CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shana85

Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)

  [Copy link]
Post time 7-4-2011 04:41 PM | Show all posts
kalu free letak n3 bebanyak tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 09:35 PM | Show all posts
rasa yg nampak hanim tu aizad kot..
agaknya, aizad ni pandai amik hati mak hanim..
tu yg mak hanim syg sgt ngan aizad tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 12:42 PM | Show all posts
Mesti Aizad yg nampak Anim nie........
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 03:52 PM | Show all posts
selalu lepas lunch je ada n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2011 06:24 PM | Show all posts
sorry hari ini hana x sihat so x der n3 lah yerrr...
panas2 ni buat hana migrain jerrr...
mc lg hari nieh... klah nak g pasar mlm nieh
nak cari laksam...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 06:49 PM | Show all posts
posting 125 m/s 5 ....novel yang menarik untuk di hayati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2011 09:26 PM | Show all posts
makin seronok baca n3
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 10:21 PM | Show all posts
weh rmh ni dah tinggal kebelakang kasi up sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 11:26 AM | Show all posts
best best citer nie, lepas sambung panjang2 yea
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 09:22 PM | Show all posts
Nim mana ko menghilang ni...
nak tahu  kisah ko selanjutnya cemner ko blh kawin dgn bos sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2011 04:16 PM | Show all posts
sorry... komputer hana ada problem
insyaallah minggu depan hana sambung
tngah busy gla skrg
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 11:10 PM | Show all posts
hana... nanti smbg yer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 10:21 AM | Show all posts
belum ada sambungan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2011 02:34 PM | Show all posts
Zahir tersenyum lebar melihat Hanim. Tidak siasia dia memaksa diri bangun awal datang ke sini. Rupa-rupanya hari ini hari bertuahnya. Hari ini dia bertemu dengan pujaan hatinya dan bakal mertuanya. Gembiranya.

Kalau susah sangat nak pikat Hanim, dia akan gunakan strategi pikat dulu orang tua gadis pujaannya. Moga-moga cerahlah peluangnya. Hanim nampak mesra dan gembira di sisi wanita tersebut. Mereka sedang asyik berbual sambil memilih sayur-sayuran segar.

“Assalamualaikum…” Zahir menegur pujaan hatinya. Hanim berpaling. Wajahnya berubah keruh melihat Zahir yang tersenyum lebar dihadapannya itu. Bencinya. Mana sahaja dia pergi, ada sahaja gangguan. Stalker apa lelaki ni. Seram Hanim memikirkan kemungkinan itu.

“Waalaikummussalam… anak ni siapa? Kawan Hanim ke?” soal Mak pada jejaka yang asyik tersengih aje dari tadi. Mata tu pula hanya memandang wajah Hanim. Hanim hanya membiarkan sahaja. Malas nak layan.

“Ya, makcik. Saya Zahir. Kawan Hanim…” dan bakal menantu makcik. Sambung Zahir dalam hati/ gila nak cakap macam tu depan hanim. Mahu dibaling sayur di tangan padanya. Lagipun tak naklah nampak dia gelojoh sangat depan bakal mak mertua.

“Kawan Hanim. Dah lama ke kenal Hanim?”

“Lama tu taklah lama. Mak cik beli barang ke? Selalu datang sini?” Tanya Zahir ramah. Senyuman masih lagi menghiasi wajahnya. Wajah Hanim yang masam mengcuka itu di pandang. Semakin di pandang semakin manis pula wajah itu. Makin terpikat hatinya.

“SElalu tu taklah selalu. Zahir pun selalu datang sini? Beli barang jugakke?” Hanim memcebikkan bibir. Benci. Tak suka mak melayan Zahir dengan mesra.

“Abang…” kedengaran satu suara. Zahir menepuk dahi. Bengang. Ada je yang kacau daun. Hanim tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2011 03:03 PM | Show all posts
“Abang Z pergi mana? Puas Zila cari tau…” Zila terus memaut tangan Zahir. Wajah Zahir yang bengang itu tidak dipedulikan.

“Makcik, Hanim kenalkan ini adik Zahir. Zila nama dia,” Zahir memperkenalkan Zila walau jauh disudut hati tidak ingin dia kenalkan Zila pada gadis pujaannya itu.

“Abang ni, Zila bukan adik abanglah. Zila ni sepupu abang Z tau,” jawab Zila. Tidak puas hati. Wajahnya dimasamkan. Hanim dan mak terpinga-pinga. Ingin ketawa pun ada melihat tubuh Zila yang terliuk lentok itu. Bagaikan tak ada tulang pula.

“Apapun Zila ni dah macam adik saya makcik. Bukan apa, saya nikan anak bongsu. Teringin pula nak ada adik,” Zahir tersenyum melihat wajah Zila yang sudak masam mencuka. Tangannya menepis tangan Zila yang tak tau duduk diam itu, gatal.

“Apapun, tetap boleh kahwin kan makcik,” Zila tersenyum lebar.

“Betul tu Cik Zila. Sepupu dengan sepupu boleh kahwin. Cik Zila ni girlfriend Encik Zahir ke? Bila nak Kahwin? Kalau nak kahwin nanti jangan lupa jemput saya.,” Hanim berkata ramah. Senyuman Zila pula makin lebar. Hanya Zahir tersenyum kelat. Zila ni mengganggu sahaja. Entah apa yang bakal mak mertua dia fikirkan nanti. Habis peluang dia hari ini. Geramnya apatah lagi bila melihat senyuman Hanim. Gembira betul Hanim. Siap offer nak tolong buatkan hantaran lagi. Bengang. Entah mengapa hari yang begitu indah ini menjadi mimpi ngerinya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 03:07 PM | Show all posts
kelakar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2011 03:23 PM | Show all posts
zahir tu cam ulat bulu naik daun
tp sib baik ada yg kacau daun
selamat hanim
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 04:42 PM | Show all posts
...
kalu free letak n3 lagi erkkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2011 02:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by shana85 at 19-4-2011 14:34

Hanim senyum sahaja pagi itu. Gembira. Entah mengapa dia menyukai Zila, sepupu Zahir. Hmm… bagus juga. Bolehlah dia jadikan Zila sebagai alas an menolak Zahir. Entah mengapa hatinya tiada rasa pada Zahir walaupun diakui lelaki itu baik. Soal hati, tiada siapa boleh memaksa. Bayangan Khaer juga makin menghilang. tiada lagi rindu pada lelaki itu.

Namun Hanim makin risau bila bayangan seseorang mula menghantuinya. Malunya. Takut jika dia perasan sendiri. Namun perhatian dan lirikan mata itu membuatkan hatinya berdebar. Seolah –olah jantungnya akan melantun keluar. Dup dap dup dap bila berhadapan. Parah betul.

Hanim mengeluh bila melihat sejambak bunga di atas meja. Bunga lagi namun bagaikan ada kelainan hari ini. Bunga lily putih, bukan seperti selalu bunga ros. Cantiknya. Hanim teruja. Pantas jambangan itu di ambil ada sekeping kad terselit di situ.

                                                        
                                                       Untuk kamu yang manis
                                                        Moga hari ini akan menceriakan kamu

                                                        Ikhlas,
                                                        MR X
                                                        (Yang selalu mencintai kamu)


“Mr X?” Hanim mengerut dahi. Berfikir. Siapa? Mana lelaki ini tahu dia suka bungalily. Bunga lily itu di pandang lagi.


“Hmm…cantiknya bunga. Bertuah badan…” Usik Salbiah. Matanya turut memandangjambangan bunga di tangan Hanim.


“Ish… KakSal janganlah cakap macam tu. Kak Sal tahu siapa yang letak bungan ni?” TanyaHanim.


“Monayang letak, tadi ada budak hantar. Kenapa? Bukan Encik Zahir ke yang bagi?”soal Kak Sal pula.


“Bukan,Mr X yang bagi. Entah siapalah Mr X tu?,” jawab Hanim. Ada keluhan di situ. Entah siapalah pula Mr Xni. Takut juga memikirkan pelbagai kemungkinan. Manalah tahu Mr X ni gila ketakpun psiko ke? Tak ke bahaya tu.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 03:24 PM | Show all posts
sambung lagi shana.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.051930 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list