CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: onexox97

suami penghidap bipolar disoder

[Copy link]
 Author| Post time 15-9-2016 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sally03tomato replied at 15-9-2016 10:57 AM
yup tuh la maksud sy.. maybe lepas ni TT kene buat family planning effectively.. sbb TT je yg bole ...

ya lah taknak dah anak

hahaha

dulu toklaki nak anak 10

kalau x nak kawen banyak

seme saudara dia kawen banyak

sekarang ni nak kawen banyak gane hahaha

rezeki mudah semaasa mengandung xda banyak sakit

rezeki mudah bersalin

rupanya Allah takdirkan rezeki lakiku bipolar huhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2016 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 15-9-2016 10:43 AM
Dia pernah pukul tt?

Saya selalu rasa bersalah. Masa tu, saya harap saya mati dan tak menyusahk ...

xpukul sy

try la pukul

tahu la nak buat apa

tapi anak lasak dia tak tahan kena jugak le sekali sekala

tapi x kerap la

missvixen ni bipolar juga

masa manic buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
I terpanggil untuk berkongsi. I merupakan penghidap Bipolar Disorder / OCD Traits / Panic Attacks. Alhamdulillah I ada suami yang menyokong. I akan jumpa psychiatrist monthly dan makan ubat dengan tekun. Memang bipolar susah hendak mengikut arahan orang. I sendiri bekerja sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Adanya bipolar kita akan macam berlumba dengan diri sendiri. Bila mood swing angkat sudu pun terasa berat. Orang selalu salah sangka orang yang sakit ini malas tapi ia kerana depression yang mengakibatkan mereka hilang minat terhadap semua benda.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bipolar jika tak makan ubat maka akan ada simptom seperti skizofernia seperti haluccination. Untuk rujukan boleh baca buku Bipolar Disorder For Dummies. Sangat bermanfaat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bipolargirl replied at 15-9-2016 06:16 PM
I terpanggil untuk berkongsi. I merupakan penghidap Bipolar Disorder / OCD Traits / Panic Attacks. A ...

boleh saya tahu berapa lama dah bipolar?

apa yang menyebabkan nak teruskan rawatan dengan doktor psikiatri?

macamana support yg suami bagi tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-9-2016 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bipolargirl replied at 15-9-2016 06:18 PM
Adanya bipolar kita akan macam berlumba dengan diri sendiri. Bila mood swing angkat sudu pun terasa  ...

dulu sebelum dirawat sebagai bipolar memang suami seorang pemalas tahap gaban tapi ada la sumbangan seperti duit, anak hantar ambik ke nerseri, buang sampah dsb
selain dr tu mmg sy yg buat semuanya
tapi bila dia bipolar dia memang malas semalas nya membuta je kerjanya

jadi soalan sy siapa yg buat kerja kerja rumah yg biasa dibuat surirumah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2016 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bipolargirl replied at 15-9-2016 06:19 PM
Bipolar jika tak makan ubat maka akan ada simptom seperti skizofernia seperti haluccination. Untuk r ...

sekarang ciri bipolar dia dah hilang melainkan dia memang terlalu negatif dan mudah stres

memang dia tak teruskan rawatan sebab dia kata dia dah tak bipolar

soalan sy apa faktor atau punca puan bipolar?

ada faktor keturunan x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 15-9-2016 08:23 PM
sekarang ciri bipolar dia dah hilang melainkan dia memang terlalu negatif dan mudah stres

meman ...

Ya. Ia merupakan faktor genetik yang ditambah lagi kesan dari penderaan lampau. Biasanya kesan itu tidak akan dilihat diusia muda, apabila usia meningkat maka ciri ciri bipolar itu akan lebih ketara.

Bipolar ini jika tidak silap nama lainnya adalah Major Depression. Senang nak marah dalam hal hal kecil dan remeh. Selalu rasa diri sendiri betul tetapi inshaa Allah dengan makan ubat secara tekun setiap hari inshaa Allah ia boleh dikawal.

Suami beri support dengan tidak membebankan dengan kerja kerja rumah dan I cuma buat kerja rumah apabila I rasa nak buat. Kalau tak I tinggalkan sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 15-9-2016 08:22 PM
dulu sebelum dirawat sebagai bipolar memang suami seorang pemalas tahap gaban tapi ada la sumbanga ...

Tentang suka tidur atau kelihatan seperti tidak cukup tidur pun sesuatu hal biasa bagi bipolar. Ini kerana apabila datang waktu mania dia akan rasa tak perlukan tidur, aktif, terlajak gembira. Pernah I sendiri tiba tiba tertidur dan mengantuk amat sangat sehinggakan tidur di tempat awam tanpa peduli pandangan orang. Maksud tidur itu bukanlah secara terbongkang tapi kerana kita sakit dan memang bipolar ada masalah dengan tidur kerana itu kena biasakan mereka tidur pada waktunya.

Dulu I clueless apa benda bipolar ini tapi dengan penerangan dari pembacaan dan jumpa psychiatrist setiap bulan I kembali aktif walau tak seperti dulu.kini kalau I dapat basuh pinggan atau jemur dan basuh kain I really cherish the moments.

Suami I kasi support seperti memuji bila I basuh pinggan atau memasak sebab I tak ada mood nak memasak dekat setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 15-9-2016 08:23 PM
sekarang ciri bipolar dia dah hilang melainkan dia memang terlalu negatif dan mudah stres

meman ...

Jangan tertipu dengan perasaan seperti dah tidak bipolar lagi kerana penyakit bipolar ini adalah penyakit yang tidak boleh sembuh TETAPI boleh dikawal dengan cara pemikiran dan pemakanan ubat ubatan yang berterusan. Inshaa Allah. Jawapan ini I berikan sebagaimana yang I baca melalui buku dan juga seperti yang psychiatrist I maklumkan.

Bipolar memang banyak cakap dan topiknya tidak menentu apabila time dia aktif tapi dia boleh juga tidak berminat untuk bercakap apabila datang waktu swing.

I rasa alhamdulillah walau I ada bipolar, I rasa keadaan I inshaa Allah lebih baik dari mana mana pesakit bipolar yang ada merasakan diri superhero/mengaku sebagai nabi dan seumpamanya. Ini kerana mereka skip ubatan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 15-9-2016 08:19 PM
boleh saya tahu berapa lama dah bipolar?

apa yang menyebabkan nak teruskan rawatan dengan dokto ...

Actually I baru tahu I ada bipolar sekitar bulan April tahun ini. Pertama kali I jumpa psychiatrist I risau dan takut sangat. Maklumlah stigma masyarakat kita menganggap asal mental aja gila. Tapi I bersyukur I beranikan diri untuk jumpa Psychiatrist. I nak keadaan I baik sebab itu makan ubat dan usaha ke psychiatrist.

I dah kawin lama tapi tiada anak. Bila I fikir semula I bersyukur I tak ada anak kerana dengan keadaan I yang mood berubah rubah ini agak sukar untuk I menjaga baby.

Simptom lain bagi bipolar adalah senang berasa irritated.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:05 PM | Show all posts
Bipolargirl replied at 15-9-2016 08:56 PM
Actually I baru tahu I ada bipolar sekitar bulan April tahun ini. Pertama kali I jumpa psychiatris ...

masalah yang paling berat pernah aku nampak dalam usaha merawat pesakit mental ni adalah si pesakit tu sendiri xnak makan ubat.. kerana dia rasa lemah badan bila makan ubat.. tapi masalahnya bila dah lama tak makan ubat, sakit mentalnya tu datang balik.. kemudian timbul la mcm2 masalah bila sakit mentalnya jadi kronik kembali.. susah sungguh nak suruh pesakit tu makan ubat..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2016 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Abangcute replied at 14-9-2016 04:16 PM
Sesiapa yg ada masaalah bipolar disorder,

1) cuba tanya (waktu waras), ada marah sesiapa tak seb ...

sebenarnya sy tak mahu tanya banyak dia pasal yg dah lepas tu, soaldia ada marah spa sapa ke mungkin ada sebab dia jenis memendam, baran dia sekejap je kalau kira bukan jenis panas baran pukul pukul seme tu

cuma dia cepat stres, asek sebut stres, x mau take easy, kita pun x dapat nk tolong kalau sek negatif saja
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 16-9-2016 01:50 AM
onexox97 replied at 16-9-2016 12:54 AM
sebenarnya sy tak mahu tanya banyak dia pasal yg dah lepas tu, soaldia ada marah spa sapa ke mungk ...


Ada caranya kalau nak tahu.

Saya ajar tip nak tanya tapi dalam keadaan tak tanya.

Bila kita mula ambil berat pasal dia, Insya'allah dia akan mula cerita. Jgn ambil berat yg dia tak suka, tapi ambil berat yg dia suka. Mcm adik saya sorang tu, wife baru dia jenis ambil berat yg dia suka (dia suka main game). Kini, dia dah boleh bezakan, yg mana patut dan yg mana tak patut.

Kalau makan, ajak dia join sekali. Kalau tgk dia termenung, cuba tarik perhatian agar timbul rasa "sayang" berbanding "kasihan". Jgn biarkan dia termenung keseorangan. Org kurang kasih sayang ni boleh jadi apa sahaja jika dibiarkan berfikir dlm alamnya. Pengisian ilmu agama kekadang perlu diterapkan. Kalau ada astro, try lah buka siaran 114 atau siaran agama. Jika dia kata "tak syok", maka katakan sahaja "majlis ilmu ni Allah suka".

Hujung minggu, try ajak kot2 dia nak gi makan angin dikawasan peranginan. Singgah jap pun tak pe. Apa yg dia luahkan, kata aje "semuanya ciptaan Allah".

Selalu bagitau dia "senyumlah". Jika ditanya, jawab aje "Allah suka org yg senyum/ itulah cara Rasullullah ajar senyum".

Jika dia benar2 nak kerja, beri pandangan guna ayat ni (jika tak berapa setuju), "Apa yg abang kata sayang sokong, tapi..."(biarkan dia yg jawab). Tunjuk ekspressi sedih. Bila dia tanya "kenapa menangis", kata aje "Allah kan ada".

Org2 jenis ini "free will". Jika dia minat nak berjemaah, itu lebih baik. Cumanya kekadang tu, kita kena support sama "ikut apa yg dia suka". (selagi mana tak langgar syariat Allah)

Key inilah paling penting "Alert". Bila free will ni bentuk personal, maka "tak goyang" kalau datang ribut taufan. Kerana laki jenis ini "akan sayang isteri dan anak2nya lebih dari nyawanya".

Kalau tgk dari sejarah mereka2 yg jenis ini, rata2 waktu mudanya suka lagu rock, dimanjakan keluarga hingga hilang rasa "will", bercampur dgn rakan2 yg tidak membangun personal dan beberapa perkara yg lain.

Bila berumahtangga, kadang2 kita rasa "mcm tak penting" sedangkan ianya penting. Ini juga perlu dikaji. Kalau boleh, bykkan minta maaf, jika dirinya tak suka sesuatu, minta kpdnya jawapan utk menyelesaikan apa yg dirinya tak suka "jika tak suka, bagi jawapan yg abg suka"

Teknik "sentap" perlu diwujudkan dalam keadaan "harmoni". Ibarat tarik rambut dalam tepung, jgn diselerakkan tepung itu.

Semoga bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 05:50 AM | Show all posts
Abangcute replied at 16-9-2016 01:29 AM
Ada caranya kalau nak tahu.

Saya ajar tip nak tanya tapi dalam keadaan tak tanya.

Yup...teknik sentap dalam harmoni tuh memang Sejak Dari dulu manak applykan pada Datin Datin dalam board nee...dah nampak lots of improvement....in them....

Yang dulu biasa ambik ubat...sekarang dah Tak payah lagi.......




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2016 06:09 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 15-9-2016 11:05 PM
masalah yang paling berat pernah aku nampak dalam usaha merawat pesakit mental ni adalah si pesaki ...

Then can you sexplain kat manak...why Datin Datin FD Yang despite baru Tak sampai berapa jam makan ubat...nampak jerk kelibat manak kat dalam board Nee...terus datang sawan semula??? Why??? Why???

Tak paham manak.....



Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 15-9-2016 11:05 PM
masalah yang paling berat pernah aku nampak dalam usaha merawat pesakit mental ni adalah si pesaki ...

Mula mula makan ubat memang akan lemah. I sendiri tak mampu bangun dari katil. Makan minum semua suami pergi beli. Rasa down yang tak boleh diexplain.

I ni bukan jenis pendiam. I jenis happy go lucky and mesra dengan orang. Which is memang simptom bipolar juga. Kalau mesra tu sampai orang macam tertawan sebab nampak macam mudah blend dengan sesiapa.

Bila u makan ubat. U akan jadi lembik selembik lembiknya. Tapi itu untuk permulaan sahaja. Ubat ambil masa untuk bertindak. Panadol pun ambik masa 5 minit nak rasa kesan.

I bulan ke 2 atau 3 lepas makan ubat baru nampak perubahan. Walau I sekarang tak suka tenpat ramai orang atau berkenalan dengan rakan rakan baru tapi I rasa lebih baik dari waktu sebelum makan ubat.

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasihat I kalau nak nasihat orang yang bipolar ini jauhi perkataan menyindir kerana biasanya orang yang ada bipolar ini mereka bijak mentafsir emosi. Inshaa Allah.

Jika nak cakap atau nasihat kena guna cara yang lemah lembut. Time mood swing tak payah buat apa apa sebab kadang kadang bila time mood swing mereka tak mahu dengar apa apa.

Tentang urusan kewangan (bipolar ini biasa ada masalah dalam pengurusan kewangan kerana mereka boros apabila sampai time mania) jangan bagi mereka handle kecuali mereka memang jenis bayar bill semua on time.
I sebab ada OCD juga maka I suka bayar bill awal and buat preparation elak dari tak bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 11:43 AM | Show all posts
Bipolargirl replied at 16-9-2016 07:28 AM
Nasihat I kalau nak nasihat orang yang bipolar ini jauhi perkataan menyindir kerana biasanya orang y ...

Manak dah memang syak dari dulu....mod FD sengaja sediakan tred luahan disebelah....only to serve pesakit bipolar.......

Kerana hanya dalam tred tersebut ler pesakit pesakit bipolar ini dapat meluahkan rasa tanpa sempadan dan tidakbalas dari orang lain......

ROBINNNNNNNNNNNNNNNNNN?.....hang baik pi check.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.252796 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list