Mungkin terlalu awal untuk membuat jangkaan siapa yang bakal bergelar juara di gelanggang MLM 2013. Baru masuk minggu keempat pertaruhan 12 kumpulan bertambah sengit apabila tugasan terbaru untuk minggu lebih sukar.
Namun ada dua nama yang sering menjadi perhatian peminat setiap kali mereka muncul di atas pentas. Sepahtu dan Nabil dua nama besar yang mampu mengugatkan kedudukan 10 kumpulan lain kerana kehebatan mereka mencuit hati pihak juri dan para peminat program MLM 2013.
Tidak dinafikan, kumpulan lain seperti Shiro dan Jambu turut menjadi tumpuan kerana memiliki peminat mereka yang tersendiri. Tetapi mengikut peratusan undian terkini, Sepahtu dan Nabil sedang mendahului kumpulan yang lain dengan beza peratusan yang jauh lebih tinggi.
Kekuatan Sepahtu terletak kepada populariti Jep selain komedi bersahaja yang dipersembahkan oleh Rahim dan Shuib setiap kali mereka beraksi. Nama Jep kini meniti dibibir para peminat program komedi kerana perwatakan serta idea-idea lawak yang berjaya memikat hati penonton.
Malah selepas kemenangan Jep dalam Anugerah Lawak Warna selain menjuarai program Super Spontan 2013 serba sedikit memberi kelebihan dan impak kepada kumpulan Sepahtu di MLM 2013. Tidak dinafikan kemunculan kumpulan Sepahtu sememangnya menjadi pengubat rindu selain dinanti-nantikan oleh para penonton program MLM 2013 selepas mereka mengambil keputusan untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2012.
Bagi Nabil pula, selepas kurang menyerlah bersama kumpulan Boboi di MLM 2012, pelawak kelahiran Negeri Sembilan ini mengambil keputusan berani untuk bersaing di MLM 2013 secara solo. Satu keputusan yang sangat berani oleh Nabil untuk bersaingan tanpa pasangan dan masih mampu untuk membuktikan dia masih berbisa.
Pihak juri tanpa berselindung mengakui bahawa Nabil seorang pelawak yang versatil di mana mampu memberi satu persembahan ‘brilliant’ kepada para penonton. Kebolehan Nabil mengolah penceritaan biasa menjadi lebih seronok dan hebat sememamgnya melayakkan dia berada di tangga kedua undian terkini MLM 2013.
Walau bagaimanapun, antara Sepahtu dan Nabil, siapa lebih popular dan mampu kekal momentum untuk ke gelanggang akhir MLM 2013? Adakah kumpulan lain mampu untuk memintas kedudukan mereka yang kukuh dengan peratusan undian yang tinggi?
Apa pandangan anda tentang pertarungan 12 kumpulan di MLM 2013? Adakah 12 kumpulan yang masih berada di MLM 2013 layak menerima undian peratusan yang mereka terima setakat ini?
Anda sebagai pemerhati dan penonton sahaja yang mampu memberi jawapan dan mengubah kedudukan undian peratusan mereka.
GOOD LUCK SEPAHTU..... BUAT YG TERBAIKKKKK MALAM NIH.....
UOLS BOLEH PUNYERRRRRR.....
BUKTIKAN PADA HATERS SEPAHTU THE BEST OKEH....
CHAIYOK...CHAIYOK......
Honey_Inara posted on 6-12-2013 04:02 PM
bile otak dah penat camtu la muke sorang2..
harap2 kepenatan tu setimpal dgn persembahan ...
betul tuh uols.... kesian plak iols tgk sepahtu mggu nih....
stress apetah lg...
harap semua nye berbaloi.... tunjuk sket kat haters tuh....
sepahtu masih berbisa....
miszaimi posted on 6-12-2013 07:00 PM
dh tgk ep kkx baru ,tp sparoh je..pnonton pon byk diam je..ending mcm tak kene je
bole plak sambut besday misi la plak ek....
yg x menahan tuh mase abam lepas tukar pampers boleh suruh lopa buang kan yg dah pakai tuh kan.... ahaahahahha
Post time 6-12-2013 09:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru baca kosmo Mamat kata Kucai mangsa keadaan sbb peminat tak nak sokong. Deols dah buat idea habis baik tp takde sambutan kekdahnya. Ada ayat mcm perli Sepahtu gitu