CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ^^dieya^^

sesi bersama pengarang: JOHN NORAFIZAN

[Copy link]
Post time 24-3-2009 06:42 PM | Show all posts

Reply #176 john_norafizan1's post

welcome...
memang Odisi ni tak sama ngan Cinderella cuma pada saya perasaan tu yang sama...cemas,geram,marah,sedih....
semoga JN akan terus menghasilkan karya-karya yang bagus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 08:32 AM | Show all posts

Balas #181 willy_wonka\ catat

Time kaseh Willy,

Insya Allah saya akan cuba... sekarang ni pon dah start projek novel terbaru, harap bulan 6 nanti dapat disiapkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 04:59 PM | Show all posts
salam john
saya nak tanya pada john..
setakat ni kalau tak salah pengiraan saya, john dah hasilkan 5 novel..
3 bersama CESb dan 2 karya john bersama JS (itu kalau tak salahlah.ada lagi tak novel john yang saya tertinggal?)

ok, berbalik pada novel2 john tu..karya2 john ialah

i)sempadan tanpa seri
ii)tunjukkan aku satu bintang
iii)cinderella cinta
iv)garis-garis deja vu
v)odisi bulan biru

saya cuma nak tanya pada john,ntah kenapa saya berminat nak tahu,
tajuk2 novel john tu semua adakah tajuk dari john sendiri atau ada yang
telah diberikan oleh penerbit?

saya sgt2 nak tahu, sbb tajuk2 karya john semua seperti 'tunjukkan aku satu bintang' begitu bermakna sekali tajuknya..

nak tanya tu dulu.sila jawab je abg nora...hoho..opss...abg john norafizan!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 05:58 PM | Show all posts

Balas #183 lobakbiru\ catat

Salam lobakbiru,
terima kasih sebab mengikuti perkembangan novel-novel saya

Ya betol, saya sudah ada 5 novel (termasuk Odisi Bulan Biru) - tak ada lagi novel yang lain. Insya Allah mulai 2007, saya akan buat sekurang-kurangnya satu novel setahun.

Alhamdulillah setakat ni kesemua NAMA NOVEL yang saya cadangkan ketika menghantar manuskrip ke penerbit telah diterima mereka.

3 novel namanya tidak diubah ketika menghantar ke panel. Cuma untuk novel pertama - saya menukarnya dari Luka di Mersing, Cinta di Prestwich ke Sempadan Tanpa Seri, dan novel baru ni dari strawberi, cokelat ke bulan madu biru ke odisi bulan biru. - tetapi mereka (CESB dan JS) memberikan saya peluang utk memberikan sendiri tajuk novel lain, dan tidak meletakkan tajuk novel saya berdasarkan apa yang mereka mahu  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 09:11 PM | Show all posts
salam abg nora!

hohoho..tak sangka yek john boleh terfikir tajuk strawberi, cokelat ke bulan madu biru (ke macam mana tu tajuknya)
kalau baca sempadan tanpa seri, tunjukkan aku satu bintang dan juga cinderella cinta tak sangka john boleh terfikir nak letak tajuk 'secomel' itu!huhuhu..
saya blum baca lagi odisi bulan biru (insyaAllah akan dapatkan dalam masa terdekat ni)
tapi betullah, saya rasa tajuk odisi bulan biru mmg sesuai dgn sapa penulisnya.
strawberi, cokelat ke bulan madu biru tu comel sgt.

oh ya john, nak tya lagi boleh?setahu saya john ni seorang jurutera,
boleh tahu jurutera dalam bidang apa?civil?mekanikal?elektrikal atau yg lain2 tu?
cam mana ya seorang jurutera minat menulis dan dapat menghasilkan karya versi cetakkan?
mungkin john dan jenuh jwb soalan mcm ni, tapi saya nak tahu jugak!
boleh tahu tak minat tu mula dari mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 07:41 AM | Show all posts
Salam,
Saya kerje kilang jek ehehe - dalam bhgn industri... saya pon tak tahu minat tu datang dari mana, tapi start tahun 2002, sebab sebelum tahun tu saya tak pernah dan tak suka membaca novel atau pernah menulis. Alhamdulillah Allah bagi ilham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2009 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by john_norafizan1 at 30-3-2009 07:41
Salam,
Saya kerje kilang jek ehehe - dalam bhgn industri... saya pon tak tahu minat tu datang dari mana, tapi start tahun 2002, sebab sebelum tahun tu saya tak pernah dan tak suka membaca novel  ...


JN

kat mana dapat ilham watak ASNAWI
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by hanezz at 30-3-2009 08:21


JN

kat mana dapat ilham watak ASNAWI


EHEHE... bukan dari inspirasi Mawi AF3 tau ekekeke... sebenarnya saya  suka menggunakan nama 'yang dekat' dengan kehidupan realiti.. yang tidak terlalu 'complicated' atau 'nama sinetron' itu aja...

[ Last edited by  john_norafizan1 at 30-3-2009 09:59 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by john_norafizan1 at 30-3-2009 09:57


EHEHE... bukan dari inspirasi Mawi AF3 tau ekekeke... sebenarnya saya  suka menggunakan nama 'yang dekat' dengan kehidupan realiti.. yang tidak terlalu 'complicated' atau 'nama sinetron' itu  ...


maknanya ASNAWI tu rekaan semata2 la ek bukan realiti
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 10:24 AM | Show all posts
kak nazurah

nez dah selamat dpt ODISI BULAN BIRU.
terharu la pulak

BIARKAN CINTA DAN KEREDHAAN ILAHI JADI CAHAYA DALAM HIDUPMU!  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 12:00 PM | Show all posts

Balas #188 john_norafizan1\ catat

apapun...sy tetap tak suka dengan nama sedek tu...

u tau la apa sebabnya kan....:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 12:00 PM | Show all posts

Balas #190 hanezz\ catat

aaa...lega dengar buku dah selamat....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 12:44 PM | Show all posts

Balas #192 nazurah\ catat

Nezz,
Yeap Asnawi tu rekaan jer

Nazurah,
Err... Err.. Odisi Bulan Biru takder nama Sedek dalam Garis-Garis Deja Vu jer Sedek ada.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 01:30 PM | Show all posts

Balas #193 john_norafizan1\ catat

pakcik... wa citer GGDV la... bukan OBB :p :p
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by john_norafizan1 at 30-3-2009 12:44
Nezz,
Yeap Asnawi tu rekaan jer

Nazurah,
Err... Err.. Odisi Bulan Biru takder nama Sedek dalam Garis-Garis Deja Vu jer Sedek ada.....


suka btl kat ASNAWI

ps:sedek tu sapa
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 03:33 PM | Show all posts

Balas #195 hanezz\ catat

nak tau sape sedek...kena baca Garis-Garis Dejavu ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2009 08:43 AM | Show all posts
nah...sy tolong tepekkan anak no 4 tuan john...

[img]http://tbn1.google.com/images?q=tbnzjZLD-ouGNg3M:[/img]

[ Last edited by  nazurah at 31-3-2009 08:47 ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 08:46 AM | Show all posts

Balas #196 nazurah\ catat

Originally posted by nazurah at 30-3-2009 15:33
nak tau sape sedek...kena baca Garis-Garis Dejavu


Salam,
Sedek adalah salah satu watak 'jahat' dalam Garis-Garis Deja Vu yang menjengkelkan eheheheh... (terlebih lagi kepada cik Nazurah kita!)

Sedutan dari Garis-Garis Deja Vu:

“Maafkan abang sayang...abang lambat!” Suara garau Sedek dan tangannya yang meramas lembut jari jemari Nini membuatkan Nini tersentak. Dia tidak perasan sudah berapa lama Sedek berada di situ. Tetapi senyuman Sedek bagaikan memberitahu Nini bahawa dia sudah berada lama di hadapan Nini tetapi tidak mengejutkan Nini dari kenangan lamanya.

            “Se... Sedek! Aku masih lagi isteri orang!” Cepat-cepat dia menarik tangannya. Tetapi ada senyuman di wajah Nini. Sedek sekadar tergelak kecil.

            “Ashraf dah tak ada. Bagaimana engkau boleh menjadi isteri orang lagi?” Sedek menyindir. Seorang pelayan lelaki datang dan bertanya apa yang mereka mahu. Sedek terus memesan dua gelas jus oren untuk dia dan Nini. Dia menolak bila pelayan lelaki itu bertanya sama ada mereka mahu makan atau tidak.

            “Maafkan aku Nini... tapi dia bukan suami yang baik. Dia meninggalkan engkau di saat kau macam ni.” Beritahu Sedek jujur. Dia tersenyum mesra tetapi senyumannya hilang bila melihat Nini tiba-tiba menangis. Sedek jadi kaget dan tidak tahu apa yang harus dibuatnya.

            “Nini! Nini! Jangan menangis... orang tengok!” Ujar Sedek yang kelihatan cemas. Dia memandang ke sekelilingnya. Tidak ada yang pedulikan sama ada Nini menangis atau tidak. Nini mengesat air matanya.

            “Sedek, mari kita pergi ke Jordan dan cari Ashraf!” Kali ini, Nini yang memegang tangan Sedek. Tetapi secepat dia menggapai tangan Sedek, secepat itu juga dia melepaskannya. Sedek menggeleng kepala.

            “Kita tak tahu kat mana nak cari dia... berbaloi ke semua ni?” Tanya Sedek. Dia tidak memarahi atau membangkang terus cadangan Nini. Sedek sekadar memasukkan kewarasan di fikiran Nini. Nini mengangguk lemah.

            “Dia pergi ke Petra. Petra di Jordan. Dah tiba sana nanti, kita tunjukkan gambar dia pada semua orang. Mesti ada sekurang-kurangnya seseorang yang tahu di mana dia!”

            Sedek mengeluh kecil. Lama dia memandang Nini. Ada perasaan belas yang terpancar di dalam anak matanya.

            “Adakah kau sanggup nak cari dia selepas apa yang dia lakukan ini?”

            Nini mengangguk lemah.

            “Kenapa?”

            “Aku tak tahu... rasa bersalah, mungkin? Apa yang aku tahu, kalaupun Ashraf berada di hujung dunia... dan ada satu jalan sahaja yang pergi ke situ, aku akan melalui satu jalan itu untuk mencari Ashraf.”

            “Dan jika kau bertemu Ashraf... katakan kau berjaya menemui dia, apa yang kau nak buat?”

            “Aku akan meminta maaf dengan Ashraf. Dan kemudian aku akan bawa dia pulang ke sini!”

            Sedek menyedut air oren yang sudah tinggal separuh itu. Dia memandang ke tepian laut. Beberapa ekor bangau putih yang dilihat Nini tadi sudah terbang entah ke mana. Barangkali sudah terbang ke hujung dunia untuk mencari Ashraf, bisik hati Sedek. Dia kembali menatap wajah suram Nini.

            Dia menghulurkan tangannya dan mencapai tangan Nini. Kali ini, Nini tidak membantah. Lama mereka berpegangan tangan. Lama mereka merenung di antara satu sama lain.

            “Ashraf dah tahu?”

            Perlahan-lahan, dengan linangan air mata bersalah, Nini menggelengkan kepalanya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 08:49 AM | Show all posts

Balas #198 john_norafizan1\ catat

sedek ni...kalo i jumpa dia depan mata...i hempuk2 pale lutut dia sampai x bleh jalan...

jahat gila...bini orang pun dia kacau....:@ :@

john, i hate sedek!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 09:40 AM | Show all posts
tp bukan ke sedek tu willing nak teman nini g cari ashraf...
kire x la jahat sgt.
tp  sedih gak time kena tembak tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.400513 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list