CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MekConkey

[V8.0 ]EMPIRE NEELOFA:*Download MuslimPro Now, Subscribe Premium Version, Dengar

 Close [Copy link]
 Author| Post time 16-6-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nonymous replied at 16-6-2019 03:32 PM
bilalah lopa nak berlakon balik
xde ura2 ke telemovie satu?
korang kat mana i boleh tg ...

Dibah lori? YouTube ada tapi x berapa HD la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
nonymous replied at 16-6-2019 03:35 PM
lap u too mek  ..
rapz kelakar kan pandai menyakat kadang i gelak baca komen2 rapz heheh

Betul...Rapz pandai menyakat..kelakar..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 03:40 PM | Show all posts
MekConkey replied at 16-6-2019 03:34 PM
Artis kesayangan kita byk benda in future yg akan dilancarkan...peringkat international lagi... heba ...

rebutan lelaki?hans,patah amon?low class betul jantan jantan tu.princess areb jutawan lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
intanumbrella replied at 16-6-2019 03:38 AM
Kak lopak pnya stail tudung bwang skrang ni cantik...kurangkan kontrobesi okayh kak lopak...n udah2  ...

Sorry uolss.. pujian tak dapat tacang uolss...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
MekConkey replied at 16-6-2019 07:28 AM
As per request...

Kalau tak faham juga x tau la..hehe

Kita sembur jer hhahaha penat nak urus rumah, nak urus anak-anak bulus lagi.. Nasib àda ridsect sebagai penyelamat kalau tak jenuh nak ligan n pukul semua lalat tu.


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pinklepie at 16-6-2019 09:20 AM


KUALA LUMPUR: Dahulu, pelakon dan pengacara sensasi, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 30, berasakan tidak logik serta mustahil untuknya melebarkan sayap perjuangan dalam bidang fesyen dan kecantikan, seterusnya membawa jenama Naelofar Hijab ke pasaran global.

Bagaimanapun, langkah beraninya menandatangani kontrak bersama dua agensi di United Kingdom (UK) dan Perancis, awal tahun ini, bagi mengembangkan kerjaya serta perniagaannya ke peringkat antarabangsa dilihat bukan lagi mimpi pada siang hari.

Walaupun kesibukannya berganda-ganda apabila sering kali terpaksa terbang beribu kilometer, namun wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan, ini tidak sekali-kali terfikir meninggalkan dunia seni.


Biarpun dilihat kurang aktif berlakon dan hanya mengacarakan program Meletop, setiap minggu, Dewi Remaja 2009/2010 itu percaya, sudah tiba masa untuknya melangkah bagi menimba ilmu dan pengalaman pada peringkat antarabangsa.

ADVERTISEMENT


Sambil ketawa, Neelofa mengakui:

“Ada orang bertanya, berlakon tidak, berkahwin pun tiada ura-ura lagi, apa yang saya kejar?

“Saya bekerjasama dengan agensi di UK dan Perancis kerana mahu menempatkan diri sebagai model fesyen serta kecantikan. Dalam masa yang sama, saya mahu membawa jenama Naelofar Hijab melebarkan sayap ke luar negara.

“Saya tahu, terlalu ramai model fesyen dan kecantikan, tetapi model berhijab masih boleh dibilang dengan jari. Model berimej sedemikian yang dikenali hanya Halima Aden. Inilah masanya saya mengambil ruang yang terbentang luas di depan mata. Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan saya, cuma banyak perubahan yang perlu dilakukan.

“Bukan mudah untuk selebriti Asia melangkah ke sana. Selain zon waktu berbeza, cara pemikiran juga perlu ditukar. Apabila orang luar menerima seseorang yang berhijab dari Asia, saya percaya segala-galanya bukan lagi mustahil.”

Neelofa berkata, sebelum ini dia sentiasa terfikir, apakah caranya untuk dia dapat bertapak di luar negara?

“Saya rasa mustahil dan macam tidak logik apabila ada yang bertanya, tidakkah saya mahu ke Hollywood? Bagaimanapun saya mahu ke sana? Namun, apabila saya kerap ke luar negara, melakukan pelbagai tugasan dan bertemu dengan pihak yang betul, saya percaya mampu melakukannya.

“Jika saya bersabar dan tekun, saya boleh menggapai impian. Saya memberikan tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun untuk menggenggam apa yang diingini.

“Langkah saya bermula apabila menandatangani kontrak dengan dua agensi berkenaan pada Januari lalu, selama dua tahun," katanya yang menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kelantan, tahun ini.

Neelofa berkata, pada awalnya, dia merancang mencari peluang untuk menempatkan nama di Eropah.

“Saya hanya mahu memperkenal dan mengukuhkan nama di Eropah. Saat itu, tidak terfikir pun untuk membawa jenama Naelofar Hijab.

“Bagaimanapun, rezeki datang seiring, jadi apa salahnya bawa jenama Naelofar Hijab bersama?” katanya kepada BH Online.

Biarpun tidak aktif dalam dunia lakonan, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) itu berkata, dia masih sayangkan dunia lakonan.

“Saya tidak akan mengucapkan selamat tinggal pada dunia lakonan biarpun sudah melakar nama pada peringkat antarabangsa.

“Saya harus kekal relevan untuk mengekalkan apa yang saya ada, bukan hanya di luar negara, tetapi juga di tanah tumpah darah sendiri. Mungkin saya akan aktif dalam platform lain pula.

“Buat masa sekarang, saya terlalu sibuk. Bukan hanya kerana tuntutan tugas di luar negara, saya juga menjadi peneraju jenama Naelofar Hijab. Saya percaya, apabila perubahan dilakukan jenama Naelofar Hijab stabil dan boleh bergerak sendiri, saya mungkin lagi tidak sesibuk sekarang,” katanya.

Ketika ini juga, dia terpaksa mengambil alih tugasan kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor, yang sedang bercuti.

Bintang jelita itu berkata, selain tuntutan tugas di luar negara, dia juga kini menumpukan perhatian pada penjenamaan baharu Naelofar Hijab yang akan menerokai pasaran global pada Julai depan.

“Selain sibuk ke luar negara memenuhi tuntutan tugas dan jemputan beberapa jenama antarabangsa, saya turut terikat dengan kerja penstrukturan dan penjenamaan semula syarikat.

“Saya mula merekrut kakitangan baharu, sejak hujung tahun lalu, apabila bekerjasama dengan agensi di London. Saya mengubah jenama Naelofar Hijab dengan memperbaharui logo, warna dan hala tuju syarikat. Ada kemungkinan jenama ini hanya menggunakan nama Neelofa atau mengekalkan Naelofar Hijab. Semua itu akan diumumkan kemudian.

“Saya juga terpaksa mengambil alih tugas Nabila kerana dia tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian ketika ini. Anaknya pula sedang sakit.

“Inilah waktu yang sangat genting buat saya. Setiap hari, saya harus berada di pejabat untuk memastikan perjalanan perniagaan berjalan lancar. Saya menguruskan semuanya termasuk bahagian operasi, produksi dan kreatif sejak Januari lagi. Hanya bahagian kewangan tidak diuruskan sendiri,” katanya.

Pelakon utama drama Suri Hati Mr Pilot, Red Velvet dan Ti Amo Sweetheart 100 Hari itu berkata, dia tidak pernah berputus asa atau sedih sepanjang lima tahun mengusahakan perniagaan tudung.

Bagaimanapun, katanya, dia sering kali menitiskan air mata apabila melakukan penstrukturan serta penjenamaan semula jenama Naelofar Hijab, sejak lima bulan lalu.

“Selama ini, saya tidak pernah sedih dan berpatah arang. Namun, beberapa bulan saya pernah bangun tidur dan hampir mahu berputus asa.

“Sangat sukar untuk melakukan penstrukturan dan penjenamaan semula. Naelofar Hijab sudah lima tahun bertapak, semua kakitangan sudah terbiasa dengan cara kerja sedia ada.

“Apabila diubah dengan cara lain, segala-galanya tidak mudah. Saya kena tukar pemikiran, cara bekerja dan tahap jenama. Jadi, ia memerlukan semua kakitangan untuk berubah arah,” ujarnya.

Dedahnya, ada kakitangan yang tidak mampu mengikut hala tuju baharu dan gagal mencapai indeks petunjuk prestasi (KPI) diberhentikan. Akibatnya, dia perlu mencari kakitangan baharu.

“Ramai tidak sependapat dengan hala tuju baharu. Saya mahu membawa Naelofar Hijab ke peringkat antarabangsa dengan memperkenalkan jenama moden," katanya.

Menurut wanita ini, dia pernah menangis dan mengadu dengan ibu bapanya apabila kakitangan tidak mengikut arahan yang betul.

“Saya sakit hati dan marah apabila arahan diberikan tidak diikuti. Saya kecewa dan rasa letih yang amat sangat.

“Tidak mudah untuk saya mengawal dan menuntut kakitangan menghormati serta mengikut cara saya bekerja,” katanya.

Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik itu berkata, jenama itu hari ini lebih sesuai untuk pasaran Asia Tenggara, tetapi Naelofar Hijab baharu dipadankan untuk pasaran UK dan negara Asia Tengah.

“Kami akan memperkenalkan koleksi baharu, bukan sekadar tudung, malah baju, seluar dan aksesori untuk pasaran global. Koleksi moden ini juga sesuai untuk mereka yang tidak bertudung.

“Saya mengimpikan meletakkan jenama Naelofar Hijab sebaris dengan jenama antarabangsa. Saya mahu menjadikan Naelofar Hijab sebagai jenama fesyen antarabangsa mampu milik dan bukan pasaran mewah.

“Kami sudah melunaskan separuh kerja bersama agensi baharu ini. Insya-Allah, jenama baharu kami akan diperlihatkan pada Julai depan,” katanya.

Neelofa yang menggunakan khidmat kakitangan berpengalaman daripada UK dan Afrika untuk mengemudi setiap bahagian penting dalam syarikat berkata, dia memang mengambil risiko apabila melakukan penjenamaan baharu.

“Tetapi kalau tidak dicuba, kita takkan tahu,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 16-6-2019 09:18 AM
KUALA LUMPUR: Dahulu, pelakon dan pengacara sensasi, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 30, bera ...

Harap artikel ni dapat menjawab persoalan sha semalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 16-6-2019 05:18 PM
KUALA LUMPUR: Dahulu, pelakon dan pengacara sensasi, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 30, bera ...

Tq pinkz!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2019 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca artikel kat atas ni korang boleh feel tak kepenatan hajjah? Mek yg baca ni pun rasa semput dgn kehidupan dia..

Siap menangis and hampir berputus asa...mmg bukan sng bila kita nak ubah mindset org dgn benda2 yg baru ... kesiannya hajjah

Kita cuma nampak kemewahan dia... disebalik kejayaan , onak dan cabaran dia cuma Allah swt je tahu

Semoga semua berjalan lancar..kami doakan buatmu Hajjah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pinklepie at 16-6-2019 09:45 AM
MekConkey replied at 16-6-2019 09:27 AM
Tq pinkz!!!!!


Welcome mek

Kita akan teruskan buat apa yang kita suka, #neelofamode orang lain tak suka lantakla bukan kita minta duit dia untuk bayar bill internet kita

Notakaki: #buatcctvtersayang
Adalah ditegaskan sini rumah hajjah Neelofa dan rumah ni dibina untuk berkongsi maklumat pada semua pembaca perjalanan seni hajjah NEELOFA SAHAJA, kehidupan seharian, impian dan cita-cita beliau. Kalau anda rasa over itu masalah hati anda bukan kami sebelum lupa kalau nak nama-nama keluarga hajjah yang lain disebut silakan buka benang lain kami takkan menghalang atau membantah keputusan anda.
Sekian
Pinkz yg comel

(Ajk kecerian merangkap penasihat disiplin dan rohani warga Lofalanders)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MekConkey at 16-6-2019 06:04 PM
pinklepie replied at 16-6-2019 05:43 PM
Welcome mek

Kita akan teruskan buat apa yang kita suka, #neelofamode orang lain  ...


Wakakakakaakakakaka......lawaknya ajk tu...

Pinkz...pinkz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MekConkey at 16-6-2019 06:05 PM

Pink, nak tanya, Rapz tu ajk aper ek?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya makan mee celup siam ptg2 mcm ni. AROI CING CING!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 16-6-2019 05:18 PM
KUALA LUMPUR: Dahulu, pelakon dan pengacara sensasi, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 30, bera ...

good, nampak visi dan hala tuju ke mana langkah seterusnya Neelofa dan naelofar hijab, to me sheolls sgt berwawasan, tegas dan tahu apa yg dimahukan dlm memastikan impian dpt dilaksanakan, kejayaan x mudah dtg bergolek.

lumrah alam manusia akan dipandang tinggi bila seseorang tu ada nama, achievement dan jadi somebody tp manusia terlupa betapa disebalik achievement yg diraih ada pengorbanan, airmata dan keringat yg mengalir betapa susahnya, org x pandang yg dahulu tp akan pandang yg sekarang, to Lopa iolls doakan semoga dipermudahkan dan melangkah ke hadapan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sha21 replied at 16-6-2019 06:19 PM
Sedapnya makan mee celup siam ptg2 mcm ni. AROI CING CING!!!!

weyhh, hang makan x ajak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 06:36 PM | Show all posts
sha21 replied at 16-6-2019 06:19 PM
Sedapnya makan mee celup siam ptg2 mcm ni. AROI CING CING!!!!

Aroi Cing Cing!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
MekConkey replied at 16-6-2019 06:03 PM
Pink, nak tanya, Rapz tu ajk aper ek?

Rapz rasanya ajk persembahan tukang buat lawak dan bantu ajk makan2 ngam kot hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 16-6-2019 05:43 PM
Welcome mek

Kita akan teruskan buat apa yang kita suka, #neelofamode orang lain  ...

amboii pink yg comel mcm nak cubit pp tu kalau comel eh sekali harung semua jawatan pink nak bolot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 06:39 PM | Show all posts
nonymous replied at 16-6-2019 06:32 PM
good, nampak visi dan hala tuju ke mana langkah seterusnya Neelofa dan naelofar hijab, to me sheol ...

Lofa berani bgatu tau perancangan dia ni walaupun belum terjadi..means projek ni mmg betul2 dah di final stage..sbb tu dia berani bgtau siap2...sgt berani walaupun dia belum tahu apa yg terjadi in future...berjaya atau gagal...means hajjah sanggup hadapi risiko tersebut..dia x malu andai kata ia akan gagal...

Mcm hajjah ckp: Kalau Anda Tak Cuba AndaTak Akan Tahu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
nonymous replied at 16-6-2019 06:35 PM
weyhh, hang makan x ajak

Wehh bukan aku yg makan tu igs lofa diorg family tgh menikmati mee celup siammm aroi cing cinggggggg hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 1.081614 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list