CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irvene

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober

[Copy link]
Post time 1-10-2025 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 1-10-2025 07:27 AM
Tak boleh compare la..tu mmg stock preloved. Btw perantin nmpk muka mcm cina kulit tan..maknya cin ...

Jahat nye mulut hang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2025 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg perempuan nampak dah tua????
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2025 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepyfish replied at 1-10-2025 05:26 PM

Time akad nikah pun termasuk dlm live juga ke ataupn perarakan d'jln raya tu je ada live?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2025 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilgiying replied at 1-10-2025 08:58 PM
Time akad nikah pun termasuk dlm live juga ke ataupn perarakan d'jln raya tu je ada live?

Nikah tak ada live. Buat tertutup.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk compare bini ramos ni dgn khaleeda j, i rasa khaleeda j lagi lawa and manis kot. Both tanned skin and classic look, tp yg ramos punya ni nampak tua
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Nikah buat tertutup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2025 09:16 AM | Show all posts
hehehe...tgh tgk live perarakan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 09:33 AM | Show all posts
nightwinkle replied at 2-10-2025 09:16 AM
hehehe...tgh tgk live perarakan

mana nak tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 09:34 AM | Show all posts
NalyDD replied at 2-10-2025 12:14 AM
Kalau nk compare bini ramos ni dgn khaleeda j, i rasa khaleeda j lagi lawa and manis kot. Both tanne ...

tapi sekurang-kurangnya Ramos pilih isteri yang backgroundnya bukan calang-calang
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 09:35 AM | Show all posts
sapa lagi tua, khaleeda atau aa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 09:41 AM | Show all posts

mediaselangor.com

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 10:58 AM | Show all posts


Tahniah kedua mempelai Di-Raja.

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 10:59 AM | Show all posts
SHAH ALAM, 2 OKT: Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor dan pasangannya Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz dijadual bermula dengan istiadat perarakan kenderaan istana, pagi ini.

Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj akan diarak bermula di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz hingga ke Istana Alam Shah sejauh kira-kira 650 meter bagi menyempurnakan istiadat pernikahan di Masjid Istana Diraja.

Tengku Amir Shah, satu-satunya putera tunggal Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Yang Mulia Puan Nur Lisa Idris Abdullah, diputerakan pada 12 Disember 1990 di Hospital Pacific Presbyterian, Amerika Syarikat.

Baginda diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 ketika berusia 11 tahun, dengan istiadat pemasyhuran dan angkat sumpah sebagai Raja Muda Selangor ke-9 berlangsung pada 2016 di Istana Alam Shah, Klang.

Tengku Amir Shah menerima pendidikan awal di Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Wellington College, United Kingdom, dan menamatkan A-Level pada 2009.

Baginda melanjutkan pengajian ke University of Leeds dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekologi dan Biologi Alam Sekitar pada 2014, dan memulakan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson pada tahun sama.

Baginda kemudiannya menyambung latihan di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), United Kingdom dan ditauliah sebagai Leftenan Muda dalam Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 2016.

Pada 2017, Tengku Amir Shah dianugerahkan Beret Maroon dan Sayap Penerjun Kehormat yang melayakkan Baginda sebagai anggota pasukan payung terjun elit negara dan dinaikkan pangkat kepada Kapten pada 2020.

Dalam bidang kepimpinan dan kemasyarakatan, Baginda adalah pengasas dan Presiden Eksekutif Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi yang ditubuhkan pada 2017 bertujuan untuk memperkasa belia menerusi program pembangunan diri, keterlibatan sivik dan daya tahan komuniti.

Baginda juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Pengerusi Selangor FC, Life Commodore Royal Selangor Yacht Club serta Penaung Diraja kepada beberapa organisasi termasuk Cheshire Home Selangor, Yayasan Raja Muda Selangor, Invest Selangor, Children’s Protection Society (CPS), Water Air Food Awards (WAFA), dan World Corporate Golf Challenge (WCGC).

Dalam bidang pendidikan tinggi, Tengku Amir Shah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2018, dan kemudian sebagai Canselor Putra Business School pada 2023.

Pada Jun lalu, Baginda diberi penghormatan sebagai Transformational Leadership Fellow oleh University of Oxford, menandakan komitmen Tengku Amir Shah terhadap pembelajaran berterusan dan pembangunan kepimpinan global.

Di luar tugas rasmi, Tengku Amir Shah meminati cabaran fizikal dan pernah menawan Gunung Kinabalu serta Gunung Kilimanjaro, selain kerap menyertai Raja Muda Selangor International Regatta. Baginda turut meminati sukan pelayaran, tenis, padel tenis dan berbasikal.

Tengku Amir Shah sentiasa meluangkan masa menyertai aktiviti kemasyarakatan selain memperlihatkan ciri-ciri pemimpin berjiwa rakyat yang berpegang teguh pada prinsip khidmat, serta komited terhadap masa depan negeri.

kredit: MediaSelangor.com
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 11:04 AM | Show all posts
nightwinkle replied at 2-10-2025 09:16 AM
hehehe...tgh tgk live perarakan

Tengku Amir sorang2 je . i tot ade both mempelai after akad? tapi panas la nampak tadi Tg Amir naik kete tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 11:07 AM | Show all posts
Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz
Gelaran setakat hari pernikahan arini.

sis tgu gelaran Che Puan Muda Selangor (gitu ke gelaran kalo commoner jadi wife crown prince?)
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
watachiwa replied at 2-10-2025 11:07 AM
Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz
Gelaran setakat hari pernikahan arini.


Coming soon kot...biasa kalau baru kawen tak dapat lagi title. Mcm kida & Sophie dulu pun mcm tu juga. After a few months baru dpt title yg baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 11:23 AM | Show all posts
fariarizai replied at 2-10-2025 11:21 AM
Coming soon kot...biasa kalau baru kawen tak dapat lagi title. Mcm kida & Sophie dulu pun mcm tu j ...

yg bukan kawen dgn crown prince mcm anak ku Nan tu lagi lambat lah ye kurnia gelaran?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana nk tgk live nikah nya korg. Td dpt tgk video perarakan je
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
X best la tgok live tdi sbb x dpt tgok majlis akad nikah...siapa je tetamu yg ada time akad tu? Raja2 negeri lain pun dtg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilgiying replied at 2-10-2025 12:00 PM
X best la tgok live tdi sbb x dpt tgok majlis akad nikah...siapa je tetamu yg ada time akad tu? Raja ...

I don't think so. Katanya tertutup utk keluarga dan rakan² terdekat je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 04:31 AM GMT+8 , Processed in 1.035334 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list