CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Isu: Pencemaran Alam Sekitar - Raise Awareness To Save Environment -

 Close [Copy link]
 Author| Post time 16-6-2007 09:31 AM | Show all posts
500 customers to get hibiscus plants

KUALA LUMPUR: Visit Jusco stores at 1 Utama in Bandar Utama and Taman Maluri today and tomorrow and bring home a beautiful hibiscus plant.

In conjunction with World Environment Day, 500 lucky customers to go to each of the outlets on the two days will receive a small pot of the national flower.

Aeon Company Bhd public relations manager Shirley Chan said the company, which owns Jusco stores, wanted to support the environment by encouraging customers to plant the hibiscus.

She said planting trees and flowers could help the environment by absorbing carbon dioxide and releasing oxygen.

揑n 2004, the company organised a tree planting session at Paya Indah Wetlands where 30,000 trees were planted by 3,000 staff members,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2007 09:32 AM | Show all posts
denda murah sgt....org mampu bayar... cuba letak denda juta2 pd kompeni yg buang sisa kilang kat dlm sungai or longkang... sure depa takut nk buat. skali kena denda...bleh bengkrap, silap2 tutup operasi trus!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2007 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 15-6-2007 09:20 PM
Kuantan diselubung kepulan asap
15-06-2007

KUANTAN:  Kira-kira empat hektar kawasan hutan gambut di KM22 Jalan Kuantan-Pekan dekat Penor di sini terbakar menyebabkan bandar Kuantan di selubu ...




A peat swamp fire caused a heavy haze to envelop Kuantan and
neighbouring areas, causing panic among residents
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2007 07:11 PM | Show all posts
What a waste!




THIS deluge of plastic bags surrounding GCH Retail (M) Sdn Bhd corporate affairs manager Zamri Maulan is but a fraction of the millions of bags dispensed by Giant hypermarket each year to customers. A large percentage of them will end up in landfills, where they will remain for many years because plastic takes forever to degrade.

Selangor state executive councillor Datuk Ch'ng Toh Eng warns Selangor residents about having smelly landfills as neighbours if they continue to throw out 6,000 tonnes of rubbish daily.

Landfills are getting full, and there is hardly any more suitable land left to create new ones.  Incinerators are not popular and the 搃ntelligent
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2007 08:47 PM | Show all posts
Plastic producers keen on 3Rs

PETALING JAYA: Plastic manufacturers are also interested to play a part in recycling
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2007 07:57 PM | Show all posts
Mounting waste problem
By LOONG MENG YEE

PETALING JAYA: Nearly one year into service, the 搒olution
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2007 10:27 PM | Show all posts
RM30 bilion demi selamatkan hutan bakau negara
19-06-2007

PETALING JAYA:  Sekiranya kesemua hutan bakau Malaysia mahu diselamatkan daripada pupus, kos antara RM20 bilion dan RM30 bilion diperlukan untuk menanam semula serta membina pemecah ombak terutamanya di kawasan pesisir pantai utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perwira Holding Sdn Bhd Datuk Tan Kar Meng berkata keluasan hutan bakau yang menjangkau sekitar 1,400km menyebabkan kos yang tinggi diperlukan untuk memulihara kawasan berkenaan.

"Sebab itu, kita di Perwira menjalankan usaha sendiri dalam memelihara hutan bakau," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi "Globe Saviour Mangrove Forest" anjuran syarikat itu di sini.

Tan berkata syarikatnya sedang mengenal pasti hutan paya bakau yang mempunyai risiko untuk pupus sebelum menjalankan sebarang projek pemuliharaan.

"Antara kawasan yang telah dikenal pasti ialah di pesisir pantai Tanjung Piai, Johor, Kuala Muda, Kedah dan beberapa kawasan pantai sekitar pantai Selangor dan Johor.

"Projek penebat ombak menggunakan kaedah 'Pillow Tube' di kawasan terbabit akan dibuat sebelum hujung tahun ini," katanya.

Teknologi "Pillow Tube" bertindak sebagai pemecah ombak yang melindungi kawasan hutan bakau daripada aliran ombak yang kuat dan tanah runtuh dengan menggunakan bahan terpakai seperti sabut kelapa sawit, fiber serta kotak dan akan kelihatan seperti bantal besar yang diletakkan di pesisir pantai.


Tan berkata keberkesanan "Pillow Tube" untuk melindungi kawasan hutan paya bakau adalah sekitar 90 peratus.

Tahun lepas, kerajaan negeri Selangor memberikan projek bernilai RM1 juta kepada Perwira untuk melindungi kawasan hutan paya bakau di Sabak Bernam.

Tan berkata syarikatnya juga mendapat tawaran yang sama daripada kerajaan Indonesia dan India, tetapi terpaksa menolak kerana penggunaan "Pillow Tube" masih di tahap kajian dan pembangunan (R&D).

"Dalam masa tahun ini dan hujung tahun depan, kita nak tumpukan dulu di kawasan hutan bakau Malaysia, melalui pembiayaan kerajaan-kerajaan negeri dan penaja lain menerusi kempen alam sekitar" katanya.

Beliau berkata penggunaan teknologi itu mungkin boleh diperluaskan ke negara lain menjelang tahun 2009
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2007 06:07 AM | Show all posts
Pendidikan alam sekitar berasaskan agama
Oleh AZRINA SOBIAN

RUPA-RUPANYA, masih ramai Muslim di luar sana yang tidak mengetahui, hatta memahami bahawa pemeliharaan alam sekitar adalah satu tanggungjawab agama.

Inilah satu antara beberapa kesimpulan yang diperoleh daripada Seminar Penjanaan Pendapatan untuk Wanita Melalui Aktiviti Kitar Semula anjuran IKIM, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar.

Kenyataan ini membawa kepada beberapa cadangan untuk memberi nilai tambah kepada kempen mahupun pendidikan alam sekitar yang telah pun dijalankan sekian lama. Ini tidaklah bermaksud bahawa usaha pendidikan yang dijalankan itu telah gagal sama sekali, namun tidak boleh kita nafikan bahawa masih banyak lompong yang perlu diisi dan diperbaiki.

Kekurangan dalam sistem pendidikan alam sekitar negara ini boleh dibuktikan dengan melihat keadaan alam sekitar itu sendiri. Paling mudah adalah dengan merujuk kepada kadar kitar semula negara yang masih pada tahap 5 peratus sedangkan banyak negara lain seperti Denmark, Jerman, Singapura dan Korea yang telah mencapai tahap 40-45 peratus kadar kitar semula. Kempen kitar semula di Malaysia itu pula bukanlah bermula setahun dua ini tetapi telah mencapai usia 14 tahun lamanya.

Walaupun negara-negara yang disebutkan tadi, terutama negara Jerman dan Denmark, telah mengambil masa selama 20-25 tahun untuk mencapai tahap yang ada kini, ini tidak bermaksud kita berada dalam ruang yang selamat. Sebagai sebuah negara membangun, kita sepatutnya mencapai kadar kitar semula dengan lebih cepat kerana telah ada contoh yang boleh diikuti.

Kegagalan menarik penglibatan awam untuk mengitar semula menimbulkan persoalan tentang kelemahan kempen atau pendidikan alam sekitar sedia ada. Adakah kempen selama ini gagal memberikan maklumat yang mencukupi? Adakah kempen itu sebenarnya sukar difahami umum? Atau, adakah kempen ini gagal menunjukkan sebab sebenar seseorang itu perlu mengitar semula?

Kajian

Setelah sekian lama kempen dijalankan, pengetahuan umum terhadap amalan kitar semula sebenarnya telah meningkat. Ini boleh dibuktikan dengan melihat pelbagai kajian yang dijalankan dalam negara oleh pelbagai pihak. Kajian-kajian ini menunjukkan 80-90 peratus penduduk yang dikaji mempunyai pengetahuan tentang kitar semula. Dalam hal ini, mereka mengetahui jenis barang yang boleh dikitar semula, bagaimana mengurusnya dan di mana barangan itu boleh dihantar.

Bagaimanapun, sistem atau program kitar semula yang sukar mengekang keinginan mereka untuk mengitar semula. Sukar di sini merujuk kemudahan sedia ada misalnya pusat pengumpulan atau tong kitar semula yang terlalu jauh dari tempat tinggal. Selain itu, keadaan pusat pengumpulan atau tong kitar semula yang tidak diurus dengan baik juga menyakitkan mata memandang. Malahan, rungutan terhadap pekerja pengumpulan sampah yang mencampurkan barangan yang telah diasingkan oleh penduduk juga seringkali kita dengar.

Selain itu, masyarakat umum juga tidak pasti sebab (motivasi) utama mereka perlu mengitar semula. Ada yang mengatakan sebab cintakan alam, dapat menjimatkan wang ringgit, baik untuk manusia, sebab pengaruh rakan, boleh dapat pendapatan sampingan dan sebagainya. Pada pandangan penulis, sebab-sebab yang diberikan ini tidak cukup kukuh untuk menarik mahupun mengekalkan seseorang dalam kegiatan kitar semula. Ini kerana apabila sebab-sebab itu tidak dapat dilihat kesannya atau telah tiada, amalan kitar semula itu dirasakan tidak menarik lagi. Sebagai contoh, tidak dapat melihat kesan penjimatan wang atau tiada lagi rakan untuk mengitar semula.

Oleh itu, orang ramai perlu disedarkan tentang sebab sebenar mereka mengitar semula. Bagi orang Muslim, tiada sebab lain yang lebih utama selain mengitar semula kerana tanggungjawab agama. Jika ini menjadi sebab (motivasi) utama mengitar semula, maka tiada kesukaran yang boleh menghalang seorang Muslim untuk mengitar semula kerana sebab ini kekal dan tidak akan berubah sampai bila-bila. Sebab-sebab alam sekitar mahupun pengaruh rakan dan sebagainya bolehlah dijadikan sebab sampingan daripada sebab utama tadi.

Bagi tujuan kesedaran ini, kempen kitar semula mahupun pendidikan alam sekitar di negara ini perlulah merujuk kepada unsur-unsur agama. Dalam hal ini setiap individu perlu menyedari tanggungjawab agamanya dalam memelihara alam sekitar. Setelah sekian lama kempen atau pendidikan alam sekitar dijalankan maka kempen atau pendidikan alam sekitar berasaskan agama perlu diberi peluang untuk meningkatkan lagi kesedaran dan penglibatan masyarakat.

Buat masa ini, kempen mahupun pendidikan alam sekitar di negara kita ini lebih banyak dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dalam hal menyebarluaskan unsur kempen atau pendidikan alam sekitar berasaskan agama ini maka dicadangkan NGO-NGO berasaskan agama Islam mengambil pendekatan tersebut dalam kegiatan-kegiatan yang dijalankannya. Jika tiada, maka perlulah lebih banyak NGO-NGO seperti ini diwujudkan agar masyarakat Islam dapat disedarkan tentang tanggungjawab sebenarnya dalam alam ini. Selain NGO, tugas memberi kesedaran ini adalah tugas semua pihak, maka jalankanlah tugas ini dan jangan sekali-kali putus asa serta mengalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2007 07:40 PM | Show all posts
Bagi tujuan kesedaran ini, kempen kitar semula mahupun pendidikan alam sekitar di negara ini perlulah merujuk kepada unsur-unsur agama. Dalam hal ini setiap individu perlu menyedari tanggungjawab agamanya dalam memelihara alam sekitar. Setelah sekian lama kempen atau pendidikan alam sekitar dijalankan maka kempen atau pendidikan alam sekitar berasaskan agama perlu diberi peluang untuk meningkatkan lagi kesedaran dan penglibatan masyarakat





saya rasa penting diamati ni!!
setiap agama menggalakkan kebersihan
diri dan alam sekeliling --

when are we gonna realize that we are breathing
in filthy air and swim in filthy river -
and living in filthy environment --

kalau benar kita beragama --
kita tahu kebersihan tu sebahagian dari faith kita --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2007 10:34 PM | Show all posts
Khidmat urus sampah lebih baik, tetapi kena bayar
22-06-2007
Oleh SA扥DAH ELIAS  

PUTRAJAYA:  Setelah sembilan tahun dalam perancangan, orang ramai seluruh negara dijangka dapat menikmati perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih baik mulai tahun hadapan, tetapi ia bukan datang percuma.

Mereka akan dikenakan bayaran tambahan bagi perkhidmatan lebih baik yang akan diberikan oleh syarikat konsesi sedia ada, Alam Flora Sdn Bhd dan Southern Waste Management Sdn Bhd.

Pendekatan baru ini dapat dilaksanakan berikutan persetujuan semua kerajaan negeri, melainkan Kelantan, Sabah dan Sarawak, menyerahkan kuasa eksekutif dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada kerajaan pusat.

Berikutan keputusan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri tidak lagi mempunyai sebarang kuasa dalam hal membabitkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam seperti amalan sekarang.

揃ayaran yang akan dikenakan itu munasabah. Kita akan kenakan bayaran mengikut kemampuan orang ramai. Ia akan menjadi tanggungan yang tidak membebankan,
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 05:59 AM | Show all posts

Reply #190 dexa's post

kalu keno bayar berlambaklah sampah dlm sungai dan longkang lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 06:01 AM | Show all posts
no one is willing to pay, ptptn pon tak nak bayar
keno pukul cam along bau reti bayar lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 06:04 AM | Show all posts
wa cdg sape buang sampah merata2 keno pukul public, buang sampah dlm sungai keno tembak lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 07:58 AM | Show all posts
Kita ada undang-undang, tapi hanya atas kertas. Ada cadangan tinggal cadangan kerana tidak menguntung satu-satu pihak yang tertentu. Ambil contoh Jerman, sungai Rhein yang melalui bandar-bandar utama di Jerman tetapi banyak ikan di dalamnya disamping angsa dan itik kelihatan berkeliaran. Kitar semula, rakyatnya dibayar 0.25 Euro bersamaan RM1.15 duit kita bagi satu botol plastik atau kaca. Secara jangka panjang mengurangkan kos pengurusan mengatasi pencemaran.

[ Last edited by  dexa at 23-6-2007 08:21 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:14 AM | Show all posts
Tiada caj khidmat sisa pepejal, pembersihan

MELAKA: Kerajaan tidak bercadang mengenakan bayaran kepada orang ramai bagi operasi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan, mulai tahun depan, seperti dilaporkan beberapa akhbar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, membuat penjelasan itu berikutan laporan beberapa akhbar berbahasa Cina yang mengatakan kerajaan akan mengenakan caj bagi perkhidmatan berkenaan mulai tahun depan.

Katanya, soal bayaran masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana kerajaan ada dasar untuk mengendali dan menguruskan sisa pepejal di seluruh negara.

"Kita tidak mengumumkan mengenakan apa-apa bayaran tambahan pada tahun depan ataupun tahun ini. Mungkin pemberita salah tafsir apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-58, kelmarin.

"Bagi melaksanakan langkah yang diperakukan, kerajaan memerlukan satu undang-undang yang menyeluruh dan untuk itu draf Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta Rang Undang-Undang Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang diluluskan pada mesyuarat kelmarin akan dibentangkan di Parlimen pada 2 Julai ini.

"Di bawah dasar ini, matlamat kita adalah untuk mewujudkan satu sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif, mapan selain diterima masyarakat,
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 03:52 PM | Show all posts

3 Sungai P.Pinang, 2 Sungai Johor Paling Tercemar



huh, mcm mana la boleh jadi mcm ni, kata Penang ngan Johor negeri maju tapi sungai paling terkotor

Lagi malang, x ada langsung sungai dikategorikan bersih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2007 03:56 PM | Show all posts

Reply #1 DTECCONAN's post

sungai segget tu kat tengah bandar....now org dah tutup konkrit kat atasnya siap ada gazebo, ada kiosk...org bleh makan minum ala2 bintang walk.

dr zaman aku kecik cenonet lg sungai ni mmg dah tercemar, busuk dan hitam... skang sungai ni dah 'hilang' dari penglihatan.

sungai tebrau katne ekk? link dgn sungai skudai tak?? psl sungai skudai ni depa p buang najis VAVI...sisa kilang, sisa domestik dan sbgnya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 04:15 PM | Show all posts

Reply #197 nazurah's post

kat Selat Tebrau kot

tapi kalau ikutkan sungai kat Penang tu memang tercemar teruk dah, memang dah x nampak air
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 04:27 PM | Show all posts
pembangunan tak terancang, pengkuatkuasaan yang lemah...mentaliti orang yg tinggal di tepi sungai... semua ni berkait dengan pencemaran sungai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 03:55 AM | Show all posts
Semua sekolah diarah tanam pokok

KUALA LUMPUR 26 Jun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060931 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list