CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: telracs

[Melaka] Edisi Rumah Pantun

[Copy link]
 Author| Post time 17-12-2024 06:49 AM | Show all posts
Edited by telracs at 16-12-2024 10:50 PM

Sarapan pagi pembuka selera,
Di pagi Selasa yang indah ceria;
Assalamualaikum pembuka bicara,
Memulakan hari yang penuh bahagia.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2024 09:12 AM | Show all posts
Edited by telracs at 17-12-2024 01:22 AM


Bahasa Melayu dan juga Sastera,

Mudah difahami jika tersurat;

Baha Zain sasterawan negara,

Hasil penanya halus tersirat.




Pesan orang tua-tua

Yang tak telus mata

Yang menampi padi, antah dan sekam

Yang mengail dilubuk dalam

Terkilat ikan di air

Tahu jantan betinanya



Katanya :

Kalau guru kencing berdiri

Murid kencing berlari



Kalau guru berak di tangga

Murid berak atas kepala



Jadi berwaspadalah

Tentang petah dan kata



Cakap malam dengar-dengar

Cakap siang pandang-pandang



Kalau bercinta rindu-rinduan

Kalau berahi menahan diri

Jangan gelojoh bila bercumbu

Sebelum duduk bersila dahulu

Selepas makan basuhlah tangan



Demikianlah bahasa dahulu kala :



Benci ~ tak nampak jijik

Tepat ~ tak terus terang

Tajam ~ tak terasa luka

Geram ~ tak nampak berang



Ah, alangkah halusnya makna!

Tersisip tersemat di pantun lama



Terang bulan di angkasa,

Bayangnya jatuh ke tanah rata;

Mana cantik rupa dan kata,

Cantik lagi budi bahasa.




BAHA ZAIN

Dewan Bahasa & Pustaka

2014

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Diablo at 17-12-2024 10:20 AM

Kalaui memasak jangan sampai berkerak
Nanti laksa disangka linguini
Teruja tidak, ikhlas pun tidak
Saya dipaksa masuk ke tred ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2024 10:24 AM | Show all posts
Diablo replied at 17-12-2024 02:19 AM
Kalaui memasak jangan sampai berkerak
Nanti laksa disangka linguini
Teruja tidak, ikhlas pun tidak


Buat kuih tepung diuli,
Makanlah cepat nanti basi;
Wow, Blo datang mencemar duli,
Kuhidangkan kerepek kerak nasi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2024 10:27 AM | Show all posts
Diablo replied at 17-12-2024 02:19 AM
Kalaui memasak jangan sampai berkerak
Nanti laksa disangka linguini
Teruja tidak, ikhlas pun tidak

Nasi dimasak sudah berkerak,
Tukarlah menu kepada laksa;
Teruja tidak, ikhlas pun tidak,
Terima kasih datang walaupun terpaksa.


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 01:00 PM | Show all posts
telracs replied at 16-12-2024 08:53 AM
Atap genting atap rumbia,
Rumah papan rumah batu;
Alhamdulillah hidup bahagia,



untuk cantik diri didandan
in sya Allah selagi nyawa dikandung badan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2024 01:01 PM | Show all posts
telracs replied at 16-12-2024 08:58 AM
Buah pinang habis dipunggah,
Dibawa orang ke dalam bangsal;
Terima kasih selalu singgah,



berjalan jauh beribu batu
terima kasih atas doa yg baik itu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:57 AM | Show all posts
telracs replied at 12-12-2024 01:28 PM
Kalau pinang masih muda,
Rasanya kelat sudah lah pasti;
Kalau hilang kasih lama,

Kasih manusia mungkin berubah
Bila melepasi hari ke hari
Sedih itu tidak spt demam yg kebah
Hanya gembira sahaja muka akan berseri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 10:00 AM | Show all posts
telracs replied at 12-12-2024 12:57 PM
Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja;
Kalau tuan mati dahulu,

Masuk syurga tidak kan mudah
Walau pahala setinggi gunung
Menambah amal byk kaedah
Kena sentiasa muhasabah dan merenung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2024 07:21 AM | Show all posts
amiraira replied at 17-12-2024 05:00 AM
untuk cantik diri didandan
in sya Allah selagi nyawa dikandung badan


Dandan diri di salon nyonya,
Sudah cantik tersipu malu;
Semoga usia kita dipanjangkan-Nya,
Bersama kesihatan yang baik selalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2024 07:24 AM | Show all posts
amiraira replied at 17-12-2024 05:01 AM
berjalan jauh beribu batu
terima kasih atas doa yg baik itu


Beribu batu berjalan kaki,
Terasa dahaga minum di kali;
Sama-sama daun keladi;
Kalau lalu singgahlah lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2024 07:30 AM | Show all posts
vanilacup replied at 18-12-2024 01:57 AM
Kasih manusia mungkin berubah
Bila melepasi hari ke hari
Sedih itu tidak spt demam yg kebah

Wajah berseri gambaran hati,
Cekal dan tabah setiap hari;
Walaupun sedih perlu dihadapi,
Redhalah dengan dugaan diberi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2024 07:36 AM | Show all posts
vanilacup replied at 18-12-2024 02:00 AM
Masuk syurga tidak kan mudah
Walau pahala setinggi gunung
Menambah amal byk kaedah


Tenang dan sabar meniti hari,
Menjalani hidup di penghujung usia;
Sentiasa muhasabah dan memperbaiki diri,
Semoga amalan diterima oleh-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 10:33 AM | Show all posts
telracs replied at 19-12-2024 07:21 AM
Dandan diri di salon nyonya,
Sudah cantik tersipu malu;
Semoga usia kita dipanjangkan-Nya,





masak manis buah kuini
menu sarapan apa dipagi ini?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 10:34 AM | Show all posts
telracs replied at 19-12-2024 07:24 AM
Beribu batu berjalan kaki,
Terasa dahaga minum di kali;
Sama-sama daun keladi;



suka roti yg ada inti
in sya Allah singgah kalau ada noti
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 05:30 PM | Show all posts
Edited by Paiya at 20-12-2024 05:36 PM

Memang sudah rencana iblis
Untuk menghalang penambahan umat
Sejuta terima kasih untuk superMod Ipes
Atas pemberian point peanut

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2024 05:35 PM | Show all posts
telracs replied at 11-12-2024 09:57 PM
Hijau sawah indah panoramanya,
Teknologi moden banyak membantu;
Alhamdulillah urusanku dipermudahka ...

Sungguh bertuah beristerikan Cik Esah
Orangnya setia ke hujung nyawa
Segala pujian untuk Yang ESA
Kerana mendengar doa hambaNya



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2024 10:19 PM | Show all posts
Kalau belanja berjimat cermat,
Buat bekalan di hari tua;
Selamat malam wahai sahabat,
Dua hari tidak bersua.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2024 10:22 PM | Show all posts
telracs replied at 22-12-2024 02:19 PM
Kalau belanja berjimat cermat,
Buat bekalan di hari tua;
Selamat malam wahai sahabat,
Pergi ke sungai menangguk ikan,
Ikan semilang ikan haruan,
Maafkan saya banyak urusan,
Baru sekarang ada kelapangan.












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2024 10:28 PM | Show all posts
amiraira replied at 19-12-2024 02:33 AM
masak manis buah kuini
menu sarapan apa dipagi ini?

Buah kuini dibuat haluwa,
Dihantar pula ke rumah Pak Wahab;

Baru baca malam ni soalan mod Amira,
Esok sahajalah saya menjawab.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.197879 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list