CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: milanhawkin

Kusimpul Mati

 Close [Copy link]
Post time 9-2-2007 09:05 PM | Show all posts
maksud aku..susahnyer idop.. hahahaha

bukan tension baca kisah ko... cuma cuba merelatekan dgn kehidupan ku sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2007 02:40 PM | Show all posts
milan syg
bila nak smbung lgik neh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 08:30 AM | Show all posts
milan..sambung lah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 02:53 PM | Show all posts
Milan mana sambungannya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 11:00 AM | Show all posts
milan bila nak sambung lagi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 12:01 PM | Show all posts
milan dah hari jemahat ni.. sambung laaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-2-2007 12:04 PM | Show all posts
thydiva: weh, apsal ko tak sambung2 lagi citer aku tuh? hah? hah? :@
milan:   err... aku bz ler...
thydiva: ahhh... bz ker hapa ker... hari ni postkan sumer skali...:devil:
milan: sumer skali?   mana ada masa dude...
thydiva: nama aku bukan dude! aku tak kira, postkan jugakkkk....:geram:
milan: cheh.. macam la ko baca mende tuh...:nana:
thydiva: bukan aku yg nak baca.. peminat2 aku tuh..
milan: perasannyer minah sekor nih...
thydiva: aku tak kira, ko musti postkan jugak hari ni...:jeling:
milan: ye ler.. ye ler.. bencih betul kena buli camni.. :jeler:  karang la aku post ok.. skang ni aku nak ngulor dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 12:24 PM | Show all posts

Reply #187 milanhawkin's post

hampeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2007 01:36 PM | Show all posts
Bab 21

   Dani menerjah masuk ke bilik Timbalan Pengarah Urusan syarikat TechPlus tanpa ucapan selamat seperti biasanya. Amirul yg ketika itu sedang berbicara dengan salah seorang pekerja syarikat itu, sedikit tersentak dengan kedatangan Dani yg tanpa diundang itu. Setiausahanya, Syuhada mengekor di belakang Dani dengan cemas.
   "Maaf En Amirul, I dah bagitahu En Dani, encik ada meeting tapi..." kata2 Syuhada terhenti bila Dani berpaling dan merenung tajam dirinya. Syuhada tertunduk, takut untuk membalas pandangan Dani.
   "It抯 OK, Syuhada. Go back to your place" arah Amirul. Tangannya segera menutup fail yg sedang dibeleknya. Syuhada cepat2 berlari kembali ke mejanya.
   "I need to talk to you" ucap Dani, menghampiri meja Amirul. Dia menjeling pada lelaki yg sedang berbicara dengan Amirul, memberi isyarat supaya segera beredar. Dengan anggukan dari Amirul, lelaki tersebut segera berlalu keluar.
   Keruh di wajah Dani begitu jelas, membuatkan Amirul tertanya2. Memang tak pernah Dani menunjukkan wajah sebegitu. Selalunya temannya itu ceria dengan gelak tawa, biar apapun keadaan. Namun hari ini, Dani kelihatan begitu marah, begitu kusam.
   "Kau ni kenapa? Aku kan tengah ada discussion tadi. Kalau pun ada hal, boleh tak kau tunggu sampai aku habis?" ujar Amirul dengan tidak puas hati.
   "Aku nak kau lepaskan Mila!" tegas Dani bersuara.
   "Ap... apa kau cakap ni?" sepasang mata Amirul buntang memandang Dani. Betulkah apa yg didengarnya ini? Lepaskan Mila? Bermakna Dani sudah mengetahui rahsia hubungannya dengan Mila? Ah, keadaan semakin tak terkawal. Rahsianya sudah terbongkar. Walaupun dia tahu rahsia ini takkan selamanya dapat disimpan kemas, pun begitu dia tak berharap secepat ini Dani dapat menghidu segalanya.
   "You heard me. Lepaskan Mila!" Dani semakin marah. Tangannya dihentak ke meja. Amirul memandang wajah Dani dengan pelbagai persoalan.
   "Sya called me last night. Dia dah ceritakan semuanya pada aku. Tak sangka Mirul, sikit pun kau tak cakap pada aku tentang hal ni. Aku tak faham kenapa kau nak rahsiakan status kau. I抦 your best friend, goddammit!"
   Patutlah... Cepatnya Syalinda bertindak.
   "Look, I抦 sorry I didnt tell you earlier. I was going to... but I guess I was waiting for the best time to uncover the whole thing. I抦 sorry, man" Amirul cuba berdiplomasi, cuba menenangkan keadaan. Tidak ada gunanya dia menambah minyak ke dalam api yg sedang marak.
   "Whatever... sekarang aku cuma nak kau lepaskan Mila. Ceraikan dia. I抣l take care of her. Lagipun aku cintakan dia. I抣l make her happy" Pengakuan dari Dani itu sedikit sebanyak menggugat perasaan tenangnya tadi. Dani cintakan Mila? Bila semua ini bermula? Sejak bila pula Mila bercinta dengan Dani? Dan kenapa dia merasakan satu perasaan aneh menjalar ke dalam dirinya? Cemburukah itu? Mustahil! Dia cuma tak suka barang kepunyaannya dirampas, itu saja.
   "Dani, walaupun kau kawan baik aku, but you抮e talking about my wife. My wife! You better watch your mouth!" Amirul mula berang. Wajahnya kemerahan menahan rasa marah yg semakin membakar diri. Kedua2 lelaki itu sudah berdiri, bangkit mengadap sesama mereka. Masing2 sedang diamuk rasa marah, atas sebab yg berlainan.
   "Wife? Wife? Baru sekarang kau nak mengaku dia tu isteri kau? Kenapa dulu kau kenalkan dia sebagai kakak angkat Alia? Kau dah buat dia sengsara. Kau tak fikir ke? Tambah lagi kau nak kahwin dengan Sya pula sekarang ni. Please, I ask you as a friend, let her go. Kalau tak, aku akan rampas dia dari kau" ugut Dani. Dari semalam, dia sudah nekad untuk mendapatkan Mila dari tangan Amirul. Biar apa pun yg berlaku, dia akan dapatkan gadis itu.
   Sejak Syalinda menelefonnya semalam dan mengadu tentang apa yg telah berlaku antara mereka, hati Dani sudah mula tidak tenang. Perasaannya memberontak. Dia kesal kerana Amirul memperalatkan Mila. Dia cemburu bila tahu Mirul memiliki Mila. Dan dia sakit hati bila gadis kesayangannya terluka dek perbuatan tidak bertanggungjawab temannya sendiri. Sepanjang malam dia cuba mencari jalan bagaimana mahu bersemuka dengan Amirul, mahu memperjelaskan niatnya.
   "Kau sanggup korbankan persahabatan kita hanya kerana seorang perempuan?" Amirul seakan tak percaya. Persahabatan yang mereka bina selama bertahun2 itu akan runtuh hanya kerana seorang perempuan. Begitu rapuhkah persahabatan mereka?
   "Not just any girl, Mirul. It抯 the girl that I love. I抣l get her... one way or another. Dan aku tak korbankan persahabatan kita. We抣l still be friends. Sampai mati pun kau tetap sahabat aku. Aku cuma nak ambil sesuatu milik kau, yg kau tak pernah nak hargai. In a way, I抦 helping you out, buddy" sinis sekali Dani berkata.
   "Aku takkan ceraikan Mila. Dia isteri aku, sampai bila2 pun dia isteri aku!" entah kenapa, baru kali ini dia merasakan betapa berertinya perkataan 'isteri' padanya saat itu. Dia sendiri tidak faham, mengapa jauh di sudut hatinya, dia tak mahu kehilangan Mila sebagai isteri.
   Dani tersengih, baru kali itu Dani tersenyum. Walaupun senyuman itu seakan memerli pada pandangan Amirul.
   "Sorry, dude. Best man wins. And by the look of the situation now, I think you抮e losing"
   Dan Amirul hanya melihat bayang Dani yg semakin menghilang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2007 01:39 PM | Show all posts
Bab 22

   Syalinda memandu keretanya dengan laju. Hatinya berbaur dengan perasaan. Benci, dendam, geram dan kesal. Semuanya bercampur aduk. Sahabat yg begitu dipercayainya rupanya sedang menipunya. Kekasih yg dicintainya pula menyimpan rahsia darinya. Kalaupun marah, kenapa perlu menikahi temannya sendiri dan merahsiakan perkara itu darinya? Malah orang tuanya turut sama bersubahat. Semua orang menipunya!
   Air matanya mengalir lagi. Dengan geram, kakinya menekan minyak kereta. Dia mahu membawa kereta itu dengan sepenuh kelajuan. Tidak peduli dengan apa yg akan berlaku. Dia hanya berharap hatinya akan sedikit lega. Dia hanya mahu melepaskan geram.
   Syalinda menjeling cincin di jarinya. Cincin yg dirampasnya dari Mila. Terlukis sebuah senyuman puas di bibirnya. Biar padan dengan muka perempuan tak tahu malu itu! Ada hati nak rampas Amirul dari aku. Dia ingat dia tu siapa? Sorry Mila, kau tak layak nak bertanding dengan aku.
   Syalinda memang pasti dengan cinta Amirul padanya. Sudah bertahun mereka menganyam kasih. Takkan semudah itu lelaki itu akan berpaling darinya. Dia cukup sempurna di mata Amirul. Malah di mata sesiapa saja. Dia yakin itu. Cepat2 ditepis segala perasaan ragu yang bertandang.
   Cuma, dia begitu terkejut dengan pengakuan Amirul.
   "I kahwin dengan dia sebab you tinggalkan majlis perkahwinan kita. Masa tu I terlalu marah pada you. I cuma nak sedarkan you aje. Tapi I tak sangka Mila tak nak lepaskan I"
   "Kalau dia tak nak lepaskan you, you aje lah lepaskan dia. Apa yg susahnya? Talak ada kat tangan you!" Amirul diam, sesekali mengerling ke arah Syalinda dengan pandangan mengharap, mengharap agar gadis itu memahami keadaannya ketika itu. Bila gadis itu langsung tidak mempedulikan pandangannya, matanya kembali terarah pada radio keretanya, mendengar muzik yg dialunkan oleh DJ. Tangannya menekan punat untuk merendahkan volume radio, mahu menumpukan seluruh perhatiannya pada masalah mereka waktu itu.
   "It抯 not that easy, Sya"
   "It IS easy. You aje yg nak menyusahkan perkara ni. You lafazkan talak pada dia, then it will all be over. Atau... you dah jatuh hati pada dia?" duga Syalinda. Amirul merengus.
   "Impossible!" Amirul tergelak, kedengarannya seakan dipaksa.
   "Habis? Apa yg you tunggu lagi? I nak you ceraikan dia. Only then, kita kahwin" Syalinda memberi cadangan, separuh mengugut.
   "I tak boleh..." keluh Amirul.
   "Kenapa pulak?"
   "You have to understand me. Mama dan papa sayangkan dia. I tak mahu jadi anak derhaka"
   "Alasan! Itu semua alasan you!" tempik Syalinda. Sabarnya sudah lama hilang. Geramnya makin menjadi2. Sakit hatinya makin bertambah.
Bila berjumpa dengan Mila tadi juga, kebenciannya makin bermaharajalela. Jika diikutkan hatinya, dia masih tak puas memaki perempuan tak guna itu. Depan bukan main baik, belakang dia rampas hak kita. Syalinda mengomel sendiri. Minyak ditekan lagi. Dan lagi.
   Entah dari mana datangnya, sebuah kereta tiba2 muncul dari arah bertentangan. Secara automatik, tangannya memusing stereng kereta sekuat yg mungkin, mahu mengelak dari kereta tersebut. Kakinya menekan brek sekuat2nya, memaksa kereta Honda CRV itu berpusing 360 darjah, dengan bunyi yg cukup memeritkan telinga. Kereta tersebut sudah tak terkawal, kemudiannya berhenti apabila melanggar pembahagi jalan. Sayup2 Syalinda mendengar bunyi hon sebelum matanya menangkap cahaya lampu yang semakin mendekatinya. Sebuah lori balak akhirnya merempuh kereta Honda CRV dari bahagian depan.

   
Mila rebah bila mendapat berita tersebut dari Halina. Amirul terduduk, hampir tak percaya dengan berita yg dikhabarkan oleh ibubapanya. Dani kelihatan termenung setelah ditelefon oleh Alia. Ibu bapa Syalinda meraung tak berkesudahan menangisi pemergian anak tunggal mereka. Pemberita sibuk mengumpulkan bahan berita untuk hari esok.


[ Last edited by  milanhawkin at 16-2-2007 01:41 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2007 01:45 PM | Show all posts
Bab 23

   "Hey pompuan! Kenapa kau datang sini hah? Siapa suruh kau datang sini? Siapa? Hah?" tengking Pn Soraya bila Mila muncul di hadapannya. Mila menggeleng lemah. Memang sejak kebelakangan ini, dia terlalu murah dengan air mata.
   "Makcik, saya cuma datang nak tengok Sya, makcik. Saya takde niat lain. Maafkan saya" ucap Mila.
   Dia sendiri terkejut sewaktu menerima panggilan telefon dari Halina sebentar tadi. Syalinda kemalangan. Sedangkan dia baru saja berjumpa dengan Syalinda pagi tadi. Luka di jarinya masih lagi terasa pedihnya. Menurut Halinda, kereta yg dinaiki Syalinda dilanggar sebuah lori balak bila cuba mengelak dari bertembung dengan sebuah kereta lain. Separuh badannya hancur dan Syalinda meninggal di tempat kejadian. Mendengarkan itu, Mila pitam di pejabatnya. Setelah sedar, dia bergegas ke hospital. Niatnya hanya mahu melihat keadaan temannya itu. Kekesalan beraja di hatinya.
   Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Dalam sekelip mata dan tanpa mereka duga, Pn Soraya dan En Zulkifli telahpun kehilangan anak kesayangan mereka. Benarlah, jika Allah menginginkan sesuatu itu berlaku, tanpa dapat dihalang, ia akan berlaku jua.
   "Tak cukup lagi ker kau seksa keluarga aku? Tak cukup ker? Dulu kau dah rampas tunang anak aku, lepas tu kau rampas pulak nyawa dia. Sekarang ni kau nak apa? Nak ambil nyawa aku pulak ker?" Mila mengucap panjang mendengar bebelan Pn Soraya padanya. Dia bukan Tuhan untuk merampas nyawa sesiapa. Kenapa dia yg harus dipersalahkan? Walaupun begitu, Mila tetap merasakan dia turut menjadi punca.
   "Tak baik makcik cakap saya macam tu..." lemah saja suara Mila. Kolam matanya pecah lagi.
   "Perempuan sial! Tak guna! Kau sama jugak macam mak kau. Perempuan murah! Suka nak rampas hak orang. Kau tahu tak, mak kau tu bini kedua bapak kau. Bapak kau sanggup tinggalkan bini dia untuk perempuan perampas tu. Sama la macam kau ni hah. Kau dah tahu Amirul tu kekasih anak aku, kau nak juga rampas dia. Perempuan tak guna!" bagai orang hilang akal, Pn Soraya menjerit.
   Ya Allah, kebenaran apakah ini yg kudengar? Betulkah semua ini? Beginikah sejarah hidupnya? Ibu..., Mila merintih sayu. Dia tak pernah tahu sejarah hidup ibubapanya. Yg dia tahu, ibubapanya adalah pasangan yg paling bahagia, paling romantis. Adakah ini semua sekadar fitnah yg mahu merosakkan kenangan indahnya?
   Suasana di hospital itu mula riuh rendah. Ramai yg mengerumuni tempat itu untuk mengetahui apa yg sedang berlaku. Beberapa petugas hospital yg cuba menenangkan suasana itu tidak mereka endahkan.
   "Sebab kaulah Syalinda mati sekarang ni. Sebab kaulah, Syalinda kecewa dan bawak kereta laju2. Ini semua sebab kau! Perempuan jahanam! Jahanam! Sial! Sekarang anak aku dah takde. Aku nak kau ganti balik anak aku. Ganti balik!!" Pn Soraya menerkam ke arah Mila dalam esak tangisnya. Puas tangannya menampar dan mencengkam tubuh Mila tanpa belas kasihan. Tudung Mila ditarik2. Mila tak mampu mempertahankan dirinya. Dia sendiri dicengkam rasa bersalah, membiarkan saja tubuhnya disakiti.
   Kali ini, En Zulkifli langsung tidak menghalang. Dia terlalu kecewa dengan berita kehilangan anaknya hingga lupa pada isterinya yg sedang melepaskan geramnya pada Mila. Hanya bila gadis itu terjelepuk ke lantai, barulah ada beberapa org yg cuba menenangkan keadaan dan membawa Pn Soraya jauh dari Mila.
   "Mila, kenapa ni?" Dani muncul di celah2 org ramai yg menyaksikan drama terbaru itu. Melihat Mila yg terduduk lemah, Dani segera memapah Mila ke bangku yg berdekatan. Pn Soraya juga telah jauh dibimbing oleh suaminya. Orang ramai mula beransur meninggalkan tempat tersebut.
   "Mila...?" Dani cuba membetulkan tudung Mila, menutup apa yg sepatutnya. Hatinya rasa begitu geram bila melihat keadaan gadis itu. Kalau dia tak memikirkan apa yg sedang berlaku ketika itu, mahu saja dia bersemuka dengan Pn Soraya. Namun dia tahu, tak elok dia memburukkan keadaan.
   "Dani, Sya..." Mila kembali teresak. Tubuhnya terasa lemah sekali. Semua ini berlaku kerana akukah? Ya Allah, ampunkanlah aku. Sya, maafkanlah aku. Aku bersalah pada kau. Maafkanlah aku.
Hatinya kemudian dipagut rasa bimbang. Bimbang pada Amirul. Bagaimana keadaan Amirul? Bagaimana lelaki itu menerima berita buruk ini? Dia mahu berada di sisi Amirul, mahu mententeramkan lelaki itu, mahu meminjamkan bahunya untuk Amirul.
   "Dani, saya bersalah... bersalah sangat. Sebab sayalah semua ni tejadi. Sebab saya..."
   "Mila, pls... ini semua ketentuan Allah. Kita tak ada kuasa nak menghalangnya" Dani cuba memujuk gadis itu. Semua yg berlaku ini adalah kejutan yg tidak dirancang. Sebagai manusia, kita hanya boleh cuba menerimanya dengan hati yg tenang.
   "Tapi..."
   "I know.. I know, sweetheart. Shhh... pls dont cry.. shhh..." Dia menarik kepala Mila dan disandarkan pada dadanya. Tangannya memeluk bahu Mila, menepuk belakang gadis itu perlahan2.  Dani sedikit lega bila esakan Mila semakin berkurangan.
   Dan semua itu tidak lepas dari pandangan Amirul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2007 01:46 PM | Show all posts
ok... dah... selamat membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 03:27 PM | Show all posts
thanks milan...tp mcm xpuas jer...
aduh merana lah aku cuti neh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 03:54 PM | Show all posts
mcm dah nak ending jekkk.. pos laa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 04:20 PM | Show all posts
Milan... I like....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2007 05:09 PM | Show all posts
tima kasih pada sumer yg sudi nak baca citer yg tak seberapa ni... tima kasih bebanyak.. luv u all.. . tanpa sokongan korang, siapalah milan ngan thydiva nih kan.

yamapi: citer nih lambat lagi nak abis... ada byk episode lagi. jgn boring plaks
roma: i like too...
thah: ko la paling byk bg komen kat sini kan?? thanks..
shah_jehan: apsal dah lama tak nampak ko kat sini?

dan yg lelain (sorry tak dapat nak listkan sumer nama kat sini...), really appreciate you guys/girls. Selamat bercuti.... jumpa lagi balik cuti kang ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


rikzra This user has been deleted
Post time 16-2-2007 05:26 PM | Show all posts
waa.......nak lg.......
mati kerinduan la aku ngan citer ni....
waa...milan mn ending nya.........
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 05:48 PM | Show all posts
milan..thank you..say thanks to thydiva eh..sambung byk2 lepas cuti nnt ye...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 11:56 PM | Show all posts
at last milan.. hampir berjanggut aku dibuatnya.. anyway, thanx..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 01:18 AM | Show all posts

Reply #196 milanhawkin's post

ape kata kau terbitkan je novel ni. tak payah tertunggu2 nak baca sambungan. abis cite
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.149805 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list