CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctA

CINTA BEE dan DAISY [U]

[Copy link]
Post time 10-1-2011 06:49 PM | Show all posts
lama pulak budak saat ni tak masuk sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2011 09:57 PM | Show all posts
kami masih menanti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 07:29 PM | Show all posts
cerita best.....tingat time study dedulu.... cTA skolah lg ke? nk lg n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2011 12:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 3-2-2011 00:11

BAB 20
Apa Prof cakap ni? Fermentasi? Food Fermentation? Guna microbial untuk hasilkan makanan? Melalui metabolisma microbial dalam ketidakhadiran oksigen. Sel-sel microbial akan menghasilkan ATP... Aaaa... natang apa pulak ATP ni. Bebalnya kepala otak ni.. kan dah pernah belajar dan baca fasal ATP ni tapi tak ingat, takkan kena buka buku balik. Stressnya... raas nak makan char kue teow.. tiba-tiba.

Wilda cuba sedaya-upaya membawa otaknya yang entah cicir di mana-mana untuk kembali ke dewan kuliah bangunan biologi ini. Payah benar rasanya hendak menumpukan perhatian pada pelajarannya yang teramat penting berbanding  kisah cintanya yang belum pun setahun jagung. Tumbuh pun tak lagi. Baru benih je yang bercambah. Itupun dah kena pijak...Satu keluhan berat dilepaskan.

Huhu.. Fermentasi tu contohnya macam buat tapailah kan. Ragi tu kan salah satu contoh microbial juga. Tapi kalau dah orang yang datang bulan tak boleh duduk dekat dengan orang yang buat tapai tu, sebab nanti tapai jadi merah, dah apa kaitan pula? Wargh... nak char kue teow double, cili jeruk lebih...

Pap! Ni siapa pulak yang main baling-baling ni. Mata dialihkan pada kerusi kosong di sebelah kanan, tempat dimana mendaratnya kapal terbang kertas yang macam kenal je siapa yang membuatnya. Hasil seni, origami tu... familiar sangat...

‘Tenang weh tenang. Gelisah macam ketagih syabu je tu apa hal...’

Wilda urut dada. Dah sah. Tak payah tengok belakang. Lihat pada tulisan saja dah tahu siapa yang hantar. Mentang-mentanglah prof tu rabun jauh, tak pakai cermin mata pulak tu, selamba je main baling-baling kapal terbang. Nasib baiklah kena tepat-tepat kat
aku.

Wilda menghela nafas perlahan. Stess... sebab bab-bab hati dan perasaan ni dah membutakan mata dan hati tentang kepentingan pelajaran. Dua puluh empat jam asyik fikir tentang orang di sana walaupun hati dah kata jangan.
Dua puluh minit saja fikirannya ada di dalam dewan kuliah itu, pada butir-butir perkataan dan gambarajah di layar putih. Selebihnya... dah naik kapal terbang pergi Shah Alam.



“Tu lap top tu, bukan daughnat”

Hah! Donat apa pula Umairah ni. Kepala dipalingkan ke belakangdengan muka serius minta kepastian. Memanglah tiba-tiba lapar apabila fikir donat sekarang ni... Mana nak cari?

“Kalau dekat skrin laptop tu tengah terpapar kau punya paperwork ke, proposal kerja kursus ke, aku percayalah juga yang kau tengah buat kerja. Tapi kat desktop tu ada wallpaper gambar kau je kot. Dah lima belas minit aku tengok kau tak klik apa-apa. Kau ni sihat ke tak?

Umaiy berbaring di katil Wilda. Katil yang kemas yang baru ditegangkan cadarnya itu kembalik berkedut. Wilda menggaru kepala yang tidak gatal. Telefon bimbit dah nak dekat seminggu senyap. Kalau berbunyi pun, Fara, Ijad, Add atau Umaiy yang mesej. Eh, tu kira senyap ke tu. Kiranya kalau nak guna ayat yang lebih spesifik, senyap daripada orang Shah Alam tu lah. Kalau sebelum ni, elok je berbunyi. Kalau tak mesej tanya dah makan ke belum, mesti ada mesej tanya apa khabar, sihat ke tidak hari ni, kelas pukul berapa dan bla blab la. Sekarang, jangan harap. Kalau dulu juga, ada orang yang sudi telefon pagi-pagi buta kejutkan dia solat Subuh. Sekarang, kalau Umaiy tak kejut, sekali- sekala terbabas juga

“Han tak mesej ke?”

Wilda menggeleng.

“Call?”

Lagilah tak. Geleng lagi.

“Dah tu, kau je lah yang approach” Umaiy memberi cadangan. Sekali-sekala perempuan kena juga buat first move. Lelaki ni kan ego. Kalau nak tunggu ego lelaki cair, sempat bercerailah kot mana-amana orang yang dah kahwin tu. Lagi-lagi dalam kes Wilda yang nampak macam Wilda yang salah.

“Dia marah dan merajuk dengan aku. Takkan aku nak terhegeh-hegeh explain dekat dia. Lagipun, dia dah stated yang kami ni kawan je” Ada nada berjauh hati pada ayat yang diluahkan. Memang hancur luluh hati bila dengar Idzhan keluarkan ayat tu. Memanglah ‘kawan’dan tak declare apa-apa tapi entahlah, kenapa ya, ayat tu macam menikam-nikam je.

“Takkanlah nak dekat seminggu tak surut-surut lagi rajuk dia tu?” Umaiy musykil. Selalunya lelaki taklah merajuk lama-lama dalam hal-hal yang boleh dibawa berbincang ni.Tapi Idzhan ni nampak macam dah patah hati pun ada. Memang ngerilah kalau cakap tentang hal-hal ‘Tuhan-nak-tunjuk’ ni. Betullah, kalau Tuhan nak tunjuk tu, bila-bila masa saja boleh.

“Dah tu, nak buat macam mana, aku just follow the flow je.Ada peluang, aku grab. Tapi, bukan sekarang. Dan aku tak rasa sekarang adalah masa yang sesuai.”

“Mungkin sesuai untuk benda lain”

“Contohnya?” Wilda angkat kening.

Dan tiba-tiba isyarat mesej berbunyi. Wilda terus membaca apa yang tertera di skrin. Muka keringnya memandang Umairah.

“Apa hal?’

“Add ajak makan”

Nah! Umaiy tersengih. Wilda mengerut dahi sambil memandang tajam ke arah umaiy.

“Never!”






BAB 21

Hah. Ingatkan duduk rumah, boleh relakaskan kepala tapi nampaknya tak jugak. Tadi balik rumah, mati-mati Add nak hantar tapi Wilda tak bagi. Nnati apa pula kata mama, kejap keluar dengan lelaki ni, sekejap lagi dengan lalki yang  lagi satu tu pula. Mahu tak risaunya orang tua itu. Senang pula anak gadis dia yang seorang ni ke hulu- ke hilir dengan lelaki.

Tapi bila dah niat dalam hati macam tu, mama pula buat lawak, sindir-sindir. Boleh dia tanya ‘Tak ada lelaki hantar ke?’. Aduh mama ni. Tajam sungguh ayat dia. Tapi Wilda balas dengan sengihan biasa je.... Nak tutup luka kat hati yang baru je nak kering ni.
Itu cerita petang tadi. Malam ni pula mama buat lawak sekali lagi. Tapi tak tahulah kategori sindir ke apa. Boleh dia tanya ‘Idzhan tak ajak keluar ke’. Wilda ternganga tak tahu nak bagi respon yang bagaimana. Mama ni suka sangat ke dengan Idzhan tu. Tak tahu  ke Idzhan tu dah buat anak mama luka.

Wilda balas dengan sengihan juga. Kalau boleh memang tak nak mama trace apa-apa perubahan pada riak wajah dia. Perempuan, selebar mana pun sengih nak tutup perasaan kat dalam ni, kadang-kadang terbaca juga dek orang lain. Tu orang lain, inikan pula ibu sendiri.

‘Idzhan tak balik’ jawab Wilda selepas sengihan tadi apabila tak mendapat respon yang memuaskan hati dari mamanya.

“Baik nampaknya buak Idzhan tu”

Lorrr... mama dah mula. Mama ni, awal lagilah nak cari calon menantu. Kelakar, bagi hint macam tu pulak.

“Iya2 je mama ni. Baru sekali jumpa” mata Wilda tidak dialihkan dari skrin tv. Tidak senang apabila mamanya menimbulkan topic tentang Idzhan.

“Mak dia pun okay...”

Pulak, mama ni...

“Mana pula mama tau yang ummi dia okay?” Hari tu rasanya kat kenduri kahwin auntie Mariam, mama dengan ummi Idzhan tak sempat berborak pun, main angkat-angkat kening dan angguk-angguk je. Salam pun tak sempat nak hulur. Tiba-tiba hari ni mama boleh judge orang tu baik pulak.

“Hari tu mama terserempak dengan dia dekat pasar mini sana tu. Dia dengan anak perempuan dia. Ramah terlebih anak perempuan dia tu”  muka mama macam happy je bercerita. Tak sabar nak berbesan dah ke mama ni.

“Oh, Sara. Wid memang baik dengan adik dia. Ummi Idzhan tu, Wid tak pernah jumpa lagi ma..”

“Bapa dia yang accident tu dah okey ke?”bari dia teringat yang ummi idzhan ada berccerita tentang suaminya yang baru lepas kemalangan jalan raya.

Wilda dah gatal kepala. Nak garu tapi takut mama dapat kesan yang dia memang tak tahu apa-apa fasal perkembangan papa Idzhan. Semasa keluar bersama dulu, Wilda tak sempat nak bertanya dan Idzhan pun tak bercerita. Tapi rasanya semua okey sebab Idzhan nampak tenang dan tak manunjukkan yang dia ada masalah family ke apa.

“Dah semakin okey rasanya...” belasahlah.

“Hum, mudah-mudahanlah. Nanti ajak Idzhan datang rumah lagi ya...”  Mama ni sampai nak tidur nanti tak habis lagi sebut nama Idzhan ni.

Beep. Beep.

Bagus, ada iklan. Mudah-mudahan mama hilang point nak cakap lagi.

‘Nanti balik, aku ambil kau kat rumah nak? ‘

Aduh, nak ambil-ambil kat rumah pulak Add ni. Nanti mama kata apa pulak. Papa pun tak tahu lagi yang dia kawan dengan add. Mama pernah cerita fasal Idzhan je kat papa. Nanti jadi isu pulak.

‘Nope thanks. Papa hantar’ Wilda membalas.

“Siapa tu? Idzhan ke....” Mama ni... tak habis lagi...

“Wilda dah sedia nak bangun”

“Habis tu?” Punggung dah panas terpanggang lama.

“Adril.” Wilda terus bangun menuju ke tangga.

“Adril mana pulak????????”





“Wilda, pinjam result amali semalam” Wilda tak jadi minum apabila salah seorang ahli kumpulan amali mikrobiloginya tercegat di tepi meja cafe..budak ni pun, nak approach orang, reti-retilah nak bagi mukadimah. Ni tak, main belasah je.

“Wah, dah skip separuh masa kelas semalam, tiba-tiba main nak senang je” Wilda menunjukkan riak tidak senang. Semalam, lepas tandatangan borang kedatangan, setengah jam lepas tu selamba je dia balik. Alasan?

“Apasal kau balik awal semalam?”

“Adalah, hal peribadi.” Syuk tersengih. Tidak ada riak bersalah langsung yang ditunjukkan. Memang muka dia kering tak beriak,

“Banyaklah kau punya peribadi”

“Alah pleaselah...” Syuk dah duduk depan dia.

Duduk  pulak dia. Pandangan ditebarkan kepada manusia-manusia di kaunter cafe terapung FST. Kelihatan kelibat Fara yang beriak pelik dengan kelibat Syuk tiba-tiba.

“Aku tak bawak. Kalau kau nak, datang malam ni lepas Maghrib. Kajai, Blok E”

“Set”

Syuk bangun apabila Fara menghampiri meja. “Aku datang lepas Maghrib” katanya sambil mengenyit mata pada Fara yang berwajah kelat.

“Apahal?”

“Mintak subsidi”

“Kau bagi?”

“Kali ni je”

“Jadi kan teman aku pergi?” Fara tersengih.

“Jadi”

Wilda mengerling jam di tangan. Baru pukul 9.30 pagi. Hari ni tak ada kelas. Lepas hantar assignment tadi terus Fara ajak dia bersarapan di cafe sebelum ke Bangsar, Fara ada appointment dengan doctor gigi dia, nak pasang braces.
“Gigi dah cantik comel macam tu pun nak ubah-ubah lagi” Wilda mengomel perlahan.
“Aku dengar tu”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2011 12:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 3-2-2011 00:17

Wilda telan Maggie. Kelat. Wilda teguk air. Tawar. Memanglah, nama pun air masak.  Disuapnya lagi Maggie kosong yang dibuat Umairah, teman sebilik yang memang prihatin. Sepatah haram dia tak buka mulut sejak dia sampai di bilik tadi.

        “So” Umairah dah hilang sabar tengok Wilda yang berair mata dari tadi lagi. Sampai saja bilik senja tadi terus sembam muka kat bantal, nangis tapi tak keluar suara. Bila ditanya, dia tak nak jawab. Bila dipujuk, lagilah tak ada respons. Dan bila disuruh  mandi dan solat Maghrib, barulah dia bangun dari katil, ambil toileteries dan terus menuju ke tandas. Umaiy pula sempat menjerit

“Dah solat, cerita kat aku!”
        Sekarang ni, Wilda dah mandi, solat Maghrib pun dah. Lepas solat, perkataan pertama yang keluar dari mulut Wilda, ‘lapar’. Umaiy pun tak berlengah, terus panaskan air dalam heater dan membuka sebungkus mi segera. Nak dengar cerita punya fasal, bagi jelah apa yang Wilda nak.
        “Apa hal yang kau nangis macam mati kucing ni”. Memang. Tahun lepas, Wilda buat drama menangis tersedu-sedan sampai hilang suara sebab Kiki, kucing kesayangan dia mati kena langgar kereta jiran sebelah rumah.
        “Lebih teruk dari Kiki mati Mai.” Akhirnya Wilda buka mulut juga.
        “Siapa pula yang mati sekarang?” Umaiy tutup mulut. Alamak, salah soalan. Macam kasar pulak soalan ni.
        “Hati aku”
        Pulak. Ni mesti ada kena-mengena fasal Idzhan ni. Dah lama dah dia tak dengar Wilda bercerita fasal Idzhan. Tak syak lagi, perang apalah agaknya yang budak berdua ni sedang lancarkan. Perang dunia kedua pun boleh berhenti. Takkanlah perang diorang nu tak boleh nak tamat kot. Tak ada sesiapa yang angkat senjata ke? Wilda ni, tengok kepala, tak nampak macam senang nak mengalah je,
        “Dia dah ada girlfriend lain la” Wilda meletakkan sudu ke dalam mangkuk. Kuah mi segera yang separuh mangkuk dimain-mainkannya dengan sudu. Tak rasa nak menyuap lagi. Apabila terbayang babak kat kedai bunga tadi, Maggie kari air tangan Umaiy yang tak pernah tak sedap tu malam ni dah macam rasa cendol basi dah.
        “Aik.” Umaiy tak dapat nak menerima alasan Wilda. “Takkanlah. Mana pulak kau tahu ni”
        “Aku nampak kat Bangsar tadi. Aku nampak dia dengan sorang perempuan tengah pilih bunga, gelak-gelak, main tarik-tarik lengan pulak tu. Yang paling aku menyampah, bunga kat tangan perempuan tu, bunga daisy tau”. Air mata turun lagi lebat. Apa ni... Baru nak jatuh cinta, tiba-tiba macam dah putus cinta. Hati Wilda bersuara dari dalam. Seolah mengejek.
        “Kau silap orang kot. Aku tak rasa Idzhan macam tu. Takkanlah selama ni dia main-mainkan kau” Ah, tak logik langsung penerangan Wilda ni. Sungguhpun dia tak kenal Idzhan, tak pernah sekalipun jumpa Idzhan, tapi Umaiy rasa Idzhan bukan lelaki yang main kayu tiga macamtu. Taklah, tak make sense langsung.
        “Ni....” Wilda menunjukkan ke matanya. “ Aku tak buta lagi.Aku yang tiap-tiap malam  mimpi dia, berangankan dia, takkan aku lupa rupa dia macam mana” Umaiy nak tergelak dengan balasan dari Wilda. Berangan tiap-tiap malam, patut pun sasau sampai macam ni. Haih... Kelakar juga Wilda ni tapi dalam kes ni, nak selesaikan macam mana?
        “Dia nampak kau tak?”
        “Tak. Aku berdiri jauh sikit”
        “See... Tak semestinya yang kau nampak tu Idzhan.” Umaiy masih mempertahankan pendiriannya yang Wilda tersilap pandang, tersalah orang.
        “Aku tak mungkin tersilap.” Tegas nada Wilda.
        Aiii... macam mana ni?
        “Dah tu, apa kau nak buat sekarang?”
        “Nangis.”
        “Lepas tu?”
        “Dua hari je. Lepas tu... I’m back”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2011 12:13 AM | Show all posts
Reply 181# mijot


    mijot... hum tensionla kat sekolah. buat aku hilang mood nak menulis. sigh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2011 12:19 AM | Show all posts
Reply 183# entahmengapa


    tak. sy dah keje tp kat skola gak. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 12:26 AM | Show all posts
ades...masalah dah muncul...
salah paham...
sepatutnya idzham tanya wilda mengenai gambar tu...
si add tu pulak dah membuka langkah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2011 12:27 AM | Show all posts
Reply 186# ctA


takpe saat, ambil masa ko...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2011 02:11 PM | Show all posts
mlm ni sy update lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2011 01:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 4-2-2011 02:01

Bersiap juga akhirnya budak Wilda ni. Daripada dia duduk kat bilik, baring menghadap siling, baik dia keluar makan. Petang tadi pun, dalam pukul lima petang lepas balik dari Bangsar tengok movie free tu, dia  dok tala Maggie je. Itu pun tak habis. Sampai kembang-kembang Maggie tu sejam lebih terendam dalam kuahnya. Sudahnya, dibuang saja.

        Tak lama lepas tu, Add call, ajak keluar makan. Diajaknya Umaiy sekali tapi Umaiy menolak. Biar sajalah Wilda keluar berdua dengan Add. Okey apa. Si Wilda tu pun macam perlukan bahu je untuk tumpang sandar. Dulu pun Wilda baik dengan Add. Sweet je Add hantarkan pergi klinik malam tu, siap tolong papah Wilda lagi. Dalam masa nak berbunga tu, tiba-tiba entah dari mana munculnya Idzhan. Dari zaman lepas, tiba-tiba melonjak masuk zaman ni. Lepas tu cerita Add dan Wilda langsung lenyap. Memang besar nampaknya pengaruh Idzhan dalam hidup Wilda.

        Ni, dah jadi macam ni, siap ada perempuan lain  lagi, lagilah nampak besar sangat pengaruh Idzhan ni. Walaupun tak tahulah nak percaya atau tak, tapi takkanlah Wilda down sampai macam tu sekali kalau dia silap orang pun. Entahlah. Biar saja salah seorang dari watak hero ni lenyap. Susah dalam cerita ada dua hero, salah sorang mesti  mati punya.  Tapi dalam real life macam ni, nak bagi hero mati, nampak kejamlah pulak. So, biarlah salah seorang lenyap macam tu je.

        “Dah lah tu, kau lupakan je Idzhan tu. Add tu pun okey apa. Dari dulu tunggu dan sabar saja dengan kau” Umaiy tak menyimpan lagi apa yang tersirat di benaknya. Ayat dia tu buat Wilda menjeling melalui imej yang terbias dari cermin besar yang tergantung di dinding bilik.

        “Eh, aku cakap betul apa” Umaiy mempertahankan diri. Sampai bila  Wilda nak mengharap. Si Idzhan tu pun sampai sekarang tak cakap apa-apa, siap cakap yang diorang tu kawan je. So, lebih baik Wilda tamatkan je bab satu ni dan buka bab dua dengan orang lain. Pasal Idzhan tu, serah je pada jodoh. Nak cakap fasal jodoh ni pun payah. Kadang-kadang dah bercinta lama dengan orang lain, esok lusa, dan tahun-tahun akan datang, tiba-tiba je boleh kahwin dengan orang yang baru tiga bulan kenal. Rahsia Allah ni memang manusia tak dapat nak rungkai. Selagi hijab tak terbuka, berdoa je lah agar dipermudahkan jalan tu.
     
   “Hum.. apa-apalah  Umairah. Aku pun dah malas nak fikir. Biarlah dulu fasal cinta-cinta ni. Tak penting kot” Wilda menghela nafas. Muda lagi untuk nak hancurkan hidup demi lelaki. Just go with the flow. Labih tenang kot.
      
  “Hum, betul... tapi kalau ada yang lebih baik dalam masa tu, apa salahnya terima. Waktu sekaranglah masanya kalau nak cari dan nilai calon yang ada. Nanti umur dah nak dekat 30, lagi payah. Masa tu, tanya je mana-mana lelaki, semua dah berpunya” Umaiy masih tak habis-habis nak tonjolkan Add depan mata Wilda. Wilda faham tapi buat-buat tak faham.
     
   Sebelum keluar bilik, lagi sekali dia mengadap cermin besar itu dan memeriksa mata yang sedikit bengkak dek air mata yang tak diundang untuk hari ni.

        “Dah, okey dah tu kot. Tak nampak sangat”
        “Hum, okey, aku nak gerak dulu. Syuk datang kejap lagi, lambat sikit kot sebab dia nak pergi makan dulu kat Dato’ Onn. Dalam 8.15 kau tunggu lah kat atas.” Wilda mengerling sekilas ke arah Umaiy lantas dia bergerak ke meja study.
        “Ni” Wilda menghulurkan kertas fail nipis kepada Umaiy. “Bagi kat mamat pemalas tu” Tak habis lagi geram Wilda kepada Syuk. Wilda memang tak suka kawan-kawan yang suka curi tulang dalam amali dan menyusahkan kawan-kawan lain. Pantang.
        “Okey. Take care rumet”.



Umairah merapatkan sweaternya yang tidak berzip. Sejuknya angin malam menggigit tubuh. Tengok awan, nampak macam nak hujan pun ada. Bulan pun tak nampak. Entah kat manalah agaknya si Wilda tu pergi makan. Kalau makan kat mamak, alamat sekejap lagi basahlah tu.

Fail nipis di tangan dirapatkan ke tubuh. Dari tangga blok E, dia dapat menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang menunggu. Itulah Syuk. Wilda kata dia pakai RXZ. Memang tak syak lagi. Cuma mamat ni nampak kemas malam ni sebab Wilda kata dekat fakulti, dia memang serabai habis. Mamat ni punya prinsip, tak apa kalau nak serabai pun sebab dah ada awek. Ah, prinsip mana yang dia pakai pun tak tahulah. Ada ke etika berpakaian ikut status ada awek atau tak, bukannya ikut etika berpakaian universiti. Haih, rosak.

Dengan langkah laju, Umaiy menuju ke arah lelaki tersebut. Ah, tengok muka memang familiar. Lelaki tu pun kerut dahi melihat Umairah yang sedang berjalan laju ke arahnya, sipa bagi senyuman manis lagi.. Agaknya nak camkan Umiay jugak. Mesti sebab Wilda dah beritahu, Umaiy yang akan serahkan lab report tu kat dia. Apa nak hairan, satu fakulti, walaupun tak saling kenal tapi mestilah saling selisih bahu.

“Syuk” Umaiy sengih. “ Sorry lambat sikit. Ni lab report tu” Umaiy menghulurkan fail nipis itu kepada Syuk. Punyalah nak cepat sampaikan main terjah, salam pun tak sempat nak bagi. Syuk menyambut dan mengamati isi di dalamnya. “Err... Wilda ...”

“Wilda dating degan labmate kau tu. Sekejap lagi memang jadilah diorang tu” Umaiy tergelak nakal. Memang keramahan Umai kadang-kadang tidak mengira tempat dan sesiapa.

Syuk menggaru kepala. “Dating? Labmate? Siapa?” Kerutannya menambah lagi kekeruhan wajahnya.

“Ala... siapa lagi... Addlah. Harap-harap, menjadilah budak dua orang tu. Add tu pun okey apa. Ni first time Wilda keluar berdua dengan dia”

Oooo.. berdua... Syuk menelan liur. “Dengan Adril?”

“Yup. Okeylah beb. Aku masuk  dululah. Nak hujan ni. Kau pun baik balik cepat, nanti basah” Umaiy meminta diri. “Bye” Umaiy terus berpaling dan melangkah.

Syuk yang kebingungan terus menghidupkan motosikal dan berhenti betul-betul di sebelah Umairah yang sedang berjalan menu ke arah blok E. Terkejut beruk gadis itu dibuatnya.

“Tolong bagi ni kat Wilda.” Barang itu bertukar tangan. Daripada tangan yang kebingungan kepada tangan seorang lagi terlebih bingung apabila melihat sejambak bunga daisy yang baru berpindah ke tangannya. Tak sempat dia hendak bertanya apa-apa,

‘Syuk’ terlebih dahulu memecut motosikal meninggalkannya.

“What... is.. going.. oooonnn...” Umairah berbisik perlahan sambil melihat daisy yang mekar di tangannya. Takkan Syuk bagi Wilda bunga. Takkan Syuk pun ada hati kat Wilda pulak. Atau... takkanla mamat tadi tu... ‘bukan Syuk’?
Dalam kebingungan yang teramat tu, tiba-tiba telefon bimbit dalam jeansnya berbunyi. Umaiy tak berlengah menjawab lebih-lebih lagi apabila melihat nama Wilda tertera di skrin.

“Hello...”

“Hello.. Umaiy. Sorry. Mesti kau penat tunggu. Aku baru on handphone ni. Baru dapat mesej Syuk yang dia tak jadi datang.” Suara Wilda tenang di hujung talian sedangkan dia kat sini betapa tak tenangnya hati kat dalam.

“Kenapa kau off handphone?”

“Sebab tadi Idzhan call aku, aku reject dan terus off. Ni baru on lah ni” Suara agresif Wilda ni, kalau dia tahu apa yang jadi ni, mahu bisu terus.

“Wid.”

“Mende?”

Umaiy jadi tak keruan. Langkahnya entah ke mana-mana dihalakan. Fikirannya tidak dapat difokuskan kepada apa yang perlu dia katakan hinggakan... Dia terlanggar pondok telefon yang tidak lagi berfungsi berdekatan tangga blok. Bunga Daisy yang sedang mekar itu jatuh ke rumput.  Umairah tiba-tiba teringat sesuatu.

“Apahal weh?” Wilda di hujung talian masih dengan nada yang sama.

“Mamat roti”
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2011 11:06 AM | Show all posts
suspen yer... teruk nya.. asyik salah fhm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2011 12:04 PM | Show all posts
ahaha...nak dijadikan cerita... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 11:05 AM | Show all posts
mamak roti mana plak ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 11:08 AM | Show all posts
Idzhan datang nak pujuk la tu....
Umaiy dah bg info yg xde ampun lak...
hmy3: hmy3: hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 02:29 PM | Show all posts
alah salah paham lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2011 09:31 PM | Show all posts
alaaaa....nk hannnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 05:22 PM | Show all posts
ala.....
jgn ler tergantung camtu...
mesti idz beli bunga daisy tu tuk widad
hhuhuhuhu... sedihnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 10:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 10-2-2011 10:51

BAB 22

Hazman meletakkan nasi bungkus di atas meja. Botol mineral yang dibeli dalam perjalanan balik ke bilik tadi dipulas kuat penutupnya. Lalu kedua-dua bekas polisterin dan botol minuman itu disuakan kepada Idzhan.
Idzhan menguatkan kudratnya untuk bangun. Seksanyalah bila demam datang. Dah tiga hari tak kebah-kebah. Sara yang kena denggi dua tahun lepas pun tak teruk macam ni. Idzhan menyambut bekas polisterin itu dari tangan Hazman.

“Kau signature untuk aku tak tadi?” lemah dia bersuara.


“Wajib” balas Hazman.

Idzhan melihat lauk nasi cambur yang dibungkus oleh Hazman. Sambal paru, sayur campur, sambal belacan dan sambal sotong. Cukup menyelerakan bagi orang yang sihat tubuh badan tapi bukan dia. Ambil baunya sahaja sudah cukup untuk memualkan dia, lagi-lagi bau sotong yang kuat itu. Tapi digagahkan juga untuk mengunyah memandangkan dia perlu juga mengalas perut sebelum menelan ubat-ubatan sintetik yang tidak akan bertindakbalas tanpa pertolongan protein dan karbohidrat.

“Dahlah, lupakanlah Wilda. Aku rasa dia dah bahagia kot dengan sepupu kau tu” Hazman membuka topic.

“Sekali lagi kau cakap, dengan botol-botol ni masuk usus kau” Idzhan berkata tanpa memandang wajah Hazman.

“Wooo.. okey. Okey. Tak sangka hujan lebat malam tu sampai kau demam teruk macam ni. Lain kali nak pergi jalan jauh tu, pinjam je kereta aku tu”

Idzhan mendengar tanpa banyak respons. Nak diulang balik, rasanya dah tak mungkin.

Hazman sekadar menjungkit bahu. Seaakan dapat membaca apa yang tersirat di sebalik fikiran Idzhan. Idzhan dilihatnya semakin rancak mengunyah. Bagus untuk perkembangan kesihatannya. Sekurang-kurangnya-kurangnya tak perlu dipujuk seperti anak kecil untuk mengisi perut.

“Aku okey je. Dah lama tak demam. Sekali-sekala demam, dapat jugak aku rehat kat bilik” Idzhan membalas. Sambal belacan yang digaulkan dengan nasi tak terasa apa-apa, hilang sedapnya.

Teringat peristiwa malam tu. Puas dia menghubungi Wilda, hendak beri kejutan dengan kedatangannya bersama Daisy tapi Wilda reject penggilannya dan selepas itu langsung tidak dapat dihubungi. Setengah jam dia termangu-mangu di kolej itu tanpa berbuat apa-apa sehinggalah seorang gadis menegurnya. Memanggilnya dengan nama Syuk.

Pada mulanya dia ingin bersuara tapi tidak berkesempatan, apatah lagi apabila mendengar nama Wilda yang disebut. Dia rasa seperti pernah terlihat akan gadis itu tetapi mindanya langsung tidak dapat berfungsi dengan baik. Petanda tak baik bagaikan datang bertubi-tubi semenjak terlihat foto Wilda dan Adril beberapa malam sebelum itu.
Dan, selepas insiden itu, dipecut motosikalnya selaju mungkin dalam hujan yang sangat mengganggu pandangannya. Waktu kecewa sebegitu, nyawa pastinya diletakkan di tangga kesepuluh. Pelik, apa yang dia dapat daripada berperilaku sebegitu, dia sendiri tak faham. Syukur, tiada apa yang buruk berlaku ke atasnya semasa perjalanan itu. Dan demam yang sudah masuk tiga hari tak kebah-kebah ini boleh dikatakan rahmat juga kalau hendak dibandingkan dengan nyawa yang bila-bila masa sahaja boleh
terbang di jalan raya malam tu. Naudzubillah.

Kalau hendak dikatakan semula tentang gadis bernama Wilda itu, Idzhan rasa dia bukannya berputus asa cuma dia rasa dia patut berfikir semula. Mungkin belum masanya ataupun Wilda bukan untuknya.

“Dol, aku rasa nak muntahlah”

“Ah kau. Mengalahkan orang mengandung pula”

Baru sahaja dia hendak bangun menuju ke tandas. Isyarat mesej diterima. Dengan raa kembang tekak yang masih terkawal, digagahkan juga untuk membaca mesej.

Ummi. ‘Han, minggu ni jangan lupa balik rumah. Rumah di PD dah siap. Balik ya, kita pindah’.



BAB 23

Dan zaman itu pun berlalu. Hari ini... 2010

Sudah lebih sepuluh panggilan tak berjawab dari Iffan. Sengaja dibiarkan. Biarlah. Kalau dijawab nanti nampak sangat cari penyakit. Dah tahu laki orang buat apa hendak dilayan lagi. Bukan orang lain pula tu, suami kepada kawan baik sendiri. Oppss, salah, bekas kawan baik sendiri. Apa yang dah lepas dicuba untuk lepaskan terus. Wilda tak mahu hubungan singkat dia dan Iffan terus-terusan menjadi nanah.

Macam manalah dia boleh tak tahu yang Iffan tu dah berkahwin dengan Syida. Macam manalah dia boleh terima lamaran Iffan tanpa berfikir panjang. Patutlam masa melawat mak bapak Iffan dulu, diorang buat muka pelik je. Rupanya anak dia nak tambah isteri lagi satu. Memang patutlah Wilda dapat muka tak restu daripada diorang.

“Dah tu macam mana ni?” Fara menghulurkan mangkuk berisi buah-buahan yang telah dipotong kepada Wilda. Kasihan betullah kawan aku yang seorang ni. Dulu, awal-awal kena reject dengan Idzhan. Idzhan? Sumpah dia tak tahu apa-apa fasal Idzhan pada mulanya. Sehari selepas kena dump dengan Idzhan, baru Wilda cerita semuanya. Itupun selepas didesak banyak kali sebab muka Wilda semasa pergi kelas memang macam ayam berak kapur habis. Lesu dan tak bermaya. Kalau bercakap dengan dia, rasa sangat
menjengkelkan sebab Wilda lebih selera memandang longkang daripada memandang wajahnya.

Tak lama lepas tu pula, Adril macam jadi penyelamat. Beberapa bulan lepas kejadian tu, nak masuk tahun ketiga, Wilda setuju untuk terima Adril jadi teman lelaki dia. Masa tu memang semuanya nampak sempurna. Wilda nampak boleh terima Adril seadanya dan Adril pun layan Wilda sempurna. Kiranya masa tu Wilda nampak dah boleh lupakan Idzhan terus. Tapi tak tahulah dalam hati dia macam mana. Kalau nak nilai dari luaran, memang nampak Wilda dah bagi sepenuh hati dia kepada Adril dah. Kalau nak buat apa-apa semuanya mesti ingat kat Adril. Kalau nak pergi mana-mana pun, Adril mesti diberitahu dahulu. Kalau Adril kata boleh, maka Wilda akan pergi. Kalau Adril kata tak boleh, Wilda tetap akan pergi lepas dipujuknya Adril sampai lelaki itu berkata boleh.

Tapi, Wilda tak kisah tentang semua tu. Sedikitpun dia tidak rasa Adril mengongkongnya. Walaupun Adril sentiasa hendak tahu ke mana Wilda pergi, dia bukan jenis pendesak. Adril sempurna. Tinggi suara juga tak pernah. Tapi, endatah di mana silapnya. Tak tahu ke mana perginya Adril yang dahulu.

Adril buat pasal. Tiga tahun bercinta bukan tempoh masa sekejap. Macam-macam benda, pengalaman, susah payah yang dah dikongsi. Kalau nak kata nak bina keserasian, tahun pertama dah boleh tahu serasi atau tak. Ni dah masuk tahun ketiga baru nak cakap tak serasi, apa cerita. Si Adril ni, kena sampuk apa pun tak tahulah. Masa nak dapatkan Wilda dulu, gentlenya bukan main lagi. Memang lelaki sejati luar dalam. Nak dapat punyalah susah, tapi bila dah dapat, nak buang, tekan keypad je cakap ‘Kita kawan je ok’ .

Add.. Add.. Sekali kau buang Wilda, maknanya kau buang aku juga.

“Macam mana apa? Macam nilah. Aku tak larat nak nangis lagi dah” dipandangnya buah-buahan yang bermacam warna itu tanpa disentuh. Tak lalu nak telan. Wilda memeluk lutut di atas kerusi.  Air mata memang dah kering. Nasib baiklah tak sempat nak bawa Iffan jumpa mama lagi. Sepatutnya hari ni bawa Iffan balik rumah. Mama pun dah telefon pagi tadi bertanya. Wilda jawab je terus-terang ‘tak jadi kahwin’. Tak tahulah apa perasaan mama apabila diberitahu begitu. Mahu bergegar jantung mama agaknya.

“Kau tengok tu. Tak faham bahasa betul mamat ni? Wilda menjeling pada telefon bimbitnya yang masih tak berhenti berdering.

“Aku dah cakap sepuluh kali dah, suruh dia jaga bini dia yang tengah pregnant tu. Dia ni ada hati ke tak?” Wilda memuntahkan rasa hatinya. Memang Iffan tu explain sejuta kali pun, kalau tak dapat apa yang dia nak, selagi itulah dia kacau hidup orang.

“Ish, aku rasa kau bagitau je parents dia. Sebab hubungan korang ni awal-awal dah libatkan parents. So, gunakan lah peluang ni
untuk jauhkan diri dari dia. Aku rasa dia dengar kot cakap parents dia” Fara pula yang menyuap buah-buahan dalam mangkuk tu. Sekali, dua kali, tiga kali.. sampai tinggal separuh.

“Tak mungkin. Sebab, kalau dia dengar cakap parents dia, awal-awal lagi dia takkan buat kepala sampai nak ambil aku jadi bini kedua.” Melihatkan selera Fara yang begitu terbuka, Wilda turut sama menyuap walaupun selera langsung tak ada.

“Patutlah mak bapak dia buat muka je dengan kau masa tu”

“Hum, Tuhan nak tunjuk...” scarynya dengan ayat tu. Memanglah, kebenaran tu, kalau Tuhan nak tunjuk, bile-bila je boleh.

“So, bila kau nak buat come back. Back to normal, Wilda yang aku kenal. Rimas saku tengok kau macam ni. Come on. Its not the end of the world. Kita muda lagi. Petremuan, pengalaman tu semua untuk kita belajar. Kau sabar and kuatkan semangat ok?” Fara memujuk. Ala-ala pakar motivasi. Wilda tiba-tiba rasa macam kelakar tapi menusuk juwa.
Wilda memaksa diri  untuk tersenyum.

“Yeah, Im back” Terasa ada satu semangat dari dalam tatkla ayat itu diucapkan. Yeah, I’m back, bisiknya. Siapa Iffan? Iffan tu persinggahan je. Tak lama pun berkawan, tiba-tiba buat babak nak kahwin. Itulah engkau Wid, tak fikir panjang tiba-tiba je setuju orang ajak kahwin. Kononnya, frust kena tinggalkan, so dah malas nak fikir. Istikharah pun tak buat. Suara ejekan pula yang bergema.

“So, emosi dah okey belum? Risau aku tengok kau termenung sorang-sorang, tak lalu makan semua”

“Janji aku tak bunuh diri kan” Wilda mengerling Fara.

“Hoi” Fara tinggi suara. “Kau cakap macam tu lagi, aku yang bunuh kau nanti”
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:43 PM | Show all posts
dua-dua pun dah single mingle...
ada chance nak sambung balik ni.... {:2_76:}
cta... jangan lama sangat k....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.050182 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list