|
tengkiu Arjuna. Love you! :pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
terubat la rindu kat citer nie...
nntsamung lagi erk.... |
|
|
|
|
|
|
|
smbung lg yer, jgn tunggu lama.... |
|
|
|
|
|
|
|
Wan Safura menopang dagu di meja makan . Jam Omega di tangan kiri di kerling sekali lagi. Perut sudah berkeroncong. Bila lah suami aku nak turun? Takkan lama sangat solat Zuhur.
" Desy, bawa kuah laksa ke mari" laung Safura ke arah dapur. Kesabarannya sudah sampai ke had maksima. Baik aku makan dulu. Nanti lambat pula nak ke salun rambut.
Pembantu rumahnya bergegas dari dapur dengan mangkuk Corningware berisi kuah laksa Johor. Dengan berhati hati di letak di depan majikannya. Plastik Cling wrap yang menutup bekas berisi ramuan sampingan, lobak masin, hirisan bawang, timun dan daun kesum di buka.
" Sudah mau makan ya, Puan? Nggak mau tunggu Tuan Marzuki?" tanya Desy, pembantu rumah dari Jawa Barat yang sudah lima tahun bersama mereka.
" Saya makan dulu" Safura mencapai penyepit untuk mengambil spaghetti bila terdengar bunyi tapak kaki suaminya turun tangga.
" Eh... tak tunggu I? Lapar sangat kah?" tegur Marzuki sambil mengambil tempat duduk bertentangan dengan isterinya.
" Awak tu lambat sangat. Sembahyang Zohor empat rakaat pun lagi lama dari sembahyang terawih" perli Safura sambil menceduk kuah laksa ke mangkuknya.
" Pora, kita ni dah tua. Bukan saja kena buat yang wajib, tapi amalan sunat pun kita cuba banyakkan. Lepas solat fardhu bawa bawalah baca Quran, zikir, solat sunat. " Nasihat Marzuki pada isterinya tidak di hiraukan.
" I ada appointment nak colour rambut pukul 2.30. Kalau lambat Winnie bagi slot I kat orang lain" balas Safura sambil menelan isi mulut. Salun rambut A Cut Above yang terletak di Bangsar Shopping Centre itu sentiasa penuh dengan pelanggan VIP. Bukan mudah baginya mendapat appointment dengan hairstylist yang berkaliber.
" Ha... kalau you pakai tudung kan senang. Dah beruban pun tak nak tutup aurat lagi." tukas Marzuki sambil memerhati wajah isterinya yang makin mencuka. Soalan nya tidak di jawab. Bukan Safura tak tahu hukum hakam agama tapi sengaja buat buat tak faham.
" Shamil tak balik makan?" Marzuki memecah kelohongan selepas beberapa minit. Sudah lebih sebulan Shamil bercuti tapi boleh kira dengan jari sebelah tangan berapa kali mereka sekeluarga makan bersama. Sudah menjadi lumrah bagi ahli perniagaan sepertinya untuk keluar makan bersama dengan klien dan rakan perniagaan. Tetapi anak lelakinya yang masih belajar itu langsung tak lekat di rumah, jadualnya mengalahkan Menteri kabinet.
" Dia keluar dengan kawan kawan dia pun you nak bising. Bukan selalu dia dapat jumpa member dia. Semua you punya pasal. Hantar budak tu belajar kat tempat ceruk mana entah. Bila balik KL, dia lepas geram lah" rengus Safura.
Marzuki melepaskan keluhan. Safura ni mesti nak menangkan anak manja dia. Tak habis lagi nak mengungkit keputusannnya menghantar Shamil ke universiti tempatan. Di Tanjung Malim pula tu. Tak ada standard konon. Padahal isterinya sendiri yang terkilan sebab tak ada modal berkongsi cerita dengan kawan kawan tentang anak yang sedang belajar di luar negara. Safura... Safura. Macamlah kita ni kaya sangat. Lainlah kalau Shamil dapat biasiswa. Mana aku nak korek duit sampai beratus ribu kalau kena bayar yuran dan kos penginapan Shamil selama tiga tahun di Australia atau UK. Kalau Shamil di luar negara mesti si ibu pun asyik berulang alik ke sana. Kering poket aku. Persada Construction bukannya syarikat gergasi yang tersenarai di Bursa Malaysia, walaupun ianya kontraktor Kelas A.
Safura mengelap mulutnya dengan napkin kertas. Air masak di teguk rakus. Sejurus itu pintu depan di buka. Kedua mereka menoleh ke arah pemuda tinggi bertubuh tegap yang sedang menanggalkan sneakers Nike nya di tepi pintu.
" Hi Mummy, Daddy" sapanya sambil menuju meja makan.
" Mil, jom makan sekali. " pelawa bapanya sambil menarik kerusi .
" Mil dah makan dengan kawan kat Mid Valley tadi. Mil tak tau Mummy masak Laksa Johor hari ni. Kalau tak mesti Mil balik." Shamil tersengih. Walaupun berasal dari Utara tapi laksa Johor ibunya memang "power".
" Mil keluar dengan siapa? " tanya Safura. Risau juga kalau anak tunggalnya bergaul dengan budak budak kaki lepak dan rempit. Atau perempuan jenis pisau cukur. Walaupun Shamil dah besar panjang, tapi hati seorang ibu tak pernah tenteram bila anak tidak di depan mata.
" Dengan Muzir , Zehan, Syara. Kawan kawan sekolah dulu." balasnya sambil menuang air ke gelas.
Mummynya tersenyum senang. Hatinya mula berbunga. Zehan anak kawannya Datin Sakinah. Datin Sakinah sering menanyakan perihal Shamil, seolah ada ura ura nak jadikan menantu. Bukan Datin Sakinah saja. Hajjah Nora, Sharifah Balqis..... ramai kawannya yang berkias kias nak menjodohkan Shamil dengan anak mereka. Itu belum lagi kaum kerabat di Kedah. Laku macam goreng pisang panas anak teruna aku ni. Shamil ada rupa, berbudi bahasa, segak bergaya. Pelajaran pun boleh tahan. Ibu manalah yang tak bangga.
" Apa khabar Zehan? Tak ajak dia datang rumah? Mummy dah lama tak jumpa dia"
Shamil mengangkat kening. Matanya berpadu dengan mata bapanya. Mereka berbalas senyuman sinis.Tahu sangatlah tujuan ibunya membuka topik pasal Zehan. Selain Zehan, nama lain yang sering di sebut Mummy ialah Darina , Salwa, Sharifah Najwa. Keempat itu pilihan jawapan untuk soalan objektif - Siapakah bakal menantu Puan Safura? Padahal dalam hati Shamil jawapannya " None of the above".
" Mil, masa kat kenduri kahwin di Sg Petani hari tu, Daddy nampak Mil makan dengan seorang budak perempuan. Dia pakai baju purple. Siapa dia?" tanya Marzuki. Bukan dia tak tahu rancangan isterinya nak cari jodoh yang " sekufu" untuk Shamil. Aduhai Pora, anak kita baru 22 tahun. Jauh lagi perjalanan hidupnya, gerutu Marzuki dalam hati. Mata Safura mencerlung.
" Oh, itu Hani. Dia satu university dengan Mil, tapi different faculty. " Senyuman Shamil makin lebar bila teringat pertemuan yang tak di jangka. Berbaloi aku jadi pengapit Abang Hisham. Dapat melepaskan rindu pada Hani.
" Daddy, I need a favour." teragak agak Shamil mengeluarkan kata. Jarinya menyeka titisan air yang berkondesasi di gelas minuman.
" Apa dia?"
" Emm... tahun depan Mil kena buat internship dengan Persada , right? " Bapanya mengangguk. Memang Persada Construction salah satu syarikat yang menawarkan internship untuk pelajar university. Setiap tahun mesti ada sekurang kurangnya dua orang intern.
" Boleh tak Hani pun buat internship kat sana? " Hai... macam ada sesuatu saja. Anak teruna aku ni dah jatuh cinta kah? duga Marzuki dalam hati. Redup mata Shamil, senyumannya ketika menyentuh perihal Hani.... ah.. aku pun masih ingat zaman aku muda dulu. Safura mendengus kasar .
" Hani belajar jurusan apa? Result dia macam mana? "
" Dia buat Business Administration majoring in Finance. Mil tak tahu detailed result dia, tapi rasanya dia selalu juga dapat Dean's List. Dia jenis serius dan rajin. Boleh ya, Daddy?" Shamil tersengih sumbing. Dia belum sempat berbincang dengan Hani pasal internship. Tapi minta minta lah Hani setuju.
" Hmmm... Daddy tak berani nak janji. Setakat ni Persada cuma ambil engineering students untuk internship. Nanti Daddy discuss dengan Finance Manager kalau dia setuju. Tapi kalau Hani ada di ofis, boleh ke Mil concentrate buat kerja?" Terletus tawa kecil dari mulut Marzuki. Sah... Shamil sudah ada Kuch kuch hota hai. Menggelupur lah Safura.
Safura menipiskan bibirnya. Suami aku ni memanglah! Sengaja nak cari pasal. Bukan aku tak perasan Shamil gembira sakan berjumpa dengan budak bernama Hani tu. Asyik tersengih memanjang sampai balik KL. Entah minah kampung mana lah budak tu. Kalau cantik tapi tak ada class apa guna. Buat malu saja kalau macam kera sumbang. Bukan macam anak gadis kawan kawan aku.
" Mil, Mummy tak suka Mil berkawan dengan orang yang kita tak tahu asal usul dia. Kalau nak...." Siaran radio SafuraFM bermula
" Eh, Pora. Bukan you kata you nak pergi salun rambut ke?" Marzuki . Kalau tak, mahunya sampai sejam Safura berhujah. Patutlah Shamil jarang balik makan. Hilang selera kot , bila asyik kena dengar " muzik latar".
Safura membeliakkan mata. Alamak... terlupa pula. Dia terus bergegas meninggalkan meja.
" Hani itu memang orang Sungai Petani kah?" tanya Marzuki sebaik isterinya menghilang.
" Nenek sebelah mak dia orang sana." Jawapan Shamil membuat wajah seorang wanita muncul di kepala Marzuki. Aaaah.. tak mungkin. Satu kebarangkalian sahaja. Sungai Petani itu besar, bukan seorang dua penghuni nya. Dia cuba menyedapkan hati. Dadanya terasa semput. Hatinya merusuh ingin tahu nama penuh Hani tapi mulutnya enggan bertanya.
" Cantik orangnya" Marzuki bersuara perlahan. Senyuman anaknya di balas walaupun otot mukanya terasa tegang.
" Thanks, Dad" gelak Shamil sambil menepuk bahu Daddy nya
" Mil, kamu jangan ikut sangat cakap Mummy tu. I want you to study hard, get your degree and work for the company. Masa depan Mil bergantung pada kerja keras Mil sendiri dan rezeki dari Allah Subhana Wa Taala. Ingat tu" tegas Marzuki. Paling di takuti kalau anak tunggalnya hanyut dengan kemewahan yang ada. Sedangkan dengan sekelip mata Allah boleh tarik balik segala yang di beri. Apatah lagi harta yang bukan dari hasil yang halal. Dia menyesal bersekongkol dengan Safura untuk merampas hak anak yatim. Bukan dia tak peka itu salah satu dosa besar dalam Islam tapi ketika itu tamak haloba mengatasi kewarasan dan iman. Siapa tak mahu cepat kaya? Dia memejam mata dan beristighfar berulangkali. Bertahun lamanya peristiwa itu berlalu. Dosa dosa silam kini kembali menghantui diri. Mungkinkah Tuhan membuka peluang bagi aku untuk membetulkan kesilapan sebelum menutup mata? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Faizah2008 at 9-7-2009 08:28
188# sang_arjuna
Assalamualaikum...... slmt pagi Smiley..... lama tak jenguk sini.... I'm back......
Akhir2 ni busy gila tul..... dah 3 hari aku tercari-cari umah ni... dah masuk tapi gi ke tmpt lain lak..... rupanya Cari dah tukar wajah ya..... lebih ceria gitu....
Wah makin best cerita ni.... rezeki tul dpt baca setelah sekian lama gi bertapa... asyik memendam rindu... skrng ni lum balik lagi still at abroad ( tgh takut skrng sbb H1N1 semakin menular) next week aku kena balik negeri sbb mgmt suruh balik dulu due to H1N1 tu. Lepas tu kena quarantine kan diri selama seminggu aduh boring tul....
Tapi tak pe .... aku jadi penunggu tetap kat sini le jawabnya...so Smiley kena bagi n3 banyak2 tau.....hehehehehe....
Nampak gayanya cam Mummy Shamil tak berkenan je dgn Hani tu....hmmmm....konflik ni....
next smiley... good luck sbb lepas ni Jaza ada kat sini....hehehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
best...best.....:pompom::pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
best dah ada n3...
nanti kalu free letak n3 bebanyak k... |
|
|
|
|
|
|
|
189# Faizah2008
ohh patut ade gaya jaza upanya ekk |
|
|
|
|
|
|
|
189# Faizah2008
ohh patut ade gaya jaza upanya ekk
juliet80 Post at 10-7-2009 09:30
tu la..mula tgk nick ..tak kenal..ingat newbie manalah ni...terlebih gedik sudah..hahahah..roooopanya..cik puan Jaza...kroni lama aku...dah balik dari hibernating..terus tukar nama ka?..dapat alamat apa yg sampai tukar nama...
welcome back...my dear. |
|
|
|
|
|
|
|
la sikit je ker............ |
|
|
|
|
|
|
|
wah... semakin interesting |
|
|
|
|
|
|
|
la sikit je ker............
nhid_tam Post at 10-7-2009 13:59
sikit sikit lama lama jadi bukit.. hehe susah nak panjat nak baca nanti.. hehee |
|
|
|
|
|
|
|
hoho kiranya hani ni sebenarnya loaded lah yer.... tapi harta kena rampas pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Bayu sepoi tidak mampu melenyapkan haba petang yang melitup bumi. Walaupun sudah hampir pukul 5 petang, panasnya bagai remang tengahari. Namun demi rindu yang membara, Lebuhraya Utara Selatan sanggup aku redah, sang pujangga berseloka. Parah.... parah! Nazrin menarik sehelai tisu dari kotak Premier lalu mengelap peluh. Tubuh yang enak menganyam mimpi di sebelahnya di cuit.
" Oi.. bangun! Dah sampai" Nadanya di tinggikan. Mata gadis sunti itu berkedip sebelum mulutnya di buka luas melepaskan kuap.
" Aaa... dah sampai mana?" balas Nadia. Masih separa mamai. Matanya di tenyeh.
" Sampai kampung lah. Ingat sampai mana? USA? Europe?"
" Oh.. cepat juga Abang drive." Nadia membuka seat belt dan membetulkan rambutnya. Yeay.. yeay! Dah sampai. Dia terus membuka pintu kereta dan meluru keluar. Nazrin menggeleng kepala melihat kerenah adiknya. Beg di keluarkan dari tempat duduk belakang kereta yang baru di parkir di halaman rumah nenek dan datuknya. Baru dua tapak mereka mendekati rumah separa kayu dan separa batu bila tubuh kecil seorang wanita melangkah turun tangga.
" Assalamualaikum Tok. Tok nak ke mana? " laung Nadia sambil berlari anak . Tangan di lambai.
Mata wanita tua itu mengecil sejenak, cuba mengecam tetamu yang baru sampai.
" Laaa... cucu aku rupanya. Awat tak telefon Tok cakap nak mai? Mak bapak kamu tak ikut?" Hajjah Putih mempercepatkan langkah ke arah cucunya. Kedua nya di peluk dan di cium berulangkali melepaskan rindu.
" Saja nak buat surprise kat Tok dengan Tok Ki. Mama dengan papa kirim salam. Dia orang tak dapat datang sebab sibuk. " jelas Nazrin. Memang tak di rancang langsung untuk balik kampung tapi si Nadia asyik merengek sebab rindukan kakak angkat baru nya itu. Aku ambil peluang lah.. tunggu apa lagi.
"Jom masuk dalam rumah. Mesti Ajin dengan Yaya penat. Ajin bawa kereta seorang dari Kuala Lumpur?" soal Hajjah Putih. Tak sangka Nazrin balik kampung. Ini sudah bagus, detik hatinya. Baru beberapa hari lepas dia bercerita pasal Nazrin. Macam dah sampai seru saja budak ni. Tak ada angin , tak ada ribut tiba tiba menjelma. Senyum memekar di bibir tuanya.
" A'ah. Tapi berhenti sekejap di rumah kawan Ajin di Taiping. Mak dia ajak makan tengahari. Eh, Tok pakai cantik cantik ni, nak keluar kah? Kalau Tok nak keluar pergilah dulu. Ajin dengan Yaya tak nak kacau Tok. " kata Nazrin. Melihat neneknya yang berbaju kurung warna cokelat di padankan dengan kain baik Jawa yang berkanji , Nazrin dapat mengagak yang dia hendak keluar bertandang ke rumah jiran. Hajjah Putih bukan calang calang orang, waktu mudanya pernah menjadi Ketua Wanita Umno kawasan ini. Sampai sekarang dia menjadi orang kuat kalau ada apa apa majlis; ibarat special advisor penduduk kampung gitu. Begitu juga dengan datuk mereka, Haji Aziz. Rumah separuh kayu dan separuh batu yang berusia lebih separuh abad itu tidak pernah sunyi. Kalau tidak mengajar anak anak jiran mengaji Quran, Hajjah Putih mengajar ibu mereka membuat kuih. Haji Aziz pula sering di kunjungi ahli jawatankuasa masjid kampung.
" Tak apa. Cucu Tok mai dari jauh, takkan Tok nak tinggal ter****ng ****ng berdua. Tok Ki belum balik dari surau."
Selesai mandi dan solat Asar, Nazrin bergegas ke dapur. Tubuh yang tadi lenguh terus segar bila kena air paip yang sejuk. Nadia masih belum muncul. Si Tuan Puteri itu liat mandi kalau tak ada air panas. Bau cempedak goreng yang harum menggeletek hidungnya. Sambil makan, Nazrin rancak melayan soalan soalan neneknya. Siapa tak tahu, Nazrin cucu kesayangan Hajjah Putih. Masa Nazrin bertunang dengan Fifi dulu, neneknya jatuh demam hampir seminggu. Macam macam tak kena dengan Fifi di mata Hajjah Putih. Mengada ngada, suka meminta itu ini, berat tulang kalau ada kenduri kendara, pakaian makin lama makin menjolok mata. Kalau di senaraikan, satu muka surat pun tak cukup. Bila Nazrin putus tunang, Hajjah Putih lah orang yang paling lega. Dalam diam dia sedekahkan pisang ke masjid tanda kesyukuran. Kesian juga tengok Nazrin tapi dia yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
" Ajin nak mula kerja tak lama lagi. Pasal itulah Ajin balik kampung jenguk Tok. Nanti bila dah kerja, susah nak ambil cuti." jelas Nazrin pada neneknya. Alasan yang cuma 50% betul. Aku nak tipu siapa? desis hati kecilnya. Sudah dua minggu hatinya asyik resah. Senyuman si manis berlesung pipit mengusiknya siang malam. Rindunya! Nak telefon aku segan. Nasib baik ada Nadia. Cadangannya nak " surprise" kan Hani. Harap haraplah Hani masih di rumah Mak Toknya. Kalau tidak, mereka berdua pula yang melopong nanti.
" Mama ada cerita kat Tok yang Ajin dah dapat kerja. Alhamdulillah. Buat kerja elok elok tau. Kalau tak ada kerja , macam mana nak bagi makan anak dara orang? Hang tu bukannya muda lagi. Kawan kawan sebaya Ajin di kampung ni ramai dah kahwin, dah beranak pinak. Tok pun teringin nak tengok cucu Tok kahwin juga" bebel Hajjah Putih.
Alahai Tok ni.. cepat betul nak lancarkan missile. Orang belum pun mula kerja lagi. Takkan nak kahwin anak dara orang pakai airliur saja. Sabar sabarlah sikit, desis Nazrin dalam hati.
" Bukannya Ajin tak nak kahwin tapi masaalahnya tak ada calon. Apa kata Tok saja yang pilih calon untuk Ajin?" guraunya.
Berseri seri wajah Hajjah Putih mendengar jawapan cucunya. " Betul ni? Tok memang dah ada calon yang sesuai untuk Ajin. Tapi tak tahulah Ajin berkenan atau tidak. Apa kata esok kita pergi rumah dia?"
Uh oh... Nazrin hampir tercekik biji cempedak. |
|
|
|
|
|
|
|
wahh best2 ni.....mesti nak g umah maktok hani tu kan..... mesti masing2 baik nazrin atau hani mesti tpanjat nanti tu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|