|
best2.... cepat lah diorg bersanding..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 178# asyriqa
weh kelakor weh....kita tgk cara cik herb nak mengolah cerita
cara smiley & bling kita dah tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 182# qimi08
itu ler cik herb ni berbakat besor sebenornya nih... pas nih kite suruh dia wat cite lain plak... td dia kata nak konflik2 kan... kite layannnn sume... yang penting meletopppp.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi itu selepas subuh, Yasmin membacakan Yasin untuk dihadiahkan kepada aruah ibu dan ayah sambil berdoa agar perkahwinanya turut direstui mereka. Yasmin seterusnya bersolat sunat hajat agar akad nikahnya pada jam 11 nanti berjalan lancar sebagaimana dihajati. Selesai berdoa Yasmin membuang pandang ke arah baju nikah warna kelabu perak bersulam manik mutiara senada. Cantiknya, getus hati kecil Yasmin. Tidak pernah dia menduga dapat menyarungkan baju nikah, ingatkan membujang sampai ke mati. Ungku Hadi yang menetapkan pilihan warna dan kain bagi majlis nikah mereka, Yasmin lepaskan kerana dia pasti citarasa Ungku Hadi tidak akan mengecewakan.
Pintu bilik yang berbunyi menghentikan lamunan Yasmin. Dengan keadaan yang masih bertelekung, Yasmin bangun membuka pintu bilik.
"Kak, inai menjadi tak?"soal Hana sambil tangannya memeriksa setiap jari Yasmin yang diinainya malam tadi.
"Kalau dah berinai sakan malam tadi takkan tak menjadi" balas Yasmin sedikit pelik sambil memandang Hana yang masih membelek jari-jemarinya.
"dah la tu Hana, kan mak pesan ajak Kak Min kamu sarapan, ni yang menelek tangan pengantin apa ceritanya?"tegur Mak Temah ibu Hana yang turut datang meramaikan pihak Yasmin.
"Alah mak, Hana suka tengok inai merah menyala, barulah best jadi pengantin kan kak?" balas Hana sambil memaut bahu Yasmin yang cuma menggelengkan kepala.
"Eh budak ni, macamlah dia yang jadi pengantin. Dah Min, takyah dialayan budak sorang ni. Jom sarapan, nanti masuk angin perut tu panjang lak ceritanya." ajak Mak Temah sebelum berlalu semula ke dapur.
"Akak gembira tak? Hana syukur sangat akak kahwin dengan Ungku. Allah makbulkan juga doa Hana . Akak baik sangat, Ungku pun baik orangnya, Hana harap akak bahagia sampai ke anak cucu" bergenang air mata Hana kerana terlalu gembira.
"Terima kasih Hana. Akak pun doakan Hana agar cepat sampai jodoh yang terbaik untuk Hana. Dah, jom kita ke dapur. Kang bising lak Mak Hana tu" Yasmin menarik Hana untuk bergerak sama ke dapur. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply qimi08
itu ler cik herb ni berbakat besor sebenornya nih... pas nih kite suruh dia wat ci ...
asyriqa Post at 13-9-2011 15:46
ish, herb tak minat konflik. hubby aja yg sibuk suruh herb berkonflik. herb bagi kak bling aja berkonflik. |
|
|
|
|
|
|
|
"Hadi dah bangun Sarah?" soal Ungku Maimunah bila kelibat Ungku Hadi masih belum kelihatan sejak dia keluar dari biliknya.
"Dia ke masjid rasanya Bonda subuh tadi" sahut Ungku Sarah yang sedang menyendukkan spaghetti goreng berkari ke dalam pinggan Engku Emran.
"Takpelah kalau gitu. Elok juga dia ke masjid, dapat mengurangkan debar nak nikah nanti. Takdelah tersebut nama orang lain pulak" Ungku Maimunah mengusik anaknya Engku Emran yang tersebut nama Uji Rashid sewaktu melafazkan akad.
"Bonda ni, cerita dah basi tu juga diulang2. Malu la Bonda" jawab Engku Emran sambil memandang isterinya yang mula tergelak. Ketawa la sayang, masuk bilik nanti tahulah abang apa nak buat. Dihadiahkan senyuman nakal kepada Ungku Sarah yang mula cuak. Di belakang Ungku Maimunah, Ungku Sarah sengaja bermain mata dengan si suami. Seakan tahu, apa yang ada di fikiran si suami, sengaja Ungku Sarah memberikan jelingan menggoda sebelum duduk.
Kemesraan ayahanda dan bondanya dapat dilihat oleh Ungku Hadi yang baru balik masjid. Timbul pula fikiran nakal nak mengusik mereka berdua.
"Nenda, rasanya tahun depan Hadi dapat adik la" usik Ungku Hadi yang baru sampai lantas duduk di sebelah Ungku Maimunah.
"Jangan nak mengada, Nenda dah tak larat nak menjaga orang dalam pantang" balas Ungku Maimunah bersahaj. Pecah ketawa Ungku Hadi bila mendengarkan jawapan Ungku Maimunah. Wajah Ungku Sarah yang dah mula kemerah-merahan memandang si suami yang tersenyum-senyum ke arahnya sambil mengenyitkan mata.
Ya Allah, semoga hidup aku dan Yasmin akan sebahagia ayahanda dan bonda. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketawa la sayang, masuk bilik nanti tahulah abang apa nak buat. Dihadiahkan senyuman nakal kepada Ungku Sarah yang mula cuak.
patutlah hormon ayahanda yg Ungku Hadi dapat rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
SO SWEET.....TERHARU GAK RASA....SIAN YASMIN....ADE KE RASA MEMBUJANG SAMPAI KE TUA...HAHAHA |
|
|
|
|
|
|
|
yes rajin2 lah update herb.... |
|
|
|
|
|
|
|
yes rajin2 lah update herb....
qimi08 Post at 13-9-2011 17:14
Ungku Hadi & Yasmin kat Masjid Al-Muqarrabin ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 190# produkherba
weeehhhh kita kat office lagi loorrrr mereka nikah selepas solat asar ke |
|
|
|
|
|
|
|
kepak kepak kepung kepung
tak sempat pun nak buat baju ikut warna tema
tp takpe..janji Ungku & Yasmin selamat kawin |
|
|
|
|
|
|
|
Tepat jam 5 petang, Ungku Hadi dinikahkan dengan si dara pujaan hati bersaksikan rakan taulan dan kaum keluarga. Usai mengaminkan doa yang dibacakan oleh kadhi, Ungku Hadi mendekati Yasmin yang elok bersimpuh di atas ciur kelabuu perak berhiaskan mutiara. Bersambung-sambung flash kamera di jurufoto menimbulkan silau pada Ungku Hadi yang bercermin mata. Ungku Hadi mengemaskan sila untuk acara membatalkan air sembanhyang.
"Hadi, apasal ngadap Nenda. Yasmin sebelah kanan Hadi tu" tegur Nenda menahan ketawa. Adoi, ada aja yang tak betulnya. Ungku Hadi rasa nak marah pun ada kepada si jurufoto yang tak sudah-sudah mengambil gambar sehingga menyilaukan matanya. Dengan muka yang selamba Ungku Hadi memusingkan badan ke arah Yasmin yang sedaya mungkin menahan gelak. Berair mata Yasmin kerana menahan ketawa. Bagaimanapun, rasa lucu bertukar seriau bila Ungku Hadi melirik kepada bibirnya dan kemudian menghadiahkan senyum nakal kepada Yasmin.
Ungku Hadi mengambil cincin yang dihulurkan oleh Ungku Sarah untuk disarungkan ke jari Yasmin. Terpegun seketika Yasmin melihatkan cincin mutiara yang senada baju dipakainya dikelilingi butiran berlian kecil kini tersarung di jari. Cantiknya ya Allah. Lantas tangan Ungku Hadi disalam dan dicium. Ungku Hadi membalas dengan menghadiahkan ciuman penuh kasih di dahi cik perisik yang kini sah menjadi isterinya.
Kenduri sebelah Yasmin hanyalah mengundang beberapa orang rakan taulan dan jiran tetangga berlansung sederhana. Tidak ada majlis persandingan kerana ia akan diadakan di sebelah pihak Ungku Hadi nanti minggu depan.
"Sayang masak lagi sedap. Ni kureng la" bisik Ungku Hadi sebaik menjamah nasi hujan panas yang dihidangkan di meja pengantin. Yasmin hanya menggelengkan kepala. Ish, ngada betul... nak manja aja kerjanya komen Yasmin dalam hati.
"Saayyaaaanng" panggil Ungku Hadi perlahan takut didengari Nenda yang duduk di sebelahnya. Yasmin cuma menjungkitkan kening tanda bertanya.
"Balik nanti buatkan sambal. Abang nak makan dengan telur mata kerbau letak kicap. Tak puas la makan kat sini" manja aja bunyinya Ungku Hadi merayu. Ungku Sarah yang terdengar geleng kepala. Ish, anak dengan bapak sama aja. seboleh-boleh nak makan kat rumah, Ungku Sarah berkata-kata dalam hati.
"Sayang, sambal semalam ada lagi?" soal Ungku Emran perlahan di telinga Ungku Sarah yang masih melihatkan gelagat anak menantunya. Terletus ketawa di bibir Ungku Sarah mendengarkan pertanyaan si suami yang satu kepala dengan si anak. Jenuh la Yasmin nanti nak melayan kerenah anak manjanya.
"Sayang, boleh tak ni?" tak habis lagi rupanya Ungku Hadi merayu-rayu.
"Yalah, nanti min masak" boring aja suara Yasmin yang rimas mendengarkan Ungku Hadi yang tak sudah-sudah merayu dimasakkan sambal. Bercahaya muka Ungku Hadi sebaik mendengarkan kesanggupan Yasmin memasak sambal.
Usai jamuan Ungku Hadi dan Yasmin bersalam-salaman dengan tetamu yang mula beransur pulang. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah dah selamat dah........ |
|
|
|
|
|
|
|
msti skrg nie yasmin nak g wat sambal.. |
|
|
|
|
|
|
|
wahh...jangan tamatkan lagi ye. cik herb mana adegan mesra2nya...kami nak join dorang honeymoon plak pas ni |
|
|
|
|
|
|
|
seronok dgn kerenah parents ungku Hadi..sentiasa bergurau walaupun dah lama kahwin.
rupanya Ungku Hadi ikut perangai bapaknya...gatal..miang dan manja dgn isteri |
|
|
|
|
|
|
|
memintaklah x de dugaan yg melanda... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|