CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AyieBoyZ

Siti Nurhaliza feat Pit Bull + Alicia Keys + Sean Kingston

  [Copy link]
Post time 13-9-2011 08:25 AM | Show all posts
Reply 125# kukulangau


gemuk tu pada aku takde hal.. family dia pun bukan jenis yg runcing runcing...dia pun bukan anak dara sunti trang trang tang
sense of fashion ke laut tu... pesen designer ni dengki sangat ke kat CT.. or CT mmg tak kesah memperkenalkan pesen pesen sebegini...

tapi color oren ni.. aku rasa hari tu erra fazira pakai dgn skirt pink... stylo la gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 08:30 AM | Show all posts
cukup dgn term tu je....sbb ko still lagi nak bertahan dgn stetmen2 yg xnak terima kenyataan...

g ...
savannah701 Post at 12-9-2011 22:54



rezeki CT byk kat local jer senang citer...rezeki zee avi pulak kat US katanya...gittew....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:34 AM | Show all posts
Reply 157# savannah701


    pasal albert hall tu ku sokong, dr dulu lg dah terfikir pasaltu, napela x da tawaran or kenapa ct senyapja lepas perform kat albert hall tu, sepatutnya tawaran dr pihak sn tentu ada & mungkin ada jemputan dr london tuk ct perform any majlis or anything, but x da apa2 perkmbngn positif pun..........ok tu je nak komen hokey, yg lain2tu x nak masuk campur...good luck for ct & team..........
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:39 AM | Show all posts
ct wat konsert kt london =supposedly ct dpt offer /pegi lebih jauh klu dia btl2 bgs...i wonder why a ...
mizzmaddie Post at 12-9-2011 23:56


sama lah macam aku. macam nak lahar2 je sapa yang bagi DCT pakai baju oren topi purple tu. HAZABBBBB!!!
{:2_77:}{:2_77:}
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 09:02 AM | Show all posts
Reply  savannah701


    pasal albert hall tu ku sokong, dr dulu lg dah terfikir pasaltu, napela x da tawaran or kenapa ct senyapja lepas perform kat albert hall tu, sepatutnya tawaran dr pihak sn tentu ada & mungkin ada jemputan dr london tuk ct perform any majlis or anything, but x da apa2 perkmbngn positif punbudaksabah Post at 13-9-2011 08:34



dah yg nonton pun rombongan cik kiah yg dihangkut dari sini. konsert syok sendiri. kah kah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 12:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2011 12:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 12:29 PM | Show all posts
Thread tok T mesti x sunyi ngan komen2   bernas  ... ahahahaha
\satu je harapan aku , semoga tok t  akan men'hire' fashion guru  utk style dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 12:51 PM | Show all posts
nie video dia nak buat ala2 flash mob gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 01:27 PM | Show all posts
siti ni PR bagus betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 01:32 PM | Show all posts
when she speaks her words are wise
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:28 PM | Show all posts
harapnye DCT buleh ber komunikasi dgn retis2 mat salleh ni.....jgn bwk translator lak.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:34 PM | Show all posts
harapnye DCT buleh ber komunikasi dgn retis2 mat salleh ni.....jgn bwk translator lak.....
vit_agen Post at 13-9-2011 14:28



alahai setakat nak jawab2 soalan bersembang2 pasal dunia hiburan tu takde masalahnye
apa kesah grammer betul ke tak betul as long as the other party paham apa yang kita cuba sampaikan
bukannya berborak sambil ambik english oral test
lain la kalau loghat pekat macam orang korea ke jepun ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:43 PM | Show all posts
alahai setakat nak jawab2 soalan bersembang2 pasal dunia hiburan tu takde masalahnye
apa kesa ...
kukulangau Post at 13-9-2011 14:34

leh ke dia sembang2 tu.......???
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:47 PM | Show all posts
Reply 112# kukulangau

khan..msh slang korean kimchi bagai..da satu lagu jepoon tu pa ka nama nyer...da bhs jepoon den sepauh english tu pun msh slang jepoon nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:01 PM | Show all posts
not bad dato
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 04:02 PM | Show all posts
hahaha. ni mesti tak pernah dengar CAM MANA orang putih dari negara france,german,east euro ...
sixret Post at 12-9-2011 22:40



tau ler kau big fan dia, tp jgn la emo derrrrr.................;)
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 04:29 PM | Show all posts
Flashmob Dalam Klip Video Falling In Love Siti
                      13 Sep 2011, 03:03am   |        Muzaffar Mustapa  |           Utama >       HIBURAN >       BERITA HANGAT >      
        

                                                                                              

        
Setelah Falling In Love, single pertama dari album Inggeris pertamanya mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, hari ini penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza menjalani penggambaran untuk klip video single tersebut.

Mengambil konsep flashmob, klip video tersebut yang hanya dirakamkan menggunakan satu kamera telah diarahkan oleh Khairul Azri dari PhuturePhlow.

“Konsep flashmob sudah biasa dilakukan oleh artis antarabangsa dan untuk lagu Falling In Love, Siti rasa menarik kalau kami masukkan elemen tersebut. Lebih-lebih lagi yang terlibat ialah peminat-peminat Siti sendiri selain penari professional. Kalau boleh Siti mahu peminat yang suka dengan lagu ini akan gembira bila dapat terlibat dalam pembikinan klip video ini,” ujar Siti.



Lebih 200 penari yang sebahagian besar daripadanya merupakan peminat Siti sendiri, Siti menjelaskan perbezaan paling ketara klip video tersebut berbanding yang sebelum ini.

“Ini merupakan klip video Siti yang paling cepat disiapkan sepanjang kerjaya Siti. Siti pernah menjalani penggambaran klip video sehari suntuk. Kadang-kadang satu hari pun tidak selesai. Namun klip video ini sekejap saja kerana ia disiapkan dalam tempoh 5 jam sahaja. Penggambaran hanya gunakan satu kamera dan satu take sahaja. Siti tidak perlu menukar pakaian banyak kali dalam klip video ini, tambah Siti lagi.

Penggambaran yang dilakukan berdekatan Bukit Bintang Entrance pusat membeli-belah Pavilion itu diulang sebanyak lebih 10 kali bagi mendapatkan shot yang terbaik sebelum disunting.


“Memang ia kerja yang memenatkan kerana kami perlu melakukannya berkali-kali untuk memastikan itulah shot terbaik yang berjaya dirakamkan. Kami perlu meneliti setiap pergerakan penari, kedudukan penari dan juga persekitaran yang agak sukar dikawal. Ada satu ketika penggambaran terpaksa diulang kerana terdapat beberapa pelancong asing yang tidak sedar berada di dalam shot dan mahu mengambil gambar ketika Siti sedang melakonkan wataknya,” tambah Siti mengingati semula kenangan-kenangan melucukan yang berlaku ketika penggambaran tersebut.

Pernah merakamkan klip video bersama aktor popular Indonesia iaitu Nicholas Saputra, Siti amat berpuas hati dapat bekerjasama dengan PhturePhlow yang pernah menerbitkan klip video Butterfingers seperti Seribu Tahun dan Mati Hidup Kembali.

“Siti senang bekerja dengan mereka kerana mereka satu kepala. Masing-masing tahu apa yang Siti inginkan dan kena dengan konsep dan muzik yang Siti bawakan. Siti dapat rasakan klip video ini berbeza dengan apa yang pernah Siti berikan sebelum ini,” tambah Siti lagi.
Mengenakan trench coat berwarna ungu bercorak kotak yang ditaja oleh Burberry dipadankan dengan aksesori tajaan Mont Blanc, Siti sempat melayangkan ucapan terima kasihnya buat lebih 200 peminatnya yang hadir untuk turut sama dalam pembikinan klip video tersebut.


“Siti tidak sangka ada di antara mereka yang sanggup bercuti demi menjayakan klip video ini. Mereka sanggup mengulang penggambaran apabila diarahkan untuk berbuat demikian dan tidak merungut. Siti mahu mereka merasai apa yang telah Siti lalui sepanjang lebih 15 tahun dan sama-sama menikmati hasilnya dalam klip video ini,” ulas Siti kepada para peminatnya yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya selama ini.

Klip video Falling In Love dijangka dilancarkan pada 26 September ini di majlis pelancaran album Inggeris pertamanya, All For Love yang akan mula dipasarkan pada 24 September ini. Lagu-lagu dari album tersebut juga boleh dibeli menerusi iTunes.


Corat-Coret

1.    Penggambaran klip video tersebut hanya menggunakan satu kamera dengan satu take sahaja. Proses suntingan hanya untuk memasukkan playback lagu dan menyesuaikan warna.
2.    Hujan renyai-renyai mula turun sejurus pengarah klip video tersebut selesai menjalankan tugasnya.
3.    Penggambaran tersebut diulang sebanyak 12 kali bagi mendapatkan shot yang terbaik.
4.    Siti yang hadir mengenakan kasut miliknya sempat membeli sepasang kasut baru berjenama Coach bagi setelah melihat kasut itu diperagakan di luar kaca butik tersebut.
5.    Beberapa pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto bersama Siti sewaktu penggambaran berhenti rehat, tidak ketinggalan peminat Siti sendiri.
6.    Seorang pelancong asing telah bermurah hati membelikan Siti seketul bun roti dari The Loaf.
7.    Namun demikian gelagat aneh pelancong tersebut membuatkan petugas keselamatan memberikan sepenuh tumpuan kepada Siti bagi menjaga keselamatan penyanyi nombor satu negara itu.
8.    Pada mulanya Siti mengenakan jaket berwarna jingga, namun menukar dengan trench coat berjenama Burberry yang baru sahaja dipilih di pusat membeli-belah Pavilion.

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 04:32 PM | Show all posts
wahh..sempat lg tok t shopping kasut n baju
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 05:06 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza Nafi Penglibatan Alicia Keys & Pitbull





Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza hari ini menafikan ura-ura penglibatan penyanyi Alicia Keys dan Pitbull dalam album terbarunya All For Love. Nama dua penyanyi antarabangsa itu dikaitkan akan turut sama merakamkan lagu bersama penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Biarlah Rahsia itu.

Pihak kami hanya pernah terfikirkan tentang Pitbull untuk terlibat dalam album Siti. Namun kami tidak pernah menghubunginya. Itu pun berlaku apabila Sean Kingston terlibat dalam satu kemalangan dan sekiranya dia terpaksa menarik diri. Memang pada awalnya hanya nama Sean Kingston sahaja yang akan terlibat dalam album Inggeris Siti ini. Bila dia telah pulih, pihak Sean Kingston menghubungi kami untuk meneruskan rakaman. Jadi ia tinggal sebagai cadangan sahaja dan Alicia Keys langsung tiada dalam perbincangan kami,” jelas Siti

Bakal menjadi single keduanya, lagu Remember You akan turut menampilkan penyanyi Sean Kingston dalam lagu tersebut. Dimuatkan dalam album All For Love  yang akan mula diedarkan pada 24 September ini, album tersebut diterbitkan oleh Whats Up Entertainment yang diterajui anak tirinya, Adib Khalid.

Siti Nurhaliza menjelaskan ura-ura tersebut sewaktu ditemui ketika menjalani penggambaran klip video untuk lagu Falling In Love yang dilakukan di pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196256 Replies : 4543
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30367 Replies : 182
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.097233 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list