CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 15-10-2012 10:44 AM | Show all posts
bagusnya alasan tue NAD nak mintak putus...mesti ILHAM terperanjatkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 11:07 AM | Show all posts
salam...dr pg td marathon cite ni...sakura, best citer nih la...

nk sambungan lg ye...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 12:29 PM | Show all posts
sakura....nape xde n3 lg?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 01:40 PM | Show all posts
misssakura posted on 15-10-2012 09:57 AM
Nadrisa merenung tv dihadapannya dengan fikiran yang kosong. Hati dan mindanya tiada pada siaran tv. ...

Amboi nad, tak sampai hati nampknya...huhu...

Kalau aku pun tak tergamak...biorlah dia nak main2 pun selg ilham sendiri x putuskn aku teruskan jua...tp kalu boleh sebelum clash tuh...patut nad nih pau duit dia selagi boleh pastu bila dah putus terus jek longgok barg yg dia bgi pulangkn semula sekotak depan pejbt dia...atau paling best depn mak dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 07:30 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 15-10-2012 12:29 PM
sakura....nape xde n3 lg?

sakura da smbung tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 07:33 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-10-2012 01:40 PM
Amboi nad, tak sampai hati nampknya...huhu...

Kalau aku pun tak tergamak...biorlah dia nak main ...

waaa... bru je nk wat nad ni bukan mte duitan..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-10-2012 07:36 PM | Show all posts
“awak ada perempuan lain ke selain saya?” soal Nadrisa perlahan. Saranan Dahlia diikut. Tidak mahu dicop mula jatuh cinta terhadap Ilham. Dia cuba mencari jalan untuk berpisah dengan Ilham.

“kenapa pulak awak tanya macam tu? Cemburu yer....” usik Ilham. Mereka kini sedang bersantai sambil minum petang disebuah kedai berdekatan rumah Nadrisa. Ilham la yang memaksa keluar minum terlebih dahulu sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.

“banyaklah awak punya cemburu. Saya tanya aje.. lagi pon saya sedar kita couple ni pon bukan pasal cinta sangat. Saya aje yang suka kat awak... awak tu just suka-suka je kan...jadi saya tak pelik kalau awak ada perempuan lain kat belakang saya.”
Jelas Nadrisa agak tegas. Ilham sekadar tersenyum mendengar jawapan dari Nadrisa.

“yup...memang kita bercinta pasal awak sukakan saya. Tapi saya memang tak ada perempuan lain.” Tipu Ilham. Adakah ini dikira menipu sedangkan Atirah langsung tidak dianggap seperti kekasih. Memang Nadrisa sahaja yang dia ada sekarang.

“habis tu cik Atirah tu siapa pulak?” soal Nadrisa keras. Meluap-luap perasaan marahnya tatkala merasakan Ilham cuba menipunya.

“Atirah tu kawan saya je lah.. tak lebih dari tu.”

“ye la tu kawan...... mula-mula kawan. Lepas tu kawin kan.” Marah Nadrisa lagi.

“ya Allah Risa... dia kawan saya je la.. tak payah cemburu sangat la.” Pujuk Ilham lembut. Namun hatinya gembira melihat Nadrisa yang mula pandai cemburu.

“sayakan encik Ilham bukannya muda lagi... mak dengan abah saya kat kampong pon dah ada yang bersungut suruh cepat-cepat kawin. Saya tak nak lah meneruskan hubungan sia-sia macam ni.. kalau awak dah ada pilihan hati sendiri.. go ahead. Awak lepaskan saya. dan kalau awak tak ada pilihan hati sendiri pon awak patutl epaskan saya sekarang. Saya nak focus kepada kehidupan yang nyata. Lagi pon kita begini hanya menambahkan dosa je. Bercinta tapi tiada matlamat nak kawin.”Luah Nadrisa akhirnya. Terpaksa mengubah strategi apabila Ilham tidak mahu mengaku scandalnya dengan Atirah. Ilham yang mendengar kata-kata Nadrisa kelihatan sedang berfikir panjang.

“nanti saya fikirkan. Kita bincang perkara ni kemudian.” Balas Ilham mudah. Namun kata-kata Nadrisa cukup menusuk kalbunya. Dia tahu kata-kata Nadrisa ada benarnya namun dia sendiri terasa berat hati melepaskan Nadrisa. Nadrisa dah jadi sebahagian hidupnya.

“nanti saya fikirkan. Kita bincang perkara ni kemudian.” Balas Ilham mudah. Namun kata-kata Nadrisa cukup menusuk kalbunya. Dia tahu kata-kata Nadrisa ada benarnya namun dia sendiri terasa berat hati melepaskan Nadrisa. Nadrisa dah jadi sebahagian hidupnya.

“nanti tu bila? Kenapa kita tak berpisah sekarang je? Awak pon sampai bila nak hidup macam ni. Bertukar-tukar girlfriend. Awak tak terasa ke nak kawin, ada anak,ada family sendiri.” Gesa Nadrisa. Ilham merengus kasar.

“awak cintakan saya atau tak Risa?” soal Ilham serius. Dia memandang ke dalam mataNadrisa yang kelihatan terkejut dengan soalannya.

“cintalah.” Tipu Nadrisa. apa lagi jawapan yang patut dijawab selain itu. Disasarkan pandangan kearah lain.

“kalau awak cintakan saya kenapa awak tak usaha buat saya cintakan awak. Serius dengan awak dan kahwin dengan awak?” tinggi suara Ilham menyatakan pendapatnya. Bukan dia tidak sedar. Sepanjang dia dan Nadrisa bersama hanya dia yang bersungguh-sungguh dalam hubungan mereka. Macam dia pula yang meluahkan perasaan kepada Nadrisa. terbalik pulak situasi mereka.

“awak sedar tak kita ni dari dunia yang berbeza..... awak orang berada. Saya ni biasa-biasa je. Kerja pon kerani je. Awak rasa family awak sanggup ke satu-satunya anak mereka dapat perempuan macam saya. saya tak nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam hubungan ini sebab yang kecewanya nanti saya. bukan awak.” Keras suara Nadrisa. Ye. Kata-kata ini datang dari hatinya. Kali ini dia tidak berpura-pura. Dia tahu dia memang tak mungkin bersama lelaki seperti Ilham. Dia cukup kenal sikap sikap puan Maimun yang seolah-olah jijik dengan orang miskin sepertinya. Ilham terdiam.

“saya balik dulu....” minta Nadrisa sambil bingkas bangun dan meninggalkan Ilham.

“Risa tunggu.......” jerit Ilham sambil mengejar gadis itu. Nadrisa berhenti seketika.

“berikan saya sedikit masa lagi. Kalau betul tiada cinta buat awak kita akan berpisah. Bolehkan Risa.” Minta Ilham lembut. Nadrisa merenung lama wajah Ilham sebelum akhirnya mengangguk lemah. mudah betul hatinya lembut apabila bercakap dengan Ilham.

Last edited by misssakura on 15-10-2012 07:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 07:58 AM | Show all posts
misssakura posted on 15-10-2012 07:33 PM
waaa... bru je nk wat nad ni bukan mte duitan..hehe

Bukan mata duitan ler....saja nad plan nak bg ilham putus asa jek...takpe ler ilham belikn apa2...pastu bila clash bg jek balik bulat2 kat ilham tuh balik...baru ilham tau nad bukan jenis mata duitan...

Tak pun bg ilham pi ronda2 kat pasar malm jek...murah2 selonggok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 08:38 AM | Show all posts
lom kantoi lagikan dgn mak ILHAM...NAD couple ngan ILHAM...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:43 AM | Show all posts
misssakura posted on 15-10-2012 07:36 PM
“awak ada perempuan lain ke selain saya?” soal Nadrisa perlahan. Saranan Dahlia diikut. Tidak mahu ...

thanks sakura....
tp kn...nk lagi laaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:07 AM | Show all posts
hurm.. harap nad tarik diri cecepat sikit.. biar ilham merana sikit lagi & pn maimoon insap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:13 AM | Show all posts
hoyehhh... ecece... nadrisa dah jatuh cinta tapi x sedar la tu......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:37 AM | Show all posts
sellie003 posted on 16-10-2012 07:58 AM
Bukan mata duitan ler....saja nad plan nak bg ilham putus asa jek...takpe ler ilham belikn apa2... ...

sorry2 silap paham pulak.. tu ler kan. kalo si nad ni wat perangai gitu mesti ilham pon menyampah... cepat la diorang putus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:38 AM | Show all posts
shahrinas posted on 16-10-2012 08:38 AM
lom kantoi lagikan dgn mak ILHAM...NAD couple ngan ILHAM...

setakat ni blom lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:39 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 16-10-2012 08:43 AM
thanks sakura....
tp kn...nk lagi laaaaaaa

sat naa.... jap g sakura sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:42 AM | Show all posts
redsentra posted on 16-10-2012 09:07 AM
hurm.. harap nad tarik diri cecepat sikit.. biar ilham merana sikit lagi & pn maimoon insap.

hehehe.... mcm x tercapai je nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2012 09:44 AM | Show all posts
entahmengapa posted on 16-10-2012 09:13 AM
hoyehhh... ecece... nadrisa dah jatuh cinta tapi x sedar la tu......

hehehe....... x lme g mkn nasik minyak la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:45 AM | Show all posts

“waalaikumussalam...” balas Nadrisa dengan hati yang sedikit gementar. Nasib baik dia kini berada dipantry. Kalau tak nahas nanti ada orang mendengar perbualannya yang agak mencurigakan.

“diorang dah putus puan.... er bila puan balik ke sini?” soal Nadrisa perlahan.

“ooo...tak pe la kalau macam tu saya tunggu puan balik je la.” Balas Nadrisa lagi. Suasana sunyi seketika.

“pasal perkara yang saya nak bincang tu tak sesuai nak cakap dalam phone... nanti bila puan dah ada kat sini saya cerita.” Tegas Nadrisa.

“misi baru? Tapi puan sayakan dah nak berhenti. Puan kan dah janji nak beri saya berhenti selepas anak puan dengan Maslina putus.” Nadrisa membalas geram. Lupakah orang tua ini dengan janjinya.

“misi akhir? Tak nak puan. Saya dah tak nak buat semua ni!” keras suara Nadrisa melawan. Ah lantak la dengan siapa dia bercakap kini tetapi pendiriannya mesti diteruskan.

“puan cari orang lain je ganti saya. Saya tak nak dah buat semua ni... gaji hari tu pun saya nak pulangkan semula kat puan. Saya tak nak ada sebarang kaitan lagi dengan misi puan ni.” Nadrisa menguatkan hati untuk melawan rayuan dari puan Maimun. ala masa mula-mula memang la dia merayu. Lepas tu dia buat aku macam sampah. Bukan aku tak ingat masa mula-mula aku kenal dia. Kerana dia pandai merayulah buat aku terperangkap dalam misi sengal ni.

“saya tetap dengan keputusan saya puan... lagi pun ini hak saya. Assalamualaikum.”Nadrisa memutuskan talian. Sedikit lega kerana berjaya meluahkan apa yang ada dihatinya. Tetapi, masih ada lagi yang belum terluah. Terutamanya perkara yang berkaitan encik Ilham.

“amboi garangnya... cakap dengan siapa tu?” sapa Ilham dari belakang Nadrisa buat gadis itu kecut. Air liur ditelan satu persatu. Badannya dipusingkan bagi mengadap wajah Ilham yang berada dibelakangnya.

“kawan...dia nak pinjam duit.” Balas Nadrisa sambil tersenyum. Cuba mengawal segala gelora jiwa. Mintak-mintak mamat ni tak dengar perbualan aku tadi.

“kira Risa macam along la...” usik Ilham. Nadrisa sekadar tersengih. lega melihat Ilham mempercayai kata-katanya.

“awak nak minum ke? Saya buatkan air.” Soal Nadrisa. dia mahu Ilham melupakan topik perbualannya tadi.

“boleh jugak... buat Nescafe macam hari tu...” minta Ilham. Nadrisa sekadar mengangguk. Dia membuat satu cawan lagi Nescafe untuk kekasihnya. Setelah selesai menyiapkan minuman, Nadrisa segera ke unit kewangan supaya hubungan mereka tidak dapat dihidu oleh pekerja lain.
Last edited by misssakura on 16-10-2012 09:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:52 AM | Show all posts
misssakura posted on 16-10-2012 09:44 AM
hehehe....... x lme g mkn nasik minyak la

wallaaaa.... tp xkan xde pape halangan dari pn maimon tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:53 AM | Show all posts

Puan Suraya menghampiri anak daranya yang sedang menonton televisyen. Wajah monyok anaknya mengundang tanda tanya dalam benaknya.

“sayang........kenapa ni. Masam je muka.” Tegur puan Suraya sambil duduk disebelah anaknya. Bahu anaknya dipeluk lembut.

“tak ada apa-apa la mommy.” Balas Atirah malas.

“tak keluar ke malam ni? Tak ajak Ilham keluar?” soal puan Suraya.

“orang tak sudi mommy..... takkan nak paksa pulak.” Terdengar nada marah dalam kata-kata Atirah. Siapa yang tidak marah bila setiap pelawaan ditolak mentah-mentah. Kadang-kadang dengan alasan yang entah apa-apa. Naik muak dia dengan sikap Ilham.

“ooo...marah dengan Ilham la ni. Cinta tidak boleh dipaksa Tyra... tapi boleh dipupuk. Cuba Tyra selami hati dia dengan perlahan-lahan.” Ajar puan Suraya. Atirah mengeluh kasar.

“cakap memang senang mommy......... tapi buat tu la yang susah. Dah bermacam cara Tyra buat nak pikat hati dia mommy... tapi satu pon tak jalan. Tyra mesej dia tak balas... kalau call tak nak cakap lama-lama.. kadang-kadang tak berangkat. Kalau ajak keluar tak nak. Ajak pergi mana-mana lah semua tak nak. Kalau Tyra pergi motel kerap sangat pon kena marah jugak.. Ilham memang sengaja tak nak bagi Tyra peluang untuk masuk ke dalam hati dia mommy... apa lagi Tyra boleh buat? TakkanTyra nak hantar bunga macam lelaki nak tackle perempuan mommy?” luah Atirah penuh perasaan.

Yer dia betul-betul penat dengan permainan cinta Ilham. Ilham langsung tiada hati buatnya. Dia sendiri sudah mengalah dengan cinta 3 bulan mereka. Kini masa pun sudah hampir tamat. Lagi 1 bulan perjanjian mereka akan tamat. Namun, satu perubahan pon tiada. Malah Ilham melayannya makin teruk. Lelaki itu semakin dingin dengannya. Puan Suraya faham kesedihan anaknya. Simpati dia melihat kekecewaan anaknya terhadap cinta pertamanya.

“Tyra nak mommy paksa mama Ilham supaya percepatkan pertunangan korang ke?” usul puan Suraya. Dia tidak kisah untuk buat semua itu. Asalkan anaknya bahagia.

“isk tak payah la mommy.... mommykan dah janji akan batalkan rancangan untuk satukan kitorang kalau kitorang dah berusaha untuk bercinta...”

“tapi mommy nak tengok Tyra bahagia... mommy tak suka tengok Ilham buat Tyra macam ni.” Tegas puan Suraya.

“tak payah mommy... apa gunanya? Entah-entah Tyra lagi terseksa kalau kawin dengan Ilham. Mommy sendiri pesan kat Tyra cari lelaki yang lebih sayangkan Tyra.”Balas Atirah. Dia sendiri sudah hampir putus asa dengan Ilham. Kalau ada jodoh adalah. Kalau tak ada buatlah macam mana sekali pon tetap tak akan berhasil.

“Tyra pasti ni? Kalau Tyra berubah fikiran beritahu mommy... mommy bila-bila masa boleh gesa mama Ilham.. auntie Mun tu kan nak sangat Tyra jadi menantu dia.” Tambah puan Suraya.

“Tyra yakin mommy.....Tyra dah penat dengan Ilham..kalau dia jodoh Tyra takkan kemana jugakkan.” Balas Atirah lembut. dia yakin Allah sudah tetapkan yang terbaik untuknya.

Last edited by misssakura on 16-10-2012 09:59 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.769843 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list