CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
Post time 25-4-2012 01:04 PM | Show all posts
Meooowwww........ (dgn nada manja menjawap.... )

Auntie tgh baca ni.... Best....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2012 02:08 PM | Show all posts
rasanya itu nadia laaa ... hahahaha ....

itu berhalusinasi .... konon2 nya faiz tu boypren atau  ...
hotmum Post at 24-4-2012 11:43


Clue - Schizophrenia
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 02:21 PM | Show all posts
Clue - Schizophrenia
Nicki_Meow Post at 25-4-2012 14:08


Eeee.... ngerinya clue yg nicki bagi......
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 05:01 PM | Show all posts
Nak lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 10:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 26-4-2012 11:03

Part 2 - Episode 26

Emalin membuka almari pakaiannya. Di selak satu demi satu bajunya yang bersusun. Akhirnya, dia berjumpa dengan apa yang di cari. Sehelai gaun pendek berwarna hitam tanpa lengan di ambil. Dia memakai gaun itu lalu berdiri di depan cermin, memastikan segalanya sempurna. Wajahnya sudah di solek tebal sebelum menyarungkan baju. Rambutnya di rapikan dan di biarkan lepas.  Kemudian, perlahan-lahan dia duduk di birai katil. Telefon bimbitnya di ambil lalu pesanan ringkas dari Suzy di baca lagi.

Forget everything. Let’s party. Euphoria - 9pm.

Emalin melepaskan satu keluhan. Dia sebenarnya sudah lama tidak pergi ke tempat seperti ini. Semuanya di lakukan semata-mata kerana Faiz melarang. Tapi hari ini, dia tidak peduli. Faiz sudah tidak memperdulikannya, jadi tak perlu lagi dia mengikut sahaja kata-kata Faiz. Jarinya pantas menekan nombor Suzy.

“Hello” Suara Suzy menjawab di hujung talian. Muzik bingit kedengaran.

“Suzy”

“Ema… kau datang tak?” Suara Suzy kedengaran seperti menjerit.

“Yes. I’m coming”

“Yeah… good. Dah lama kau tak join kitorang”

“See you there”

“Okay dear”

Talian di matikan. Emalin segera bangun, mencapai sehelai jaket berwarna merah dan terus keluar dari biliknya.

“Lin…” Terdengar suaranya memanggil lembut. Emalin berpaling.

“Lin nak pergi mana ni?” Datin Sarah memandang anak gadisnya dari atas ke bawah.

“Lin nak keluar” Ringkas dia menjawab, namun sengaja tidak mahu memandang muka ibunya.

“Lin, kan dah malam ni…” Datin Sarah masih cuba melarang.

“Lin keluar dulu ma. Balik lambat. Tak payah tunggu’’ Habis saja kata-kata itu, dia terus berjalan ke arah keretanya. Enjin kereta di hidupkan lalu dia terus keluar meninggalkan rumah. Datin Sarah hanya mengelengkan kepala.


************************************************************


‘‘Ema…’’ Suzy melambai-lambai. Dia sudah menunggu Emalin di depan pintu masuk. Emalin hanya tersenyum.

“Jom” Tangan Emalin di tarik, membawa ke satu sudut yang dipenuhi dengan rakan-rakan mereka yang lain.

“Hi Ema…” Terdengar beberapa lagi rakan mereka menyapa.

“Dah lama kau tak join kitorang” Dira, seorang lagi rakan mereka berkata. Emalin hanya membalas dengan senyuman. Jauh di sudut hati, dia terasa bersalah kerana menjejakkan kembali kakinya ke tempat ini.

Ah... pedulikan. Faiz pun dah tak kisah pasal aku.

“Ema, this is Arman, Zain and what’s your name again?”

“Johan. Call me Joe”

“Yes.. Joe. This is Ema”

“Hi” Mereka semua menyapa.

“Hi” Pendek Emalin membalas.

“Come.. let’s dance” Arman sudah bangun, menghulurkan tangannya kepada Emalin.

“Eh, tak apa. You all pergi dululah” Emalin menjawab. Perasaan bersalahnya kembali.

‘‘Okay.. come Arman. Dance with me’’ Suzy sudah menarik tangan Arman lalu mereka ke lantai tari, di turuti oleh rakan-rakan mereka yang lain. Emalin diam, lalu dia duduk bersandar di sofa. Matanya di pejamkan, menghayati bunyi muzik yang membingit.

“Lin...you nak buat apa pergi tempat macam tu?”

‘‘Saja. Best tau.. boleh dance. Release tension ’’

‘‘Banyak lagi cara nak release tension. Bukan pergi disko’’

‘‘You ni… Dulu you tak ada pun nak larang-larang I’’

‘‘Tak ada faedah pun you pergi tempat-tempat macam tu. Nak release tension pun, baik you pergi main futsal ke, pergi gym ke…’’

‘‘Sejak bila you jadi ustaz?’’

‘‘I bukan ustaz. Belum mampu lagi nak jadi ustaz, banyak lagi kekurangan. Tapi yang I tahu, disko tu tempat maksiat. Tak elok you pergi tempat-tempat macam tu’’ Lembut nasihat Faiz menusuk ke hatinya.

Matanya terbuka kembali, agak terkejut melihat Johan tiba-tiba berada di sebelah.

‘‘You tak nak dance ke?’’ Johan bertanya sambil tersenyum. Lama dia memerhatikan Emalin dari atas ke bawah. Emalin hanya menggelengkan kepala.

“Wanna drink?’’ Emalin masih diam.

“What’s your type? JD, Vodka or Carlsberg?’’ Emalin menarik nafas, botol-botol di atas meja di pandang satu demi satu.

“Make a choice” Tangan Johan sudah memegang gelas.

“I nak…J.. Ginger Ale” Emalin menjawab dan di sambut dengan ketawa besar oleh Johan.

“Ginger Ale?  Come on. Mana nak feel minum Ginger Ale”

“Suka hati I lah nak minum apa pun” Emalin mula berkasar.

“Okay… okay. Fine. I’ll get you one” Johan terus berlalu.

Emalin menarik nafas, memejamkan matanya sekali lagi. Sedikit menyesal berada di tempat ini.

Macam mana kalau Faiz tahu aku datang sini? Hati kanannya berkata.

Go to hell with it. Who cares?   Dia tak kisah pun pasal kau. Yang penting kau enjoy. Kata hati kirinya.

Tapi…

“Ema.. your drinks” Johan kembali sambil menghulurkan segelas minuman. Emalin mengambil tapi di pegang sahaja. Tidak minum.

“Minumlah sikit” Emalin menggeleng.

“Kejap lagilah. You tak nak dance ke?”

“I nak dance dengan you”

“I tak ada mood lah nak dance”

“Kalau macam tu, I temankan you duduk sini” Emalin menoleh ke arah Johan, lalu tersenyum.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 10:45 AM | Show all posts
sian pulak pada emalin... masih tercari2 arah hidup....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-4-2012 11:46 AM | Show all posts
sian pulak pada emalin... masih tercari2 arah hidup....
syanamir Post at 26-4-2012 10:45


Buta hati gitu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 11:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 26-4-2012 11:53

Part 2 - Episode 27

Tok! Tok!

Faiz mengangkat muka. Nadia sedang berdiri di depan pintu biliknya sambil memegang sebiji mug yang Faiz pasti, berisi Nescafe tarik. Nadia memang rajin membawakannya minuman, walaupun dia tidak pernah meminta.

“Thanks Nadia” Mug itu sudah di letakkan di atas meja. Faiz senyum walaupun Nadia tidak membalas.

Masam je. Gaduh dengan boyfriend kot?

“Ada orang nak jumpa Encik Faiz” Mendatar Nadia bersuara.

“Siapa?”

“Datin Sarah” Faiz sedikit terkejut. Tak pernah lagi wanita itu datang mencarinya di pejabat.

“Okay” Nadia berlalu pergi. Faiz turut bangun, mendapatkan Datin Sarah di luar.

“Assalamualaikum Aunty” Faiz menyapa. Tangan di hulurkan untuk bersalam.

“Waalaikumussalam” Datin Sarah menjawab.

“Aunty datang sorang je? Uncle Emran mana?”

“Outstation” Faiz mengangguk.

“Err..Aunty cari Faiz kenapa?” Datin Sarah tidak menjawab. Wajahnya mendung.

“Aunty, jomlah kita pergi coffeehouse. Lagi selesa rasanya nak berbual” Faiz mengajak. Datin Sarah mengangguk lalu mereka berjalan keluar.


*******************************************************************

Faiz memandang wajah Datin Sarah. Wanita itu sebaya arwah mamanya.

Mama.. tiba-tiba Faiz terasa sayu.

“Aunty apa khabar?” Faiz bertanya, sekadar memulakan bicara.

“Sihat. Faiz sihat?” Faiz mengangguk.

“Dah lama Faiz tak datang rumah Aunty ya?”

“Busylah Aunty” Faiz memberikan alasan klise. Datin Sarah tersenyum mendengar jawapan Faiz.

“Aunty…” Faiz memanggil setelah melihat wanita itu diam tak bersuara.

“Something’s wrong?”

“Faiz ada jumpa Emalin tak sejak akhir-akhir ni?” Datin Sarah bertanya.

“Tak ada, Aunty” Jujur Faiz menjawab. “Kenapa?”

“Faiz, boleh tak kalau Aunty minta Faiz nasihatkan Emalin…”

“Kenapa dengan Emalin, Aunty?”

“Dia dah buat balik perangai lama” Faiz terdiam.

“Balik sampai jauh malam, hisap rokok. Aunty tak tahu apa masalah dia” Aunty Sarah mengadu.

“Bila Aunty tanya, dia tak nak jawab. Bila Aunty marah, dia merajuk. Terus tak nak bercakap” Faiz hanya diam mendengar kata-kata Datin Sarah.

“Faiz bergaduh dengan Emalin ke?” Aunty Sarah cuba meneka.

“Kami tak gaduh pun Aunty. Cuma, adalah salah faham sikit hari tu”

“Pasal apa?” Faiz diam. Berfikir sama ada perlu atau tidak dia bercerita dengan lebih lanjut.

“Faiz… Faiz tahukan Emalin tu sukakan Faiz” Faiz menarik nafas. Dia tahu itu. Tapi apa yang mampu dia lakukan? Hatinya sudah di beri pada orang lain.

“Aunty, Faiz minta maaf banyak-banyak. Tapi….”

“Aunty faham. Kalau Faiz dah ada orang lain. Aunty tak paksa” Faiz menarik nafas.

“Tapi Faiz dengan Emalin dah kawan lama kan? Kalau boleh, tolonglah nasihatkan Emalin.  Dia dengar cakap Faiz seorang je. Nasihat orang lain dia tak mahu dengar” Faiz terdiam lagi.

“Faiz… tolong Aunty ya?” Faiz memandang wajah Datin Sarah.

“Insya Allah Aunty” Datin Sarah tersenyum, sedikit lega.


**********************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2012 11:55 AM | Show all posts
Sadakallahuladzim...

Selesai sudah bacaan Yassin untuk arwah mamanya. Sejak akhir-akhir ini, dia jarang melawat tanah perkuburan di mana arwah mamanya disemadikan. Tidak seperti dulu, seminggu sekali pada hari Jumaat di waktu petang, dia akan datang ke sini. Dia bukanlah seorang yang warak. Ibadatnya hanyalah lima waktu yang wajib, itupun kadang-kadang hampir tersasar. Walaubagaimanapun dia berharap, dengan  membacakan Yassin, pahala itu dapat membantu mamanya di alam sana.

Ya Allah Ya Tuhan-Ku, Kau ampunkanlah dosa-dosa ibuku Ya Allah. Tempatkanlah dia di kalangan hamba-Mu yang beriman.

Faiz menarik nafas.

“I miss you ma…” Perlahan Faiz berkata. Dia anak manja. Anak mama. Gelaran yang diberikan oleh Faris dan Farina semenjak kecil. Memang dia dimanjakan oleh mama dari segala segi. Apa saja yang di minta, pasti diberikan tanpa banyak bicara. Berbeza dengan kedua abang dan kakaknya. Tapi manjanya sudah melampaui batas bila dia melarikan diri dari rumah. Perbuatannya itu menyebabkan perasaan mamanya terluka. Mengingatkan itu, dia meraup wajah.

Sebotol air di curahkan ke atas pusara Datin Faridah dari hujung kepala ke hujung kaki.

“Sorrylah ma… dah jarang Faiz datang sini” Dia mengusap-ngusap batu nisan berhias marmar.

“Nanti Faiz datang lagi ya. Assalamualaikum” Faiz bangun, berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 02:44 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 28

Faiz: Kita keluar nak?

Lea: Pergi mana?

Faiz: Makan

Lea: Asyiklah keluar makan. Gemuklah aku lama-lama

Faiz: Kalau macam tu, kau tak payah makan. Tengok je aku makan.

Lea: Pukul berapa?

Faiz: Lepas maghrib, dalam pukul lapan. Aku datang ambil kau kat rumah.

Lea: Okay

Faiz senyum melihat balasan dari Lea. Sudah terlalu lama dia menyimpan perasaan pada gadis itu dan dia tahu, Lea pun begitu juga. Tapi entah kenapa, kata-kata cinta langsung tidak mampu di luahkan. Bagai ada yang menghalang setiap kali di cuba.

“Rilek bro.. take your time” Dia teringat kata-kata Dani. Betul juga apa yang Dani kata. Takkan lari gunung di kejar.

Yalah, tapi yang kau kejar tu orang, bukan gunung. Faiz tersengih sendiri mendengar kata hatinya.

Dia melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul tujuh malam. Dia kemudian berjalan kaki menuju ke KLCC.


****************************************************************

Faiz memandang kereta Polo merah yang baru saja lalu di hadapannya, memerhatikan kereta itu hingga hilang dari pandangan.

MAL 125

“Kereta Emalin” Dia berkata sendiri. Kereta itu sudahpun membelok ke arah The Zouk.

“Mak aih… baru lepas maghrib kau dah masuk disko?” Faiz menggeleng kepala Dia meneruskan langkah ingin kembali ke Hotel Maya, mengambil keretanya dan berjumpa dengan Lea.

“Tolong nasihatkan Emalin” Kata-kata Datin Sarah secara tiba-tiba bermain di kepala. Langkahnya terhenti, lalu dia menarik nafas.

“Takkan aku nak pergi Zouk?” Faiz berkira-kira. Dia berperang dengan perasaan sendiri.

Nanti-nanti ajalah jumpa dia.

Tapi rasa tak sedap hati.

Habis tu, takkan nak masuk Zouk?

Lea macam mana?

Faiz masih tercegat di situ. Akhirnya dia tidak jadi melintas, menukar arah ke pusat maksiat terkenal di ibu kota.

Hello Zouk. Long time no see…..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 04:13 PM | Show all posts
“Din!” Dia menoleh. Sudah agak lama dia tidak di panggil dengan nama itu.

“Woi, Fred, lu ke?” Dia agak teruja berjumpa dengan kawan lamanya, Fred, bukan nama sebenar. Nama betulnya Farid.

“What’s up bro? Lama tak nampak lu” Mereka berpelukan.

“Gua okay. Lu apa cer?” Faiz membalas.

“Gua macam nilah” Farid tersengih. Faiz menepuk bahunya.

“Lama tak dengar cerita lu. Kerja mana sekarang?”

“Dekat-dekat sini jugak” .

“Lu datang sorang-sorang je? Tak bawak cikaro?” Faiz tersengih lagi.

Cikaro.. cikaro…Macam cicak dah bunyinya.

“Bro, lu datang sini mesti ada hal kan?” Farid bertanya lagi. Sahabatnya itu sudah lama 'bersara'. Jadi, datangnya kali ini pasti bersebab. Faiz mengangkat kening.

“Gua nak cari orang”

“Siapa?”

“Kawan” Farid mengerutkan kening.

“Lelaki ke perempuan?”

“Perempuan” Farid mengangguk, seperti memahami sesuatu.

“Lu jangan risau, bro. Tempat ni gua pegang” Faiz diam. Tidak berkata apa-apa.

“Lan, Jack” Farid memanggil, menyentakkan kepala kepada rakan-rakannya seperti memberi isyarat.

“Jom. Don’t worry. Dengan gua, free admittance” Faiz mengangguk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 04:18 PM | Show all posts
Muzik berbunyi kuat dan membingit, seperti hendak pecah gegendang telinganya. Sinaran lampu laser juga menyilaukan mata.

Betul ke apa aku nak buat ni? Faiz menarik nafas.

“Lu jangan risau bro. Budak-budak gua ada dalam ni. Lu cari je kawan lu tu” Farid memberikan pesanan.

Suasana yang bingit dan silau, agak menyukarkan dia mencari Emalin. Agak lama juga dia berpusing dari satu tempat ke satu tempat mencari hingga akhirnya, dia ternampak Emalin sedang menari dengan beberapa orang rakannya.

Faiz hanya memerhatikan Emalin dari jauh...

**********************************************************************

“Joe” Emalin terpaksa menjerit untuk mengatasi muzik bingit.

“Yes?”

“I nak duduk dulu” Tangannya segera menolak tangan Johan yang sedang berpaut di pinggangya sejak tadi.

“What?”

“I nak duduk dulu” Emalin mengulang ayatnya.

“Nantilah dulu. Lagu best ni”

“I penat. Nak minum”

“Okay. Kejap lagi I datang”

Emalin berjalan meninggalkan lantai tari. Dia melabuhkan punggungnya di sofa. Segelas coke di ambil untuk menghilangkan dahaga. Kemudian, dia mengeluarkan rokok dari beg tangannya lalu di nyalakan.

“Lin!”

“Faiz” Emalin terkejut melihat Faiz sudah berdiri di depannya.

“You buat apa kat sini?”

“You pulak buat apa kat sini?” Pertanyaan Emalin juga di jawab dengan soalan.

“You peduli apa?” Ego Emalin mula menguasai dirinya. Dalam diam, dia agak teruja bila Faiz sanggup datang ke sini semata-mata mencarinya.

“Kita balik” Faiz cuba memujuk.

“Ah, I tak nak balik. I nak enjoy”

“Lin… please. Mama you risau tau tak?” Faiz masih cuba berlembut.

“Oh.. mama risau? What about you? You risaukan I tak?” Emalin sengaja bertanya sambil tersenyum sinis.

“Lin… jom kita balik” Emalin diam.

“Lin.. please. Kita balik ya…” Pujukan lembut Faiz mula mencairkan hatinya. Emalin menarik nafas.

“Ema” Johan sudah berada di depan mereka. Tajam matanya memandang Faiz.

“Is everything alright?” Emalin mahupun Faiz tidak menjawab.

“Who is this?” Soalan itu di ajukan kepada Emalin.

“Err.. kawan I” Emalin menjawab akhirnya.

“Lin, jom balik” Suara Faiz mula keras kali ini.

“Hello bro.. Lu apahal lak?” Faiz mengangkat muka.

“Bro.. gua taknak cari pasal dengan lu. Emalin kawan gua. Gua nak bawak dia balik”

“Ema, you nak balik ke?” Emalin masih membatukan diri.

“See, she’s not saying anything. Maknanya dia tak nak balik. So, lu boleh blah!”

“Lin balik!” Faiz tidak lagi memujuk, sebaliknya memberi arahan. Emalin semakin serba salah.

“Bro.. lu tak faham bahasa ke? Dia tak nak balik” Faiz diam. Enggan melayan. Matanya di arahkan kepada Emalin.

“Eh, blah lah” Johan bertindak berlebihan kali ini. Bahu Faiz di tolak.

“Lu apahal? Gua tak cari pasal dengan lu pun. Lin, balik!”

Satu tumbukan mengenai muka Faiz namun dia masih mampu bertahan. Faiz membalas dengan satu tumbukan tepat mengenai perut Johan membuatkan lelaki itu terjatuh. Walaupun senak, Johan bangun tapi niatnya untuk membalas terhenti.

“Rilek bro…” Farid dan kuncu-kuncunya sudah berada di belakang Faiz.

“Apa ni, gaduh-gaduh?” Farid bersuara lagi. Johan diam. Memang cari nahaslah kalau dia melawan.

“Lin, let’s go” Emalin yang tergamam sejak tadi tersentak. Dia segera bangun, mengambil beg tangan dan menuruti langkah Faiz. Faiz tersenyum mengejek memandang Johan sambil mengangkat kening, dan terus meninggalkan tempat itu.

“Sial” Johan meludah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 04:20 PM | Show all posts
“Fred.. thanks” Faiz dan Farid berpelukan.

“No problem bro. Apa-apahal, lu roger gua” Farid membalas.

“Lin, balik. I tunggu you dekat rumah” Faiz berkata pula kepada  Emalin. Emalin diam, namun akur dengan arahan itu.

“Okay bro.. chow dulu”

“Alright” Farid mengangkat tangan. Memerhatikan Faiz hingga hilang dari pandangan


****************************************************************************

Faiz sudah sampai di rumah Emalin sepuluh minit lebih awal. Sengaja dia menunggu Emalin hingga selamat sampai ke rumah. Emalin tidak memarkirkan keretanya di dalam, sebaliknya berhenti di sebelah Faiz. Dia keluar, mukanya masam.

“What’s wrong with you?” Emalin bertanya garang.

“I should ask you the same question”

“You dah tak pedulikan I. Suka hati I lah nak buat apa pun” Emalin menjawab.

“Lin, stop being childish, will you?”

“Apa masalah you ni Faiz? You tak payah sibuk-sibuk ambil tahu pasal I lah. You jaga je mak andam kesayangan you tu”

“Kita dah lama kawan, Lin. Of course lah I ambil kisah pasal you”

“Tak ada maknanya”

“Lin, mama you risau tau tak? Empat hari lepas dia datang jumpa I dekat ofis. Dia kata you dah buat balik perangai lama. Janganlah macam ni Lin. Tak kesian ke dengan mama, dengan papa?”

Emalin hanya menjeling. Faiz menarik nafas. Lama mereka terdiam.

“Look..Lin. I tahu you penat, you marah. Get in, take a good rest. We’ll talk about this some other time”

Emalin menarik nafas. Wajah Faiz di pandang lama seperti mencari sesuatu. Akhirnya dia mengeluh. Masuk kembali kedalam kereta. Pintu  pagar automatic di buka, lalu dia masukkan kereta ke dalam. Apabila dia keluar, dia melihat Faiz sudah pun masuk ke dalam kereta untuk meninggalkan rumahnya.

He loves me… Tiba-tiba dia tersenyum.

************************************************************************

Lea membaca sms yang baru di terima.

Sorry, aku ada hal. Tak dapat datang. Next time okay?

Sms Faiz tidak di balas. Dia kembali berbaring di atas katil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 04:23 PM | Show all posts
Tertekan 'butang' rajin hari ini.

Happy reading!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 04:39 PM | Show all posts
Salam..... Meooowww....

Alamak.... Faiz baru nak mengorat si Lea, dah tukar program pulak.... Apadaa.....

Kesian Lea, punya ler excited nak gi dating, sekali kena kansel.... Lea, next time, jgn cepat kesian kat Faiz tu, kasi ajar cukup2 sebelum terima permohonan maafnya.... Hihihi....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 06:08 PM | Show all posts
Nak lagi... Kalau boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 08:32 PM | Show all posts
Nk lg jugaaaaaaa .....cerita best ni mana oleh tangguh2  ...? Hihihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 08:33 PM | Show all posts
Salam..... Meooowww....

Alamak.... Faiz baru nak mengorat si Lea, dah tukar program pulak.... Ap ...
auntieagony Post at 26-4-2012 16:39


Salam Auntie...
Lea tak boleh merajuk lebih-lebih sebab diorang belum declare... ahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 08:36 PM | Show all posts
Reply 196# sang_arjuna

Niat memang nak sambung lagi... tapi idea belum mari...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 08:39 PM | Show all posts
Reply 197# hotmum

Thanks hotmum....

Idea belum mari lah... jalan-jalan dulu tengok benang orang lain... hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.054019 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list