|
Reply #180 Syd's post
Sebenarnya terlalu bnyk dugaan bawa anak kecil ke sana tp alhamdulillah kami selamat tempuhinya dengan tabah. Anak kecil kami bukan saje tidak mahu berjalan bahkan kalau ingin di ajak ke masjidpun dia tak mahu. Puas memujuknya, akhirnya kami terpaksa bergilir-gilir ke masjidil haram. Dugaan yg paling besar bila dia menangis tanpa henti selama 2 jam kerana saya tinggalkan dia bersama ayahnya kerana saya mengikuti lawatan mengelilingi kota Makkah. Akhirnya, kerana dia tidak mahu berjalan akhirnya kami terpaksa menolaknya dengan kerusi roda utk ke masjidil haran danmelakukan tawaf wida'. Kota Makkah ketika kami sampai mmg terlalu sesak pada penghujung ramadhan dan semakin surut selepas solat aidilfitri. Walaubagaimanapun, alhamdulillah kami selamat mengerjakan umrah walaupun dlm keadaan yg kurang selesa. Niat di hati ingin ke sana lg... tak puas rasanya tinggal & beribadat di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..
mmg anak kecik lagi eh?
tak boleh tinggalkan?
anyway, paham apa yang awak rasa..
alhamdulillah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #181 Hani02's post
Tersentuh hati membaca pengalaman dan dugaan yang Hani02 lalu. Anak Hani yang dikatakan berumur 5 tahun tu ke yang meragam?
Walau apapun, anak-anak yang merupakan cahaya mata, boleh membuatkan kita gembira dan kadang-kadang membuatkan kita menitiskan airmata. Tetapi setiap kepayahan yang Hani lalui, pasti ada ganjaran yang dikurnia olehNya. Anak-anak kurniaan Allah adalah permata hati setiap ibubapa.
Mengenai membawa anak mengerjakan umrah ini, saya juga mempunyai pengalaman yang mendebarkan juga ketika membawa anak-anak mengerjakan umrah sekitar tahun 1990an yang lalu, di mana ketika itu anak saya yang berumur 7 tahun terpisah dari abang saya ketika solat suboh di Masjidil Haram. Menurutnya, beliau bersama bapa saudaranya turut sama-sama mengusung jenazah yang dibawa keluar selepas selesai solat jenazah. Tanpa disedari ia telah terpisah dengan bapa saudaranya ketika tiba di pintu keluar masjid. Ketika itu kami baru dua hari sahaja berada di Makkah dan sudah tentu belum berapa mahir selok-belok jalan balik ke hotel terutama bagi kanak-kanak yang masih terlalu kecil bagi saya.
Saya mendapat tahu beliau terpisah dengan bapa saudaranya ketika pulang dari masjid dan ketika bersarapan bersama suami dan ketiga-tiga orang anak lelaki saya termasuk yang berumur 7 tahun itu. Saya sangat terkejut mendengar ceritanya serta terus memeluknya dan melahirkan rasa kesyukuran yang amat sangat kerana beliau dapat mencari jalan pulang ke hotel. Sedangkan saya pun masih belum mahir lagi dengan jalan tersebut. Saya terbayangkan kalaulah dia tak tahu jalan pulang, tambahan pulak ia tak tahu nama hotel penginapan, apa yang akan berlaku ketika itu, di mana saya nak mencarinya dan ke mana pulak dia akan pergi. seram sejuk saya memikirnya.
Tetapi Alhamdullilah, katanya bila dah terpisah itu, beliau ingat nombor pintu ketika masuk ke masjid dan beliau mencari pintu tersebut untuk keluar dan balik ke hotel seorang diri. Saya bersyukur hingga menitiskan air mata kerana memikirkannya kerana jalan balik ke hotel kami itu bukannya jalan yang lurus, ia melalui celah-celah bangunan lain baru sampai ke hotel kami yang bukannya hotel yang tersergam indah yang mudah dikenali.
Memang setiap perjalanan tersimpan pelbagai pengalaman yang berbeza.
Maha Suci Allah Yang maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala Puji Bagi Allah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya Allah itu maha penyayang dan maha pengasih keatas umatnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Minda Lestari: Hikmah air zamzam kekal sepanjang zaman
Bersama Dr Zaini Ujang
SETIAP jemaah haji dan umrah di Makkah terbiasa dengan air zamzam. Air zamzam sunat diminum selepas selesai mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah. Malah, sepanjang berada di Makkah, setiap tetamu Allah tidak jemu menghirup kesegaran air zamzam.
Airnya jernih dan menyegarkan, apa lagi ketika dahaga dan kepenatan mengerjakan tawaf dan saie.
Air zamzam punya hikmah, keajaiban, sejarah dan kemuliaannya tersendiri. Bagi ahli profesional pengurusan air seperti saya, kewujudan, sumber dan kualiti air zamzam amat menakjubkan.
Tidak ada air setanding air zamzam di bumi ini dari segi sumber dan kualitinya, sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas, "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zamzam".
Sejarah air zamzam bermula seawal sejarah Makkah, kira-kira 4,000 tahun lalu. Selepas Nabi Ibrahim AS meninggalkan isterinya, Hajar dan anaknya di bumi Makkah yang gersang, Allah memancarkan mata air zamzam dari hentakan kaki Nabi Ismail AS yang masih kecil.
Peristiwa itu berlaku dalam keletihan Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah mencari sumber air. Dalam konteks haji dan umrah, amalan saie seharusnya mengingatkan jemaah kisah Hajar dan Nabi Ismail AS itu.
Selain syiar Islam, amalan saie juga perlu dianggap sebagai sinonim dengan fitrah insaniah yang memerlukan sumber utama kehidupan, iaitu air. Hakikatnya air zamzam adalah anugerah Allah kepada jemaah haji dan umrah supaya menyedari hakikat keinsanan dan proses pembersihan jiwa.
Pada saat air zamzam mula memancar maka bermulalah satu penempatan besar yang akhirnya menjadi pusat umat Islam sepanjang zaman. Jarak telaga zamzam hanya kira-kira 20 meter ke timur Kaabah, tempat paling suci bagi umat Islam.
Sejak dulu, perigi zamzam tetap terpulihara, menyediakan sumber air kepada setiap pengunjung Makkah. Istilah zamzam sendiri bermakna 'berhenti mengalir', iaitu ucapan Hajar ketika cuba membina empangan kecil menakung air zamzam yang melimpah-ruah keluar dari perut bumi.
Perigi zamzam pernah pupus pada zaman Jurhum, tetapi digali semula oleh Abdul Mutalib, nenda Nabi Muhammad SAW. Ketika zaman pemerintahan Abasiyyah di bawah Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur (771 M / 145 H), kubah dibina melindungi telaga zamzam.
Pada 1417M (802H), ketika pemerintahan Mamluk, Masjidil Haram terbakar sehingga turut memusnahkan kubah telaga zamzam. Kerja baik pulih dilakukan sepanjang zaman. Pada era moden, kerja baik pulih dilakukan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada 1915 (1300H).
Sejak 1956 pam elektrik mula digunakan. Ketika ini, jumlah jemaah haj |
|
|
|
|
|
|
|
chimei baru je selamat menunaikan umrah pada bulan august lepas..temankan mak...seronok nye tuhan je yg tahu..umrah ni tak di rancang langsung tiba2 je dpt rezeki nak menjejakkan kaki ke tanah suci tu. Mula2 macam2 dugaan yg chimei dpt mmg la org ckp bukan sesenang nye nak pegi ke sana. Masalah dgn visa dpt tahu last minute masa chimei dah dtg KLIA nak betolak pegi...sedih yg teramat sgt. TA tu pun tak ckp awai2 geram sungguh...org lain lepas cuma chimei dgn 5 org lagi yg sangkut..mak chimei lepas tapi tepaksa cancel nak ikut flight hari tu sebab chimei tk dpt pegi...pastu TA tu cuba jugak settle kan..dah settle visa masalah flight ticket plak takde...time ni dah rase teramat2 la sedihnye...rase cam betape banyak nye dosa mcm tak layak je nak pegi sana...lepas delay hampir seminggu lebih baru le selesai segala masalah...
first time jejak kaki kat mekah tu ya Allah sedih , gembira, sayu semua ade...otomatikali je airmata jatuh..smpi2 trus buat umrah di tengahari rembang tu..pening jugak kepala sbb tak tahan panasnye...mak ckp ni baru matahari di dunia di akhirat nnti matahari tu betui2 atas kepala...ya allah seram betui..first time buat tawaf tu rasa macam tak pecaya je yg chimei kelilingi kiblat tu...
alhamdulliah berjaya buat sehingga 7 kali umrah..dah alhamdullilah jugak sbb di sana tak ada masalah yg jadi..
cuma mase nak balik tu je ade masalah skit...malu sungguh sbb kena tengking dengan pegawai imigresen tu sbb chimei punye mahram (staff Travel agent) takde....dia tak balik sekali sbb nak tunggu next trip nak dtg. ingatkan lepas rupenye tak ...dorang tak lepas pegang passport chimei..sudahnye staff agency travel tu dtg n settle kan ...hampir 2 jam jugak le tepacak kat imigresen tuh..mak ngan yg lain2 dah lepas..
masa kami dtg tu mmg cuma kami 7 org je...pegi skali dgn staff travel agent tu tapi masa balik tu kami kena balik sendiri.chimei tepaksa tak over task staff agency tu sbb yg lain semua tak penah naik flight sebelum ni maklum le pakcik and makcik2...so chimei tepaksa jadi tour guide dorang..kecut jugak le bukannye pandai sgt..cuma penah le naik flight gi korea n sabah sblm ni....alhamdulliah...segalanye selamat...
tapi pegalaman kat sana tak kan sama dgn mana2 negara pun di dunia ni....
saat yg paling 'amazing' skali is bila time nak masuk waktu tuk solat..time tu semua org sama je..sujud di hadapanNya...masa tu insaf sgt...
gambar ni chimei tangkap pakai camera phone...tepaksa sorok2 snap gambo..
malam2 ramai sgt org wat umrah...so kena wat time siang..tengahari pun bagus gak sbb tak ramai org..tapi panas le skit
[ Last edited by chimei at 30-12-2007 04:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #185 Dunhill.'s post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #188 chimei's post
Benar seperti apa yang chimei katakan, memang menakjubkan. ketika bersolat di Masjidil Haram, khususnya ketika kita sujud, walaupun kita solat bersama dengan jutaan jemaah yang lain, tapi ketika sujud, kita rasakan seolah-olah kita seorang sahaja yang berada di situ dek kerana keheningan dan sunyi sepinya suasananya ketika itu. Suasana seperti ini lebih terasa terutama ketika solat di waktu malam atau kalau qiamualail di bulan Ramadhan kerana ibu-ibu tidak membawa anak-anak kecil yang kadangkala menangis ketika kita bersolat.
Maha Suci Allah Yang Mentadbir Sekelian Alam |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika Sujud Di Masjid Nabawi
YA RABB...
WALAU AKU HINA DI MATA HAMBA MU YANG LAIN
AKU REDHA...
NAMUN.. MULIAKANLAH AKU DISISI MU
WALAU AKU MISKIN DI DUNIA MU
AKU PASRAH...
NAMUN...KAYAKAN LAH AKU DI AKHIRATMU
DENGAN LIMPAHANMU
DENGAN KURNIAMU
WALAU AKU DISAKITI DI DUNIAMU INI
AKU RELA...
NAMUN..KAU KUATKANLAH IMANKU
MENAHAN KEHINAAN
MEREDAH KEPAHITAN
YA RABB...
MATIKANLAH AKU DALAM KASIHSAYANGMU
SEPERTI HAMBA2 MU YANG TERDAHULU...
PENUH DALAM KEMULIAAN DAN KEINDAHAN...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Saya dapat gambar ni dalam e-mail, untuk dikongsi bersama dgn rakan2 yg lain, alangkah indahnya jika dapat mati dalam keadaan begini, insyaallah.. Amin..
Wallahualam..
(P/S : Mungkin ada yang dah tengok gambar nih, tapi tak salah kalau kita ambik iktibar dari kejadian ni)
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #192 Ratu^^Jogging's post
Sebak rasa hati ini bila membaca doa dan menatap gambar di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #192 Ratu^^Jogging's post
first time tengok gambar tu...terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
emmmmm bilalah rimbun bole g mekah n madinah niiii... jenuh pujuk hubby wat umrah, mcm2 alasan nyerr. tension tul |
|
|
|
|
|
|
|
salams.....
saya insyallah akan buat umrah bulan 5 ni. dulu pernah jumpa thread yg discuss pasal tips buat umrah bersama anak kecik. terbaca pasal ade area utk mother n child. ni 2nd time saya buat umrah dan rasenye dulu takde such area atau maybe saya tak aware pasal benda tu sbb tak kawin n takde anak lagi. anak saya umur 2+ .
pernah dengar tentang buku 'mudahkan ibadah'something like that. katanye berguna utk reference kalo bawak anak ke tempat suci ni. need help . tq... |
|
|
|
|
|
|
|
rasa tenang je tengok gambar-gambar neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #195 rimbun's post
Insyallah akan sampai...kalau dah ada niat dihati.....bukankah itu doa...insyallah sampai.Doa moga Allah membuka hati suami.Saya pun hadapi masalah yg sama.Suami mcm buat tak tau aje bila kita cakap...alasannya sibuklah dan mcm mcm lagi.Tapi bila berpeluang samapi kesana...alhamdulillah dia pulak yg seronok n rindu kesana.Alhamdulillah selepas tu kami diberi rezeki berpeluang utk pergi mengerjakan umrah dlm bulan Ramadhan n membuka hati suami utk mengerjalkan haji.Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 holmes's post
waaaaa.... cantiknyerr... bila lah agaknya boleh dpt pegi kannn |
|
|
|
|
|
|
| |
|