CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

uKiRaN jIWa.. tamat sudaaaaa!!

[Copy link]
 Author| Post time 6-11-2012 11:03 AM | Show all posts
hihihi mnta bsabar semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2012 11:29 AM | Show all posts
momey posted on 6-11-2012 11:03 AM
hihihi mnta bsabar semua

Jgn bg azrol amik kesempatn ya momey...sian hana...mana nak menumpang kasih saudara...kasih suami entah ke mana...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 11:55 AM | Show all posts
Rizal sugul. Dia betul-betul bersalah pada Hana. Tidak sepatutnya dia menyakitkan hati Hana dengan cara begini. Dia memandang Katerine yang masih berdiri dihadapannya itu. Katerine sengaja membuka dua butang baju di bahagian dadanya itu. Kemudian dengan ghairah dia menari di hadapan Rizal. Cukup menggoda! Dibelainya raut wajah Rizal dan kemudian dengan manjanya dia mencium pipi rizal sehinggalah mereka berdua berkucupan.

Tiba-tiba dengan kasarnya Rizal menolak Katerine. Katerine terkejut.

"Nape ni?" Katerine cuba memaut tangan Rizal tapi ditepis.

Rizal bangun dari tempat duduknya lalu berjalan keluar dari kelab malam itu. Katerine mengikuti Rizal dari belakang.

                                                           ................................................

Azrol cuba menenangkan Hana. Dia mengesat airmata Hana yang mengalir itu.

"Akak dah mula sayangkan abang Rizal.." Hana mula mengakui perasaannya itu.

Azrol terkejut. Adakah Azrol kena mula melupakan hasratnya untuk memiliki kakak iparnya itu?

"Akak tak sangka..akak ingatkan Rizal betul-betul boleh berubah. Rupa-rupanya tidak!"

Azrol hanya diam.

"Dia keluar pegi disko dengan perempuan gatal tu! Benci!!" Hana meluahkan perasaannya.

"Sabar, kak.."

"Akak sayangkan dia, Azrol.." Hana terus menangis.

Azrol mengeluh.

                                                          ........................................................

Katerine menarik tangan Rizal. Mereka berdua bertentangan mata.

"U nak pergi mana?"

"Aku salah! Tak sepatutnya aku buat isteri aku macam ni.. Aku sayangkan dia!"

"Habis i ni macam mana?"

"Kau tak berubah seperti perempuan lain yang aku kenal.. cuma Hana seorang sahaja lain dari yang lain.. Aku tak nak lepaskan wanita yang banyak ubah diri aku.."

"Rizal!!"

"Dan.. antara saya dengan awak hanyalah hubungan antara pekerja dan majikan!" kata Rizal dan terus masuk ke dalam kereta.

Enjin kereta dihidupkan dan terus beredar meninggalkan Katerine sendirian. Katerine gagal!

                                                               .................................................

Hana masih bersedih.

"Saya ke dapur kejap.." kata Azrol lalu berjalan ke dapur.

Dituangnya air sarsi ke dalam gelas. Kemudian, dengan pantas dia mengeluarkan sepaket kecil serbuk putih lalu dikoyak dan dituang ke dalam gelas tersebut. Air tersebut dikacau sehingga sebati. Dia mengukir senyuman.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 12:00 PM | Show all posts
jahat giler azrolllllllll
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 12:01 PM | Show all posts
momey posted on 6-11-2012 11:55 AM
Rizal sugul. Dia betul-betul bersalah pada Hana. Tidak sepatutnya dia menyakitkan hati Hana dengan c ...

Tkkan hana kena lagi kot......jgn momey........harap2 hana perasan perbuatan adik ipar dia tuh...apa ler semua adik beradik tak bermoral....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 12:04 PM | Show all posts
hikhik.. dh nak abis dah citer ni.. sabo2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2012 12:56 PM | Show all posts
weh azrol... ko nk wat ape tu? aku tibai jugak bdk ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 12:57 PM | Show all posts
momey posted on 6-11-2012 12:04 PM
hikhik.. dh nak abis dah citer ni.. sabo2..

Oh ya ke? cepat2lah tepek ya momey....berdebar2 nak tau apa jadi selanjutnya....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2012 01:14 PM | Show all posts
Oh! Tidak... rizal cepat balik... selamatkan hana....Ya Allah Selamatkan lah rumahtangga ni.. walaupun mcm mana sekalipun ianya terjadi....rizal lebih baik sebab buat terang2...azrol ni nak pedajal cara kotor & jijik sungguh. walau cara rizal pun x elook sebenarnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 02:11 PM | Show all posts
Azrol berjalan perlahan menuju ke arah Hana. Dia duduk bersebelahan dengan Hana. Dihulurkan segelas air sarsi itu. Hana memandang Azrol. Diambilnya segelas air sarsi di tangan Azrol. Azrol tersenyum.

"Terima kasih.."ucap Hana lemah.

Azrol hanya diam dan terus tersenyum. Hana meneguk air tersebut. Perlahan demi perlahan sehingga ke titisan terakhir. Azrol menarik nafas lega. Hana cuba menghulurkan kembali gelas itu pada Azrol, tetapi gelas itu jatuh ke lantai. Hana pening. Pandangannya menjadi kabur.

"Azrol.."panggil Hana sambil memegang tangan Azrol.

"Ya, sayang.." Azrol boleh tersenyum lebar sekarang. Perangkapnya sudah mengena!

"Pening laaa.." Hana cuba mengurut kepalanya.

"Jom kita ke bilik.." bisik Azrol manja.

Azrol mendukung Hana. Meniti tangga satu persatu. Nafsunya semakin naik!

                                                                       .......................................................

Rizal berasa tidak sedap hati. Berkali-kali dia cuba menghubungi Hana. Langsung tidak dijawab.

"Shit!!!" Rizal menghentak tangannya di stereng.

Kereta dipandu laju pulang ke rumah.

                                                                   ..................................................


Hana direbahkan perlahan-lahan di atas katil. Azrol mengusap manja rambut Hana. Satu persatu butangnya dibuka. Sedikit bulu dada menampakkan dirinya begitu seksi. Kemudian dia mula menanggalkan baju Hana.

"Aku takkan lepaskan peluang ini.. Dah lama aku tunggu.." ucap Azrol sambil membuka zip seluar jeansnya.


                                                              .............................................

Rizal memberhentikan keretanya berhadapan pintu pagar. Motor berkuasa tinggi milik Azrol ada! Ini membuatkan Rizal semakin risau berlaku sesuatu pada isterinya.

"Aku sanggup mati demi Hana.." Rizal sempat berbisik dalam hatinya.

Rizal keluar dari kereta terus masuk ke dalam rumahnya. Sunyi! Dipandangnya ke arah atas. Bilik tidurnya terpasang lampu.

"Hana!" Rizal terus berlari pantas menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 02:30 PM | Show all posts
momeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeey sambung cepaaaattttt kurang ajarnye azrol
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 02:52 PM | Show all posts
ish ..... suspen je.. sempat tak rizal selamatkan hana ni....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 02:57 PM | Show all posts
Harap2 sempat rizal bagi flyingkick kat adik dia yg durjana tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 03:01 PM | Show all posts
Pintu bilik dibuka. Posisi Azrol yang berada di atas Hana mengejutkan Rizal.

"Kurang ajar!!!!!" Rizal terus berlari lalu menarik Azrol yang hanya memakai boxer itu. Ditumbuknya berkali-kali. Azrol tidak membiarkan sahaja dia dipukul, Rizal juga turut kena hentaman itu. Masing-masing mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwon-do. Rizal menendang tepat terkena pada dada Azrol. Azrol jatuh terduduk.

"Apa kau dah buat dengan bini aku?!!!!" Rizal menjerit melepaskan marahnya.

"Sepatutnya Hana milik aku bukan milik kau!!"

"Apa yang kau merepek ni?"

"Aku dah lama menaruh hati pada Hana.."

"Masalahnya, Hana tu dah jadi isteri aku dan dia tu kakak ipar kau!"

"Tak payah cakap pandai laaaa.. Abang pun bukannya baik sangat kan.. kaki perempuan jugak!"

Sekali lagi Azrol makan penyepak Rizal.

"Kau tu kena sedar diri tau.. Kau tu anak tiri je!" Rizal tengking.

"Eleh.. tak yah penat-penat nak tarbiah la abang oiiii.. anak kandung pun dah serupa anak tiri jugak kan? Arwah abah sayang abang Zain jeeee"

"Awak..." panggil Hana lemah.

Rizal dan Azrol menoleh memandang Hana. Rizal mendapatkan Hana. Diselimutkan badan Hana.

"Kenapa ni?" Hana masih dibuai alam kayangan.

Baru sahaja Rizal hendak menoleh memandang Azrol semula, Azrol dengan sepantas kilat menghentak kepala Rizal dengan pasu yang bersaiz sederhana. Rizal diam! Dia jatuh. Darah mula mengalir membasahi kepala lalu mengalir ke pipi.

"Azrol, apa awak buat ni?"

"Biar padan dengan muka dia! Hahahahaha" Azrol ketawa seperti sudah kerasukan syaitan itu.

Hana mula sedar. Dia memandang Rizal. Kemudian dia memandang tubuh badannya sendiri.

"Apa yang awak dah buat dekat akak?" Hana mahukan kepastian.

Azrol kembali tersenyum. Nafsu syaitannya sudah kembali! Dia menarik Hana lalu dirapatkan tubuh badan Hana itu ke dinding. Nafasnya begitu kuat.

"Dah lama aku tunggu peluang ni.." bisik Azrol.

"Apa ni, Azrol.. Cuba tengok abang awak tuu.. Dia dalam bahaya.."

"Hahahaha..kan lebih baik kalau dia mampus? Boleh kita tinggal bersama lepas ni"

Hana terus menendang kemaluan Azrol.

"Arghhhhhhh!!!!!! Sakit la weiiiiiii!!!"

Hana mengambil peluang ini. Dia melarikan diri keluar dari bilik itu. Menuju ke dapur. Dicapai pisau. Ditolehnya ke belakang Azrol sudah berdiri baik punya berhampiran dengan dirinya.

"Kau rapat, aku bunuh kau!!!" Hana ugut.

"Bunuh laaa..bunuh!!!" jerit Azrol.

Azrol semakin rapat dengan Hana. Hana menggelabah. Dia tidak yakin dengan dirinya. Tiba-tiba...

"Jangan bergerak!! Kami polis!" jerit salah seorang pegawai polis yang datang tiba-tiba tanpa disedari.

Hana bersyukur.  Azrol cuba bertindak kasar. Dia merampas pisau dari tangan Hana. Sebaik sahaja dia mahu menikam Hana, dirinya terlebih dahulu ditembak oleh polis di bahagian kaki. Dia mengerang kesakitan.

Hana masih menggeletar ketakutan.

"Rizal.." Hana terus naik ke atas masuk ke dalam bilik tidur suaminya itu.

Dia memeluk tubuh badan suaminya itu.

"Bangun sayang.. Jangan tinggalkan saya.. Saya sayangkan awak.. Saya sayangkan awak.." Hana memeluk erat tubuh suaminya itu.


                                                         ................................................................

3 hari kemudian...

Hana tersenyum memandang Rizal. Rizal membalas senyuman itu. Hana letak semangkuk bubur dan segelas air suam di atas meja kopi disebelahnya. Ditegakkan bantal supaya Rizal selesa menyandar di kepala katil itu.  Rizal memegang tangan Hana.

"Terima kasih, sayang.." ucap Rizal manja.

"Saya yang patut ucap terima kasih pada abang.."

Rizal mengucup tangan Hana. Hana terharu.

"Abang janji..abang janji dengan diri abang sendiri yang abang akan jaga Hana sampai abang mati. Dan, abang janji takkan ulangi perbuatan lama abang yang dulu.. Abang juga.."

"Shhhhh.." Hana meletakkan jarinya di mulut Rizal.

Mereka berdua bertentangan mata. Rizal membelai rambut Hana.

"Hana bersyukur sangat.." Hana tersenyum gembira semuanya sudah selesai.

"Sayang, cuba buka laci tu.." arah Rizal sambil memuncungkan bibirnya ke arah laci almari di hadapannya.

Hana musykil namun dia hanya menurut arahan suaminya itu. Laci dibuka. Terdapat dua tiket kapal terbang.

" Paris?" Hana mula membeliakkan matanya.

"Nak pegi tak?"

"Mesti la!!!"

Hana terus memeluk suaminya. Satu kucupan cinta melekat di dahinya. Bermula dari hari itu, mereka berdua memulakan kehidupan baru. Sekian Last edited by momey on 6-11-2012 03:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 03:12 PM | Show all posts
uik abis dah.....sambung la lgi... x mo la sekian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 03:27 PM | Show all posts
redsentra posted on 6-11-2012 03:12 PM
uik abis dah.....sambung la lgi... x mo la sekian

dh tamat dh
insyaallah ade ms lg nnti, ade kot crita br lagi hihihi
trima kasih ya pd yg sudi bc crita momey yg hanya rekaan semata-mata ni tataaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2012 03:55 PM | Show all posts
momey posted on 6-11-2012 03:27 PM
dh tamat dh
insyaallah ade ms lg nnti, ade kot crita br lagi hihihi
trima kasih ya pd yg s ...

Cepatnya habis...igt ada lak scene lovey dovey rizal & hana berbulan madu ke apa?....

nanti wat ler lgi citer baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 04:04 PM | Show all posts
sellie003 posted on 6-11-2012 03:55 PM
Cepatnya habis...igt ada lak scene lovey dovey rizal & hana berbulan madu ke apa?....

nanti wat ...

ckup ckup sudahhh ekeeke
insyaallah akan diusahakan.. nk start tu yg jenuh memikiornyee..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 04:18 PM | Show all posts
momey posted on 6-11-2012 03:27 PM
dh tamat dh
insyaallah ade ms lg nnti, ade kot crita br lagi hihihi
trima kasih ya pd yg s ...

tamat dah ye.....

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 04:22 PM | Show all posts
momey posted on 6-11-2012 04:04 PM
ckup ckup sudahhh ekeeke
insyaallah akan diusahakan.. nk start tu yg jenuh memikiornyee..hihih ...

Huhu...tau takpe...nak pikir camna nak memulakan jaln citer bg makin best...bukan senang...kan....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.047434 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list