangan bimbang. Kalau nak makan ala carte pun boleh. Ada mee atau bihun goreng, kari dan sup. Spaghetti bolognaise dan carbonara, chicken chop dan sandwich pun ada. Maaflah, kami tak ada menu tapi sajian dan harga semua di tulis di papan hitam belakang kaunter” Gadis muda berpakaian “syariah compliant”  menunjuk ke arah papan hitam yang di apit ayat Quran tiga Qul dan ayat Kursi.  Azalea memincing mata. Harga makanan sangat berpatutan, mahal sedikit saja dari harga gerai.

“ Saya nak mee sup dan air kosong” Kak Ann memberi pesanan.

“ Saya pun sama lah.” Kalau pesan makanan sama tentu lebih cepat. Gadis pelayan mengangguk dan meminta diri. Sopan betul!

“ Sejak kedai ni buka, aku dah jarang makan di warung. Orang kata tuanpunya kedai ini Ustaz dari Al Azhar dan ada maahad tahfiz. Pekerja di sini kebanyakannya anak murid dia.“

“ Oh… patutlah semua beradab dan pakaian pun sopan. Sejuk hati tengok.  Aku suka lah tempat ni, ada aura Islamik”

“ Suami kau masih di Langkawi lagi? Bila dia balik?” Kak Ann menukar topik. Tiba tiba timbul rasa segan dengan rambut yang berwarna cokelat dan bajunya yang agak sendat. Azalea walaupun tak bertudung tapi memakai baju kurung Johor.

“ Entah lah, aku pun tak tahu. Sampai selesai urusan dengan kontraktor agaknya. Bukan senang nak buat kerja pembinaan.” Sudah lebih seminggu Muaz berada Langkawi untuk menyelaraskan fasa kedua  resort lima bintang kepunyaan keluarganya. Tolong lah duduk lama lama, lega sikit rasa bila tidak perlu berlakun depan mertua.
Susah betul bila tersepit antara permintaan mertua yang banyak menolong keluarga dan suami yang pandang aku pun tak sudi. Dia tak sudi, aku pun tak hingin. Nampak gayanya aku lagi banyak kumpul dosa selepas kahwin. Malang sungguh!

“ Kesian kau. Udahlah tinggal dengan mertua, hubby pula pergi outstation. Tak rindu ke?”

“ Phone ada, skype ada. ” Azalea senyum segaris. Ya lah tu. Sebenarnya jauh di mata, lagi jauh di hati. Tak ada pun khabar berita dari Muaz dan dia sendiri pun tak pernah tunggu deringan telefon. No news is good news.

Sebaik pelayan tadi  membawa makanan mereka terus mengisi perut. Semua meja di penuhi dan masih ada beberapa pelanggan tercegat di pintu masuk sambil meninjau.
“Wah, sodappp! Isi pun cukup, ada udang, ayam dan sayuran. Boleh bagi 4 setengah bintang. Nampak gayanya jadi regular lah kat sini. Apa lagi yang sedap di sini?“

“ Nasi lemak, mee hailam, lauk asam pedas….semua terbaik. Itu jer yang aku dah try. Staf lain pun ramai yang puji, senang cakap semua sedaplah.  Lea, itu dia tuan punya restoran ni. Yang pakai baju putih tu. Berseri muka dia. “ Kak Ann mengangkat kening ke arah pintu masuk.

Azalea yang duduk membelakangi pintu menoleh dan memincing mata. Macam pernah aku nampak tapi di mana ya? Lelaki yang berusia sekitar  40 an itu menegur dan bersalaman dengan pelanggan lelaki di meja berdekatan  pintu masuk. Dia mencarik carik lembar memori dan tiba tiba tersedak. Lobak merah yang di potong halus seolah bongkah batu yang tersekat di kerongkong. Aduhhhh! Jantungnya berlari pantas.

“ Heh! Kenapa kau ni? Nah, minum air. Si Muaz sebut nama kau lah tu” Kak Ann pantas menghulur gelas bila melihat Azalea terbatuk hingga merah padam mukanya.

Azalea terus meneguk air dan menekap tisu ke mata dan hidung yang berair. Beberapa ketika kemudian barulah dia dapat bernafas dengan normal. Kurang asam betul fungsi tekak aku ni, tak boleh ke jaga gengsi? Hujung matanya melirik ke arah lelaki yang sedang berdiri di sisi pemilik restoran.  Waktu yang berlalu tidak banyak mengubah Zhafran. Senyum tak lekang di bibir dan gayanya santai dengan jeans biru pudar dan kemeja lengan pendek. Err…  tak ada rupa ustaz pun? Ustaz alaf baru kot.

“ Kau kenal ke owner restoran tu? Tenung lain macam jer? Dah lupa kau tu isteri orang?” Kak Ann mencuit lengan Azalea. Azalea menepis dengan jelingan maut. Mahunya aku tak kenal Ustaz Lutfi,  punca kesengsaraan aku selama ini. Masih setia rupanya pasangan Batman dan Robin versi Melayu ni.

“ Apa hal cubit orang ni? Mana lah aku nak kenal stok  Al Azhar? Aku ada rupa ustazah ke?”

Rakan sekerja di Prima Group tak tahu sejarah silamnya. Kisah cinta yang tak kesampaian terlalu pedih untuk di ulang tayang.  Azalea segera mengalihkan perhatian pada mangkuk mee sup yang masih separuh penuh. Bila dia mengangkat muka beberapa minit kemudian, Zhafran sudah tiada. Walaupun hembusan nafas lega terlepas dari bibir, dadanya masih berat. Masih ada perasaan kah? Sudah tentu, aku benci Zhafran Ilyas bin Ibrahim!






Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:37 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 26-1-2015 12:27 PM
Bab 14

Telekung di lipat kemas sebelum di letak di rak. Azalea menunggu sahabatnya Nur Ain yang m ...

wah! dah ada sambungan!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:51 PM | Show all posts
Fikiran Azalea melayang jauh.  Apa yang berlaku dalam hidupnya sejak meninggalkan kampus? Apa status nya, bujang/berkahwin/duda?  Tapi yang pasti bukan lagi Missing In Action. Biarpun sudah tiga tahun berlalu tapi Zhafran masih mampu membuat sel sel otak Azalea berkecamuk. Bodohnya aku! Berdosa pun ya. Aku bini orang lah weiiiii… walaupun tak di iktiraf “orang” yang di gelar suami.

“ Nur Azalea Razali!”

Suara keras mencecah gegendang telinga. Azalea membetulkan duduk dengan muka cuak. Tiga pasang mata sedang memerhati gelagatnya.

“ Dah berapa jauh awak belayar? Dah sampai Lautan Hindi? Saya tahu lah yang awak pengantin baru tapi boleh tak tolong lupakan suami awak sekejap dan bagi perhatian pada saya.” Mata bos nya Encik Nik Hazri macam harimau yang ingin menerkam mangsa.

“ Sorry Encik Nik. Apa Encik Nik cakap tadi?” Alolololo… takutnya. Silap aku juga pergi layan jiwang. Kertas nota nya sudah penuh dengan lakaran awan larat dan contengan entah apa apa. Situasi aku dan Muaz sama saja, gagal melupakan cinta pertama. Sama sama  masih berpaut pada kenangan silam. Dua dua big  loosers with a capital L!

“Kita kena revamp majalah in house Primetime. Its too boring sampai orang malas nak baca. Kos mencetak pun makin naik. Any suggestions?”

“ Kita  buat majalah online. Jimat kos dan environment friendly.  Kalau nak jimat lagi, buat tiga bulan sekali. Untuk content pula,  apa kata kita interview senior management, dapatkan background mereka, likes and dislikes,  personal stories about them? Sekarang pekerja Prima Group dah lebih seribu orang. Pekerja bawahan tak kenal langsung dengan orang atasan. “

“ Bagus idea itu, Lea” sokong Kak Ann. Yang lain turut mengangguk.

“ Okay, what else?” tanya Nik Hazri.

“ Kita buat photography competition, atau writer’s corner. Mana tahu kalau staf kita ada bakat dalam bidang fotografi atau menulis cerpen dan sajak. Sumbangan yang paling bagus dapat hadiah” sambung Azalea.

“ Hadiah? Kita tak ada bajet” Nik Hazri menggaru dagu.

“ Alaa… boss, suruh emak boss masak nasi dagang special dia. Pemenang dapat makan tengahari di rumah boss” Pak lawak jabatan mereka, Guna memberi cadangan sambil ketawa.

“ Hmmm…. I will think of something. Okay, kita teruskan dengan cadangan Azalea. Stick to the current layout walaupun format online. Work with our IT guys and I want to see the preliminary online version in two weeks time. ” Nik Hazri mencatit sesuatu di buku notanya sebelum mengalih perhatian pada Guna.

“ Macam mana dengan kutipan untuk mangsa banjir?”

“ Boleh tahan, boss. Jumlah wang setakat ni dah lebih RM80 ribu.  Daya Superstore dah setuju nak sponsor air minuman dan biskut. Pakaian dan selimut pun dah banyak sumbangan dan volunteers pun ramai. Hujung minggu  kita dah boleh pergi. Cuma perlu buat briefing session dalam dua tiga hari ni ”

“ Guna, I pun nak ikut. Sorry I lupa bagi nama, sibuk sangat sejak balik cuti.” Azalea bersuara

“ Lea, you baru lepas operation. Tak payah lah ikut kali ini. Nanti apa apa jadi, susah, “ bantah  Kak Ann. Azalea mula buat muka sedih. Luka pembedahan dah sembuh elok pun. Rugi lah tak dapat membantu mangsa bencana alam yang paling teruk seumur hidupnya.  Tak sporting lah Kak Ann.

“ Betul tu. Keadaan di sana masih teruk, berselut dan kotor. Bas kena berhenti jauh lepas tu kena jalan masuk ke kampung kampung. Anyway, we have enough volunteers. Kalau ramai sangat tak cukup transport pula. Semua HOD pun nak pergi.”

“ Okay, kalau ada apa apa masaalah bagi tahu saya. Okay, agenda berikut. Next month there will be a press conference for the Metrobridge project. Azalea, you dengan Ann are in charge. You both know what to do. Pastikan semua berjalan lancar. Press kit kena edarkan  sehari sebelum PC. Make sure the refreshments for the VIPs are good but stay within the budget. ” Sambung Nik Hazri yang lebih selesa berbahasa Inggeris. Lelaki kacukan Melayu –German itu amat kacak macam model dengan kulit cerah, tinggi hampir 6 kaki dan badan “sado”. Tapi sayang, nama timangannya Nik RoGAYah. Dalam ertikata lain, dia tidak berminat dengan kaum Hawa. Kalau tidak sudah tentu Kak Ann orang pertama masuk line.

“ Er.. saya nak cadangkan kita guna kafe baru untuk supply  makanan. Kafe Mahabbah di depan tu makanannya sedap dan murah. Betul tak, Azalea?” Azalea sekadar mengangguk. Tak kuasa aku nak promote kedai Ustaz Lutfi.

“ Okay, saya pernah makan di sana. The food is delicious. Make sure the presentation is decent too. Kita nak jamu VIP bukan budak sekolah. I tak suka tengok hidangan tak ada standard macam kantin sekolah dan bersepah. Ann, besok kita pergi ke sana dan discuss dengan manager kafe.  Kalau tak ada apa apa isu lain,  meeting is over”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:54 PM | Show all posts
“ Er..saya nak tanya something, boss. Saya dengar gossip kononnya Prima nak buang pekerja. Betul ke boss? ” Guna nampak sedikit cuak bagaimana reaksi ketua jabatan mereka. Tapi isu yang menjadi buah mulut sekarang perlu di selesaikan. Lantaklah kalau kena marah pun.

Staf yang lain memandang Guna dengan tanda tanya.  Riak wajah Nik Hazri nampak tertekan.  Azalea memaku pandangan pada bosnya. Sebuah keluhan terlepas dari bibir Nik Hazri.

“ Apa yang saya nak cakap ini antara kita saja. Tolong jangan hebohkan pada kawan kawan lain. Betul apa Guna cakap. Prima Group nak buat retrenchment exercise tak lama lagi. Voluntary Separation Scheme, to be exact. Syarikat ini nak kurangkan 30% tenaga kerja”

“ What?”
“ Haa?”
“ Apa?” Suara mereka bertiga terletus serentak

“ Kenapa kena ada retrenchment? Prima Group  bukan nak bankrap, projek baru pun banyak. Tak patut staf kena buang kerja. Sekarang bukan senang nak dapat kerja baru.“ Suara Guna terketar ketar.

“ This is the decision of the Board. Pihak pengurusan cuma ikut saja.” Nik Hazri melonggarkan tali leher  lalu membetulkan duduk. Dia rasa sungguh tak selesa berdepan dengan situasi begini. Muka masing masing nampak cuak dan saling bertukar pandang.

“Kalau boleh saya tak nak lepaskan sesiapa sebab korang bertiga pekerja yang bagus.  Fikirlah baik baik dan buat keputusan yang bijak sebab ini soal masa depan korang. Pampasan yang di beri bagi mereka yang menerima VSS agak lumayan iaitu  6 bulan gaji  atau 2 kali gaji terakhir untuk setiap tahun service dengan Prima, whichever is higher. All the details will be given in the offer agreement. I’m just giving a heads up.”

Azalea mengerling ke arah dua orang rakannya yang nampak sugul. Kak Ann ibu tunggal yang terpaksa menyara anak, lagipun dia wanita kategori high maintenance. Guna ada dua orang anak yang bersekolah dan isterinya surirumah sepenuh masa. Dia termanggu. Situasi mereka lebih kritikal tapi aku pun tak nak bergantung pada Cik Mat atau keluarganya. Cukuplah aku dan keluarga aku termakan budi setakat ni. Aku nak hidup berdikari, biar pun gaji tak seberapa. Sekurang kurangnya aku dapat bantu Mak, Abah dan juga abang di waktu sesak. Tidak, aku tak akan berhenti kerja.

“ Tak ada alternatif lain ke, boss? Potong gaji atau kurangkan benefits? Takkan nak berhentikan terus? Benda macam ni tak bagus untuk imej syarikat.” Azalea bersuara memandangkan Guna dan Kak Ann masih tergamam mencerna berita yang memberi tamparan hebat.

Nik Hazri menggeleng. “ Kalau saya ahli lembaga pengarah tentu saya tak akan buang pekerja tapi the top people have made their decision. Mana tahu, mungkin rezeki lebih baik di tempat lain. Saya boleh bantu dapatkan kerja baru, insyaallah. Fikirlah dalam dalam, siapa di antara kamu yang paling memerlukan pekerjaan di sini.”

Azalea faham maksud tersirat dari bahasa tubuh dan cara Nik Hazri memandang tepat padanya. Hati Azalea merudum seolah dia mengidap penyakit terminal dan doktor memberinya tiga bulan untuk hidup. Di antara mereka bertiga dia paling muda dan punya ijazah. Kak Ann sudah berusia lewat 30an dan Guna tidak berkelulusan tinggi. Azalea menggigit bibir bawah. Aku dah agak dah.  Malu tau kalau kena berhenti kerja, tak kiralah apa alasannya. Kenapa lah satu demi satu cabaran yang aku perlu lalui?   

“ Okay, meeting is over. Saya harap awak jalankan tugas seperti biasa. Kamu semua masih staf Prima Group, ingat tu. Don’t spread this around.”

Satu persatu mereka keluar menuju ke meja masing masing dengan langkah longlai. Nik Hazri menyusuri langkah Azalea yang paling akhir menginggalkan bilik mesyuarat dan menutur perlahan.

“Azalea, suami awak lebih dari mampu menyara hidup awak. Awak pun masih muda.  Senang untuk awak cari kerja baru, kalau perlu. Please think about your friends and their families.”

Ini hari manyak suey lorrr! Azalea mengetap bibir dan berlalu ke tempat duduknya tanpa mempedulikan Nik Hazri.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 01:24 PM | Show all posts
Bab 15

Muaz melepaskan nafas lega bila diskusi dengan akitek dan jurutera konsultan berakhir dengan baik. Semua berjalan mengikut perancangan dan dalam masa setahun fasa kedua Villa Hammara akan siap, kalau kontraktor tak buat hal. Penambahan 10 buah chalet  pasti akan melipatgandakan bilangan pengunjung dan keuntungan resort ekslusif itu. Boleh harap juga aku ni, tentu Papa bangga. Dia meregang tubuh hingga berdetap bunyi sendi.

“ Kau nak balik rumah ke? Jom teman aku makan dulu. Kau balik rumah pun bukan ada bini nak masak untuk kau” kata Muaz pada jurutera muda yang sedang mengemas meja yang berselerak dengan pelan dan draf kasar.

“ Hmm… boleh juga. Encik Muaz nak belanja ke?” Cuma mereka berdua yang tinggal, yang lainnya sudah balik ke rumah masing masing atau keluar beriadah.

“ Berapa kali aku nak cakap, tak payah panggil aku Encik. Aku tak suka protokol ni semua, aku tak selesa. Tapi kau jangan nak panggil aku abang pula, geli ! Anyway, to answer your question, memanglah aku belanja tapi kat restoran di sini saja, aku malas nak drive ke luar. Kau okay?”

“ Okay, rezeki jangan di tolak. Saya pun letih juga sebenarnya. Ingatkan nak balik rumah, masak Maggi saja. Nasib baik boss ajak makan. Alhamdulillah”  Kekok nak ber- aku-kau dengan pengarah syarikat merangkap klien yang baru dua tiga minggu dia kenal. Pertama kali berjumpa sewaktu mesyuarat di ibupejabat di Kuala Lumpur, dia jangka Muaz  orang yang jaga status dan tegas dengan pekerja bawahan tapi setelah bekerja bersama sangkaan awalnya meleset. Pengarah muda itu tak banyak kerenah dan mudah di bawa berbincang.

“ Boss balik ke KL hujung minggu ni?” Kesemua pelan dan kertas siap berlipat di susun di sudut meja kerja. Toshiba Chromebook di padam dan di masukkan dalam beg laptop.

Muaz menggeleng.

“ Habis tu apa  boss buat masa hujung minggu? Tak bosan ke? Langkawi bukan ada banyak tempat best.”

“ Di KL lagi bosan. Di sini aku boleh pergi island hopping, snorkeling,  lepak dengan hotel guests. Kau balik minggu ni?”

“ Saya nak pergi Alor Star  jumpa kawan. Saja nak tukar angin, rasanya setiap pelusuk di Langkawi saya dah jejak. Kalau boss nak ikut , jomlah. Kita bertolak awal pagi naik feri, tidur satu malam di sana. Kawan saya jemput kat jeti Kuala Perlis. ”

Hmm… best juga kalau dapat jalan jalan. Sejujurnya Muaz sudah mula bosan tinggal di hotel mewah dan ada sedikiiiiiit rasa rindu pada Azalea. Bukan rindu yang menusuk kalbu sampai makan tak kenyang tidur tak lena, mandi tak basah, tapi rindu nak menyakat dan membulinya. Azalea punya ego setinggi Gunung Himalaya, tak pernah sekali pun telefon atau hantar mesej bertanya khabar. Tak ambil tahu langsung sama ada aku sihat atau sakit, atau dah kawin lagi sorang. Tapi kata Mama, Azalea akan datang besok dan tinggal di sini selama dua malam. Heh..heh...siap kau!

“ Wife aku nak datang besok. Kalau tak, aku teringin juga nak ikut kau. Percaya tak, aku dah berpuluh tahun tak pergi Alor Star.” Lagipun Alor Star tempat asal Zahira. Mungkin ada orang yang mengenali nya, mana lah tahu. Long shot, but worth a try. Misteri kehilangan Zahira masih menghantui tidur dan jaganya.

“ Oh….kalau macam tu tak payah lah ikut saya. Lama dah boss tak jumpa isteri, kan? Mesti rindu.”  

“ Cepatlah, aku dah lapar ni” potong Muaz. “ Kalau kau nak solat, guna bilik tetamu. Ada sejadah dan kain pelikat dalam almari”

“ Thanks. Jom kita jemaah” Kepalanya di teleng ke arah bilik.

Pelawaan di tolak Muaz dengan alasan dia ingin mandi dulu. Chalet yang di diami Muaz  di khaskan untuk Datuk Ahmad Zaki dan ahli keluarganya. Mempunyai dua bilik tidur, ruang tamu dan ruang makan, serta bilik bacaan yang juga di gunakan untuk mesyuarat kecil, dapur dan kolam renang. Cukup selesa.Villa Hammara mementingkan privasi dan setiap chalet mewah akan mempunyai kolam renang sendiri dan konsep ini menjadikan Villa Hammara pilihan pelancong dari negara Islam. Walaupun harga bilik nya agak mahal, tapi ramai sanggup bayar kerana ciri kemewahan dan kedudukan nya di  lereng bukit yang jauh dari pantai dan hiruk pikuk. Penghuni hotel sentiasa  disajikan dengan pemandangan indah dan udara nyaman. Muaz rasa tenang di tempat yang sunyi dan penuh kehijauan, damai nya membuat dia bersemangat untuk kerja. Dia baru melangkah masuk ke bilik tidurnya  bila telefon berdering.

“ Hello, Muaz?”

“ Ya, siapa ni?” Dia cam suara Azalea tapi buat buat tak kenal.

“ Lea. Er… mama suruh I pergi Langkawi tapi I tak dapat pergi sebab ada kerja penting kat sini. Cover up for me, ya?” Langsung tak berbasa basi atau bertanya khabar.

Muaz mengetap bibir. Teruk betul bini aku ni. “ Oi Cik Yah! Menipu tu berdosa. Aku tak nak tipu mak sendiri.”

“Alaaa, please lah. Takkan awak rindu kat saya kot? I kena tolong Keri buat preparations untuk reunion dinner kita orang, masa dah suntuk ni. I tinggal di rumah Keri masa I sepatutnya ada di Langkawi. Jangan bimbang, I tak keluar mana mana, jadi rahsia takkan terbongkar. ”

“ Macam mana kalau Mama call sini dan nak cakap dengan kau?”

“ Er.. ermm… macam mana ek? Cakaplah yang I tengah tidur atau keluar shopping or whatever. Please, please, please. Awak pun bukannya suka kalau saya pergi sana. Mesti menganggu awak je, betul tak?”

“ Tahu pun. Okay, do whatever you want. Aku tak kisah.”

“ Thanks. Bye!” Ceria sungguh suara Azalea. Telefon di matikan. Muaz menggeleng perlahan dan terus masuk ke bilik air. Hampehh punya Cik Yah! Kaki ngelat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 01:32 PM | Show all posts
“ Kau nak makan apa? Kau pun bukan ada bini di sini, nak kena balik awal. Eh, kau ni dah kawin ke belum?” Muaz bertanya sambil menghulur menu. Dah dua minggu berkenalan tapi status pun tak tahu.

“ Still single.” Senyuman tipis di beri.

“  Jangan settle down cepat sangat. Bila dah kahwin nanti, susah kalau dapat job offer overseas. Kalau kau bujang, senang berpindah randah.” nasihat Muaz.

“ Betul, saya setuju tapi keluarga saya dah nak masuk merisik. Mak saya tak sabar nak menantu perempuan sebab kami tiga beradik semua lelaki dan saya anak sulung. Bakal tunang saya pilihan keluarga, asal dari pekan sama. Cuma saya rasa pilihan mak saya tu tak berapa …er…. tak berapa sesuai lah. ” Entah kenapa, dia rasa selesa meluahkan masaalah pada Muaz. Sebab Muaz jenis yang berfikiran terbuka agaknya.

“ Then get out of it fast. Kalau sekarang pun kau dah rasa tak sesuai, bila kahwin nanti kau mesti menyesal. Percayalah cakap aku.”

Wan Mariam gadis yang manis, terpelajar, solehah, semua ciri isteri yang sempurna ada pada nya. Apa lagi yang aku mahu? Jawapan jujur – aku mahu Azalea. Tapi dia sudah pun terlepas dan menjadi hak orang. Kalau dia masih belum berpunya pun tak mungkin dia nak pandang muka aku selepas apa yang aku lakukan padanya. Sesal separuh nyawa pun tak guna, takdir sudah tertulis. Nak tak nak, aku kena move on.

“ Its not that easy. Saya kasihan mak saya.  Lagipun saya boleh belajar jatuh cinta dengan isteri saya nanti” Zhafran senyum hambar.

Muaz mendengus “ That is crap! Trust me, aku ni contoh kes kena kawin dengan pilihan parents aku. Kau jangan pula pergi cerita kat orang, malu aku! Tak adanya aku jatuh cinta dengan bini aku walaupun dah sebulan lebih aku kahwin.” Muaz melambai pada pelayan yang bergegas menuju meja mereka.

Zhafran melongo. Tak sangka! Nak gelak pun ada, hartawan muda dan sesegak ini kena kawin dengan pilihan ibubapa. Patutlah dia tak pernah cerita tentang isterinya. Gambar kahwin pun tak pernah nampak, nama pun tak pernah di sebut. Spesis hati kering.

“Eh, kau nak makan apa, cepatlah!” sergah Muaz

“ Grilled spicy chicken breast dengan carrot juice” Zhafran mengembalikan menu pada pelayan.

“ Sirloin steak, medium well. Bagi side order baked potato. Air Coke.” Pelayan itu berlalu pergi sebaik mencatat pesanan.

Selesai makan malam, mereka berpindah ke lounge dan memesan kopi. Di hotel ini minuman keras tidak di hidangkan dan tiada penyanyi wanita berpakaian seksi meliuk lintuk. Yang ada cuma seorang pemain piano yang mengalunkan lagu evergreen. Sebelum pembukaannya lagi Datuk Ahmad Zaki dan ahli Lembaga Pengarah bersepakat supaya seboleh mungkin Villa Hammara jadi hotel patuh syariah. Semua pekerja harus menutup aurat dan makanan dan minuman halalan toyibban saja di benarkan. Biar tak ramai pengunjung tapi dosa tak bertimbun. Cuma mustahil untuk memaksa pengunjung menutup aurat, lebih lagi yang bukan beragama Islam. Ini hotel, bukan masjid yang boleh menguatkuasakan perintah menutup aurat.

“ Pukul berapa your wife sampai besok?” tanya Zhafran

Muaz meletakkan cawan cappuccino. “ Dia tak jadi datang. Jadi aku  ikut kau pergi Alor Star?”

“No problem. Tapi kenapa your wife tak datang? Dia tak sihat kah?”

“ Macam ni lah kalau kena paksa kahwin. Dia tak suka tengok muka aku, and vice versa. Tapi aku lebih suka begini, kalau dia cuba manja manja nak goda aku lagi aku meluat. Sekurangnya aku lega juga lah dapat isteri yang berkerjaya dan ramai kawan. Dia ada her own life dan bukan jenis yang suka menempel.”

“ Kenapa bos setuju dulu? Takkan tak ada pilihan sendiri? Mustahil orang macam boss tak ada girlfirend?”

“ It’s a long story. Nak pendekkan cerita, parents aku tak suka girlfriend aku. Kononnya dia nak kikis harta, hidup terlalu bebas, not well educated, macam macamlah. Bapa aku hantar aku ke US untuk pisahkan aku dengan dia. Masa di sana kami masih berhubung dan aku berjanji akan kahwin dengan dia, no matter what. Kalau susah sangat kami  nikah di Siam, peduli apa orang nak kata.  Tapi bila aku balik, parents aku dah cari perempuan lain untuk aku. Tak habis lagi jet lag , aku dah kena jabat tangan tok kadi. Silap aku juga, aku lemah sebab tak mampu melawan kehendak mereka. ”

“  Apa jadi kat girlfriend boss? Mesti dia patah hati.” Zhafran mengerut dahi. Kisah Muaz macam drama slot Akasia.

Muaz mendengus kasar. “ Tentu kau tak percaya … aku tak tahu apa jadi kat dia. She just disappeared! Macam magic! Tak sorang pun kawan dia tahu di mana dia. Puas aku cari , sampai  guna private detective tapi semua tak berhasil. Sampai hari ini aku belum jumpa dia lagi walaupun aku tahu dia masih hidup”

Zhafran terdiam sambil kusyuk berfikir. “ Pelik. Mungkin dia tinggal di luar negara sekarang? Dua tahun bos berpisah dengan dia, macam macam boleh berlaku.”

“ Beberapa minggu sebelum aku pulang, kami masih in contact tapi bila aku balik, dia dah lesap. Aku syak mesti mak bapak aku lakukan sesuatu tapi aku tak ada bukti. Biar apa pun terjadi, aku tak akan give up dan bila aku jumpa dia kami tetap akan kahwin. Kalau parents aku nak buang aku dari wasiat mereka, silakan. Aku boleh cari duit sendiri.”

Dahsyat sungguh cinta Muaz pada sang kekasih. Tak ramai anak orang kaya yang sanggup ketepikan asset berjuta dan kehidupan senang lenang demi cinta. Kisah kami sama; tak dapat lupakan cinta pertama tapi setakat itu saja persamaannya. Aku yang bodoh minta putus dengan Lea dan sekarang menyesal tak sudah sementara Muaz di paksa berpisah. Aku bukan pewaris konglomerat dan aku sudah tak ada peluang lagi mendapat kembali cinta hati aku.

“ Habis tu, macam mana dengan isteri boss sekarang? Dia setuju kalau kena madu? I don’t think any woman likes that”

“ That’s not my problem. Pandai pandai lah dia nanti. Sekarang yang penting aku kena cari di mana Zahira. Aku dah buntu tapi aku tak akan putus asa. ” tegas Muaz. Lagu My Way yang di alun oleh pemain piano sampai ke penamat dan mereka menepuk tangan.

“ Boss buat lah solat hajat dan  berdoa. Cuma Allah boleh tolong kita. Kalau dia jodoh boss, Allah akan permudahkan jalan supaya boss bertemu dengan dia. Kalau doa kita tidak di makbulkan, maknanya Allah dah tentukan yang lebih baik untuk kita”. Peringatan untuk diri aku juga. Tak pernah aku lupa pada Azalea, rindu aku padanya Tuhan saja yang tahu. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Muaz terdiam mendengar kata kata Zhafran. Sejak mereka berkenalan, Zhafran tak pernah tinggal solat dan rajin membaca tafsir Quran bila ada masa terluang. Mungkin itu rahsia kenapa dia sentiasa tenang dan sabar bila masaalah timbul. Ikhlas kah aku jika cuma solat bila aku mahukan sesuatu? Apakah Allah akan makbulkan doa seorang yang bergelumang dengan dosa dan sering meninggalkan perintahNya?

“ Aku ni banyak dosa, aku bukan budak baik macam kau. Belum tentu lagi Allah nak dengar doa aku”

“ Astaghfirullah! Allah sentiasa mendengar doa hambanya. Baik atau tidak hambaNya, itu hanya Allah yang tahu. Manusia mana tak pernah buat silap, tapi pintu taubat sentiasa terbuka.”

Muaz mengurut dahi. Zhafran tak tahu betapa teruknya aku,  macam macam benda keji aku pernah buat. Cuma membunuh, merompak dan menyihirkan orang saja tak pernah. Solat selalu tercicir dan puasa cuma bila aku di Malaysia. Buat pertama kali dia rasa malu, dan takut.

“ Kau cakap macam ustaz tapi kau engineer. Buat freelance ke? Atau kau pernah masuk pertandingan di TV untuk imam imam tu?”

Tawa Zhafran terletus. “ Saya pernah mengaji dengan seorang ustaz lepas tamat universiti. Cita cita saya nak teruskan pengajian ke Mesir tapi mak dan ayah saya melarang sebab huru hara di sana. Saya berdegil dan pergi juga tapi tak sampai beberapa hari di sana, saya kena peluru sesat dan di rawat di hospital sampai sebulan. Mungkin itu padah melawan cakap ibubapa. Saya balik ke sini dan dapat tawaran kerja di Vietnam. Dua tahun lebih saya di sana. Saya akur, mungkin saya di takdirkan untuk bekerja sebagai engineer , bukan seorang ustaz.  Tapi saya masih boleh membantu dengan memberi sumbangan wang, dan tengok tengokkan bisnes Ustaz bila saya free. Tak ada sesuatu pun yang boleh berlaku kalau bukan Allah yang menghendakinya. Kita kena yakin dan redha dengan ketentuan Allah.  ”

“ Teori nya mudah tapi praktikal yang susah. Aku ni dah karat, dah berlumut. Yang aku tahu, aku mahukan Zafira” tekad Muaz.

Muaz perlukan bimbingan tapi aku sendiri masih cetek ilmu. Kalau di KL, aku boleh bawa dia jumpa Ustaz Lutfi supaya dia dapat nasihat dan pentarbiahan.  Zhafran mengerling jam tangan yang menunjukkan waktu sudah hampir 10 malam. Uh… dah lewat.

” Muaz, saya kena balik dulu. Nanti kalau lambat sangat, seriau pula nak drive seorang turun bukit. Thanks for dinner. Kita jumpa besok pukul 7 kat jeti”



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 01:34 PM | Show all posts
Sambung lagi smiley..... kasi habis
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 02:14 PM | Show all posts

oh my...best..best..tiba2 ada sambung.....


mau kejung azalea bila tau muaz & zhafran saling kenal...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 02:24 PM | Show all posts
qimi08 replied at 26-1-2015 01:34 PM
Sambung lagi smiley..... kasi habis

keh keh keh

tak tahu lah tahun bila nak habis qimi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 02:27 PM | Show all posts
UsuFie replied at 26-1-2015 02:14 PM
oh my...best..best..tiba2 ada sambung.....

kita tgk siapa yg kejung

jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046715 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list