CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wasntme

DARUL SAKA - sharing is caring ( MERGED)

  [Copy link]
Post time 20-10-2009 08:59 AM | Show all posts
Stakat buang saka RM 130 apa barang......

Pi le cari bomoh laen yg leh buang saka......  tapi charge dier 3/4 ribu.......

Pastu story le lam forum.......  baru le org caya.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 10:20 AM | Show all posts
persoalannya kau pernah jumpa dia ke?
betul ke apa yg kau tulis?
he he he.
jinkepalabotak Post at 19-10-2009 16:03


nak jumpa apa kejadahnya...
ajak jumpa.. mcm2 alasan plak...
aku kalau die ok nak jumpa.. aku on aje...
kalau die betul .. bagusla..

cuba korang pikir... kat internet takde apa info pun pasal die..
no tepon aku carik takde. alamat tempat die berubat pun takde...
kecualilaa aku termiss apa2
bandingkan dengan darul2 yg lain.. siap publish alamat rumah.. no tepon dan sebagainya.. ada gambar perawat lagi..

so mcmmana??? modus operandi atuk berlagak ini ialah scan dari jauh.. lepas tu bank in duit.. sediakan limau and air.. die jampi dari jauh.. tu je..
kalau mcm ni.. semua org pun bole buat maaaaaaaaa....
dalam IT teknik ni dipanggil social engineering...apa yg u nak buat semua online.. buat org percaya.. then leh buat duit...

kalau nak percaya pun agak2 la skt...

1 more thing die ni suka sgt kondem darul2 yg lain..
lagi2 la darul syifa.. baik punye kondem..
lagi banyak die blame and salahkan darul2 lain.. lagi ramai org suka die. ada comment dalam blog die, siap suruh dia ni jadi
leader dari semua darul2 yg ada di malaysia ini... hahaha

korang nak baca blog die takde masalah.. anggap aje cerita dongeng mengisi masa lapang office di kala tiada kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:21 AM | Show all posts
176# bapakhero

setuju dengan pandangan kau...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:26 AM | Show all posts
rm 130 nampak cam sket... yela.. apa modal die..takde apa pun...
nak bangdingkan dengan bomoh2 lain yang kenakan bayaran ribu raban..

yg sapa bayar ribu raban tu mmg la kena tipu...

kalau nak bandingkan.. bandingkan la dengan darul2 yg betul2 punya..
1 sen pun tak kena bayar... ikhlas aje..

aku bukan anti darul saka ni.. tp caranya mendedahkan kepada penipuan... since aku line IT and tahu modus operandi social engineering ini.. aku katakan yg darul saka ni agak meragukan..

selebihnya... korang pikir la sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 11:52 AM | Show all posts
nak jumpa apa kejadahnya...
ajak jumpa.. mcm2 alasan plak...
aku kalau die ok nak jumpa.. aku on aje...
kalau die betul .. bagusla..

cuba korang pikir... kat internet takde apa info pun pasa ...
testas Post at 20-10-2009 10:20


erm nak komen skit leh..
erm nak ajak minum kedai kopi borak2 kosong.agak2 la
sal xda biodata dalam internet tu..kan dah g email n bagai,dalam blog dia ada testi n coment kot dari sesaper
bleh jer kalu ko yang tak caye nak ckp kat dia,,,tapi sepanjang aku baca xder plak aku tgk komen -ve sal dia
dalam online ni cam mudah tu,kalu owg tak suka sesuatu barang owg akan condem,,,tpi ntah la, stakat ni masih ok la
soal nak rendahkan yang lain, dia ada bg hujah dia, kebanyakan nye nak perbetulkan akidah, tu jer,,,suh kembali kpada ALLAH, , kalu pak aji pun ndah terpesong tak kan kita nak biarkan dia jer ngan status aji dia,alasan sbb dia aji,
ermmm no no no aku tak berapa setuju, aku penah jer baca sal ustaz ker wat benda bukan2.
soal ilmu ni luas, n tak salah kalu kita bahas,
ntah ler pendapat aku jer...soly k..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:18 PM | Show all posts
185# ismiulammraja

email, blog and testi semua pada aku make up aje.. kalau betul2 nak honest and elakkan keraguan.. letak la full biodata and sebagainya,
ni no tepon.. alamat pun takde?? padahal ni la penting kalau nak betul2 jujur supaya org tak pikir -ve.
tak tau la kalau aku termiss tgk data ni.. kalau salah sorry.. ok

kalau kondem and tegur org lain.. aku takde masalah.. rasanya semua perawat2 lain pun takde masalah. semua org tahu perkara ini..
tp semalam aku ada baca di blog dia, pasal cara nak buang santau.. siap bagi cara step by step nak buang saka.. dari start petik kelapa sampai  la ada bacaan2 yg tertentu.. it ok for me.. baguslaa kalau berkongsi ilmu..

tp yg  masalahnya.. dia leh kondem ckp. mcm ni.. " tak yah tepuk2.. mengarut aje" .. logiknya refer pada darul syifa la.. sebab teknik ni popular untuk buang bahan2 santau dari badan mangsa. pada aku jenis tak hormat ilmu la si atok ni..

u all pikir .. kalau org yg 1st time baca and explorer bab2 ni.. tentu ada pandangan -ve terhadap darul2 lain..

aku bukan jenis menyebelahi mana2 darul.. tp kalau dah biadap cam ni... leh percaya ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2009 12:34 PM | Show all posts
bukan ajak jumpa borak kosong minum kopi.. aku siap nak berubat bawak kawan2...nak tgk cara dia rawat... die tolak.. die ckp die suka jarak jauh aje...

lepas tu ckp ni agak kritikal kena jumpa gak and ramai nak jumpa..die ckp dia bz .. aku ckp ari lain.. pun bz.. try set date lain.. pun tak ok.. last2 dia senyap aje..hmmm...

try scan jarak jauh.. ari pertama jin lain.. ari ke 2 jin lain plak...

aikkk leh bertukar2 plak jin .. mana 1 yg betul daa....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:37 PM | Show all posts
185# ismiulammraja

email, blog and testi semua pada aku make up aje.. kalau betul2 nak honest and elakkan keraguan.. letak la full biodata and sebagainya,
ni no tepon.. alamat pun takde?? padaha ...
testas Post at 20-10-2009 12:18


setiap owg ada kerakter masing2
mungkin ko x perasan ko nick name dia apa. tok belagak
xkan kan la nk tegur lemah longlai
pasal biodata tu
aku asa untuk secure jer tu oawag camni banyak musuh
n aku xdapat bayangkn kalu dia tunjuk muka dia n sebagainya
silap2 kalu dia g mana2 dah macam artis,,,,
pasal dia tegur ngan kata2 kasar, ayat ni xmelambangkan owg tu
kalu ko tgk komen yang kat atas2, ada jer yang aku tgk dalam blog pergh punya la lembut
sejuk mata memandang tapi bila berurusan cam kurang2 gitu
lagi elok kalu dalam tu dia kasar, masa jmp nanti xdr la kita terkejut beruk sgt
aku tak kata, apa yang ko tulis tu salah, ada yang betul aku sokong pasal ubuh info n alamat,
senang owg lain. aku pun nak tau gak, tapi kalu cam senang sgt nak tahu, lagi la cam nak duit, macam promote diri,
aku lebih prefer yang cam ni, kalu nak berubat ngan dia cari dia, bukan dia cari kita
errr faham ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2009 01:26 PM | Show all posts
Aku yg buka thread ni.  Aku rasa bersalah pulak.

Aku takut menyebabkan syirik, atau berlaku syirik.  Aku ni bukan nya ada ilmu, jahil sgt2. Tapi perkara basic2,aku boleh faham.  Kalau berubat kat daru syifa, atau buat ruqyah dgn ustaz2, bacaan jelas diperdengarkan. Kita tak ragu2.  Tambah2 ayat2 tu biasa sgt kita dgr.  Selawat syifa,ayat batal sihir dsbnya.

Tapi kalau dok mulut kumat kamit,tangan dok tepis2, aku rasa aku tak boleh nakterima.  Aku tak tau apa yg depa sebut.

Ada sekaliaku bawa sahabat aku ni jumpa pakcik ni, masa jumpa dia kata"pakcik bukan bomoh ya... "  

Betul dia baca ayat2 quran,tapi ada ketika2 diakumat kamit senyap2.  Then masa dia baca surat At Taubah ayat 128, aku dengar bunyi dia lain macam.  Then, dia kata dia buat solat hajat.  Dia tunjuk pulak apa doa yg dia akan baca. Dia kata "pakcik hanya minta pada Allah ya"  Doa dia, antara lain minta suami ni porak perandad gn bet*na tu.  Sahabat aku tak mau lah,  Dia kata itu syarat, kalau tak, tak jadi.  Lagi satu,dia nak buat biar suami ni tergila2kan balik sahabat aku. Yg ni pun sahabat aku takmau.  Sebab ianya bukan semula jadi.  Buat apa nak buat mcm ni, sedangkan kita ada ayat pelembut hati mcm surah Toha, Ya Lathif dsbg nya yg di bernarkan syarak.  Inilah yg aku takut sgt2.  Dgn ilmu yg sedikit,kita mudah je terpesong aqidah.  Kita halalkan sebab ituyg kita mau.

Aku sekarang menyesal dan bertaubat.  Padasiapa2 yg aku pernah PM bagi no telefon, aku ingin menarik balik, aku harap korang tolong buang.  Tapi kalau korang nak juga teruskan, aku tak bertanggungjawab lagi. aku minta pelepasan dariAllah s.w.t., bahawa sesungguh2nya aku bertaubat, dan memohon ampun.  AKu tak mau dan tak rela bersubahat.  Semoga Allah tau apa dlm hati aku.

Matlamat tidak menghalalkan cara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 01:33 PM | Show all posts
Lagi satu,ada sorang forumer sikit punya kuat rekomen aku org yg kononnya beragama, lebih baik dari darulsyifa.

Sekali mamat ni boleh kata, dia boleh suruh Allah bagi qiamat kalau dia nak.  Nak aje aku tibai muka dia,tapi entah mengapa lidah ku kelu ketika tu.  Sedang Nabi junjungan pun tak tau bila berlaku qiamat.  Dia baca 3 Qul pun salah.

Yg gelpren dia dok promot sakan bopren dia ni.  Konon ikhlas.  Inilah dugaan akhir zaman.  Hati2 lah wahai rakan, teman dan taulan.

Aku bukan promot darulsyifa, tapi bila bacaan jelas, aku puashati.

Ust Adi dari akrine pun aku suka.  Ikhlas,dan jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 01:34 PM | Show all posts
relax wasntme.... kalau tidak mengetahui tak dijatuhi dosa.. lagipun dosa pahala syurga neraka itu kerja DIA.... bukan nak blame atau nak kutuk... walaupun hamba seorang perawat BUDI SUCI SEJATI.... tetapi memang hamba tak berapa 'berkenan' sikit laa dgn darul saka nihh... lagipun ramai yang dah complen.... bukan hamba cakap macam ini hamba 'membenarkan' amalan BUDI SUCI SEJATI hamba... takpe.. bagi hamba saudara tak salah dalam hal ini.. cuma beza kita saudara setuju dgn kupia, tetapi hamba sebaliknya...

think about it~
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 01:44 PM | Show all posts
70# intandanial

Salaam Intan.... bagaimana nak hubungi or jumpa dengan tok belagak? Thanks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 01:48 PM | Show all posts
edy137, aku bercakap soal aqidah, itu yg aku setuju dgn kupia.

Lagi satu pasal scan.  Aku tanya ustaz Adi apakah "scan"yg dia maksudkan. Kata dia,scan dialebih menjurus pada mengesan jin dlm tubuh badan semasa rawatan. Tak lebih dari itu.  Sedang darul saka terang2 menelek.  Scan bagi banyak perawat adalah menelek,tapi mereka cuba pesongkan fahaman kita.  Mana mungkin kita boleh tau apa yg berlaku bilakita tidak hadir fizikali di situ, atau org yg hadir memberitahu kita.  Bukan begitu?

Tapi dlm berubat atau mencari penawar,lumrah melayu ni suka pada ramalan. Mereka akan puas hati kalau perawat kata, si dia tu sekian..sekian..  Itu yg kita mau dengar.Itu pasal harun din melarang perawat dia buat benda ni.  Sebab ia boleh jatuh syirik. Hanya Allah saja yg maha mengetahui segala sesuatu dan yg tersembunyi.  Jika perawat boleh tau, pasti dia ada pendamping atau jin. Maaf, aku ni jahil dan cetek ilmu.  Tapi ini yg aku faham. Dana ku kira jalan fikiran aku lebih selamat - dari berlaku nya kecedaraan aqidah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 01:51 PM | Show all posts
BUDI SUCU SEJATI- aku tak pernah dengar dan tak tau menau tentangnya.

Bagi aku Islam itu mudah.Aku dah banyaktanya ustaz, tolong bagi pendinding.  Mereka bagi aku benda yg sama - 3 Qul.  Juga ayat batal sihir.

Itu je kaedah nabi junjungan kita buat dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 01:54 PM | Show all posts
http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=8295.0

Tajuk: Si Bomoh dan Ramalan
Dikirim oleh: SNF on 24 September, 2009, 12:40:23 AM

Hasil dari kepercayaan ghaib yang tidak ada asas dalam Islam, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah. Secara mudahnya virus ini terbentuk dari amalan dan kepercayaan terhadapnya.

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain saya hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh karena itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti dimana boleh dijumpakan orang hilang, siapa yang melakukan kejahatan kepada individu tertentu dan pelbagai lagi.

Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا


Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )


Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )


Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali 'Uqbah bin Sinan 5/117)

Tapi apa yang amat menyedihkan skg ini ialah kebanyakan akan berjumpa tok bomoh untuk kepentingan diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 01:55 PM | Show all posts
http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=8295.0

Tajuk: Re: Si Bomoh dan Ramalan
Dikirim oleh: Ummi Munaliza on 24 September, 2009, 05:08:21 AM


Larangan Mempercayai Tukang Tilik

Dari Aisyah r.a katanya:

”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung.
Jawab baginda: ”Mereka itu tidak benar.”
Mereka bertanya lagi:” Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?”
Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.”
(Riwayat Muslim)

Huraian

   1. Tukang tenung dikenali juga dalam masyarakat hari ini dengan istilah ‘orang pintar’, paranormal ataupun tukang ramal nasib yang dipercayai dapat mengetahui nasib seseorang atau perihal ghaib lainnya.

   2. Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib adalah termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya ketergantungan kepada yang selain Allah.

   3. Allah telah berfirman yang maksudnya:
      ”Katakanlah,”Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan.”       an- Naml : 65

   4. Sebagai umat Islam kita tidak harus mempercayai atau membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang ramal kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin-jin untuk meminta pertolongan kepada jin-jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan.

   5. Rasulullah SAW bersabda : ‘Sesiapa yang mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.”       (Muslim).

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2009 01:57 PM | Show all posts
Sebagai seorang Islam,aku tidak menafikan kewujudan alam ghaib.  Jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 02:13 PM | Show all posts
BUDI SUCU SEJATI- aku tak pernah dengar dan tak tau menau tentangnya.

Bagi aku Islam itu mudah.Aku dah banyaktanya ustaz, tolong bagi pendinding.  Mereka bagi aku benda yg sama - 3 Qul.  Juga ayat  ...
wasntme Post at 20-10-2009 13:51


ok..ok.. hamba faham dgn pendirian saudara mengenai hal ini... soal telek menelek itu hamba juga bersefahaman seperti saudara iaitu berapa ramai yang P.M hamba untuk menyuruh hamba 'scan' tapi hamba menolak dgn alasan ianya sangatlah tidak sesuai kerana ianya lebih mirip dengan 'menelek'... so, hamba punya cara senang ajerr.... kalau betul sakit kalau betul bermasalah, insyaallah jumpa hamba akan hamba usahakan dengan apa amalan yang hamba pelajari dan amalkan...

pasal BUDI SUCI SEJATI... hurmm mungkin saudara tak pernah dengar.. baru masuk majalah beladiri bulan lepas... itulah amalan hamba dan persatuan yang hamba naungi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 02:37 PM | Show all posts
napa ya orngmalayu suka sangat percaya dgn benda saka ni
jg percaya benda karut ni semua syirik
tina_turner Post at 19-10-2009 16:56

jgn mensyirik kat sesuatu yg anda tidak ada ilmu..... so berhati-hati le

soalan saya, tak mana syiriknya percaya pasal saka ni?
tolong jawap maa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 02:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.063557 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list