CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

CUN by OSMAN ALI

  [Copy link]
Post time 12-4-2011 03:00 AM | Show all posts
tggu kuar kat asteruk first..same je kuar duit jgk kan sbb kene subscribe 15hengget
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 03:18 AM | Show all posts
http://mynameissalwa.blogspot.com/2011/04/aaahh-cun-nya.html

Monday, April 11, 2011


Aaahh…, Cun! nya!!

Sebagai peminat Remy Ishak….), filem-filem dan lakonannya memang sentiasa saya nantikan tetapi mungkin saya agak terlambat menonton filem Cun! baru-baru ini. Orang lain dah berkali-kali ke panggung wayang, saya pula baru sahaja dapat menontonnya pada hari Rabu lalu bertemankan rakan saya, si Nabilah..). Sebenarnya sudah banyak “review” yang saya baca tentang filem Cun! ini dan semuanya komen-komen yang positif menyebabkan saya semakin tak sabar untuk ke panggung…).


Wowww, bestnyer!!!

Itulah yang dapat saya simpulkan selepas habis menonton filem ini. Lokasi, jalan cerita dan lakonan mantap yang ditunjukkan oleh pelakon-pelakon utama seperti Remy Ishak (semestinya lah kan, hehehe….), Maya Karin, Feezah Elai, Ning Baizura, dan Kartina Aziz memang menghidupkan cerita tetapi saya juga tidak boleh menidakkan kehebatan pelakon-pelakon pembantu seperti Mislina Mustaffa, Nadiya Nisaa, dan Jehan Miskin yang begitu menjadi dan menghiburkan dengan telatah mereka. Dan yang paling penting sudah semestinya watak Si Kembang, sabo jerla…)

Bagi yang belum menontonnya, inilah waktunya jika anda ingin menyaksikan filem yang penuh gelak tawa, kecoh, kekampungan, mengeletek hati, kelakar, kasih sayang, cinta, pengorbanan, air mata, dan macam-macam lagi lah… Inilah filemnya! Tetapi, mungkin ada yang mengatakan;

“Ala, memang la dia cakap camtu, sebab dia suke Remy..”

Tonton dahulu dan baru membuat sebarang kesimpulan. Saya sebenarnya terus terang tidak langsung menyangka buah tangan Osman Ali kali ini begitu menghiburkan sampaikan sekumpulan penonton lelaki yang duduk bersebelahan dengan saya gelak mengalahkan saya, tak puas hati betul!, ingatkan gelak saya dah cukup kuat, huhuhuhu….



Nak cerita lebih-lebih pun tak guna, tendang pun tak kena, adoyai!! Pergi tengok sendirila…dan nilailah sendiri, hehehe… Kalau ada yang mengatakan cerita ini tidak menghiburkan, mungkin ada mana-mana skru atau wayar dalam badan yang dah putus, kuikuikui…). Tapi memang pelik jika ada yang beranggapan begitu, sekurang-kurangnnya pasti ada bahagian dan watak yang menggeletek diri anda. Saya Jamin!!!

Tapi sayangnya kutipan hanya di tahap sederhana pada minggu pertama tayangan dengan kutipan sekitar RM 400,000 sahaja. Jadi, marilah sama-sama kita serbu panggung wayang lagi dan yang paling penting, sokonglah filem kita!!! Filem Kita Wajah Kita..)



Ni perbualan hujung 2009, waktu Remy Ishak tengah "shooting" filem Cun!, )



p/s: Lepas ni serbu Nur Kasih the Movie pulak, 19 Mei 2011 yer…!!

Wassalam…)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 03:22 AM | Show all posts
Reply 141# pembaca_filem


   BAGI AKU filem best tu subjektif. Cun best dari segi jalan cerita yang simple, lakonan yang bersahaja, lawak yang tak over acting slapstik, muzik yang membuai perasaan serta sinematografi yang cantik, tapi ia tak lah kelakar gila2 sampai kau nak gelak guling guling macam HKLBKR. Kau akan gelak, pada masa yang sama hati kau tersentuh....sebab kau jatuh cinta kat watak2 dalam filem ni. Sampai kan kat kerbau pun kau sayang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 11:43 PM | Show all posts
rasanya berlakon jadi "senget" lagi susah kot..kalo kat hollywood, berlakon " senget" boleh dapat oscar.. rules dia just jangan jadi full "senget" je..
pastu nak samakan dengan HKLBR lagi r pelik..da terang2 cite kak limah genre komedi-seram, cite cun lak romantik-komedi...so, macam bandingkan budak belajar ekonomi ngan budak belajar pertanian..dedua tau bukak youtube,tapi gie tanya budak pertanian apa beza cobb douglas theory ngan hausman..confirm r budak tu pandang kita ngan muka confuse..
idak la jugak nak kate citer cun ni perfect..tapi dari segi romantik komedi hampir 80% lengkap la..ade pelakon yang jujur berlakon,ade view yang menjadi cantik sebab pandai diambil jururakam, bukan view yang menarik dapat dilihat jururakam sahaja tapi tak dapat dilihat penonton..memang cite ni dibuat untuk kita rasa sedang bercinta..tengok perangai orang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 02:52 AM | Show all posts
Reply 144# nona_tanjong
lakonan remy ishak masa marah maya karin lps adegan gaduh di pasar membuatkan aku teringat arwah ismal din dlm filem anak mami the movie..dgn gaya tangan (aksi lakonan) yg terlebih sudah...ni kata acting bagus?

Lagipun aku dah 3 tahun duduk Kedah..sawah tu dah jenuh tengok...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 06:39 PM | Show all posts
Kutipan terkini

Cun
KOMEDI / KELUARGA / CINTA        1.00 juta        31.03.2011        0.94 juta *        41

*Kutipan terkini sehingga 13 April 2011
Sumber FINAS
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2011 07:49 PM | Show all posts
baru balik tgk cete CUN setelah baca review korg kat sini...

bagi aku best... boleh la layan..sbb boleh buat aku gelak + nangis dlm masa y sama..

jgn la samakan dgn hantu kak limah..sbb hantu kak limah genre lawak lain skit...

lagipun ada adengan dlm cete hantu kak limah terutama part bercinta aku rasa lembap sgt..

tapi dlm cete CUN nie percintaan dorg dikembangkan dgn cara bagus n kelakar..

serius wpun cete tu hampir 2 jam aku tak rasa boring...

sgt suka dgn MANIS..sapa eh pelakon MANIS tu..sgt reallllllll...suka tgk gaya dia pakai skirt, shomey sgtttttttttt.....part dia ngadu sambil tgk foto famili kat pondok...berderai air mata aku

Faezah Elai lakonan mantopp..aku tak minat dia tapi dlm cete nie memang natural gila dia bawa gaya tomboy...

pelakon pembantu y lain pun byk membantu merencah kan filem nie terutama kak bedah tonggek n konco dia...lupa nama dia..hehehe

si Kembang memang paling special la dlm cete nie..sian dia kena makeup dgn manis..hehe

lagi satu aku nie org utara..so terasa la dekat di hati cete nie... terutama part gadoh2, si remy n faezah elai ckp nak cabai mulut..haha..mcm zmn aku gdo dgn abg2 aku dulu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 10:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by otai_g at 13-4-2011 22:59

filem ni pd aku ok la, x mengecewakan sgt.
tp nak kata bagus, aku rs x smpi ke tahap itu.

jalan cerita ala2 cerekarama sikit.biasa la filem melayu.

percintaan remy dan maya terlalu cepat n mcm x logik.
aku rs lakonan percintaan dorang tu x smpi/x terasa oleh penonton.

lebih terkesan lg perangai samdol si jehan tu dr percintaan mereka ini.

tp aku tetap rasa x rugi kalo gi menonton cun!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 02:26 AM | Show all posts
Reply 149# otai_g

setuju dgn pendapat ko...
filem ni overated sangat..sampai nak tengok berulang kali kononnya..1x jer sudah...jalan cerita (skrip) dia biasa jer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 03:06 AM | Show all posts
Reply 150# pembaca_filem


    wahai saudara pembaca filem, rajin kau daftar nick baru untuk komen filem cun ek? Aku tertarik ngan komen kau kata filem ni buat telemovie pun dah ok...kenapa? kerana jalan cerita biasa dan simple sangat kan? Aku nak juga tanya kau, selama ni kau sebagai seorang pembaca filem, sure kau dah pernah tengok filem gnere romantik komedi hollywood kan? Kau pernah tak tengok filem macam Nottinng Hill, Pretty woman atau Hope Float? semua jalan cerita simple2 ala gitu2 saja....yang penting persembahan filem tu menghiburkan....kalau kau nak layan wayang untuk filem2 besar2 saja....itu kau punya taste lah...taste org kan lain-lain...tapi kalau org lain nak suka sesuatu filem tu, biar saja lah...tak payah lah kau nak dengki-dengki kat sini pulak...nanti giliran kau buat filem....(selepas dah lama baca filem)...mana tahu...kami pakat sokong filem kau pulak...yang penting filem kau nanti mesti jalan cerita bukan setaraf telemovie kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 03:12 AM | Show all posts
lagi pun bukan selalu filem malaysia kuar genre romantik komedi yang best dan menyentuh perasaan...atau mungkin kau peminat genre romantik komedi ala2 Cuti2 Cinta kot...kalau kau peminat genre cuti2 cinta....sorry to say lah..cun is not for you dear...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:35 AM | Show all posts
Reply  otai_g

setuju dgn pendapat ko...
filem ni overated sangat..sampai nak tengok berulang ka ...
pembaca_filem Post at 14-4-2011 02:26



   wpun aku suka tgk filem nie..aku hanya akan tgk sekali jer...
sbb bagi aku klu aku tgk 2 kali aku leh tdo..hehehe....

lain la klu tgk upin & ipin..3 kali aku tgk, bila part lawak mesti aku gelak tak hengat gak..

y best part lawak tak sampai lagi, aku dah gelak siap2..excited kekdahya tunggu scane lawak..

sengal tul aku nie..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:46 AM | Show all posts
Reply  pembaca_filem


    wahai saudara pembaca filem, rajin kau daftar nick baru untuk komen f ...
nona_tanjong Post at 14-4-2011 03:06



   aku agak bersetuju dgn pernyataan ko..bila aku tgk cete Cun..memang itu y terdetik dlm fikiran aku..ala2 mcm movie romantik komedi Pretty Women n seangkatan denganya...
itu y buat ramai org suka movie nie...lagipun filem nie byk fokus suasana kat kpg..pasal kehidupan famili atan..
karekter pelakon pembantu y kuat n jelas merencahkan lagi filem nie..kecuali adik lelaki atan, tak byk dialog babak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 04:06 PM | Show all posts
kalau guna teknik penggambaran/ kamera  ala2 Mukhsin tu lagi CUN ..nampak lagi greeny sawah padi tu..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 04:09 PM | Show all posts
untuk filem ni TH bagi 3 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 04:54 PM | Show all posts
aduh...bila baca review ko org ni lepas tgk CUN....
mcm teruja lak nak tgk...

bel mmg suka pun genre2 romantik comedy yg santai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2011 11:26 PM | Show all posts
salam..

sapa tau lagu last dlm cita tu?? masa remy teringat maya tu??

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 02:56 AM | Show all posts
Reply 197# MangoRest


    many like the song...tajuk ratu di hatiku....nyanyian dan ciptaan komposer muda, Nurzaidi Rahman. Kalau nak dengar lagu tu tru like fb cunmovie. ada lagu tu kat sana.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 06:49 PM | Show all posts
best citer ni tapi dgr2 ckp tak laku..remy n maya takde peminat ke.entahla.apepon walau tak laku aku rasa ok filem ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 01:00 AM | Show all posts
banyak betul ulasan memuji filem cun ni...jenuh aku tepek kat sini kongsi ngan uolss semua!


Blog Mohd Isa


Antara Sawah Padi dan KLCC?

Antara Sawah Padi dan KLCC?


APRIL 13, 2011 · 25 COMMENTS

Pernahkah anda terdengar atau menonton video mengenai sepasang kekasih bercumbuan di Pavillion dengan si jejaka mengajukan soalan kepada si gadis, “Antara aku dan KLCC, manakah yang kau pilih?” Lebih kurang macam itulah persoalannya.

Jika dilihat video itu berulang-ulang, ternyata satu perkara negatif yang telah berlaku di tanah air tercinta ini. Moral yang kurang enak telah disebarkan di YouTube begitu sahaja. Amat memilukan bangsa kita, Melayu terikut-ikut dengan budaya barat.

Bercumbu-cumbuan di tempat yang terbuka, di depan khalayak ramai tanpa segan dan silu. Di manakah terletaknya didikan agama terhadap pasangan ini? Siapakah yang harus disalahkan? Itulah persoalan yang bermain di fikiran saya.

Review Filem Cun

Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ulasan atau review sebuah filem yang baru ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Cun, memang cun habis. Perasaan kecewa setelah menonton filem Dilarang Masuk dapat dihapuskan setelah menonton filem Cun.

Sebuah filem cinta komedi ini memang terbaik untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat. Memang tidak kering gusi apabila menontonnya daripada babak awal hingga ke akhir.

Dicampur pula babak yang lebih menyentuh emosi sehingga mampu menitiskan air mata bagi sesiapa sahaja yang benar-benar menghayati babak tersebut. Siapa yang belum menontonnya, boleh membaca sinopsis Cun sekarang juga.

Pelakon utama, pastinya Maya Karin dan Remy Ishak memang benar-benar mencuit dan menyentuh hati. Kisah percintaan di antara seorang selebriti kota dan jejaka kampung.

Paling menyentuh perasaan apabila Remy Ishak yang memegang watak Atan pergi ke Kuala Lumpur untuk membawa pulang Luna Latisya yang dilakonkan oleh Maya Karin. Dalam babak tersebut Atan telah dipermainkan oleh Candy, penerbit rancangan Meletops.

Memang amat menyedihkan apabila perasaan seseorang dipermainkan di depan khalayak ramai dan disiarkan secara lansung. Sedih habislah, patut anda tonton dan hayati babak ini. Memang terguris habis perasaan Atan apabila perasaannya dipermainkan sebegitu rupa.

Tetapi akhirnya Luna Latisya dan Atan bersatu jua akhirnya setelah Luna Latisya terus melamar Atan pula di kampung, walaupun waktu itu Atan berfikir mana mungkin sawah padi bersatu dengan KLCC.

Permulaan yang baik dan diakhiri pula dengan babak yang sungguh hebat. Jadi sesiapa yang belum menontonnya, sila tonton sekarang juga.

Nota: Maaf jika komen-komen sebelum ini masih belum dapat dibalas, maklumlah saya agak sibuk dengan projek akhir tahun saya. Student la katakan.

1
Dapatkan Update Terkini!

Sertai Mohd Isa di Twitter dan Facebook juga.
Iklan: Dapatkan Apple iPad 2 percuma sekarang juga!
Related Posts:

Blogger Yang Bajet Cun





25 comments… read them below or ad

1 hasrol April 13, 2011 at 2:17 pm
alamak, ada spoiler.. tak feel la nak tengok nanti
hasrol′s last blog ..Misteri Jam 12-rancangan radio yang seram

REPLY

2 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:14 pm
haha, sedut je nanti bro…hehe

REPLY
3 haru April 13, 2011 at 2:42 pm
mane bez ngan citer aritu tu?? haha

REPLY

4 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:15 pm
ni perli ke soalan? haha…

REPLY
5 haru April 17, 2011 at 7:19 pm
haha bukan perli..sindir

REPLY
6 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:22 pm
siut jerk…

REPLY
7 iza April 13, 2011 at 3:59 pm
As salam..
Sesaja singgah di kala kebosanan..
iza′s last blog ..Ikan Kap Tersesat Ketika Banjir

REPLY

8 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:15 pm
terima kasih iza…jemputlah singgah lagi…

REPLY
9 naimulfirdaus April 13, 2011 at 4:45 pm
dah lama katakan tidak kepada filem-filem percintaan Malaysia..
naimulfirdaus′s last blog ..berjanjilah- kita bertemu di syurga!

REPLY

10 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:17 pm
haha, kenapa pula?

REPLY
11 anajoe April 13, 2011 at 8:55 pm
hehehe…frust menonngeng la ni tgok cter dilarang masuk…mcm bes je.seb bek xtengok.

belom ada kesempatan lagi nk tgok wayang..hehehe
anajoe′s last blog ..Dapatkan APPLE IPAD 2 Percuma Dengan RM0 Dari DealMatesCom

REPLY

12 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:18 pm
haha, tahu takpa. memang nyesal abislah tgj dilarang masuk, esoknya terus tgk filem cun. memang cun cam awk lah…jom2…nnt kite tgk sesama…

REPLY
13 decrewz April 13, 2011 at 11:28 pm
Rasanya filem melayu sekarang dah makin naik.. Tapi biasanya cerita di pawagam ikut musim.. Awal tahun, diorg akan up kan dulu cerita melayu, pastu tengah dan hujung, bertimbun2lah cerita hollywood masuk..
decrewz′s last blog ..Tarikh Peperiksaan UPSR- PMR- SPM- STAM- STPM- MUET 2011

REPLY

14 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:21 pm
tahu takpa, kalau tayang waktu filem2 hollywood. alamatnya bungkuslah…

REPLY
15 mancai April 14, 2011 at 5:09 pm
macam best kecoh citer ni…

REPLY

16 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:21 pm
haha, memang best bro. tak rugi kalau tgk…

REPLY
17 hafeez April 15, 2011 at 1:50 am
Saya mesti tonton..:-)

REPLY

18 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:22 pm
mesti…wajib tonton…haha

REPLY
19 zik April 15, 2011 at 11:45 am
aku kalau cerita2 macam nie kureng sikitla…
zik′s last blog ..Tasbih kaffarah bacaan selepas majlis ilmu-zikir

REPLY

20 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:23 pm
ko suka citer cam mana plak?

REPLY
21 MDHAFiZ.NET April 15, 2011 at 8:33 pm
nak gi tengok jap gi..

REPLY

22 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:23 pm
wah, pantas. terus g tgk…

REPLY
23 MDHAFiZ.NET April 15, 2011 at 8:34 pm
nak g tengok ah jap gi

REPLY

24 madlut April 16, 2011 at 3:53 pm
ramai yang kata filem nie best…mesti betul2 best nie..

REPLY

25 Mohd Isa April 17, 2011 at 7:24 pm
tahu takpa, memang best bro…

REPLY

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.094962 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list