CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sya_sugar_sugar

Misteri Pantang Larang Keturunan (Ikan TAPAH etc..)

[Copy link]
Post time 25-10-2009 10:48 AM | Show all posts
menarik juga keturunan pak kaduk nie ya


mungkin keturunan pak kaduk ada alahan dgn ikan tapah (ada gene yg unik yg hanya dipunyai oleh keturunan pak kaduk sahaja)...dan brg kemas tu ada unsur logam yg bertindak sebagai anti-inflammatory...sebab tu bila diminum air rendaman brg2 kemas tu, alahan tu hilang...fungsinya sama mcm bila kita kena alahan, telan ubat NSAIDs (non-steriod anti inflammatory drugs), beransur kuranglah alahan kita
* sekadar my pendapat aje*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2009 03:45 PM | Show all posts
ada lagi thread ni..apapun kita kena kembali padaNya...syirik kita mengatakan kita boleh mudarat atas sebab haiwan atau apa2 objek pun..perkara ini dah sebati dari nenek moyang..apa yang disebut dari mulut ke mulut akan menjadi doa atas sebab Law of attraction dari kita yang mengaktifkannya...tak kirala apa yang berlaku atas sejarah keturunan kita..tanggungjawab kita bebaskan sumpahan tu..ingat Allah saja yang bekuasa..tiada yang mudarat atau manfaat kecuali dari Allah....tak perlu nak takut pada ikan atau apa2... dengan berpegang dgn yakin ..insyaallah segala kemudaratan dengan sendiri tak mampu buat apa2 pada kita...kalaula ikan tu tahu mereka ditakuti manusia tentu mereka hairan..kerana manusia sebaik2 kejadian...kitala khalifah di muka bumi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 06:03 PM | Show all posts
ooo... semua nie pantang fasal ikan je ker... kalau keturunan tu di sumpah x leh masuk ke sesuatu kawasan camner plak?
cth; keturunan megat seri rama yang membunuh sultan mahmud di kota tinggi x leh pijak kakinya di daerah kota tinggi.. kalau pijak gak akan muntah darah....
bukan keturunan dia jerk, sampaikan kaom keluarganya pown x leh pijak tanah kota tinggi.. penah terdengar yang pelancong dari seberang nak melawat kota tinggi.. pas pijak kaki kat kota tinggi dia terus muntah darah.. dengan segera dia di bawa keluar kawasan kota tinggi n alhamdulillah dia ok....

contoh kedua sumpahan mahsuri.. yang nie mang glamour sangat.. x yah cerita la yerk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 08:37 AM | Show all posts
ooo... semua nie pantang fasal ikan je ker... kalau keturunan tu di sumpah x leh masuk ke sesuatu kawasan camner plak?
cth; keturunan megat seri rama yang membunuh sultan mahmud di kota tinggi x leh  ...
selimutpurple Post at 25-10-2009 18:03


hal2 yang berlaku berkaitan dengan sumpahan manusia ini memang ternyata berlaku...Sultan Mahmud mangkat dijulang itu mengenakan sumpahan kepada keturunan Megat Seri Rama kerana beliau telah kena tulah..ia berkaitan juga dengan konsep "Daulat"...Megat Seri Rama menderhaka kepada Sultan manakala keturunan Mahsuri pula tunggu sehingga 7 keturunan barula Langkawi kembali maju.Persoalannya mengapa ia berlaku ? jika ditanya tentang mahsuri kerana ia menunjukkan doa orang teraniaya adalah makbul manakala Sultan itu tadi tanda ia benar2 berdaulat..sebenarnya banyak sangat rahsia daulat ini...raja sekarang tiada daulat ..kena taula kenapa raja berdaulat..lihat susur galur keturunan dan nyatanya mereka mempunyai kelebihan tersendiri..sebab mereka tahu konsep manusia sebagai khalifah..dan satu lagi keberkesanan ini akan lebih memberi impak bila ada campur tangan jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia...sebenarnya tak lain tak bukan kuasa magik semua dari Allah jua..apalah nak dihairankan..cuma jadi syirik sebab kita kata ia dari sipolan2..walhal itu sebagai penyebab saja
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 08:54 AM | Show all posts
Sebelum terlupa, saya nak ucapkan selamat pergi & kembali kepada semua bakal2 haji. Juga saya doakan semoga mendapat haji mabrur.

Semalam anak saya ada kem bahasa arab kat morib. Lepas makan tengahari, tangan dia naik ruam dan jadi berbutir. Bila dia periksa, ikan yg dia makan tu ikan tapah. Saya dah suruh pegi jumpa doktor dulu dan nak tengok apa perkembangannya. Dah bincang dgn ayah saya, kalu teruk baru nak cuba cari waris. I guess I got my wish, but at the expense of my son's well-being.

Lepas tu saya pun cari balik majalah lama2 yg ada artikel berkenaan ikan tapah ni. Ni kali pertama saya scan majalah, jadi tak berapa elok.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 09:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by tokki1 at 4-11-2009 09:51

Bukan setakat scan je tak cerdik, nak upload kat my album pun tak boleh2. Dah try normal & bulk upload pun tak dapat, dekat 40 minit dah.

Boleh sesape tolong?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2009 12:22 AM | Show all posts
hal2 yang berlaku berkaitan dengan sumpahan manusia ini memang ternyata berlaku...Sultan Mahmud mangkat dijulang itu mengenakan sumpahan kepada keturunan Megat Seri Rama kerana beliau telah kena t ...
miftahuljamilah Post at 26-10-2009 08:37

ooo... thankz coz beri penjelasan....hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 11:24 AM | Show all posts
Dari segi saintifik, ada sesetengah makanan tak boleh dimakan kerana allergy. Macam sesetengah orang tak boleh makan makanan yang terlalu common macam coklat, susu, kacang, gandum, udang, kerang, ikan kembung, ikan pari... Kalau makan jugak, boleh kena ruam, bengkak-bengkak, berkudis, ruam berair macam chicken pox tu, batuk, sesak nafas dan macam-macam effectlah.

Perkara ni kita boleh jumpa food allergist untuk buat food allergy test. Dari situ, kita boleh tau apa yang kita boleh makan, apa yang tak boleh makan. Dan kalau termakan, apa yang perlu kita buat untuk meredakan alahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2009 12:50 PM | Show all posts
xtau ler betul ke tak topik ni..

kwn saya tu, kena sumpahan xleh nikah ngan pasangan yg bukan keturunan 'syed'..kalau nikah jugak....abih badan jagi itam legam mcm kena bakar..pernah belaku pd pak sedara dia, cuma sumpahan ni tak membawa maut ler..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 03:56 PM | Show all posts
aku ta baca semua. baca post no.1 jek

kuarga aku pantang makan ikan patin/tapah/ tebu merah.

klu makan ikan2 tuh.. leh mati.

klu makan tebu tuh.. leh muta.

tp aku makan jek
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 03:57 PM | Show all posts
cuma penah terjadi la dlm famili kiterang. kuarga belah bapak.. g mancing ikan.. dpt ikan tuh.. g masak. mati pehtu.. katenye ...

then my own kazen makan tebu merah,... merah matanye. sakit katenye.

tp aku makan jek seme tuh. derang tu kebetulan la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 04:45 PM | Show all posts
yg aku tau ikan tpah, belida nie sume sdp wat asam pedas
nyum3.... lazatttttt.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 02:35 PM | Show all posts
tahyul betollah....takkan nak kata kat orang..."eh...aku keturunan dari ikan tapah.."kang jadik bahan gelak plak......

eh....kelakar giler la bile orang kata dia asa keturunan ikan tapah.....apsal. ...
GRINDSAKHTANIC Post at 15-2-2007 03:16
tag kturunan jejak tanah tu,aku ktrurunan yg xleh pijak tanah tu,cter yg klau saper2 anak kecil yg xwat adat jejak, atau berjojak ni,anak dier akan jd cm xbtul skit,ade yg smpai muntah2 ijau sumer ni,and cter tu ade kebenaran dier,sal dh jd dh pun kt kg aku,sekadar nk kongsi criter je,

btw,kpd sesaper yg duk ngutuk ngate sal adat2,sumpahan ni,at least jgan lak smpai melampau2 nk ngater org,tang sumpahan ikan tapah tu,ade yg smpai kate org keturunan pak kaduk ni,wujud dr badan ikan tapah, smpai xleh mkan ikan tapah,keturunan pak kaduk ni bukan wujud dr ikan tapah tu,
just sumpahan dier tu.....

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 01:53 PM | Show all posts
aku asal sarwak..mak asal srwak...ktorg adek beradek di larang keras mkn ikan patin...kene berpantang...sib baik ktorg mmg jenis xmkn ikn sungai...tp kalo ktorg kawen, husband ktorg boleh je mkn ikan tu cume anak2 je yg xboleh...sbb dikire keturunan ktorg...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 03:37 PM | Show all posts
macam kita pun sama...mak kita ckp tak leh makan ikan tapah sbb nanti badan gatal2 n bernanah....tak pernah try n tak nak try...nak kata percaya tak jugak tapi better amik langkah2 berjaga.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 02:28 AM | Show all posts
kalau keturunan anak mami plak camna? takleh makan mee dan yg sewaktunya dengannya ka?

hehe...Aku pantang jumpa roti canai dengan nasi beriani! kehkehkeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2010 09:15 AM | Show all posts
Reply 1# sya_sugar_sugar


    rasanyer suami aku ada pantang larang gak.......keturunan suami aku xboleh makan ikan tapah......
    kalo makan akan menghidap penyakit kulit macam penyakit sopak tueee
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 08:43 PM | Show all posts
ayah addie cakap keturunan kitorang xleh makan ikan patin. bila addie tanya kenapa, dia kata atuk kepada atuk dia pernah diselamatkan oleh ikan patin giant. keturunan ayah addie ni dari brunei. tp addie mcm x caya la benda2 ni. addie makan kat semenanjug ni ok je. yg penting jgn lupa Allah swt.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 07:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by anarina at 5-2-2011 19:46

hi nak share, my family belah my father la, pantang makan kerbau balar, kerbau yg kat kulit dia ada putih2, ntah, xberapa pasti mcm mana kerbau balar ni, eja pun tak tau betul ke tak, tapi tulah pantang dia, kalau tak pantang mcm boleh jadi sakit perut, berak2 teruk la, paklang i pernah kena, tapi takde la teruk, and sekarang ni jarang kenduri2 masak kerbau tak mcm zaman dulu2 so takde la dah terjadi, dulu2 selalu belah melaka la femes kenduri potong kerbau, and to say i am being careful tak jugak, bila baca thread ni baru teringat pantang ni, sofar takde la termakan, kenapa tak boleh makan tak sure pulak

and satu lagi pisang warna merah, pelik pisang warna merah, xtau ada lg ke tak, keturunan belah ayah jugak tak boleh makan, dulu atok i (belah mak) ada bawak la pisang merah ni, zaman kecik2 dulu tp still ingat, so mak i boleh la makan, ayah i and us adik beradik xleh makan, sebab pun xtau kenapa

and refering to earlier entries pasal org rawa yang takleh jejak tanah/simen sebelum buat upacara ada cecah tanah tu mmg betul ada diamalkan, katanya sebab ada keturunan raja, in which pki kain2 kuning2 la, maklang i (paklang i tu abg kepada ayah i) keluarga dia org rawa, mmg mcm tulah anak2 dia, cucu2 dia, cuma cucu kedua ni je i tak berapa sure dia ada buat ke tak, sebabnya masa lahir nak tanam uri pun ada cara and tanam dgn few brg, so my cousin's wife taknak buat uri tu so tak sure buat tak cecah tanah tu, anyway what i heard dia keturunan keberapa je kan affected, selepas habis keturunan tu takde apa la, wallahualam, xtau nak cakap

oh ya famili i and famili maklang i asal tapah and gopeng, perak, mmg ramai org rawa sini, akhil hayy tu pun sedara, hihi

pasal percaya atau tak tu, for me mmg la nampak pelik sgt, mcm khurafat pun ada percaya benda2 ni, tapi since dah ada dlm family i just try my best to avoid la all those stuff, dalam dunia ni banyak lagi makanan yg boleh dimakan, kalau pantang setakat 2 benda tu pun takde mudaratnya, bukan benda yang familiar in our life (my situation) so mcm tulah, pasal yang pantang ikan and sebab keuturanan diselamatkan ikan tu, it is legendary, so tak tahu betul atau tak, diperturunkan generation to generation kan, org dulu maybe percaya mcm tu, org sekarang kata alergy, apa pun better avoid je, hehe, to those yang make fun of it, just remember la, ur famili maybe takde benda2 ni so it is easy for u to say, untuk org yg ada bukan kene percaya 100% tapi just make it as knowledge, peace!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 07:26 PM | Show all posts
keluarga kita asal dari tapah & gopeng, perak ... entah lah yea ... ada juga sedara yang cakap kita  ...
merahbaiduri Post at 2-5-2007 12:07


keluarga i pun asal tapah & gopeng, mmg betul, keluarga i pantang pisang merah tu, ya Allah betul kan, haha pasalnya i dah reply thread pasal pisang ni, masa tulis tu rasa mcm betul ke sebab dah lama tau nenek/opah bgtau, zaman kecik2, dah tulis baru nak khatamkan thread ni, hoho, ntah2 kita sedara tak? hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.339789 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list