CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

SEMUA TENTANG CERITA/FILEM MELAYU

[Copy link]
Post time 31-3-2011 12:27 PM | Show all posts
Reply 18# alesandra

birokrasi, politikrasi dan moralitikrasi...aku faham kenapa ramai local independent filmmakers mintak fund dekat negara lain macam singapore, japan atau netherlands or just fund sendiri film mereka...the existing way does not encouraging them to make the films that they wanted..

in the end finas ada banyak bertimbun2 duit geran tapi tak abih2 sebab tak berapa ramai yg nak apply...

but then...kalaulah aku jadi org finas plak...yang dtg apply geran balek2 nak buat citer antu..tak pun citer mat rempit, bohjan, bohsia..lumba kete....nak ke aku kasi?...

tu belum masuk lagi bila suruh buat presentation untuk proposal tah ape2 keluarnye...tanya filem ni pasal apa...haa dah menggelabah nak menjawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2011 12:38 PM | Show all posts
Reply 21# cmf_king_kong


betul la tuh.mentaliti tak kritis, tak terbuka jadi demand dan taste pon takat 'itu ajelah' nak play safe lah katakan.cuba lawan..mampuslah kene cop gila macam nasir jani.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 04:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_king_kong at 31-3-2011 16:59

Reply 19# MamüVies

Bercakap pasal double standard, aku terfikir pasal satu bende...

apa yang menyebabkan penonton melayu (kita lah tu...) bersikap double standard?

pada zaman kemuncak kegemilangan filem2 melayu dari zaman p.ramlee sampailah zaman azmil mustapha, sapa pernah kutuk2 filem melayu?..kalau ada pun sebab filem melayu A tak sehebat filem melayu B...

takdala istilah filem sampah ke, filem jamban ke...at least takdala yang aku pernah dengar pun...

zaman2 tu org tgk wayang kt panggung2 stand-alone mcm odeon, capitol, rex etc...tapi sejak wujudnya gsc dan tgv pada 90an, kita mula expose secara total dengan hollywood films...gradually, filem omputih yg begitu asing pada asalnya mula assimilate dalam culture kita...filem melayu plak yg sebelum ni mmg identiti kita plak jadi satu benda yg asing...

kita dah tak nak associate diri kita dgn filem melayu..takde class katenye

persoalannya...salah kita ke?

pendapat aku la...filem2 melayu sebelum zaman kejatuhan memang relevan dgn trend filem zaman tu...especially zaman 80an lah dimana filem2 bercirikan ringan atau "campy" memang trademark

permulaan era 90an hollywood mula keluar dari 80s campy formula...banyak filem2 bertemakan berat dan humanity menjadi tema filem2 mainstream hollywood...kita yang mula dah biasa dengan filem hollywood moved on with the flow

bila dah mula terbiasa dgn trend hollywood, kita dah set benchmark where a good film should be like this and that....we're being educated in such way that we put a very high threshold on film quality

tapi masalahnya, filem2 melayu masih lagi macam tahun 80an...orang dah buat filem pasal humanity, filmmaker kita plak still stuck dengan formula heroine pakai bikininye

bukan takde filmmaker yg nak move forward...tapi since penonton dah di americanized kan, kita mula la buat comparison...so filem2 heavy theme kena kritik..cakap tak bermoral lah apa lah...aku rasa era2 tu jugala wujudnya moral2 police neh..

orang2 kita (read: moral police) bising pasal filem arwah yasmin ahmad bermain dgn isu agama/moraliti/kemodenan...antara alasan yang dilontarkan, filem sekarang tak macam filem dulu2..penuh dengan kemelayuannya...filem sekarang ni semua nak liberal...padahal diaorg lupa filem dulu2 dah lama main dgn isu2 sensitif ...Tsu-Feh Sofia arahan Rahim Razali pasal cinta berbeza agama dan bangsa sarat dgn sexual-innuendos...lepas tu nak bising pasal kemban plak, sapa boleh lupe filem Fenomena lakonan Ramona Rahman dgn scene kemban epiknya..siap slow-mo dan close-up shot lagi tuh..filem Rozana Cinta 87 arahan Nasir Jani ada elemen lesbian...

tu belum masuk lagi scene jins samsuddin tonggang brandy lepas beromen dalam filem jefri zain

tapi ada ke orang2 time tu bising sampai nak adakan televised discussion di RTM?

so kesimpulan yg aku bleh buat...we've being educated about films, we know what we want to watch and how we want our film to be like and foreign films never fails to deliver that for us...tapi pada masa yang sama kita tak boleh menerima evolusi filem-filem tempatan kita...aku tak pasti samada filem2 kita tak mencapai kualiti yang kita nak ataupun kita sendiri yang tak mahu memberi peluang/tak yakin pada filmmaker kita untuk "produced real films" kerana kita tak mahu "romanticism melayu"  tu dirosakkan...dengan kata lain..filem omputih takpe sebab diaorg kapir, kita takleh buat camtu sbb kita ni org melayu, org islam...but the reality is?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 04:46 PM | Show all posts
Reply 20# MamüVies

oh yea btw aku jantan la bro

kan avatar paul newman tu...

org pompuan skrg ni mana minat iconic masculinity symbol mcm paul newman, steve mcqueen dgn clint eastwood...

diaorg lagi minat mamat korea muka jambu je
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 06:23 PM | Show all posts
Reply 24# cmf_king_kong

aku recognise avatar ko, tu pasal la musykil sikit2. Boleh jd jgk ape ladies yg skrg nih tgh middle aged minat? LOL...
ade jer yg masih minat Robert Redford lg, kira Brad Pitt zaman diorg la.

in my case aku lagi minat icons mcm Marlon Brando, James Dean and of course, "the King of Cool" Steve McQueen.
Robert DeNiro pun dah kira icon la for me even though dia hidup lg.

WHOOPS... lari topic pulak.
Well, anyway... Yeah, it's really those moral police and Holier-than-thou yg aku agak panas telinga dgr. And aku sgt suka term yg ko bagi tu, mmg tepat sgt; "Malay Romanticism"... Perception dengan realiti mcm langit dgn bumi. Public figures yg tak jenuh bercakap pasal malay pride itu ini. Tapi lepas habis speech terus pegi tipu duit rakyat and main bohsia...

at the end of the day, rasa2 org mcm aku jgk yg salah pasal tak cakap ape2. Fed up dgn scene dekat sini, and cari escapism elsewhere.

tapi bukan aku tak support langsung scene kat sini, ade jer yg aku minat mcm aku dah mention earlier; Merong Mahawangsa, Setem, Sepi, Baik Punya Cilok... etc.

cuma, rasa mcm utk setiap satu Malaysian movie yg aku appreciate, kuar lg sepuluh yg bikin gua migraine...
contoh? mcm almost semua yg ko dah list down in the first post... citer2 lawak bodo dan citer2 kena sergah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 02:58 PM | Show all posts
Reply 25# MamüVies

satu filem tempatan yang ko suka adalah lagi baik dari takda langsung kan

aku rasa industri filem kita is on the right path...kasi la masa sikit, aku rasa nanti there will be more filem tempatan yang ko bangga nak mengaku itu ialah filem negara aku he he

i mean, just look at the other thread pasal merong mahawangsa...aku kasi pendapat lain skit je..terus kene lahar

who would've thought, filem melayu ada fanboys...kalau 5 tahun dulu, aku diangkat jadi keyboard warrior dah

so aku confident, maybe dalam 5-10 tahun lagi ada filem malaysia yang dapat shortlist Oscar Best Foreign Filem...tapi bukan skerang...definitely not now...we already have the technology, sekarang ni filmmaker kita kena asah lagi skill directing tu kasi mantap sikit..

aku tengok sekarang ni pun independent filmmaker movement pun dah berkembang..sana sini ada short film premiere, diskusi filem dengan short film competition...

satu je yang still slack...DOKUMENTARI...aku berpendapat malaysia perlu lagi banyak filem-filem dokumentari pasal budaya dan negara kita...takkan nak menebeng dengan Nat Geo dgn History Channel je kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2011 05:23 PM | Show all posts
klu buat filem mcm pasir berbisik, 9 naga, sang pemimpi tu ada org nk tengok ke ?

filem estet & crayon tu pon mcm mati segan idup x mau jah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 07:23 PM | Show all posts
top 3 filem2 kutipan tertinggi, ngangkung, khurafat, hklbr sbnrnya filem2 yg sarat dgn mesej. tp biasanya ramai yg pilih elemen komedi & seram shj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 09:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by MamüVies at 1-4-2011 22:11

Reply 26# cmf_king_kong

bukan tak realistic pun sebenarnya... P. Ramlee pun dapat pergi jauh ape?
Passion goes a long way, and I can tell Yusry has plenty of it. Tapi at the same time aku tak nak jump on the bandwagon cepat sgt. Merong Mahawangsa is a tremendous achievement, that much is unanimous...

Even though ade jer suara sumbang yg bagi criticism tak masuk akal.

But needless to say, they should (and I believe they are) seeing it as only the beginning.

Hopefully there's nowhere to go from here but up...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 10:39 PM | Show all posts
Reply 27# junkredish


ada orang tengok cuma tak pulang modal je

mamat khalid dgn direktor crayon tu pun aku rasa aware dgn pattern penonton malaysia prefer filem yang camana...

tapi at least diaorg buat juga...mungkin bukan citarasa majoriti penonton melayu tapi sekurang-kurangnya memberi pilihan kepada penonton yang mahukan kelainan...

kalau nak kan filem2 "menongkah arus" ni mendapat tempat, filem-filem macam crayon, pensil dgn estet kena diperbanyakkan lagi so that penonton terdedah dgn filem2 sebegini...

penonton bukan tak nak sebenarnya tonton filem2 menongkah arus ni cuma tak dididik camana nak appreciate filem2 macam tu jat panggung...

cuba citer2 tu tayang kat tv...mesti ramai je yg tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 10:42 PM | Show all posts
Reply 28# junkredish

aku musykil...samada diaorng memang berniat ikhlas nak masukkan mesej2 tu atau sebab memang dah kena ikut guideline untuk masukkan mesej2..he he...

macam dulu2 punya guideline...kalau cerita antu mesti takleh real..jadikan motif mimpi ke ape ke..he he...kelakar je..

sekali dah tarik balik restriction tu..haa ambik ko berderet citer antu keluar
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 11:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_king_kong at 2-4-2011 02:06

Reply 29# MamüVies

memang realistik kalau nampak planning tu camana...

katala ko dapat panjat gunung tahan, then ko rasa yakin dapat panjat gunung everest plak...tak salah nak bercita-cita panjat gunung everest walaupun ko baru je first time panjat gunung... tapi kenela persiapkan diri dengan panjat gunung kinabalu, gunung fuji, gunung k2, gunung daik bercabang tiga bla bla bla then bila dah lengkap persiapan rohani dan jasmani barula boleh panjat gunung everest ye tak?

ini belum pun turun dari gunung tahan ko dah semangat nak panjat gunung everest bulan depan...bakal menyumbang kepada statistik kematian mountaineer2 di kaki gunung everest lah macam tu

kritikan-kritikan tu biasalah when it comes to film.

because it's a fact that you cannot pleased everyone...dalam 10 orang yang tonton mesti ada 3:1 ratio either suka:benci or benci:suka...

but then the great thing about merong mahawangsa is, macam ko cakap lah filem tu dah set benchmark where lepas ni filem2 melayu nak tak nak mesti ada production level macam tu...

but hey who knows...this might be the beginning of epic movies trend in malaysia filem industri

better tonton filem epik dari filem antu

am i sensing rebooting of filem hang tuah bersaudara coming soon?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 01:23 AM | Show all posts
Reply  junkredish

aku musykil...samada diaorng memang berniat ikhlas nak masukkan mesej2 tu atau sebab memang dah kena ikut guideline untuk masukkan mesej2..he he...
cmf_king_kong Post at 1-4-2011 22:42


ada bbrp filem seram yg mmg langsung tiada bermesej. filem2 mcm skrip 707, 7 perhentian, momok, misalnya. akan datang, berkemungkinan besar adalah karak, momok panggil aku. sekurang2nya pedamping malam lebih jujur ttg ikatan kekeluargaan walaupun cara persembahan yg terlalu hambar. filem2 seram yg baik spt susuk, santau, sini ada hantu


filem2 komedi jgn cakaplah, berlambak. magika, cicakman, senario episodes, .....


dan semua filem2 kru productions .......
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 01:43 AM | Show all posts
Reply 33# junkredish

wah bang...ko jangan kutuk filem2 kru production...kat board ni ramai fanboys dia..aku baru je kene lahar kat thread sebelah

aku rasa filem2 seram yang ko sebut tu sekadar filler je kot...macam production house nak capital rolling kenala buat filem...fund boleh mintak kat finas dan kerana filem seram mmg laku sekarang ni jadi buat la filem seram...modal dah ada so apa lagi shoot la filem seram..paling koman boleh dapat sejuta kalau ikut syarat wajib tayang 2 minggu..kot la nasib baik..itupun berdasarkan statistik kutipan tiket untuk filem2 seram tempatan sekarang ni lah...filem sekadar nak ada je sebab nak dapat untung...kalau dapat fund RM500,000 dari finas, filem untung sejuta..dah untung RM500,000...then buat plak sequel..tambah "lagi" or kembali" je kat tajuk asal filem...kali ni modal RM50 ribu je, pakai budak2 lepasan spm berangan nak jadi artis...untung sejuta lagi...

so cycle tu akan ulang, ulang, ulang sampaila orang dah muak dengan citer antu

itulah teori aku pasal scene filem seram tempatan

bercakap pasal filem seram aku teringin nak tengok citer "Dukun"...kalaulah produser dia guna otak sebelum bukak mulut, dah tayang dah citer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 10:48 AM | Show all posts
Reply 32# cmf_king_kong

whoaa... hebat philosophy?
cool cool...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 11:44 PM | Show all posts
top 3 filem2 kutipan tertinggi, ngangkung, khurafat, hklbr sbnrnya filem2 yg sarat dgn mesej. tp bia ...
junkredish Post at 1-4-2011 19:23


satu-satunya filem melayu yg aku tengok tahun lepas hklbr.maybe setengah punya persepsi filem neh salah satu filem melayu sampah yg cliche.mungkin sbb filem tu filem psl org kampung.tapi aku tengok citer pon sbb dia bergenre black comedy.filem tuh penuh dgn metaphor,cynicism,society dll.sape yg paham ..paham la.sape yg tak tangkap dia anggap citer tuh biasa2 saje.ia bukan mcm khurafat,ngangkung(walau tak tengok citer tu) yg terang2 director claiming sarat mesej  itu ini.kelakar pulak bila pengarah nak jadi pengajar atau moralist kpd penonton.kdg2 kelihatan hipokrit.dlm hal mesej neh aku tak berape setuju.biarlah hasil karyanya saje yg 'bercerita'....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2011 02:01 AM | Show all posts
Reply  junkredish

wah bang...ko jangan kutuk filem2 kru production...kat board ni ramai fanboys dia..aku baru je kene lahar kat thread sebelah
cmf_king_kong Post at 2-4-2011 01:43


susah jugak kan. kebanyakan komen yg puji HMM kata jarang tengok cter melayu/malaysia. skali bila HMM kluar, terpacul kata2 x prnh tengok filem melayu yg bagus mcm ni. kurang tengok cter melayu tp boleh beri kesimpulan HMM filem melayu yg bagus. ntahler. ramai jugak yg komen kata CGI bagus, tp jujurnya pd aku CGI & prop cicakman lebih bagus dpd HMM


lg satu jenis yg peminat filem2 KRU dpd dulu smpi sekarang. magika, cicakman sesuatu yg mengkagumkan pd depa


utk aku, HMM akhirnya memberi satu kesimpulan. KRU mmg x reti mengarah, x tau belakon. menyanyi pon x sedap
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 10:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_king_kong at 4-4-2011 21:59

Reply 36# alesandra

aku pun rasa ramai yang tak tangkap HKLBR tu punya sinikal teasing...salah satunya masa scene kutuk Hassan Mutalib, aku rasa ramai yang tak kenal sapa hassan mutalib pun tapi dia punya jab tu (tak taula diaorang saje2 or memang mamat khalid tu mmg bengkek dengan hassan mutalib) sikit punya tajam ape

aku setuju dengan ko..apasal filem2 malaysia ni especially citer antu suka preaching?...aku cukup benci filem2 yang preachy...ko cerita je la apa yang ko nak sampaikan tak boleh ke, ini nak preaching2 plak...kalaulah filmmaker tu mmg berkaliber nak preaching takpala..ini anak yusop selam nak preaching pasal hukum agama..ek elehhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 11:07 AM | Show all posts
Reply 37# junkredish

HMM memang banyak kekurangan tapi it's a stepping stone and good for local film industry...

bila HMM berjaya, penonton pun sedar yang malaysia mampu buat citer action-epik macam tu (kita tolak dulu soal pengarahan atau jalan cerita yang basi), jadi kita dah set benchmark dekat situ..."ooohhh lepas ni mana2 filem malaysia epik gua nak tengok"..dah create new trend tu maka dah breaklah status-quo yang nak menjadi ubiquitous tegar dekat scene filem malaysia...

dari segi industri aku melihat HMM sebagai opening the gateway untuk pengarah2 yang bercita2 untuk buat filem epik mencapai impian diaorang...kalau dulu pengarah yang proposed nak buat filem epik reboot kisah hang tuah bersaudara misalnya for sure tak dapat funding...katanya "filem2 epik sejarah tak boleh jual la bos...buat filem antu laa..tak pun pasal bohjan lumba2 kete moto rebut bohsia baru boleh jual"

agak menyedihkan kerana untuk scene filem malaysia dipelbagaikan, salah sorang filmmaker kena membuat pengorbanan untuk berhadapan risiko rugi dan hutang berjuta keliling pinggang dengan membuat filem non-conformist kepada trend filem pada masa itu...

jika nasib baik dan filem dia berjaya, dia akan create trend baru pula dan filem2 malaysia selepas itu akan mengikut flow yang sama sehinggalah ada filem lain yang memecahkan status-quo itu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 11:09 AM | Show all posts
Reply 37# junkredish

lantaklah org panggil aku prejudis ke ape.aku kalo kru bikin pilem aku skeptikal nak tengok.pernah tengok first cicakman kat cinema hokeyy...kecewa sgt .reviews mencanak, aku rase tertipu.merong mahawangsa ade tengok trailer tapi ntah la..tak menarik perhatian langsung.macam ko cakap la..kru as an artist.. aku tak respect.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.056885 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list