|
wah uzir dah terkena panahan arjuna |
|
|
|
|
|
|
|
next..next....
camne agaknay laku si Fuyah bila jumpa mak datin tu.... heeiiiii ngerinya dengar..... takut si Fuyah tu terlebih laser nnti......
|
|
|
|
|
|
|
|
yessss...makin menarik citer nie......n3 please...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #180 sang_arjuna's post
hahah mcm tu palk ehh smiley
k nanti smbung pnjng2 lagi ehh..... |
|
|
|
|
|
|
|
heehhe..tak sabar nak tunggu apa jadi masa jumpa mak datin |
|
|
|
|
|
|
|
Intro tu yang tak tahan bace nye...... |
|
|
|
|
|
|
|
minta2 bakal ML akan cair ngan fuyah punya penangan bukan penangan maut tapi kelembutan (err boleh ker fuyah jadi cam nie ) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #191 telagamadu\ catat
tu lah pasal... boleh ke Fuyah control kelembutannya dan kesopanannya depan FML (add future) hehehe... harap Mak Datin ok le....
smiley lum ada ke?.... |
|
|
|
|
|
|
|
hye sang arjuna..
saya ni peminat cerita2 awak..gaya penulisan yang sempoi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #192 Jaza2008's post
dengar2nye mak datin tu nanti ade sombong sikit |
|
|
|
|
|
|
|
watak rifdi pun ade jugak dalam cerita nie...
next... |
|
|
|
|
|
|
|
Datin Mahani tertinjau tinjau mencari kereta anaknya. Peluh mula merenik di celah anak rambut yang di litupi skaf sutera.Matahari rembang menaikkan lagi laras kepanasan hatinya. Bertimpa timpa dugaan yang melanda hari ini. Di tangga teratas mestilah desas desus tentang syarikat suaminya. Ketika mengambil baju tempahan di butik Kirana dia terserempak dengan Puan Sri Hamidah yang memandang nya sinis.
" Eh..Datin Mahani. You still tempah baju kat sini? Tak mahal ka? Dengarnya Datuk punya company in bad shape. Kesian, siapa sangka ya. " kata Puan Sri Hamidah dengan senyuman plastik.
Nasib baik " kawan" itu beredar keluar sebelum sales assistant memberitahu yang kad kreditnya sudah " exceed limit". Kalau tidak habis di canang satu KL. Mana aku nak letak muka aku. Syukurlah Kirana dah lama kenal aku, boleh juga aku pakai baju baru ke anniversary dinner nanti. Biar papa , asal bergaya.
Kemudian dia terkedu melihat anak sulungnya Umar berjalan berpimpin tangan, berlaga bahu dengan seorang gadis muda. Geraklaku mereka nampak intim, jelas bukan kawan biasa. Darahnya menyirap.Menantunya si Salwa sedang mengandung. Berani Umar main kayu tiga. Takkan dia tak sedar keluarga mereka di kenali ramai. Salwa pula bukan calang calang orang; menantu pilihannya itu anak hakim berpangkat Tan Sri. Malunya aku kalau orang report kat besan aku.
Drebarnya pula tak kunjung tiba pada masa yang di janji. Rupanya kereta BMW rosak. Kebelakangan ini kereta nya asyik rosak. Kalau ikutkan hati baik pakai Toyota atau Honda atau Kia sekalipun. Tapi tak ada class lah pula. Kepalanya sarat memikirkan bagaimana hendak ke temujanji dengan Datin Roselina di Shangri La nanti. Nasib baik Uzir ada berdekatan dengan KLCC. Mudah mudahan adalah jodoh Farah dengan Uzir. Tak berkenan langsung aku dengan Natasha, model tu.
Uzir membunyikan hon sebaik sampai. Hatinya mula gusar melihat muka ibunya yang mencuka. Mesti tak cukup lubang telinga aku kena bebel. Fauziah melihat dengan cuak Mak Datin yang beroman garang mendekati kereta. Pakai baju cantik dengan beg designer pun tak guna kalau muka macam kena sembelit.
" Kenapa lambat sangat?" sergah Datin Mahani sambil menutup pintu kereta dengan kuat. Siapa pula perempuan yang di usung si Uzir ni?
" Biasalah Mama, traffic jam. Inikan lunch hour. Kenalkan, ini my Accounts executive, Fauziah. Kita baru lepas meeting dengan CIMB Bank. " Nada Uzir bersahaja. Dia memutar punat untuk menurunkan suhu hawa dingin. Mama tengah hot tu!
" Apa khabar Datin?" Fauziah sekadar berbasa basi.
" Baik." Jawab Datin Mahani pendek. " Cepat sikit Adik. Mama dah lambat ni. Kesian Auntie Rose tunggu lama."
Lagi sekali Fauziah terpaksa menahan tawa mendengar panggilan manja Uzir. Mukanya segera di paling ke luar tingkap. Matilah aku kalau boss tahu aku gelakkan dia.
" Fauziah anak saudara Auntie Rose dan Uncle Farid" sambung Uzir
" Oh, yang datang dari kampung tu. Datin Rose ada cerita pasal awak." Hairan juga Datin Mahani melihat Fauziah. Berbeza dari gambaran Datin Rose. Sangkaan Datin Mahani mesti orangnya ala ala orang gajinya Mak Semah tapi elok pula rupa budak Fauziah ni.
Fauziah cuma mengangguk. Intonasi suara Mak Datin ni macam menghina je. Dia ingat ulu sangat kot aku ni. Woi, kampung sekarang dah ada bekalan letrik,dah tak payah mandi dan basuh kain di sungai, orang lelaki dah tak pakai cawat, perempuan pun tak berkemban dah. Aparahh....
Uzir berdehem. Alahai.. mak aku ni pun. Kenapalah cakap macam tu? Kesian tengok muka Fauziah dah berubah. Janganlah minah ni laser Mama, dia berdoa. Tercetus Perang Dunia pula nanti.
" Mama beli apa tadi?" Uzir mengubah topik
" Tak beli apa apa. Mama ambil baju yang mama tempah dari butik Kirana. Baju baru untuk anniversary dinner Mama dengan Papa minggu depan. Adik jangan lupa tau" pesan Datin Mahani
" Oh ya, next Saturday , kan Mama? Fauziah, you are invited. Semua staff Tapis di jemput. Dinner di rumah parents saya di Damansara Heights. Nanti saya bagi address. "
" Er... saya belum tentu lagi dapat datang atau tidak. Tapi terimakasih kerana menjemput, Uzir, Datin" balas Fauziah. Dia telah mengajak Wani datang ke KL untuk memudahkan adiknya membeli barang hantaran bersama Acap. Takkan nak tinggalkan Wani seorang diri malam malam. Adiknya itu penakut. Lainlah kalau Alia dan Kak Liza boleh temankan tapi mereka pun jarang lekat di rumah kalau malam minggu.
" No excuses. Tak dapat bonus nanti" gertak Uzir. " Kenapa tak boleh datang? You better have a good reason "
Busybody! Dah mulalah nak tunjuk kuku besi dia.
" Saya nak kahwin" jawab Fauziah perlahan. Buat buat tunduk malu sambil tersenyum kecil. Keh keh keh...
" HAA?! Betul? Dengan siapa? " Hampir terlucut jantung Uzir. Tak ada angin tak ada ribut, tiba tiba rasa macam kena sambar petir. Nasib baik aku tak blackout terus. Kalau tak mati kataklah di tengah jalan. Datin Mahani menjeling tajam . Nada suara anaknya merisaukan. Naluri seorang ibu cepat menangkap sesuatu yang tak kena.
" Dengan anak Tok Batin kampung saya, Berat anak Pit" balas Fauziah dengan serius. Namun perutnya sakit menahan tawa. Uzir mengerling ke sisi..... budak ni memanglah nak kena! Lucu ..lucu.. Berat Pit aka Brad Pitt kunun.
Kereta Uzir sampai ke lobby entrance Hotel Shangri La dan doorman beruniform jaket merah dan seluar hitam pantas membuka pintu belakang.
" Mama pergi dulu. Malam ni Uzir datang rumah tau. Ada benda penting Mama nak cakap." kata Datin Mahani sambil turun. Tiada pamitan langsung untuk Fauziah. |
|
|
|
|
|
|
|
pendek ajer ker smiley..?
ada lagi x..? |
|
|
|
|
|
|
|
keh3.... beguling2 aku bca cita ni..
dah la cita kemelut pown best.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|