Yang selebihnya tidak kedengaran apabila basikal yang ditunggang Daniel hilang daripada pandangan.Hana mengelengkan kepalanya.Kuat bergaduh betullah budak berdua ni.
Hana berpusing untuk masuk ke dalam rumah.Zakif disebelahnya masih lagi tersenyum dengan gelagat Dania dan Daniel.Hana melangkah masuk perlahan-lahan.Bila kaki dah kebas,nak berjalan pun rasa macam tak pijak lantai.
TINGKAP RUMAH HANA tutup.Sempat dia memerhati langit yang sudah bertukar menjadi warna oren.Remang senja.Spontan Hana tersenyum.Dalam banyak-banyak waktu,entah kenapa dia suka dengan waktu senja.Nampak cantik aje langit bila bertukar menjadi warna oren.
Tiba-tiba terasa bulu roma meremang.Bagaikan ada yang memerhati daripada belakang.Spontan Hana terus mengusap tengkuknya.Teringat pesan ibu yang mambang selalu keluar waktu-waktu senja macam ni.
Hana beristighfar.Laju tangannya mengunci tingkap.Hana berpusing.Berderau rasa darah apabila melihat Zakif sedang merenungnya tajam.Hana teguk air liur.Pandangan Zakif yang tidak dapat ditafsirkan itu terasa menikam jauh ke dalam hati.
“Apa?”soal Hana sepatah.Nada suaranya cuba dikawal sebaik mungkin.Apa kena dengan dia ni ushar aku semacam aje?
Zakif tidak menjawab,namun hanya senyuman sinis terbit di bibirnya.Dia menapak setapak ke hadapan.Hana spontan terundur ke belakang.
Wuaa…apa hal dia ni?Kena rasuk dengan mambang senja ke?
“You nak apa?”soal Hana.Semakin Zakif mara ke hadapan,semakin dia berundur ke belakang.
“You dah lupa?”soal Zakif.Keningnya diangkat-angkat.
“Lupa?”Hana kelam.Akalnya dipaksa cuba mengingati kembali apa-apa yang dia tertinggal.Tapi sungguh,dia memang tak ingat.
“Pasal game tadi”ujar Zakif lagi.
“Game?”Hana menyoal diri sendiri.
“Dengan rasminya Abang Kif jadi pemenang dan Abang Kif boleh kiss Kak Han”Alias menyampuk.
Allah!Air liur Hana teguk lagi.Teringat kembali mulut celupar Alias.Takkanlah Zakif maksudkan yang itu kan?
“I rasa you dah ingat kan?”Zakif mara lagi.
“Eh..”Dada Hana dah bergendang hebat.Dalam rumah sekarang ni,memang tak ada sesiapa pun melainkan dia dengan Zakif aje.Kaki yang sakit,terasa tak memijak ke lantai.
“I nak tuntut hadiah i..”Zakif sengih evil.
“Tak boleh nak postpone ke?”Hana menyoal.Ngee…Berapa lama aku nak pasang gear reverse ni?
“Postpone?”Zakif pandang Hana.Di urut-urut dagunya.
Hana angguk laju.”A`ah.Postpone.Tak boleh ke?”
“Hmmm..”Zakif kelihatan berfikir-fikir.
“Sorry”Zakif sengih.Dia memandang kembali Hana.”I tak suka postpone postpone ni.Game is game right?”
Hana tersentak apabila belakangnya terasa terkena bucu tingkap.Dia teguk air liur.Zakif dah semakin mara.Berlaga ibu jari mereka.Anak mata Hana bertentang dengan anak mata Zakif.Zakif senyum nakal.
“So...”wajah Zakif tunduk mendekati Hana.Terus Hana tutup matanya.Takut untuk dia melihat apa yang bakal dialami sebentar nanti.
Zakif yang melihat Hana menutup mata tersenyum kecil.Wajahnya dirapatkan lagi ke arah Hana.
Perlahan Zakif berbisik.“Bila you nak belanja I makan aiskrim kelapa dengan choki choki?”
Ehhh??Hana buka mata.Wajah Zakif yang rapat dihadapannya dipandang lama.Terkejut.
Aiskrim kelapa?Choki choki?
Zakif berpeluk tubuh.Dipandang Hana atas bawah.
“Yang you pejam mata tu kenapa?”soal Zakif.
Hana buat-buat pandang tempat lain.Mamat ni kan?Saja aje nak bagi aku sakit jantung.Hana menarik nafas dan menghelanya sekali gus.Perasaan cuak,takut,seram,gementar,semua dah hilang terbang melayang.Sekarang terasa malu dan nak menyorok aje dalam almari tak nak keluar-keluar.
Zakif senyum sinis.
“Ahaa..”Dia ketawa.”I tahu kenapa you pejam mata.You nak I kiss you kan?Selalu I tengok dalam filem-filem,kalau adengan kiss-kiss mesti perempuan pejam mata.Konon nak feellah agaknya.You tengah ambik feel yea?”Zakif ketawa lagi jahat.
Tersentak Hana.Dia pandang Zakif tajam.
“Tolong sikit eh.Dalam mimpi pun I tak nak you kiss I tahu.”
Zakif ketawa kecil.Ketawa jenis yang hendak menyakitkan hati.Hana getap bibir mendengar ketawa Zakif.Perasaan geram cuba dikawalnya.
“Kalau I nak kiss you,tak payah tunggu dalam mimpi”ujar Zakif.Dia berpusing untuk melangkah.
“Malah kalau I nak,I boleh dapat lebih daripada tu”Dia menjeling Hana dengan ekor mata.Jelas muka Hana berubah dengan kata-kata Zakif itu.
“Jangan lupa.Hadiah I..”Dan Zakif terus berlalu masuk ke dalam bilik. [ BAB 9 TAMAT ]
|