CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: twinps

ADNAN SEMPIT

[Copy link]
Post time 7-2-2010 03:08 PM | Show all posts
Mmg besh citer nihhh....suma org duk gelak jer tgk citer nih....lawak2 dia mmg jadi arr....beshhh sesangatt...."my Cikaro...come to papa..." hahahahahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2010 03:42 PM | Show all posts
dh tgk semlm..ermmm...aku kan..mmg la..lpas ni xmo dh pegi tgk dgn org yg xske tgk citer melayu nih...xenjoy lgsg...potg stim betul...

btw..citer ni ok bg aku...mgkn kne tgk blik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 04:26 PM | Show all posts
arrghh.. xsuksa citer ni.. why org melayu suka citer camni ha...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 12:09 AM | Show all posts
arrghh.. xsuksa citer ni.. why org melayu suka citer camni ha...
takeshi_anwar Post at 8-2-2010 16:26




da ko jepun...orang jepun mana da rempit2 ni kan..
sbb tu tak layan...
ke ko ada mix melayu gak..


cite ni bukan la best mana sgt...cuma lawak saje..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 02:12 AM | Show all posts
citer ni dah cecah 1juta penonton kan?

ade iklan 1 page kat kosmo ke mana tah aku tengok-depa ucap terima kasih sbb dah cecah 1 juta penonton
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:26 AM | Show all posts
dengar nyer dah kutip 20 juta dah..menurut adik aku yang keje ngn MHI jupe ahmad idham...anyway, farid kamil dlm blog dia kata citer nih ciplak Rempit V3..hmm..tataulah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2010 10:36 AM | Show all posts
citer ni generally bese je tapi jln citer kemas and lawak selamba yg sgt mencuit hati. Yg paling best is lakonan Sam. Lu mmg sempoi Sam. Nak sgt tengok pengarah2 lain amik mamat ni jadi hero.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 12:59 PM | Show all posts
175# lady_cokelat

20 juta? xkan la dr 6 juta trus shoot 20 juta kot. salah info tuh.

btw,farid kamil dulu pun bukan kecoh ke yg dia sendiri pun cilok skrip org n ngaku skrip dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2010 07:41 AM | Show all posts
Epilog: Apa hebatnya Adnan Sempit hingga raih RM6.6juta?
Oleh Akmal Abdullah

Berbalik pada Adnan Sempit, filem itu bukan komedi sembarangan kerana meskipun ia membariskan pelakon muda dan antaranya bukan pelawak tetapi konsep komedi dipaparkannya mudah diterima kerana ia bukan jenaka bodoh-bodoh alang seperti gelagat anggota Senario. Kombinasi pelakonnya memang mantap terutama watak utama, Shaheizy Sam, selain Along Raja lawak dan Angah Raja Lawak selain Cat Farish.



yg ni aku setuju sgt !!!
  
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 09:54 AM | Show all posts
Wahhh....dh dekat 7 juta dh...bravooo....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 11:45 AM | Show all posts
kat mana ntah aku baca, rasanya dah rm7.3 juta.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 12:59 PM | Show all posts
Salaam..

Saya ucapkan tahniah kepada pembikin trailer filem ini kerana berjaya 'menjual' ideanya dengan ringkas sebagai 'umpan'..ya! saya memang terpancing selepas kali pertama menonton trailernya pada 24 Dis 09 yang lalu sebelum tayangan filem Muallaf lantas men-tweet-nya:

"trailer Adnan Sempit ni mcm best kelakar jahanam plak! wajib tonton nih! "

Lalu dengan perasaan tanpa sebarang prejudis, saya menontonnya semalam 27 Jan 2010..mungkin ada yang nak tahu sangat apa pendapat saya?..

Betul sangkaan awal saya bahawa naratif filem ini sangat-sangat ringan dan amat-amat menghiburkan berbanding filem-filem komedi sekelompoknya sebelum ini. Akhirnya saya menemui sebuah filem komedi arahan oleh Ahmad Idham yang kemas dari segi penceritaannya. Kemas yang saya maksudkan ialah dari segi sinematografi oleh Raja Mukhriz, suntingannya yang kurang meleret serta pemilihan para pelakon yang bagus terutamanya Shaheizy Sam sebagai Adnan Sempit. Dari segi isi cerita memang ia predictable dan cliche tetapi saya tidak peduli kerana secara jujurnya saya menyukai filem ini. Lagipun nilai baik atau buruknya sesebuah filem itu bergantung kepada setiap penonton, rambut sama hitam hati lain-lain. Untuk filem ini saya mengabaikan terus kehendak penontonan sebuah cerita yang kononnya berlapis-lapis subtext untuk ditafsirkan selepas keluar panggung.

Namun begitu, ada beberapa perihal yang bagus untuk difikirkan (kalau mahu) dari naratifnya:

1. kepala putus - Visual itu sangat ngeri! Kalaulah filem ini dibikin sebagai drama aksi serius, sudah pasti ia adalah elemen yang betul-betul menakutkan. Amaran itu dilakukan dengan bersahaja komedi dalam filem ini yang saya rasakan ditempelak oleh Ahmad Idham kepada mat-mat rempit yang menontonnya.

2. stereotaip - Filem ini mendefinisikan dalam satu babak berdialog oleh Adnan kepada Nadia (umum) mengenai pandangan orang-ramai yang berkenderaan 4 roda bahawa tidak semua orang yang menunggang motorsikal itu ialah 'mat rempit'.

3. bahasa Inggeris - Tempelak Ahmad Idham seterusnya ialah adakah semua 'mat dispatch' ialah orang-orang yang daif dalam bahasa itu? (berkait juga dengan poin no.2)

Hey! Saya berjaya sekurang-kurangnya memerah 3 poin dari filem ini!.. Lain-lain rencah cerita yang digoreng dalam filem ini adalah pengulangan resepi asas sebuah filem mengenai perbezaan darjat sosial di antara Adnan-Nadia. Filem ini juga beracuankan 'fish out water' bagi kedua-dua watak yang saling cuba mendalami dunia masing-masing melalui kompromi kerana desakan dan kepentingan individual mereka. Adnan sangat mahukan Nadia sebagai kekasih pujaan hatinya, manakala Nadia amat perlukan Adnan sebagai 'dummy' kekasihnya. Adnan tidak hirau dipergunakan sebagai alat selagi dia mendapat status bercinta dengan Nadia. Begitu juga Nadia tidak kisah seorang pekerja bawahannya iaitu orang yang terakhir dalam dunia ini menjadi kekasihnya..menjadi kekasihnya? Pertembungan kehendak peribadi (baca: seksualiti dan penyambungan zuriat) oleh Adnan berlawan dengan kehendak masyarakat (baca: menghindar status andartu) oleh Nadia akhirnya disatukan menjadi '1Cintasejati'..

"..dalam hati ada taman!" kata Adnan Sempit di babak terakhir filem ini yang membuatkan saya tersenyum bahawa ia sebuah filem yang wajar ditonton walaupun sekali dalam hidup anda!..boleh???

Ajami Hashim
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 04:40 PM | Show all posts
sebuah filem yg ada kelainan.... selepas tonton filem ni....tonton pulak senario d movie 2... jauh sgt bezanya.....

my children pun suka kan adnan sempit n nak lagi menontonnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 05:18 PM | Show all posts
masa tgh layan citer ni kat pavillon, mmg best sgt, tapi tak sangka pulak bila dah abis tengok, boleh teringat-ingat segala scene and dialog kat movie ni. Kiter org lepas tgk boleh sambung gelak lagi kat food court pavillon.

My fav scene and dialog masa kat lokap. Nak pecah perut aku nengok si nan explain tugas2 penting dia kat opis tu kat si bobby tu. Pastu mamat sengal tu boleh umpama kan lokap ngan reunion 4 mat rempit. Hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 06:38 AM | Show all posts
da tgk citer ni.. esok ke bebile nak tgk lagi.. menang tiket free rapidkl.(punyer laa nak bolot sorg2 tanak kasik member). yeeehaaaa

suke jek citer ni.. pada aku kalo org yg jenih suke citer berat2.. tayah laa tgk citer ni..  hehehe tp kalo nak gelakkk manjang.. meh tgk beramai2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:03 PM | Show all posts
My fav scene and dialog masa kat lokap. Nak pecah perut aku nengok sinan explain tugas2 penting dia kat opis tu kat si bobby tu. Pastu mamatsengal tu boleh umpama kan lokap ngan reunion 4 mat rempit. Hahaha!
alyssasarah Post at 10-2-2010 17:18


mmg lawak part ni.hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2010 01:36 AM | Show all posts
adnan sempit dh berape kutipan??aku tgok kat area kl ade lagi cite ni...mmg dpt smbtn lah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 02:35 PM | Show all posts
Adnan Sempit Catat Kutipan 5.5Juta!


Filem ke-14 arahan Ahmad Idham yang diterbitkan oleh MIG Production ini khabarnya telah mengutip hampir RM 5.5 juta ringgit.
Adnan Sempit yang mengisahkan kehidupan golongan mat rempit ini telah berjaya menarik perhatian penonton filem tempatan sepenuhnya.

Namun begitu terdapat 2 buah filem lagi arahan Ahmad Idham yang masih menunggu tayangannya di pawagam iaitu Niyang Rapik dan Semerah Cinta Stilleto.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 02:12 AM | Show all posts
dah lebh kurg 7juta something..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 11:02 AM | Show all posts
start minat tgk sam ni belakon dlm citer jgn pandang blakang congkak..... walaupn dh lama dh tgk dia ni blakon....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064534 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list