CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katak hijau

Raja Azmi ajar cucu isap rokok??bakal saman RotiKaya?

[Copy link]
Post time 17-9-2013 11:23 AM | Show all posts
lain benor rupe gula2 tu. merepek la.
ni mcm betul2 rokok je
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-9-2013 01:17 PM | Show all posts
kalau pun betul benda alah tu gula-gula, memang tak elok pun bagi baby 8 bulan makan gula-gula/ape2 jenis junk food
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:59 PM | Show all posts
macam rokok betul jerkk
kalo singgam ujung nya putih
ni hujungnya kaler cekelat.. ala2 tembakau je rupenya..

silap diri sendiri pastu nak saman org lakk
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 06:00 PM | Show all posts
saman lagik? buat kontrobesi utk menyaman org...nenek oh nenek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 04:57 PM | Show all posts
Raja Azmi Tak Jadi Saman Atas Nasihat Ex & Bakal Suami

KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2013: Saranan daripada bekas suami dan bakal suami supaya tidak memanjangkan kes untuk menyaman sebuah portal hiburan yang dianggap telah memalukan dirinya kepada pihak umum apabila menggunakan perkataan yang mencarut telah membuatkan Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, membatalkan hasrat tersebut dengan serta-merta.

Bukan setakat itu, portal hiburan terbabit juga turut menyiarkan gambar dirinya yang sedang mendukung seorang bayi (cucunya) sambil sebatang gula-gual candy berupa rokok diletakkan pada mulut bayi tersebut. Gambar tersebut telah mengundang reaksi negatif daripada banyak pihak dan kapsyen yang ditulis pada gambar itu juga dianggap cukup menghina Raja Azmi, seolah-olah menuduh Raja Azmi memang memberikan rokok kepada cucunya itu.

'Memang kalau ikutkan hati saya memang nak saman sahaja portal hiburan itu. Cara mereka menyiarkan gambar itu dengan menulis 'WTF Raja Azmi' seolah-olah menghina saya. Semua orang pun tahu apa maksud WTF itu kan?

"Disebabkan kapsyen sedemikian ia mengundang rasa kurang senang pada saya dan mereka melabel saya dengan tajuk yang mencarut, itu merupakan satu penghinaan kepada saya. Saya tak tahu agenda sebenar mereka di sebalik penyiaran gambar tersebut.

"Tetapi bekas suami, Jailani yang diberitahu oleh anak-anak menghubungi saya supaya tidak menyaman dan memanjangkan hal ini. Bakal suami juga sama menasihati saya supaya tidak meneruskan hasrat saya itu kerana kami ada agenda yang lebih penting daripada isu yang sengaja diperbesarkan oleh portal tersebut

"Yang pasti saya tidak akan mengundang mereka untuk hadir pada majlis pernikahan saya tidak lama lagi,"ucap Raja Azmi yang menarik balik niatnya untuk menyaman seperti yang disarankan bekas suami serta bakal suaminya itu.

Raja Azmi juga menyifatkan portal hiburan itu kurang sopan dan sengaja mahu mengambil kesempatan atas gambar yang diletakkan di Instagramnya itu walaupun padanya ia sekadar gambar candid. Dia menjelaskan kepada portal Murai tentang niat sebenarnya memuatnaik gambar itu.

"Saya telah pun memadamkan gambar itu di Instagram saya kerana tidak mahu ia dikomen oleh mereka yang tidak tahu niat sebenar saya mengambil gambar itu. Bayi itu memang cucu saya dan rokok yang diletakkan di mulut itu adalah gula-gula yang berupa sebatang rokok.

"Ia bukan rokok betul dan jelas kelihatan tiada sebarang asap rokok di dalam gambar itu. Takkan lah saya tak tahu samada gambar itu wajar untuk diletakkan di dalam Instagram. Saya sendiri telah meletakkan tajuk candid di situ atas niat untuk berjenaka.

"Terpulanglah kepada mereka di luar sana nak cakap apa kerana niat saya bukanlah nak mengajar cucu saya merokok. Keluarga saya pun tahu apa sebenarnya yang berlaku,"tambahnya lagi yang nyata kesal dengan tindakan portal tersebut.

sumber= murai
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 04:58 PM | Show all posts

Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 04:59 PM | Show all posts
kan da agak dia marah sbb tulis wtf tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 04:59 PM | Show all posts
sama pulak....
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 19-9-2013 05:03 PM | Show all posts
achik2009 posted on 19-9-2013 04:59 PM
sama pulak....

tersama plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 05:09 PM | Show all posts
miawpink posted on 19-9-2013 05:03 PM
tersama plak

beza seminit je....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 03:20 PM | Show all posts
dah saman ka bolom?

dayana88 posted on 1-10-2013 03:20 PM
dah saman ka bolom?

kot2 ade peguam nak sponsor dia hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 04:37 PM | Show all posts
baru igt nak salute td kalau tu rokok betul...  ghopenye gegule aje...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 02:05 PM | Show all posts
klo mak aku buat kt anak aku mcmni,
hurmmm mmg aku majuk 2thn la jwb die..

ape la bonggok no kok ni nenek!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 01:19 AM | Show all posts
"Yang pasti saya tidak akan mengundang mereka untuk hadir pada majlis pernikahan saya tidak lama lagi,"ucap Raja Azmi yang menarik balik niatnya untuk menyaman seperti yang disarankan bekas suami serta bakal suaminya itu.anti

  Fuhhhh...!  Ramai la nanti yang ''frust menoggeng'' sbb tak dapat hadhir dimajlis yg grand diabad ini...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2014 02:02 AM | Show all posts
dah saman ke?
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.322999 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list