CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MamaAlya

[MERGED] Bincang2 ttg Delexia,Autism,Hyperactice etc..

[Copy link]
Post time 31-7-2006 12:42 PM | Show all posts

Berita Harian 31 Julai

Permata Hati: Kanak-kanak disleksik mampu berdikari
Oleh Azah Abdullah


Siti Norijah sanggup berhenti kerja bagi memastikan Mirza dapat nikmati hidup bermutu

  
APA perasaan anda apabila dimaklumkan anak anda lebih suka bercakap dengan pokok daripada teman sekelasnya? Malah, pihak sekolah menyatakan si kecil mempunyai tingkah laku yang agak pelik meskipun anak anda sedikit pun tidak menunjukkan sebarang keganjilan fizikal.

?esabaran tidak mencukupi tapi mengenali dan memahami masalah mereka adalah penting." Itulah luahan hati seorang ibu, Siti Norijah Yusoff, apabila berita mengejutkan itu dikhabarkan kepadanya.

Hati ibu mana yang tidak risau dan bimbang apabila pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan anaknya yang diberi nama Mirza Hassan mengalami disleksia, sejenis kecacatan perkembangan yang mempengaruhi secara khusus kebolehan seseorang kanak-kanak membaca dan menulis.

Terkejut dan kecewa kerana tidak menyangka anaknya tidak normal seperti kanak-kanak lain, tetapi Siti Norijah pasrah dengan ketentuan Ilahi dan reda dengan anugerah-Nya. Keadaan anaknya itu sedikitpun tidak melemahkan semangatnya, malah beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi perhatian khusus kepada Mirza.

"Selain perangai ganjil itu, Mirza dirujuk ke hospital ketika usianya tujuh tahun apabila saya dan bapanya mendapati banyak kerja sekolah yang tidak dapat disiapkan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Batu Caves, baru-baru ini.

Mirza tidak dapat mengingati dengan baik sesuatu perkara dan terkeliru pada pembalikan huruf seperti b kepada d atau sebaliknya. Begitu juga dengan nombor seperti 6 dan 9 menyebabkan beliau tidak dapat menanda muka surat atau mencari muka surat yang dikehendaki gurunya.

Ada kalanya, Mirza juga terkeliru dengan nombor 69 atau 13 kepada 96 dan 31, sehingga si kecil tidak dapat menyiapkan kerja sekolahnya. Bayangkan Siti Norijah terpaksa melalui keadaan itu 10 tahun lalu apabila tidak ramai yang tahu mengenai disleksia, malah ramai yang tidak pernah mendengar mengenainya.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau mengambil inisiatif sendiri mengajar anaknya secara konsisten dan berulang kali, selain memberi arahan pendek, padat dan tepat dan memberi kata pujian serta perangsang seperti ?ou can do it?.

?aya ada memaklumkan kepada guru agar bekerjasama membantu anak saya supaya menanda pada buku, muka surat mana yang dikehendaki olehnya dan saya akan memantau perkembangannya dari rumah", katanya yang juga ahli Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehingga kini, Mirza masih keliru terutama arah seperti kiri dan kanan, mengenakan butang baju, menangkap dan menendang bola, melompat tali, mengikat tali leher dan tali kasut serta mudah lupa. Beliau juga kurang lancar ketika diminta membaca dengan kuat, menghafal sifir, sukar menyalin nota, mengeja dan menjangka masa.

Bagaimanapun, Siti Norijah tidak menghiraukan kelemahan dan kesukaran anaknya, sebaliknya menggunakan keistimewaan yang ada pada Mirza untuk mengatasi kelemahannya.

Begitupun, Mirza masih beruntung kerana mempunyai keluarga yang penyayang dan Siti Norijah sendiri sering kali menasihatkan seorang lagi anaknya, Nur Tiara, agar tidak cemburu dengan perhatian lebih yang diberi kepada Mirza.

?aya bersyukur kerana setakat ini Tiara memahami keadaan Mirza, malah dia sendiri tidak jemu mengajar abangnya mengikat tali leher. Tetapi saya cukup kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak memahami mengenai disleksia dan menganggap insan mereka bodoh.

?akikatnya IQ mereka lebih tinggi daripada individu normal. Malangnya, ada di kalangan kanak-kanak disleksia dibuli dan didera oleh mereka yang tidak mempunyai perasaan. Saya bimbang keadaan Mirza jika saya tiada kelak. Jadi, saya melatihnya hidup berdikari, melakukan kerja harian sendiri seperti menggosok baju dan membiarkan dia membuat keputusan sendiri,? katanya sebak.

Ditanya mengenai sikap segelintir ibu bapa yang cuba menyembunyikan anak mereka apabila mendapati si kecil insan istimewa, Siti Norijah berkata, ibu bapa perlu memberikan sokongan moral dan melakukan yang terbaik bagi memastikan anak berkenaan dapat hidup berdikari seperti individu lain.

?ebagai ibu bapa, kita perlu berfikir dan merancang masa depan anak sebegitu secara positif dan beranikan diri bagi membantu anak istimewa seperti kanak-kanak disleksik. Jangan mudah berputus asa kerana cara mereka belajar dan berfikir adalah berbeza dengan kita.

"Kita juga perlu memberikan ganjaran pujian, berekreasi dan bercuti bersama agar mereka tidak berasa terpinggir, bukannya beri kasih sayang dengan wang ringgit,? katanya yang mengakui Mirza adalah seorang yang cukup kreatif.

Sejak di bangku sekolah lagi, beliau sudah mula mereka cipta pelbagai bahan menarik antaranya kereta kebal kesayangannya. Mirza juga pernah membaiki jam yang hancur berderai kepada bentuk sedia kala. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan Mirza memang berminat dengan bahagian teknikal seperti pasang balik alat, membaik pulih komputer dan membuat pelbagai rekaan menarik.

Dengan kelebihan dimilikinya, Mirza tidak lokek membantu kawannya di Kolej PTPL Shah Alam dan ada kalanya mengajar rakan daripada kursus perubatan walaupun hakikatnya beliau pelajar Teknologi Maklumat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2006 01:37 PM | Show all posts

Reply #181 KakFie's post

thank you kak fie for the article. Anak dewi pun cam ni lah jugak. tapi sekarang dia dah 15 tahun dah pandai bersikari. baju , kasut sekolah, semua dia urus sendiri.Cuma dia perlu diingat kan selalu. Dewi pun train dia untuk bawa buku nota kesekolah dan catit apa2 pesanan cikgu . kalau tak catit sah lah tak ingat bila dah sampai rumah.

Sekarang pun dia dah masuk sekolah aliran biasa. belajar macam murid2 normal yg lain. dan walau pun dia macam tu dia tak lah sampai masuk kelas paling akhir. Tingkantan nya ada 10 kelas dia dok kelas yg ke 5. Ujian penggal dia pun kira ok lah Alhamdulilah. Tahun ni juga dia akan ambil PMR. walau pun harapan untuk dia cemerlang tu tak lah setinggi mana tapi dewi harap dia boleh lulus.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by dewi at 31-7-2006 01:37 PM
thank you kak fie for the article. Anak dewi pun cam ni lah jugak. tapi sekarang dia dah 15 tahun dah pandai bersikari. baju , kasut sekolah, semua dia urus sendiri.Cuma dia perlu diingat kan selal ...


Wah dewi...alhamdulillah.  Seronok tahu/baca ada living proof kat CARI ni.  

Itula...saya selalu percaya tiap-tiap kekurangan mesti ada kelebihan lain yang Allah bagi...kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 31-7-2006 01:43 PM


Wah dewi...alhamdulillah.  Seronok tahu/baca ada living proof kat CARI ni.  

Itula...saya selalu percaya tiap-tiap kekurangan mesti ada kelebihan lain yang Allah bagi...kan?


dewi pasti mmg dia ada kelebihan tersendiri.. walaupun dia ni kadang kena buli kat sekolah dia penyabar sgt. tapi ader gak yg asik buli tetiba kena tampar ngan dia ni. ( kes terlebih buli lah tu)  betul kata org kalau kita sayang kita kena let go. and by letting her try to be independent dia belajar untuk survive. Mula2 mmg sedih sgt tapi dewi as a mom kena keras kan hati dan kasi semangat kat dia.

Baru2 ni dia kena siapkan folia sejarah .. ( markah termasuk dlm PMR ) dia buat semua sendiri. ajak kawan kat rumah buat sama2. dah hantar elok dah. sekali cikgu kata dia sorang jer tak hantar lagi. n cikgu dia kata kalau tak hantar esok cikgu akan gagalkan dia. balik rumah dia nangis ... tensen sgt dia. mana tak dah buat dah hantar tapi cikgu kata tak terima. padahal ada saksi ( kwn dia) yg kata dia hantar sama2 same time dgn my doter.

kesian dia risau n nangis. esoknya dia tak nak gi sekolah. terpaksa lah pujuk .. then encourage dia buat semula. sehari suntuk dia buat semula 49 pages of folio sejarah. I know it was a great effort sebab kids like her mmg susah nak tulis byk2 cepat2 mcm tu. lepas dah buat sehari suntuk baru dia leh senyum semula. bila hantar folio tu dia mintak kebenaran cikgu untuk cek .. ada tak folia yg dia buat dulu mungkin cikgu misplace ker. betul ada ... tapi dah berubah nama lah pula . rupa2nya kerja dia murid lain ambil... ( jenis tak nak buat tapi curi kerja org) dan tukar page depan part data2 pelajar tu.

geram nyer dewi bila dgr macam tu Allah jer yg tahu. tapi dewi tak gi sekolah lah sebab dewi tahu now dia tahu cam ner nak protect herself. Budak tu dah pun di ambil tindakan. n alhamdulillah juga berkat dia kena buat kerja 2 kali folio baru dia even better than the 1st one and she got full marks for it.

I know now , Allah is looking after her. Dewi pray that dia sentiasa dilindungi Allah dan be rewarded for her effort.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 10:30 AM | Show all posts
semlm ngk magnificient 7..citer brits..about ibu yg berdepan ngan 4 org anak lelaki istimewa..sorang ada sindrom asperger..mcm lurus bendul jek...sorang ada ADHD..sorang lgk ada development delay..mcm2 ler peel anak2 dia..rsnyer bgs gak citer nih sbb memaparkan mcm mana pikiran bdk2 yg ada sindrom nih..derang nih mmg istimewa tul..like mother tuh said..my sons may be not normal as yours,but they suprise me everyday..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 01:51 PM | Show all posts
aik..takde org lain ngk ke semlm..igt nak tanya ending..terpengsan lak tgh jln....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2006 01:01 AM | Show all posts
It was in 2000 when I first discovered that my second son was a dyslexic. He was in Standard One that time. He had been attending kindergarten for two years and I was really a bad mother when I could not detect it earlier. I used to have this thinking - tak apa...it's still early. I had a shock when I saw him writing down his as IRKIF DAMMAHUM. He's very slow also in remembering things, receiving information, conveying messages. Always mistook p and q, b and d. Having difficulties in arranging the numbers in correct sequence.

Straight away took him to see a doctor. He did a test and confirmed it was dyslexia. But the doc said...a minor one. The problem was..during that time the treatment can only be found in Ampang (if I'm not mistaken). It was almost half year already he's in Year One but still could not read.

Hubby bought books in US. I read one article, find something that really interests him. I noticed he liked to read Komik Anak2 Sidek. He really wanted to read but he couldn't join the syllable. (Like su + ka = suka). I told him that I would buy each new issue if he were able to read the content. Alhamdulillah....he was encouraged to read because he really liked the comics. By year end, he could read already.

This type of people..remember..they are not stupid, they are not sick!!!!. You have to be really patient with them. You cannot force them.

As for my son - to obtain 4A's and 1B for his UPSR last year was alhamdulillah an achievement. He's still quite slow at times. Difficult to understand instructions. Very shy. Never ask for anything.

Now he's in secondary school. The first few months was quite hard for him - to adapt to a new school, new friends. Teachers complained to me for his passiveness in class. Very slow in answering questions. There's even one teacher...so arrogantly came to me saying that ...."I will give your son three months only, after that nobody will realise his existence in school'. I took that as a challenge. I thanked her. I told my son to prove them wrong. This morning, he received prizes for no. 3 in the whole form One and best student for two subjects. He's very happy. I'm thankful to God. I'm even more thankful becoz another teacher came to me and said ..." your son is very quiet but the more I know your son, the more I like him".

One thing i have learned - Never, never put any pressure on your dyslexic child and also on yourself. Patience is key to open his/her 'unhidden talent'. The end.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 12:54 PM | Show all posts
bila anak2 hiperaktive ni akan mula bercakap dengan lancar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2007 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by Eus at 9-9-2005 02:51 PM



Anak aku pun memang ada mild autism & mild ADHD. Ada tanda-tanda dyslexia, apraxia & dispraxia. Dia masih menjalani pemeriksaan kat HUKM. Diorang ada suggest special teaching aid. M ...



better masukkan dalam pendidikan khas...itu langkah yang terbaik..kalaua de duit lebih sket leh la masukkan yg sek swasta..sgtbagus bagi kanak2 yang istimewa ini. kadang-kadang kesedaran masyarakat skrg terhadap kanak2 istimewa ini sgt kurang. bile dapata nak down syndrom mereka dok umah je tak di hantar ke sekolah...setiap mereka ade keistimewaan yang tuhan dah berikan cuma kita kene cari atau tolong korek kebolehan mereka. bagi yang anak istimewa golongan mild n severe sgt2 digalakkan hantar ke sekolah supaya GURU KHAS dapat membantu ibubapa cari kemahirannya.

bagi kanak2 autisme, mereka adalah katogeri GIFTED tetapi ada MASALAH PEMBELAJARAN. mereka mmg pandai n kite cume ketengahkana pe yang die mahu.kalau kat pusat seni budaya(kalau tak silap) kamu leh jumpe sorang pelukis namanya CLEMENT OOI..ini adalah contoh autisme tetapi seorang pelukis

satu lagi cara kite didik anak istimewa mesti sama macam kita didik anak biasa. jgn "manjakan" tak boleh buat itu takleh buat ini..kite kene ajar mereka...buang air besar sendiri..sumalah..

itu sedikit pengetahuan yang saya ade..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.423297 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list