CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serihartatie

APA ISTIMEWANYA MENJADI WANITA ?[mgd] karengkang, cekpoin, winamp05

[Copy link]
Post time 5-6-2005 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 2-6-2005 11:21 AM:


RENDAHKAN LAH DIRI MU
KAMU AKAN DITINGGIKAN ALLAH
ORANG YANG MENGHINA ORANG LAIN
DIA AKAN DIHINA ALLAH


Bukan menghina.....makcik,
Tapi sekadar menunjukkan perubahan yang mengakibatkan diri di hina.
Mana istiqamah pakaian berjilbab yang memang dulu aku juga agak kagum dengan mereka bersesuaian pandangan dengan mazhab Shafe'i......tapi apo dah jadi sekarang???
Nak ikut model wanita Arab Saudi berpurdah nanti dikatakan wahabi.
Ikut pula wanita Iran yang begitu sopan berjilbab dikatakan Syiah pula.



[ Last edited by fleurzsa on 6-6-2005 at 11:25 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2005 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2-6-2005 05:38 PM:


ermm.....kan ke ada gambar kat sebelah tu....(avatar)...



Kecik-kecik harap didik anak berpakaian seperti tu dan harap dah besar jangan pula bergincu tebal dan memberi pandangan mata yang menggoda mainan setan.
Kalau ikut pesanan Tok Guru bukankah wanita itu seluruh anggotanya aurat tapi sayang bini Tok Guru pun sekarang dah berubah.


[ Last edited by fleurzsa on 6-6-2005 at 11:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2005 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 2005-6-5 10:47 AM:


Kecik-kecik harap didik anak berpakaian seperti tu dan harap dah besar jangan pula bergincu tebal dan memberi pandangan mata yang menggoda mainan setan. ...


keh keh ..lsetakat avatar lukisan imiginasi sipelukis pun dah tergoda ...tak tau la kalo jumpa pompuan kek luar sana..teruih 'cair' iman ko gamaknya....hehehe

[ Last edited by fleurzsa on 6-6-2005 at 11:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2005 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 2005-6-5 10:40 AM:


Bukan menghina.....makcik,
Tapi sekadar menunjukkan perubahan yang mengakibatkan diri di hina.
Mana istiqamah pakaian berjilbab yang memang dulu aku juga agak kagum dengan merek ...


Bini ko berpurdah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2005 12:00 AM | Show all posts
:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2005 12:11 AM | Show all posts
:hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2005 09:38 AM | Show all posts
:pmuka:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2005 07:08 PM | Show all posts

ANTARA DUA ANUGERAH



MAS AYU, kerja macam you ni sampai bila-bila pun tak akan dapat pengiktirafan dan penghargaan," berkata kawan saya Azimah pada suatu hari. Kami berkawan baik sejak dari kampus lagi. Besar pangkatnya sekarang, Pengurus Perhubungan Awam di sebuah syarikat swasta di ibu kota. Setiap kali dia datang ada saja isu yang jadi bahan perbincangan.

"Pengiktirafan apa?" tanya saya.

"You tak tengok, dalam paper baru-baru ni... Banyak anugerah diberi kepada wanita yang berjaya dalam karier pengurusan dan para usaha-wanita."

"Ohh... Berapa banyak anugerah yang   disediakan?" tanya saya, untuk ambil hati.
"Banyak juga. Ada Anugerah Usahawan Cemerlang, Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah, Anugerah Pengurus Muda, Anugerah Maal Hijrah dan berbagai lagi untuk wanita yang berjaya dalam karier masing-masing," terang Azimah.

"Err... Imah ada cita-citalah ni nak jadi calon untuk Anugerah Pengurus Cemerlang? Mas rasa... er... boleh kot..." saya mengusiknya.

"Insya-AIIah... Eh, Imah serius ni... banyak   kebaikan yang kita boleh dapat dari anugerah ni. Kita akan lebih bersemangat untuk memper-tingkatkan prestasi kerja, anugerah tu sebagai pendorong. Barulah orang kenal dan tahu kemampuan kita orang perempuan. Ini zaman kita Mas... Penglibatan kita amat diperlu-kan. Jadi, kita kena buktikan kita mampu bersaing dengan lelaki," terang Azimah dengan penuh se-mangat.

"Bagus tu, kalau ada kebaikan dan keuntungan yang boleh dikongsi dengan masyarakat," komen saya pada penjelasannya. Dia mengerutkan keningnya.

"Apa sebenarnya pendirian Mas? Macam kurang setuju nampaknya..." katanya agak ragu.

"Mas tak kata tak setuju... cuma Mas rasa elok kita cuba melihatnya dari sudut yang lain pulak," tambah saya.

"Sudut macam mana pula? Terus teranglah," minta Azimah separuh mendesak. Memang sungguh-sungguh dia ingin tahu nampaknya.

"Anugerah yang diberikan itu memang bagus sebagai galakan. Tapi, ada satu lagi anugerah... Habuannya lebih hebat, lebih canggih. Tak ada siapa yang dengki dan iri hati pada orang yang mendapatnya.

"Dan anugerah ini, terbuka kepada semua... Tak perlu ijazah tinggi, tak payah ada jawatan dan pangkat besar. Cuma sayangnya anugerah ni tak   ada tropi, tak ada hadiah wang tunai. Surat pengiktirafan pun tak ada. Sebab itulah mungkin, orang tak minat nak rebut." Wajah Azimah masih bertanda tanya, dia belum jelas lagi. Melihatkan dia diam saja, saya pun menyambung lagi.

"Ada yang dah dapat anugerah   ni, tapi tak ramai. Sebab kriteria nak da-patkannya susah dan payah. Sesuai dengan hadiahnya, istimewa betul..."
"Bagilah tahu   apa dia, meleret-leret pulak," katanya spontan.
"Anugerah ni bukan pengiktirafan manusia tetapi penghormatan dan pengiktirafan dari Allah untuk mereka yang bertagwa." Saya diam untuk melihat reaksinya.
"Mmm..." Azimah nam-paknya dapat mengagak. Saya terus menyambung.
"Namanya, AnugerahWanita Solehah. Hadiahnya, Syurga yang penuh dengan segala kenikmatan yang tiada tandingan, berbanding dengan apa yang ada di dunia ini. Bila sebut tentang Syurga, semua orang mahu. Betulkan?" tanya saya. Azimah mengangguk perlahan.

"Siapa pun boleh rebut anugerah wanita solehah ni. Tidak kira dia tukang masak, penulis, eksekutif, pen-garah, atau apa saja, semua dapat peluang yang sama.
"Keadilan Tuhan, Dia tidak perlu melihat pada kedudukan di dunia untuk memberi anugerah-Nya. Siapa yang mampu jadikan apa yang ada di dunia ni untuk dapatkan keredhaan-Nya, dia layak..."

Azimah terus mengangguk-angguk kecil. "Ya juga... tapi... er, tak apalah, Imah nak cepat ni, Imah call nanti ya!" katanya, tiba-tiba.
Kemudian dia bangun dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Saya tidak tahu apa yang sedang bermain dalam fikirannya.
Saya doakan agar keputusannya lebih jelas tentang anugerah yang patut direbut.        ..       .

Yang terbaik beramallah bukan kerana takutkan Neraka, inginkan Syurga, tetapi kerana sebagai tanggungjawab dan penyerahan kita selaku hamba terhadap Tuhan.[/b]


sumber : saidahnafisah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2005 09:10 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 14-6-2005 07:08 PM:


MAS AYU, kerja macam you ni sampai bila-bila pun tak akan dapat pengiktirafan dan penghargaan," berkata kawan saya Azimah pada suatu hari. Kami berkawan baik sejak dari kampus lagi. Bes ...



seri....TQ....

nak tanya skit...

anugerah IBU MITHALI tu termasuk dalam kategori yang mana satu ?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2005 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by intanterpilih at 14-6-2005 09:10 PM:



seri....TQ....

nak tanya skit...

anugerah IBU MITHALI tu termasuk dalam kategori yang mana satu ?...



ermm..menarik soalan anda....memng di Malaysia ada anugerah IBU MITHALI...apa yang tatie lihat, pengorbanan mereka sebagai ibu memakan masa puluhan tahun..bukanlah dalam jangkamasa setahun dua tahun sahaja. Seorang ibu tidak pernah memikirkan mengenai anugerah sebenarnya semasa memelihara dan menjaga anaknya...kasih sayang mereka tulus dan ikhlas, itulah fitrah Allah SWT jadikan kepada manusia yang bernama wanita.

apa yang mereka dapat dianugerahkan sebagai ibu mithali bukanlah kerana mereka mengusahakan supaya diiktiraf sebagai ibu mithali..tetapi pengiktirafan dan pencalonan ini sellalunya dilakukan oleh orang lain tanpa pengetahuan mereka.

kepada ibu-ibu yang lain....anda adalah seorang ibu mithali walaupun anda tidak pernah dianugerahkan sebarang pengiktirafan...

hanya Allah SWT yang dapat membalasa jasa dan budi kalian....
sayang kasih sayang yg tidak terhingga buat ibu yang melahirkan saya dan memelihara saya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2005 06:59 PM | Show all posts

HIKMAH BERTUDUNG BAGI YG BELUM MENGERTI

Originally posted by serihartatie at 15-6-2005 06:15 PM:



ermm..menarik soalan anda....memng di Malaysia ada anugerah IBU MITHALI...apa yang tatie lihat, pengorbanan mereka sebagai ibu memakan masa puluhan tahun..bukanlah dalam jangkamasa setahun du ...


tq seri.....saya doakan seri menjadi ibu mithali juga...

saya nak kongsi dengan pembaca kisah kat bawah ni....boleh kan seri ?...kisah ni bila saya baca sangat menyentuh hati...


Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..

KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa,seoranggadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir  malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya "
Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri,
(nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi
ke rumah Abu Khoiri.

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada  wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang
ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat
khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah
SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera
menghampiri ibu lantas  memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.

Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu  Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai
tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT  menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan  muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah  perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita  bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi  hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia  sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk  dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..itulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas  tentang erti tudung...mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai  tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk  melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua,.pada saat roh-roh   manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu  padang yang tiada batas, yang
tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh  manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi ,antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih   berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia  berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam maca rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya ,
ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika  dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT  murka. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.

Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..

Duhai Annisa,
bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan
menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. .. . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana  di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk  matanya..

Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya  dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisanitu "buta ,tuli dan bisu..

adalah :

wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya,

wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,

wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SW menerima adikku disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita  semua.

Wassalam...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2005 10:27 AM | Show all posts

MUGA BOLEH KITA FIKIRKAN BERSAMA - ARTIKEL INI DIPETIK

CABARAN dan gaya hidup masa kini menuntut wanita untuk turut "turun ke padang', terjun ke tengah masyarakat memenuhi tuntutan kehidupan. Dalam masa yang sama, rumah tangga perlukan khidmat mereka. Kalau begitu di mana gelanggang wanita sebenarnya?

Wanita pĕrlu bergelanggang di kedua-dua tempat dengan syarat - syariat tetap dipertahankan. Mengabaikan salah satu adalah kesilapan besar. Sentuhan keibuannya di rumah dibawa bersama ke tengah masyarakat, lalu meratalah kasih sayang. Suami tidak merasa kehilangan isteri walaupun si isteri bergelanggang di tengah ramai. Sebaliknya, wanita yang bergelanggang di tengah masyarakat dengan mengabaikan rumah tangga, adalah laksana layang-layang putus tali... diterbangkan angin tanpa arah tujuan.

Perlu ada wanita bersyariat yang turun terus ke tengah-tengah masyarakat untuk menjejak kembali mereka yang telah jauh meninggalkan syariat. Memimpin dan membimbing wanita lebih berkesan jika dilakukan sendiri oleh wanita... lebih-lebih lagi oleh wanita yang bersyariat Ini bermaksud, bukan semua wanita perlu bergelanggang di tengah masyarakat. Kepakaran dan kebolehan dalam satu-satu bidang menentukan siapa yang perlu ke de-pan dan siapa yang perlu lebih banyak memberi tumpuan di rumah. Di rumah atau di tengah masyarakat bukan ukuran tinggi rendah atau mulia hinanya wanita. Bahkan, di mana saja dia berada, di situlah jalan untuknya membina taqwa. Kemuliaan seorang wanita diukur pada taqwanya.

Turunnya wanita bersyariat ke tengah masyarakat adalah sebagai model untuk menunjukkan bagaimana sepatutnya menjadi wanita karier sekaligus menjunjung syariat. Wanita perlu diberitahu bahawa mereka masih boleh memburu dunia tanpa membelakangkan Tuhannya!  Wanita masih boleh menggenggam dunia, berjaya dalam kerjaya, menjadi ibu dan isteri  yang solehah - sekaligus. Wanita masih boleh memiliki kedudukan, pangkat dan harta tanpa menyimpannya di dalam hati. Alangkah    indah    dan    harmoninya masyarakat  bila   ini   semua   berlaku...Bukankah  ini idaman  kita bersama? Tanggungjawab   siapakah   ini?   Ini tanggungjawab kita bersama.     

Sudah tiba masanya kita berganding bahu dan saling lengkap-melengkapkan antara kita untuk merealisasikannya de-mi memburu kasih sayang llahi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2005 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by intanterpilih at 17-6-2005 10:27 AM:
CABARAN dan gaya hidup masa kini menuntut wanita untuk turut "turun ke padang', terjun ke tengah masyarakat memenuhi tuntutan kehidupan. Dalam masa yang sama, rumah tangga perlukan khidmat  ...



terimakasih intanterpilih....

terimakasih kerana sudi berkongsi info....
Reply

Use magic Report

mawarbiru This user has been deleted
Post time 17-6-2005 01:26 PM | Show all posts

Duhaiii... bersyukur kerna saya wanita.

Alhamdullilah juga kerna saya juga adalah wanita muslim.... yg sentiasa dahagakan ilmu seperti ini. Terima kasih daun keladi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2005 04:45 PM | Show all posts
Bahayanya Ilmu

Islam menyuruh kita belajar. Islam mahu seseorang Muslim itu, lelaki mahupun perempuan supaya menuntut ilmu. Tak boleh berhenti. Mencari ilmu bermula dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Hendak dunia kena ada ilmu, hendak Akhirat pun kena ada ilmu. Tidak sama orang yang ada ilmu itu dengan orang yang tidak ada ilmu. Tuhan mengangkat orang yang ada ilmu itu beberapa darjat. Orang yang ada ilmu itu kekasih Tuhan. Orang yang jahil itu musuh dan seteru Tuhan.

Kalau begitulah kedudukan ilmu dalam Islam, kenapa pula ianya boleh jadi bahaya? Ini kerana ilmu itu ibarat pedang. Ilmu itu adalah senjata. Itu sebab Islam menyuruh kita mencari ilmu supaya kita mempunyai dan memiliki senjata.

Tapi ada senjata sahaja tidak cukup. Kita kena tahu bagaimana cara hendak menggunakan senjata itu. Kalau tersalah guna, kita boleh membahayakan diri kita dan juga orang lain. Lebih-lebih lagilah kalau orang yang ada senjata itu orang jahat. Akan di-gunakan senjata itu untuk merompak, menyamun atau mem-bunuh orang. Pedang tidak salah. Senjata tidak salah. Tetapi tuan punya pedang mungkin menyalahgunakannya. Di situlah letak-nya bahaya ilmu. Bukan pada ilmunya tetapi pada pemiliknya-

Seperti juga dalam angkatan tentera dan pasukan polis, bukan sahaja kemahiran mengguna senjata ditekankan pada anggotanya tetapi soal disiplin dan tata tertib juga sangat diambil berat. Ini untuk menjamin senjata api yang ada di tangan anggota tentera dan polis tidak disalahgunakan. Kalau digunakan, ianya khusus untuk menjaga keselamatan dan untuk menumpaskan musuh masyarakat dan musuh negara.

Begitu juga adalah sangat bahaya kalau orang yang ada ilmu itu tidak kenal Tuhan. Sebab orang yang tidak kenal Tuhan bukan-nya orang yang baik. Orang yang ada ilmu, walaupun ilmu agama atau ilmu Islam sekalipun, kalau dia tidak kenal Tuhan, dia akan menyalahgunakan ilmunya itu. Apabila Tuhan dia tidak kenal, dia akan melupakan Tuhan. Dia akan tinggalkan Tuhan. Akhirnya dia akan kehilangan Tuhan. Dia seolah-olah hidup tanpa Tuhan.

BESAMBUNG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2005 09:15 AM | Show all posts
Apabila Tuhan yang hak sudah tidak wujud lagi dalam hidup-nya, maka tuhan yang palsu akan mengambil alih. Dia akan menabalkan dirinya sendiri sebagai tuhan. Secara tepatnya, dia akan mengangkat nafsunya menjadi tuhan. Apa pun yang dia buat selepas itu adalah berpandukan kehendak dan kemahuan nafsunya semata-mata. Nafsunyalah yang menjadi tunggak dan pendorong utama dalam hidupnya. Kita tahu bahawa nafsu hanya berkehendak. Dia tidak kira halal atau haram. Hak atau batil. Dosa atau pahala.

Justeru itu, segala ilmu yang ada padanya, walaupun ilmu usuluddin, ilmu syariat, ilmu tasawuf ilmu hadis, ilmu tafsir dan sebagainya, lebih-lebih lagilah ilmu yang berbentuk duniawi akan digunakannya hanya untuk memburu dunia. Ilmu itu akan digunakan untuk mendapat wang dan imbuhan, untuk mendapat pangkat dan jawatan, untuk glamour, untuk mendapat pujian dan populariti, untuk bermegah-megah, untuk mendapat pengaruh dan bermacam-macam lagi kepentingan yang berbentuk Peribadi dan duniawi.

Ilmu bukan lagi untuk menghampirkan dirinya pada Tuhan. Bukan lagi untuk mengabdikan diri dan berbakti pada Tuhan. Bukan lagi untuk berlaku taat dan bertaqwa kepada Tuhan. Ilmu, termasuk ilmu agama dan ilmu Islam akan dijadikan modal untuk mencari nafkah dan sara hidup, untuk mengumpul harta dan kekayaan dan untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan dunia yang sedikit.

Dengan itu, ilmu terutamanya ilmu agama dan ilmu Islam, mudah sahaja diselewengkan, disorok, disalahtafsir, diubah-suai, diringan-ringankan dan dipadankan mengikut kehendak pihak-pihak tertentu demi untuk menentukan keuntungan duniawinya tidak terjejas. la tidak lagi dijadikan panduan atau petunjuk. Akhirnya masyarakat jadi rosak, agama jadi rosak, negara jadi rosak, manusia bertambah jauh dari Tuhan dan bertambah jahat.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2005 09:17 AM | Show all posts


Orang yang ada ilmu terutama ilmu agama yang tidak kenal Tuhan ini dinamakan ulamak suk atau ulamak jahat. Rasulullah menyuruh kita lari daripada ulamak macam ini seperti mana kita lari dari harimau atau singa yang ganas. Mereka ini lebih bahaya dari harimau dan singa.

Itulah sebabnya juga Islam sangat menekankan tentang "Awaluddin ma'rifatullah" atau "Awal-awal agama mengenal Allah". Kalau Allah kita tidak kenal, maka segala apa yang ada pada kita termasuk ilmu, ibadah, usaha dan kebaikan kita tidak ada makna apa-apa. Kita tidak akan mampu berbuat sesuatu apa pun dan menggunakan apa yang ada pada diri kita untuk Tuhan. Kita akan jadi orang yang hanya menggunakan ilmu dan apa sahaja yang ada pada diri kita mengikut kehendak hawa nafsu kita sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2005 09:26 AM | Show all posts

Berzikir Ketika Berhadas

Berzikir Ketika Berhadas

Allah  SWT  telah memberi jaminan baha-wa dengan mengingati-Nya hati kita akan tenang. Membaca ayat zikir adalah salah satu cara untuk mengingati Allah dan menambahkan iman. Kita boleh membaca ayat zikir pada setiap masa dan dalam keadaan apa sekalipun kecuali di dalam tandas dan ketika sedang buang air. Malah, kita boleh berzikir walaupun sedang dalam keadaan berhadas. Menurut ijmak para ulama, orang yang berhadas (tiada wudhuk, berjunub, haid dan nifas) boleh berzikir sama ada secara lisan atau pun di dalam hati iaitu dengan bertasbih, tahmid, takbir, tahlil, selawat dan lain-lain.

Tetapi, kita tidak boleh membaca Al Quran ketika dalam keadaan berhadas. Haram membacanya pada waktu ini, walaupun sedikit. Bagai-manapun sekiranya ayat-ayat Al Quran itu telah kita hafal dan menjadi wirid atau amalan harian, ia boleh dibaca walaupun dalam keadaan berhadas besar dengan meniatkan ia sebagai zikir, bukan niembaca Al Quran. Imam Syafi'i berkata:

"Boleh bagi orang:yang berjunub dan haid ketika mendapat musibah membaca:

Ertinya:
"Sesungguhnya  kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. "

Al Baqarah: 156
-       
Begitu juga dengan zikir dan doa lain yang asalnya dari ayat Al Quran. Boleh dibaca dengan niat zikir ketika berhadas besar. Dalam keadaan ini, niat untuk berzikir itu penting.

Dan yang terpenting dari zikir ini ialah mendekatkan hati dengan Allah. Ketika mulut melafazkan zikir, hati merasai kewujudan, pemurah dan berkuasanya Allah SWT serta merasai betapa lemahnya kita sebagai hamba. Selanjutnya menyedarkan akal tentang perlunya Allah itu di-sembah. Hati yang dihidupkan den-gan zikir itu pula akan mengarahkan seluruh anggota fizikal mehunaikan perintah Allah dan berhenti dari mengerjakan larangan-larangan-Nya.


Sekian muga ada manafaatnya dan berhadas bukanlah penghalang untuk kita sentiasa mengingati Allah SWT.

[ Last edited by serihartatie on 21-6-2005 at 09:29 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2005 07:01 PM | Show all posts
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
   
    Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
     
    1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

    2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

    3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

    4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2005 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 26-6-2005 07:01 PM:
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
   
    Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
     
    1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

    2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBI ...


Terima Kasih akak tatie yang mengajar saya bab ilmu mengenai wanita?

Doakan semoga saya menjadi wanita yang solehah yang taat pada Suami .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046059 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list